Anda di halaman 1dari 2

BERITA INI DISIARKAN PADA 16 FEBRUARI 2014 OLEH ASTRO AWANI.

KUALA KEDAH: Seorang lelaki warga emas mempunyai lapan cucu ditahan polis
bersama 41 penagih yang lain ketika diserbu polis di Jambatan Tok Pasai, Kuala
Kedah pada pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 6 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis
Daerah Kota Setar bersama anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah
menyerbu kawasan berkenaan yang dipercayai menjadi port penagih dadah
sejak lebih dua tahun lalu.

Ketika serbuan, beberapa penagih terbabit cuba melarikan diri bagaimanapun


gagal berikutan kawasan itu telah dikepung.

Lelaki warga emas yang dikenali dengan panggilan Pak Long itu mengakui
sudah 42 tahun menagih dadah jenis heroin sejak menuntut di sebuah universiti
di Kuala Lumpur atas alasan untuk menghilangkan tekanan serta pengaruh
daripada rakan sebaya.

Dia yang mendakwa dirinya pernah bekerja sebagai penasihat undang-undang di


Johor mengakui terpaksa melepaskan gian dengan membeli satu straw heroin
berharga RM10 setiap hari dengan menggunakan wang simpanan sehingga
sanggup menjual harta pusaka yang ada.

Dia turut mengakui pernah tiga kali ditahan polis ketika menagih dadah serta
turut ditahan di Pusat Rawatan Pemulihan di Rawang, Selangor pada tahun 2003.

Bagaimanapun dia dikatakan tidak boleh melupakan ketagihan dadah yang


sudah sebati dalam diri.

Dengan nada yang kesal dia berkata bahawa keluarganya pernah melarang
selain meminta supaya dia berhenti menagih dadah.

Namun menjadi satu kesukaran buat dirinya berikutan beberapa kali cubaan
untuk berhenti tetapi gagal.
DEMIKIAN LAH SATU KISAH TENTANG PENAGIH DADAH. DADAH TIDAK KENAL USIA
DAN STATUS KEHIDUPAN. DADAH PEROSAK KELUARGA DAN MASYARAKAT.
JAUHILAH DADAH ....!

Anda mungkin juga menyukai