Anda di halaman 1dari 5

Bayi perempuan tidak cukup bulan ditemui

tertanam di tanah perkuburan

SEREMBAN 30 Mac – Polis hari ini mengesahkan


penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam di
Tanah Perkuburan Islam Senawang di sini pagi ini
mempunyai kaitan dengan unsur jenayah.
Mayat bayi yang baru berusia 14 minggu itu ditemui
tertanam oleh seorang penjaga kubur setelah
ternampak kesan tanah gembur serta kotak dipercayai
bekas menyimpan mayat bayi malang itu di tanah  
perkuburan berkenaan. ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi perempuan yang dijumpai
di Tanah Perkuburan Islam, Senawang, Seremban, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner
Saiful Azly Kamaruddin berkata, penjaga kubur itu
kemudian membuat laporan polis sebaik sahaja  

mengesan sesuatu yang aneh di tanah perkuburan tersebut.


“Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, penjaga kubur berkenaan membuat laporan polis tidak lama
kemudian. Sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi tanah perkuburan itu.
“Hasil siasatan awal, polis menemui satu kotak dipercayai diguna untuk menyembunyikan mayat
berkenaan dengan bahagian dalamnya terdapat kertas surat khabar dan bongkah tanah serta kesan
lendir dan darah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Saiful Azly, polis kemudian menggali lokasi tanah itu dan menemui mayat seorang bayi
perempuan berusia kira-kira 14 minggu dibungkus dengan kain putih seperti dikapankan dan ditanam di
tanah perkuburan itu.
Difahamkan, Tanah Perkuburan Islam Senawang tersebut masih belum beroperasi untuk sebarang
pengkebumian.
“Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran
dengan membuang mayat secara sulit, kerana dipercayai mempunyai unsur jenayah,” tegasnya.
Ketika ini, kata beliau, pihaknya sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut untuk mengesan
mereka yang bertanggungjawab.
Sehingga kini juga, tambah Saiful Azly, belum ada tangkapan dibuat dan mayat bayi berkenaan dihantar
ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.
Dipercayai, bayi malang itu meninggal dunia kerana tidak cukup bulan dan ditanam di tanah perkuburan
itu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Polis juga sedang mengenal pasti keturunan bayi berkenaan dan akan menunggu laporan bedah siasat,”
jelasnya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut
supaya tampil membantu dan menghubungi mana-mana balai polis terdekat.

Lagi mayat bayi ditemui


Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my
SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini
menjadi seolah-olah tiada kesudahan. Ketika
masyarakat bimbang dan simpati, satu lagi mayat
bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang
berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong di  
MAYAT bayi lelaki bertali pusat ditemui hanyut di Sungai Klang,
sini hari ini. Kampung Bukit Lancung, Puchong, semalam.
Penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat
dan berkeadaan bogel itu menyusul selang dua hari
 
selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan
di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di Sepang.
Mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira 24 jam lalu ditemui oleh dua lelaki yang
ingin memancing di sungai berkenaan pada pukul 12 tengah hari.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, semasa turun ke sungai, dua
lelaki yang juga penduduk Kampung Bukit Lancung itu ternampak satu objek mencurigakan terapung
atas air.
Beliau berkata, mereka kemudian mengambil objek tersebut untuk diperiksa dan terkejut mendapati ia
adalah mayat bayi lelaki.
“Dua lelaki terbabit kemudian membawa mayat itu ke tepi sungai dan membalutnya dengan kain sebelum
menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Subang Jaya di sini hari ini.
Zainal Rashid berkata, siasatan awal mendapati bayi malang itu dilahirkan kira-kira 24 jam yang lalu
kerana masih bertali pusat.
Beliau berkata, polis percaya bayi terbabit dicampakkan ke dalam sungai sebaik sahaja dilahirkan dan
mayatnya dihanyutkan arus sehingga ke Kampung Bukit Lancung.
Katanya, tempat di mana bayi itu dicampak belum dapat dikenal pasti kerana Sungai Klang mengalir dari
Kuala Lumpur hingga ke Klang.
“Bayi lelaki ini cukup bulan, sempurna sifat dan berkulit cerah tetapi bahagian kepalanya bengkak
dipercayai akibat terlanggar benda keras semasa dihanyutkan.
“Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang prihatin apabila mengangkat mayat bayi itu dari
sungai kerana jika dibiarkan mungkin ia dihanyutkan ke tempat lain dan tidak ditemui memandangkan
arus ketika itu deras,” katanya.

HURAIAN ISU : KES BUANG BAYI

Sejak akhir-akhir ini, gejala anak luar nikah dan isu pembuangan bayi hangat
diperbincangkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Isu yang dahulunya tidak begitu
kritikal, kini semakin membarah dalam kalangan masyarakat Malaysia termasuk juga
golongan mahasiswa. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan titah Raja Muda Perak, Raja Dr.
Nazrin Shah bahawa negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila
perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga
Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.

Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini
bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.
Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah
didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian
(3,395).

Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada
tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.“Nyatalah masalah
anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi
baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi”.

“Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506
kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008,” titah
baginda. Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.

Kita juga tidak lupa bagaimana laporan akhbar bulan lepas mengenai isu graduan Uitm
yang dipenjara 1 tahun dan didenda sebanyak RM 7,000 di mahkamah Majistret
Terengganu ekoran kesalahan membuang bayi di dalam tong sampah dalam keadaan
separuh terbakar. [sumber: Berita Harian;7 Jun 2010]

Kes ini merupakan kes yang paling kritikal dan terdahsyat yang pernah berlaku dalam
kalangan mahasiswa. Kalau sebelumnya,mahasiswa sudah banyak terlibat dengan isu-isu
zina dan anak luar nikah namun isu ini paling mendapat cemuhan masyarakat sekeliling.
Kita sebagai golongan mahasiswa turut merasa tempias daripada krisis sosial
ini.Mahasiswa kini sudah tiada perbezaan dengan remaja di luar sana dari segi penglibatan
dalam gejala sosial. Kepercayaan terhadap mahasiswa yang dulu terkenal dengan semangat
idealisme dan intelektualnya kini sudah mulai terhakis.

Sebagai kumpulan mahasiswa merasa terpanggil untuk turut sama berkongsi rasa bimbang
dan kecewa di atas peningkatan jumlah anak luar nikah ini. Saya berpandangan, kes
kelahiran anak luar nikah ini berpunca dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
yang keterlaluan. Budaya hedonisme melampau dan candu hiburan, berpeleseran,
bersekududukan, mengunjungi pusat-pusat hiburan adalah faktor penyumbang kepada
terjebaknya remaja kepada aktiviti perzinaan.
Isu pembuangan bayi juga berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab golongan
terbabit. Akibat takut dimarahi ibu-bapa ataupun malu untuk berhadapan dengan
masyarakat, golongan terbabit mengambil jalan singkat dengan membuang sahaja bayi itu
tanpa berfikiran rasional.

Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi
satu amanah untuk menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang
teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi, tapi bagi pasangan-pasangan ini
mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau
menggugurkan kandungan mereka.

Namun,kesalahan ini tidak haruslah dibebankan kepada sesetengah pihak dan golongan
terpilih sahaja. Sebaliknya semua lapisan masyarakat harus mengambil peranan bagi
mencegah dan membanteras gejala ini daripada berlaku.

Di peringkat keluarga,ibu bapa seharusnya memberi pendidikan agama dan moral yang
secukupnya kepada anak-anak sejak kecil lagi. Pendidikan agama bukan dibebankan
kepada guru-guru di sekolah semata-mata, namun di luar sekolah ataupun di rumah
khususnya, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak mereka tentang syariat agama secara
tidak formal.

Ibu bapa juga perlu berperanan dalam memastikan pergaulan anak-anak terjaga.
Membiarkan anak-anak bergaul bebas tanpa kawalan merupakan satu kesilapan besar ibu
bapa. Ibu bapa juga diharapkan dapat memastikan aurat anak-anak remaja khususnya
wanita dijaga sebaik mungkin.

Di peringkat masyarakat, pepatah “ibarat menjaga tepi kain orang” sudah tidak relevan lagi
untuk dipraktikkan di dalam masyarakat penuh bertamadun kini. Bukan untuk menyibuk,
namun prinsip amar makruf nahi mungkar,menyeru kepada kebaikan dan menegur serta
mencegah kemungkaran haruslah dipraktikkan dalam segenap lapisan masyarakat tidak
mengira bangsa ataupun agama.

Golongan pemerintah dan pihak yang berkuasa juga harus meneliti semula undang-undang
yang sedia ada. Adakah undang-undang yang sedia ada sudah cukup utuh untuk
mengekang jenayah dan gejala sosial dalam kalangan masyarakat? Memberi kelonggaran
yang terlalu luas kepada penganjuran konsert-konsert hiburan yang terlalu banyak,
rancangan-rancangan hiburan yang terlalu banyak, yang boleh melekakan anak-anak muda
daripada mengenal agama, dan aktiviti-aktiviti sosial yang mampu mengundang ke arah
masalah sosial perlu dipertimbangkan semula oleh pihak terbabit.
Selain itu,sistem pendidikan yang sedia ada juga perlu dirombak semula agar penekanan
terhadap tarbiyah dan pendidikan agama diperketatkan sekaligus membentuk peribadi
dan syakhsiyah remaja yang mulia. Mengenai undang-undang, mungkin tidak salah rasanya
jika selepas ini kerajaan merombak semula undang-undang yang sedia ada untuk
menggantikannya dengan undang-undang wahyu seperti Hudud, Qisas dan Takzir.

Namun,yang lebih penting lagi, di peringkat mahasiswa, kita haruslah bermuhasabah


kembali di manakah peranan kita selaku duta dan agen perubahan kepada masyarakat.
Adakah kita ingin turut sama meniti dalam arus masalah sosial ini?

Sebagai mahasiswa, rasanya kita sudah cukup matang dan dapat membezakan antara baik
dan buruk kerana mahasiswa kini bukan lagi di alam remaja. Kita sudah menjejakkan kaki
ke alam dewasa dan sudah layak digelar ibu dan bapa. Mahasiswa haruslah mengelakkan
diri mereka daripada terjerumus ke lembah kehinaan ini kerana ini bukan sahaja
memalukan nama kita sebagai golongan cerdik pandai, namun turut memalukan keluarga
dan masyarakat sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai