Anda di halaman 1dari 1

Bayi perempuan ditinggal depan rumah penduduk

KUALA LANGAT 19 Feb. – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui
ditinggalkan di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Labohan Dagang, Banting di
sini awal pagi ini.

Difahamkan, bayi berkenaan ditemui oleh pemilik rumah berkenaan yang terletak di Jalan
Aman Kedai Karim di kampung berkenaan kira-kira pukul 6.45 pagi.

Ketika ditemui, bayi malang itu lengkap berpakaian dan dipercayai baru dilahirkan beberapa
hari lalu.

Bayi yang masih bernyawa itu kemudian dibawa oleh pemilik rumah berkenaan ke Hospital
Banting untuk rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Nordin Manan ketika
dihubungi mengesahkan penemuan bayi itu.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu
supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Anda mungkin juga menyukai