Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi, nama saya Ong Lim Yong Jun dari kelas Junior 2 Zhen.

Saya merupakan
pemberita hari ini.
Berita pertama berkaitan dengan Mayat seseorang remaja lelaki yang telah dikhuatiri lemas
ketika mandi telah ditemui pada jam 9.35 malam. Mayat mangsa bernama Muhammad Syafiq
Akmal Zaidi, 17 tahun, ditemui oleh skuad Pasukan Penyelamat Di Air pada kedalaman tiga
meter di sekitar mangsa dipercayai terjatuh.
Berita Kedua ialah Polis Pulau Pinang menahan tujuh individu warga tempatan kerana
disyaki terbabit dengan sindiket perjudian secara dalam talian dengan keuntungan mencecah
RM3 juta sebulan. 34 telefon bimbit, kad akses rumah, komputer, sistem kamera litar
tertutup, 4 motosikal dan wang tunai telah dirampas dalam penahanan. Ketua Polis
berkata pihak polis akan berusaha membanteras aktiviti perjudian dan sebarang maklumat
boleh disalur ke Bilik Gerakan menerusi talian hotline.
Berita terakhir berkaitan dengan dua video yang memaparkan seorang wanita mengasari
seorang bayi viral di internet. Tindakan wanita itu mengundang kemarahan netizen selepas
dilihat memukul bayi yang sedang menangis itu dengan menepuk kepala bayi terbabit dan
turut meniup muka bayi yang sedang menangis sehingga menyebabkan bayi itu sukar
bernafas. Sekarang, suspek tersebut direman 4 hari dipercayai merupakan Seorang pengasuh
di sebuah taska swasta.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai