Anda di halaman 1dari 15

http://batrisyiahakim.com/2010/08/keratan-akhbar-bayi-ditinggalkan-depan-rumah.

html
http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Koleksi Berita Buang Bayi (ke 29 pd 20/9/2010)

Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum
disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di
Seksyen 13. Bayi seperti ini tidak didaftar di Pejabat Pendaftaran. Adapun yang didaftarkan
tahun lepas, bilangan bayi Melayu luar nikah adalah seramai lebih dari 17,000 orang !!,
purata setiap negeri lebih 1000 orang !! Dan 5 lalu lalu berjumlah hampir 80,000 bayi
Melayu-luar-nikah !!
http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Mahasiswa IPTA buang bayi di belakang dapur

KUBANG PASU 19 Sept. – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat menerima
nasib malang apabila dibuang ibunya sendiri di belakang pintu dapur sebuah rumah di Taman
Rasa Sayang di sini, semalam.

Tidak cukup dengan itu, seorang gadis dipercayai ibu bayi berkenaan telah berpura-pura
kononnya ‘menemui’ seorang bayi di belakang rumah tersebut kira-kira pukul 8 malam
semalam.

Difahamkan, bayi tersebut dibuang ibunya sendiri yang merupakan seorang penuntut di salah
sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di daerah ini.

Gadis tersebut yang berusia 20 tahun, dikatakan melahirkan bayi tersebut di rumahnya namun
bertindak membuang bayinya di belakang rumah itu bagi mengelakkan perkara tersebut
diketahui ramai.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusoff memberitahu, bayi
itu kemudiannya dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, hasil siasatan, polis kemudian menahan seorang penuntut IPTA berusia 20
tahun pada pukul 9 malam bagi membantu siasatan.

“Pelajar terbabit ditahan di kawasan berhampiran dan dia ketika ini menerima rawatan di
hospital sama,” katanya.

Ibrahim berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

ARKIB : 15/09/2010

Bayi lelaki ditinggalkan di bawah jambatan

15/09/2010 9:12pm

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR

IPOH 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas
beberapa batang paip di bawah sebuah jambatan di Kampung Cegar, Bidor di sini petang ini.

Bayi malang itu ditinggalkan kira-kira 1.5 kilometer dari Taman Rekreasi Air Panas Sungai
Kelah dan ditemui seorang wanita pada pukul 5.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Supritendan Abdullah Arshad berkata, bayi
yang masih bertali pusat itu dalam keadaan sihat dan dibawa ke Klinik Kesihatan Sungkai
untuk pemeriksaan lanjut. – Utusan

Menyambut 10 Malam Terakhir Ramadan


http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Keluarga sambut raya terkejut dengan penemuan bayi

15/09/2010 9:10pm
Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU 15 Sept. – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri di
Kampung Salor dekat sini terbantut apabila mereka dikejutkan dengan penemuan seorang
bayi perempuan yang masih hidup dan ditinggalkan di beranda rumah keluarga itu, hari ini.

Bayi seberat 2.5 kilogram itu ditemui oleh Mohssin Sheikh Mohammad, 50, selepas
diberitahu oleh anak saudaranya berusia 19 tahun yang terdengar tangisan bayi itu kira-kira
pukul 8 pagi.

Mohssin yang pulang bercuti di rumah keluarganya di kampung berkata, sebaik sahaja
dimaklumkan, dia terus membuka pintu dan mendapati bayi perempuan yang diselimut
dengan kain lampin serta tuala itu diletakkan di atas beranda rumahnya. – Utusan.

ARKIB : 15/09/2010

Bayi maut dicampak dari kenderaan bergerak

15/09/2010 9:11pm
Oleh SOPI SAMAILE

SIBU 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat dicampak
keluar dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak sehingga menyebabkan kepalanya pecah.

Perbuatan kejam itu berlaku di sebuah lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang di sini
malam tadi.

Mayat bayi yang dibungkus dengan kertas suratkhabar dan dimasukkan ke dalam beg plastik
hitam itu ditemui seorang peniaga wanita yang kebetulan lalu di lorong berkenaan antara
pukul 9 hingga 10 malam. – Utusan
http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Gambar baby yang dibuang di tiang papan tanda, Astagfirullahazim….


Ogos 29, 2010

oleh syahrilkadir

* gambar Jidin Giding

Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum
disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen
13 di sini semalam

Ketika ditemui kira-kira pukul 5.30 petang itu, bayi malang yang dibaluti dengan kain batik
tersebut masih bertali pusat dan mempunyai uri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata,
siasatan awal mendapati bayi tersebut dilahirkan kurang dari 24 jam

apalagi nak dikata…

KOLEKSI BERITA KE 24 pada 27/8/2010

Sepasang suami isteri yang baru pulang dari solat terawih menemui seorang bayi perempuan
yang berusia seminggu ditinggal didepan rumah pasangan tersebut.

sumber dari berita harian

Kejadian berlaku kira pukul 11 malam. Bayi yang seberat


1.4.kilo itu lengkap berbalut dengan lampin dan selimut.
Lapuran bayi dibuat di pejabat polis berdekatan di ibu
pejabat polis daerah Seberang Prai Tengah semalam.
http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas

JOHOR BAHRU 22 Julai – Dari tong sampah ke semak sehinggalah dalam sungai, gejala
buang bayi terus berlaku.

Terbaru pagi ini, seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg dekat tempat
menunggu bas berhampiran Hospital Sultan Ismail di sini.

Seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi Jalan Persiaran Mutiara
Emas di sini mengesyaki sesuatu apabila melihat beg itu bergerak-gerak lalu
menghampirinya.

Menurut wanita berusia 57 tahun yang enggan dikenali itu, dia memberanikan diri membuka
beg tersebut dan alangkah terkejutnya apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih
bertali pusat di dalamnya.

Bayi malang yang ditemui pukul 6.40 pagi itu segera dibawa ke hospital untuk menerima
rawatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata,
bayi itu berkulit cerah tetapi keturunannya masih belum dapat disahkan.

“Kita percaya bayi itu baru sahaja dilahirkan awal pagi ini sebelum diletakkan dalam sebuah
beg berhampiran hospital,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan keadaannya
dilaporkan stabil.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian
itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999
bagi membantu siasatan.

Pihaknya sedang mengesan individu yang terlibat membuang bayi tersebut dan kes itu
disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Pemuda tanam bayi dihukum penjara dua tahun

(Lelaki Melayu 19 tahun & wanita Melayu 15 tahun).

MELAKA 17 Jun – Akibat menyembunyi dan menanam bayi lelaki yang baru dilahirkan
pada 12 Mei lalu, seorang remaja, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari dihukum penjara dua
tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Muhamad Faizal Ismail turut
menggenakan denda RM8,000 kepada Muhammad Safiuddin, 19, selepas remaja lelaki itu
dan pasangannya, seorang pesalah juvenil berusia 15 tahun mengekalkan pengakuan bersalah
mereka atas tuduhan tersebut.

Muhamad Faizal yang membuat keputusan di kamarnya turut mengarahkan remaja


perempuan itu membayar jaminan bon sebanyak RM2,000. Pesalah juvenil terbabit turut
dikenakan syarat wajib berada di rumah sebelum pukul 6 petang selama dua tahun dan
dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua bulan sekali selama dua
tahun.

Ketika pertama kali didakwa di mahkamah pada 18 Mei lalu, kedua-dua tertuduh mengaku
bersalah atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara menanam
mayat bayi itu di tepi sebatang sungai di Taman Melaka Baru di sini. Mengikut pertuduhan,
pasangan itu didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu antara pukul 12 dan pukul
12.30 tengah hari, 12 Mei lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 318 dan 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Ketika ditemui pemberita di luar
mahkamah selepas prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md. Nor
memberitahu, keputusan menjatuhkan hukuman penjara maksimum itu dibuat
memandangkan kes tersebut adalah berat.

Ujarnya, Muhamad Faizal menyatakan hukuman setimpal yang dijatuhkan bukan hanya
untuk pesalah semata-mata tetapi lebih kepada memberi pengajaran kepada masyarakat
tentang kesalahan serius yang dilakukan itu.

Kata pendakwa raya itu lagi, ini kerana pada pandangan Muhamad Faizal, kedua-dua
tertuduh bukan sahaja melakukan hubungan seks tanpa nikah malah menyembunyikan
kelahiran bayi mereka dan secara tidak langsung menyebabkan bayi itu meninggal dunia.

Sementara itu, sebelum hukuman dijatuhkan, Farah Wahida menghujahkan bahawa perbuatan
kedua-dua tertuduh bukan sahaja memberi impak negatif kepada masyarakat malah lebih
teruk lagi, kedua-dua tertuduh mempunyai rancangan untuk membuang bayi mereka.

”Kedua-dua mereka telah merancang untuk membuang bayi itu dengan bukti lokasi bayi
ditanam jauh daripada orang ramai termasuk sebuah peralatan cangkul yang digunakan untuk
menggali lubang,” katanya.

Turut hadir dalam prosiding tertutup itu ialah dua penasihat dari Mahkamah Juvenil iaitu
Rizal Abdullah dan Zainon Mohd. Ali yang dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM).
http://inijalanku.wordpress.com/berita-
baru/mayat-bayi-ditemui/

Pasangan remaja mengaku salah


tanam bayi

MELAKA 18 Mei – Tindakan kejam


sepasang remaja menanam mayat bayi
mereka yang baru dilahirkan di tepi sebatang TERTUDUH (menutup muka) hadir di Mahkamah Majistret, Melaka
sungai, enam hari lalu telah mengheret semalam atas tuduhan menyembunyikan kelahiran bayi.

mereka berdua ke Mahkamah Majistret di sini


hari ini.

Ibu bayi itu, seorang remaja berusia 15 tahun dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman
lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru mengaku
bersalah secara bersama-sama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dan
mengebumikannya di tepi sebatang sungai dekat Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini.

Kedua-dua mereka yang bertubuh kecil dituduh melakukan kesalahan itu di antara pukul 12
dan 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu.Mereka yang tidak diwakili peguam bela didakwa
mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Jika sabit
kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun atau denda
atau kedua-duanya. Majistret Muhammad Faizal Ismail menetapkan 17 Jun ini untuk
menjatuhkan hukuman dan fakta kes sementara menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh
dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri. Beliau juga membenarkan
pasangan remaja itu masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang
penjamin. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latif menawarkan
jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh. Muhammad Safiuddin memohon mahkamah
mengurangkan jumlah wang jaminan yang ditawarkan dengan alasan dia masih belajar dan
sedia untuk berubah.

”Saya mohon diberi peluang kedua. Saya akan berubah dan ingin meneruskan pelajaran,”
katanya.

Teman wanitanya yang kelihatan menggigil ketika di mahkamah memakai dua lapis baju T,
stokin dan berselipar juga memberi alasan sama iaitu masih belajar.

”Ibu saya juga merupakan ibu tunggal selain adik-adik lain juga masih sekolah,” katanya.

Kedua-dua tertuduh kemudian dibebaskan selepas dijamin oleh ibu masing-masing. Muka
hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan pasangan remaja tersebut yang
bertindak menyembunyikan kelahiran anak mereka dengan cara menanamnya di tebing
Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu. Kejadian itu
mula disedari oleh ibu kepada remaja perempuan terbabit yang terkejut apabila mendapati
anaknya itu dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital
berhampiran untuk pemeriksaan.

Sebaik sahaja disahkan anaknya baru melahirkan seorang bayi, ibu berusia 30-an itu
kemudian membuat laporan polis sebelum polis berjaya menahan remaja lelaki terbabit.
http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Remaja tanam bayi

MUHAMMAD Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah untuk
dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi
lelaki dengan cara mengebumikannya, di Alor Gajah, Melaka, 18 Mei. – Utusan/ABDUL RAZAK LATIF

Oleh Rizanizam Abdul Hamid


pengarang@utusan.com.my

MELAKA 17 Mei – Bagaikan bermusim, gejala buang bayi kini seperti tiada
penghujungnya.Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas,
dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah.Semuanya ini
menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir.Ketika masyarakat masih
diselubungi rasa simpati, seorang lagi bayi lelaki menjadi mangsa kekejaman ibu
bapanya.Yang mengejutkan, dia adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15
dan 19 tahun.Mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan
meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.Difahamkan,
sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang cukup sifat itu masih hidup tetapi dipercayai meninggal
dunia sebelum ditanam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd.
Adnan Abdullah berkata, kejadian itu disedari ibu kepada remaja perempuan terbabit selepas
pulang dari tempat kerjanya pada Rabu lalu.“Wanita berusia lingkungan 30-an itu terkejut
apabila mendapati anak gadisnya yang baru berusia 15 tahun dalam keadaan berlumuran
darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan,” katanya di sini
hari ini.Tambahnya, doktor yang membuat pemeriksaan kemudian mengesahkan remaja
perempuan yang masih bersekolah itu baru sahaja melahirkan seorang bayi.“Terperanjat
dengan kata-kata doktor itu, ibunya kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang
hari yang sama,” katanya.Susulan daripada itu, Mohd. Adnan memberitahu, polis menahan
teman lelaki pelajar perempuan terbabit yang merupakan penuntut sebuah pusat pengajian
tinggi di Terengganu.Tambahnya, hasil soal siasat terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun
itu, polis pergi ke lokasi tempat mayat bayi tersebut ditanam pada pukul 4 pagi keesokan
harinya.“Polis kemudian menemui mayat bayi yang ditanam sedalam 0.8 meter di tebing
sebatang sungai sebelum membawanya ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.“Siasatan
mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat
beberapa kesan lebam di bahagian kepala,” katanya.Berikutan itu, polis menahan pasangan
terbabit di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Mereka
akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah esok.
http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Lagi mayat bayi ditemui

Oleh ANGELINA SINYANG


pengarang@utusan.com.my

SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi


kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan.
Ketika masyarakat bimbang dan simpati, satu
lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di
Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit
Lancung, Puchong di sini hari ini. MAYAT bayi lelaki bertali pusat ditemui hanyut di Sungai Klang,
Kampung Bukit Lancung, Puchong, semalam.

Penemuan mayat bayi lelaki yang masih


bertali pusat dan berkeadaan bogel itu
menyusul selang dua hari selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah
pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di Sepang. Mayat
bayi yang cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira 24 jam lalu ditemui oleh dua lelaki
yang ingin memancing di sungai berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, semasa turun ke
sungai, dua lelaki yang juga penduduk Kampung Bukit Lancung itu ternampak satu objek
mencurigakan terapung atas air.

Beliau berkata, mereka kemudian mengambil objek tersebut untuk diperiksa dan terkejut
mendapati ia adalah mayat bayi lelaki.

“Dua lelaki terbabit kemudian membawa mayat itu ke tepi sungai dan membalutnya dengan
kain sebelum menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya kepada
pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini hari ini.

Zainal Rashid berkata, siasatan awal mendapati bayi malang itu dilahirkan kira-kira 24 jam
yang lalu kerana masih bertali pusat.

Beliau berkata, polis percaya bayi terbabit dicampakkan ke dalam sungai sebaik sahaja
dilahirkan dan mayatnya dihanyutkan arus sehingga ke Kampung Bukit Lancung.

Katanya, tempat di mana bayi itu dicampak belum dapat dikenal pasti kerana Sungai Klang
mengalir dari Kuala Lumpur hingga ke Klang.

“Bayi lelaki ini cukup bulan, sempurna sifat dan berkulit cerah tetapi bahagian kepalanya
bengkak dipercayai akibat terlanggar benda keras semasa dihanyutkan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang prihatin apabila mengangkat mayat
bayi itu dari sungai kerana jika dibiarkan mungkin ia dihanyutkan ke tempat lain dan tidak
ditemui memandangkan arus ketika itu deras,” katanya.

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/
Ingatkan bunyi kucing, rupanya bayi
menangis

SEPANG 4 Mei – Mulanya disangkakan


bunyi kucing mengiau.

Tetapi rupa-rupanya suara bayi menangis.


Seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang ditinggalkan di sebuah
Itulah yang dialami Aminah Muhamad, 56, pondok di Sepang, semalam.

yang menemui seorang bayi lelaki di sebuah


pondok berhampiran Surau Umudiah,
Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di sini hari ini.

Dia yang sedang memotong rumput di hadapan rumahnya sebelum itu tidak dapat mengagak
bunyi seperti kucing mengiau itu adalah tangisan seorang bayi.

“Disebabkan perasaan tidak puas hati, saya terus menuju ke pondok yang jaraknya hanya
beberapa meter dari rumah.

“Terkejut dan menggigil saya apabila melihat seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang
hanya diletakkan di atas sehelai kain batik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang, Asisten
Supritendan Zaihairul Idrus berkata, bayi lelaki berumur sebulan itu dipercayai keturunan
Melayu.

“Bayi itu ditemui pada pukul 7 pagi ini dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan
kecederaan pada tubuhnya.

“Dipercayai bayi malang itu ditinggalkan selama dua jam sebelum ditemui,” katanya.

Zaihairul berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Serdang.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes pembuangan bayi boleh
menghubungi IPD Sepang di talian 03-87774222.

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Mayat bayi ditemui dalam longkang


KUCHING 6 Mac – Selepas isu pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak menghiasi
dada-dada akhbar dan kaca televisyen baru-baru ini, kini muncul lagi kes yang sama.

Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebatang longkang dalam keadaan
menyedihkan kerana masih mempunyai tali pusat serta kesan darah pada badannya.

Bayi malang itu ditemui pada pukul 2.45 petang di kawasan berdekatan Pasar Stutong di sini
oleh dua kanak-kanak berusia 13 tahun yang kebetulan bermain di situ.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, sepasukan polis
yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati, bayi terbabit dipercayai dibuang dan meninggal dunia pagi ini.

“Ketika ditemui, keadaan bayi itu masih mempunyai tali pusat serta ada kesan darah. Ia
dibalut dengan sehelai kain tuala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kock Keong berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Jurujual wanita ditahan disyaki buang bayi

SEGAMAT 1 Mac – Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan
kes penemuan mayat bayi yang hampir reput dalam tandas sebuah pusat latihan memandu di
Jalan Lapangan Terbang di sini baru-baru ini.

Wanita yang bekerja sebagai jurujual itu ditahan di rumahnya di Taman Segamat Baru pada
Khamis lalu. Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Majid Md. Ali berkata, wanita itu
ditahan kurang 24 jam selepas polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat bayi
tersebut.

Katanya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 318
Kanun Keseksaan.

“Jika didapati bersalah, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua
tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rabu lalu, seorang kakitangan di sebuah pusat latihan memandu gempar apabila menemui
bungkusan berbau busuk yang ditinggalkan di dalam tandas wanita.

Bungkusan plastik yang ditemui dalam sebuah tangki air tandas itu kemudian diperiksa oleh
pihak polis sebelum disahkan sebagai mayat seorang bayi.

Pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital mengesahkan jantina bayi itu adalah lelaki, dipercayai
dilahirkan kira-kira dua hingga lima hari sebelum mayatnya ditemui.

ARKIB : 23/02/2010

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah


13/02/2010 3:02pm
AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my

KUALA KRAI 13 Feb. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan beberapa hari
ditemui dalam keadaan rentung dalam sebuah tong sampah di belakang sebuah bank di sini
hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, mayat
bayi itu ditemui oleh seorang pekerja Majlis Daerah Kuala Krai kira-kira pukul 11 pagi.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya bayi malang tersebut dibuang ke
dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar. – Utusan

Bayi lelaki baru lahir ditemui

MERSING 21 Mac  – UtusanOnline – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui
dalam keadaan berlumuran darah di kawasan pembuangan sampah di Pantai Air Papan, dekat
sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rashid berkata, bayi malang itu
ditemui seorang pengunjung yang baru tiba di pantai itu untuk berkelah pada pukul 10.30
pagi.

”Polis yakin bayi itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai
tali pusat dan tubuhnya masih berdarah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, bayi yang kelihatan sihat itu dipercayai berketurunan Melayu. Dia kini dibawa
ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan lanjut.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 317
Kanun Keseksaan.

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Mayat Bayi Dibekal Ubat Semut Dan Gunting


09/02/2010 pada 11:39 pm · Dikirim dalam Isu Semasa, Kekejaman Terhadap Bayi

Tindakan mencurigakan dua lelaki yang membawa cangkul dan memecut


laju motosikal melalui jalan tanah merah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi
lelaki dipercayai baru dilahirkan di Lorong Perusahaan Maju Lapan, berdekatan Juru
Autocity, di sini, semalam.

Lebih memeranjatkan, penjenayah berkenaan boleh dikatakan ‘baik hati’ apabila meletakkan
ubat anti semut, gunting selain membungkus bayi berkenaan menggunakan kain lampin.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata
bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan dan dibungkus dengan plastik hitam
sebelum ditanam di belakang sebuah kilang.

Kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu disedari orang ramai selepas mendapati dua lelaki
menunggang motosikal jenis MZ 125 dalam keadaan mencurigakan melalui jalan tanah
merah itu.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki tidak diketahui bangsa itu didakwa membawa cangkul dan
menunggang motosikal dalam keadaan laju.

“Apabila orang ramai ke tempat dua lelaki terbabit dipercayai menanam sesuatu, mereka
menemui mayat seorang bayi lelaki dengan separuh badannya dari paras leher ke bawah
tertanam.

“Berdasarkan fizikalnya, bayi ini cukup sifat dan berambut nipis, namun kami masih
menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya ketika ditemui di
tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, bayi itu sudah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat dan kes
berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan
kelahiran.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat
mengenai kejadian berkenaan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat
Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Superintendan S Subramaniam di talian 019-
6351119 atau balai polis berhampiran.  ~~myMetro

Mayat bayi dalam tong sampah

Oleh HAMIMAH HAMID


utusanperak@utusan.com.my

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/
SUNGAI PETANI 14 Mei – Sungguh kejam. Gejala buang bayi kini kembali
berulang. Kali ini, mayat bayi yang dilahirkan disembunyikan di bawah katil.

Seorang wanita berusia 27 tahun yang dipercayai mengandung anak luar nikah sanggup
menyembunyikan bayi lelakinya yang meninggal dunia selepas dilahirkan di bawah katil di
rumahnya, sebelum ditemui polis malam tadi.

Bayi lelaki yang cukup sifat seberat dua kilogram itu dipercayai dilahirkan pagi Sabtu lalu
dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau, dekat sini.

Wanita yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di sini itu kemudian
meninggalkan mayat bayi tersebut di bawah katil tanpa pengetahuan sesiapa.

Dia kemudian meminta bantuan saudaranya menghantar ke hospital kerana mendakwa ‘sakit
perut’.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kejadian itu hanya
disedari oleh pegawai perubatan Hospital Sik yang merawatnya dan mengesan tali pusat bayi
masih tertinggal dalam rahim wanita berkenaan.

Menurutnya, wanita itu dikatakan tidak mahu memaklumkan kejadian tersebut kerana khuatir
dimarahi oleh ahli keluarganya.

“Curiga dengan tindakan wanita itu, pegawai perubatan hospital kemudian membuat laporan
di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik.

“Polis yang memeriksa rumah wanita itu menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat
dibungkus dengan tuala dan diletakkan bawah katil,” katanya.

Kejadian buang bayi sebelum ini berlaku di Perak pada Isnin lalu apabila mayat seorang bayi
lelaki ditemui dalam keadaan yang sungguh menyayat hati di Masjid Simpang Lima, Kerian
bersama wang tunai RM150 untuk urusan pengkebumian.

Sementara itu, Hashim memberitahu, ketika ditemui, bayi tersebut dalam keadaan hampir
reput dan berbau busuk.

Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana
menyembunyikan kelahiran.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau
denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, mayat bayi terbabit dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat manakala
wanita berkenaan ditahan di wad Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk rawatan lanjut
kerana mengalami pendarahan dalaman.

Anda mungkin juga menyukai