Anda di halaman 1dari 1

Suspek wanita kes buang bayi masih ditahan

KUALA TERENGGANU 17 Okt. – Polis masih menahan seorang wanita bagi membantu
siasatan kes bayi masih hidup ditemui dalam tangki air pam tandas di sebuah rumah sewa di
Kemaman awal pagi Jumaat lalu.

Suspek yang dipercayai ibu kepada bayi itu perlu ditahan untuk tempoh sekurang-kurangnya
dua hari lagi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, ketika ini, polis
memerlukan masa untuk menyoal siasat wanita berusia 23 tahun itu berikutan keadaannya
yang masih lemah.

“Kita akan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat soal siasat terhadap wanita
berkenaan berhubung kes itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai penemuan seorang bayi lelaki yang dipercayai
baru dilahirkan dua jam dalam tangki air pam tandas sebuah rumah sewa di Kemaman kira-
kira pukul 3 pagi pada Jumaat lalu.

Bayi yang masih hidup serta bertali pusat itu dijumpai oleh rakan sebilik suspek.

Difahamkan, bayi itu kini stabil dan mungkin akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk dipelihara.

Anda mungkin juga menyukai