Anda di halaman 1dari 1

http://www.kualalumpurpost.net/sukar-belajar-pelajar-bunuh-diri-atau-tragedi/ Kuala Lumpur Post.

Dwnload 190813

Sukar belajar, pelajar bunuh diri atau tragedi?


on January 3, 2013

GEORGETOWN - Seorang pelajar tingkatan enam tidak sempat menghadiri hari pertama persekolahannya bagi sesi 2013 apabila ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Lebuh Tengku Kudin 2, Gelugor di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi, Cheng Bing Her, 18, ditemui oleh pengawal keselamatan dalam keadaan terbaring berlumuran darah berhampiran kawasan tempat letak kereta. Siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin terjatuh dari biliknya apabila mendapati tingkap biliknya itu berada dalam keadaan terbuka. Menurut sumber, sebelum kejadian, ibu mangsa menegur dan menasihati Bing Her agar menumpukan kepada pelajarannya dan fokus kepada persekolahan yang bakal bermula. Sumber itu berkata, ketika kejadian semua ahli keluarganya sudah tidur dan kejadian itu hanya disedari selepas mendengar bunyi bising di bahagian bawah perumahan. Seorang penduduk yang terdengar bunyi dentuman kuat melaporkan kepada pengawal keselamatan dan beberapa minit ke mudian mayat mangsa ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Mangsa seorang pendiam dan dikatakan mempunyai masalah pembelajaran, katanya, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Kong Meng berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah. Mayat dibawa ke Hopital Pulau Pinang untuk bedah siasat. sinarharian

Anda mungkin juga menyukai