Anda di halaman 1dari 3

ISU SEMASA DALAM DAN LUAR NEGARA, KES JENAYAH

kanak-kanak didera teman lelaki ibu Berita Terkini





GOMBAK Seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia dua tahun terpaksa
menanggung azab dan mungkin akan trauma sepanjang hayat selepas didera tanpa belas
kasihan oleh teman lelaki ibunya yang dipercayai khayal selepas mengambil dadah.
Dalam kejadian Isnin lalu, ibu angkat mangsa, Roszaidah Mohd Salleh, 30, berkata, dia
menerima panggilan daripada ibu kandung kanak-kanak itu memintanya datang ke rumah di
Kampung Desa Aman
selepas tidak tahan melihat anaknya itu didera dengan kejam oleh teman lelakinya sejak
seminggu lalu.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan itu dia bergegas ke rumah kanak-kanak itu namun
setibanya dia di rumah itu, didapati berkunci malah panggilan juga tidak berjawab
menyebabkan dia terpaksa meminta bantuan polis.
Roszaidah berkata, polis yang tiba kemudiannya bertindak mengarahkan pintu rumah itu
dibuka sebelum dia menemui anak angkatnya Norfatin Aqilah Abdullah berada dalam
keadaan menyayat hati.
Saya terkejut apabila melihat Norfatin berada dalam keadaan lemah dengan kesan lebam
dan luka di beberapa bahagian badan termasuk muka, katanya ketika ditemui di Hospital
Selayang di sini, semalam.
Menurutnya, teman lelaki adik angkatnya itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Desa Jaya
manakala dia diarah untuk membawa kanak-kanak itu untuk pemeriksaan doktor di Hospital
Selayang.
Katanya, Norfatin yang sudah boleh bercakap sempat menceritakan kejadian bagaimana dia
diikat dan dipukul.
Pemeriksaan lanjut pihak hospital mengesahkan kanak-kanak itu memang didera dan
terpaksa ditahan sehari di hospital untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, terdapat kesan ikatan pada pergelangan kaki dan tangan manakala kesan luka,
termasuk lebam lama dan baru selain kesan seperti dicucuh putung rokok.
Roszaidah berkata, ibu kandung mangsa berusia 27 tahun menjalin hubungan dengan
suspek berusia awal 20-an sejak lebih tiga bulan lalu.
Hak penjagaan Norfatin memang diletakkan di bawah nama saya dan telah didaftarkan di
Jabatan Pendaftaran Negara namun memikirkan ibunya mahu berkahwin dengan lelaki itu,
saya bersetuju untuk menyerahkan Norfatin kembali namun tidak sangka jadi begini,
katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes berkenaan sedang disiasat di
bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Menurutnya, polis telah meneliti laporan perubatan kanak-kanak termasuk menyoal siasat
ibu angkat dan kandung kanak-kanak itu serta suspek terlibat kini telah ditahan untuk
siasatan lanjut.
Di dera sejak berumur 3 tahun,kanak-kanak ini hilang ingatan


Seluruh kepala serta badan dipenuhi parut dan dia turut hilang ingatan. Itu kesengsaraan dialami
seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun akibat didera bapa tirinya sejak lebih tujuh tahun lalu.

Berdasarkan kesan kecederaan pada tubuhnya, kanak-kanak etnik Rohingya dikenali sebagai Shafiq
itu dipercayai didera dengan dicucuh api puntung rokok, ditekap pisau panas, dipukul dengan kayu,
wayar, tali pinggang, selain disepak terajang tanpa belas kasihan.

Akibat penderaan berterusan untuk tempoh panjang itu, Shafiq kini hilang ingatan dan menjalani
rawatan hospital sebelum ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Selayang, dekat sini.




Dia diserahkan ke rumah anak yatim itu oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang berpejabat di Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi maklumat diberikan kepada jurubahasa, Nasaruddin Shamsuddin, 13, kerana Shafiq tidak
fasih berbahasa Melayu, kanak-kanak itu hanya mengingati beberapa fakta secara umum disebabkan
ingatannya terjejas berikutan trauma dialami terlalu teruk akibat kesan penderaan.

Anda mungkin juga menyukai