Anda di halaman 1dari 18

Posts Tagged DADAH 2 pengedar dadah sasar remaja dicekup

Posted on the March 13th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KLUANG: Dua lelaki dipercayai pengedar dadah yang menyasarkan remaja di daerah ini sebagai pelanggan mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di sini, kelmarin. Dalam serbuan pertama pada jam 3.30 petang oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, suspek pertama dijejak sekitar Jalan Kampung Paya, dekat sini. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad, berkata pemuda berusia 29 tahun itu yang menyedari kehadiran polis cuba meloloskan diri, namun gagal.

Read More No Comments

Kakak, adik positif


Posted on the March 6th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KUALA TERENGGANU: Walaupun pernah ditangkap bersama teman lelaki selain beberapa kes membabitkan penyalahgunaan dadah yang masih dalam perbicaraan mahkamah, gadis berusia 16 tahun ini semakin liar apabila sekali lagi ditahan bersama kakaknya. Gadis yang tercicir pelajaran sejak tingkatan satu ini didapati positif ujian awal saringan air kencing bersama kakaknya berumur 19 tahun yang bekerja sebagai pelayan kedai makan di Plaza Kuala Terengganu. Dua beradik dari Kampung Awang Lek, Mengabang Telipot, Batu Rakit itu didapati positif ujian awal saringan air kencing jenis methamphetamine.

Read More No Comments

Seludup melalui penerbangan tambang murah


Posted on the March 5th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook IPOH: Sindiket pengedaran dadah yang berpangkalan di negara ini, dikesan menjadikan khidmat penerbangan tambang murah sebagai pilihan paling popular menyeludup dadah ke negara jiran. Sumber polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata, berdasarkan maklumat, ahli sindiket terbabit berminat menggunakan khidmat penerbangan tambang murah kerana percaya ia lebih mudah melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang. Menurutnya, bilangan penumpang yang ramai turut dianggap sebagai satu kelebihan bagi membolehkan ahli sindiket itu menyusup dan menyeludup dadah ke beberapa destinasi utama dengan mudah.

Read More No Comments

Jalan laut, pelabuhan laluan baru seludup dadah


Posted on the March 3rd, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KUALA LUMPUR: Perairan negara dan pelabuhan dijangka menjadi sasaran sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup bahan haram itu ke negara ini selepas taktik membawa masuk melalui lapangan terbang sering digagalkan pihak berkuasa selain pemantauan ketat di semua lapangan terbang. Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, menunjukkan penurunan kes penyeludupan dadah di lapangan terbang sepanjang dua bulan pertama tahun ini dan berdasarkan penurunan itu, PDRM menjangkakan tahun ini sindiket dadah akan beralih menggunakan pelabuhan dan pesisir pantai negara. Pengarah JSJN, Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya kini mempertingkatkan lagi pemantauan serta penguatkuasaan di pelabuhan dan perairan negara bagi membanteras kegiatan penyeludupan dadah ke negara ini.

Read More No Comments

Pramugari makan gula-gula kandungi hashish


Posted on the February 26th, 2011 under Berita, Jenayah, Luar Negara by johnjimat

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook DUBAI: Seorang pramugari warga Jerman mendakwa dia ditawarkan gula-gula yang tanpa dikatahuinya mengandungi hashish. Saya tidak bersalahsaya tidak mengambil dadah dengan sengaja. Ia berlaku tanpa kesedaran dan diluar kawalan, ujar pramugari berusia 24 tahun itu di mahkamah Dubai. Dia didakwa mengambil dadah jenis hashish.

Read More No Comments

Dadah: Imigresen tidak boleh sekat kemasukan rakyat Iran


Posted on the February 24th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen tidak boleh menyekat kemasukan rakyat Iran yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dan sah, sekalipun mereka sering dikaitkan dengan kes penyeludupan dadah ke negara ini. Ketua Pengarahnya Datuk Alias Ahmad berkata sebagai negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), rakyat Iran juga boleh memasuki negara ini tanpa visa untuk tempoh tiga bulan. Setakat ini kita mematuhi dasar bahawa memberi mereka masuk Malaysia tanpa visa. Jadi soal isu yang membabitkan dadah itu selagi dia ada dokumen, pasport yang betul dan tulen kita anggap mereka pelawat, katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Read More No Comments

Dua sindiket dadah warga asing tumpas


Posted on the February 22nd, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KUALA LUMPUR: Dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi warga asing yang bergiat aktif sekitar Lembah Klang sejak beberapa bulan lalu ditumpaskan dengan tertangkapnya tiga suspek termasuk dua wanita dalam dua serbuan berasingan di ibu negara, baru-baru ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pada 7 Februari lalu pihaknya menahan seorang wanita warga Guinea, Afrika Selatan yang ketika ditahan berada dalam keadaan berbogel di hadapan sebuah restoran di Cheras, dekat sini. Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, wanita terbabit yang berkelakuan

seperti orang tidak waras dengan berbogel ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Cheras dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. Hasil rawatan itu, pihak hospital mengesan beberapa ketulan kapsul dalam perut suspek yang dipercayai mengandungi dadah. Pemeriksaan lanjut, menemui 65 kapsul disyaki dadah jenis syabu yang dikeluarkan melalui najis suspek.

Read More No Comments

Negara hab sindiket seludup dadah


Posted on the February 20th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KOTA KINABALU: Malaysia didapati menjadi hab atau transit sindiket penyeludupan dadah, khususnya dari Asia Barat dan Afrika, berdasarkan jumlah tangkapan tahun lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis melakukan tangkapan hampir setiap hari tahun lalu membabitkan rakyat Asia Barat, khususnya dari Iran dan juga negara Afrika. Daripada tahun lalu hingga kini, kita menahan lebih 200 rakyat negara Timur Tengah dan Afrika selain merampas beratus kilogram dadah.

Read More No Comments

Pengedar telan dadah


Posted on the February 17th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KAJANG: Polis menemui sepucuk pistol milik tiga lelaki dipercayai pengedar dadah dalam serbuan di sebuah bilik hotel di bandar ini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, tiga lelaki berusia antara 40 hingga 50 tahun itu menyembunyikan pistol jenis Browning itu bersama kelopak peluru kosong di atas siling bilik hotel disewa mereka. Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, polis tidak menemui sebarang dadah daripada suspek kerana dipercayai sudah ditelan mereka sebaik mengetahui kehadiran polis.

Read More No Comments

Adik pelakon komedi kena cekup


Posted on the February 11th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook AMPANG: Adik pelakon komedi terkenal yang pernah memenangi beberapa anugerah ditahan bersama 12 orang ketika serbuan dijalankan dalam satu operasi dadah oleh Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di Lorong Bukit B2, Cheras Baru, kelmarin. Dalam serbuan kira-kira jam 7 malam itu, lelaki berusia 27 tahun dipercayai adik pelakon dan pelawak terkenal itu ditahan bersama rakan-rakannya yang sedang khayal di bawah pengaruh dadah.

Read More No Comments

Wang dadah RM1.63j


Posted on the February 10th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook9 KUALA LUMPUR: Wang tunai RM1.63 juta disembunyikan dalam karung makanan anjing dan beg pakaian ditemui dalam pangsapuri di Taman Cheras selepas polis menahan sepasang individu warga tempatan dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah di ibu kota. Malah, difahamkan, wang yang ditemui itu dipercayai digunakan ahli sindiket pengedaran dadah sebagai modal bagi pengedar kecil rangkaian itu menjalankan kegiatan haram berkenaan. Kejadian itu terbongkar selepas unit peronda polis (MPV) menyedari kelakuan mencurigakan kedua-dua suspek berusia 29 dan 31 tahun dalam kereta Toyota Camry, kira-kira jam 11.50 malam di Taman Cheras minggu lalu.

Read More No Comments

4 pengedar dadah, 6 pencuri kereta ditahan


Posted on the February 1st, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KAJANG: Seramai 10 lelaki termasuk empat terbabit dalam pengedaran dadah manakala selebihnya geng curi kereta ditahan dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini, Khamis dan Jumaat lalu.

Dalam serbuan pertama kira-kira jam 5.30 petang, Jumaat lalu, tiga lelaki yang sibuk membungkus syabu hampir satu kilogram dalam sebuah rumah di Kampung Teras Jenang, di sini, ditahan. Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata ketiga-tiga lelaki berusia 22 hingga 26 tahun berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu dipercayai menjadikan rumah terbabit sebagai tempat pengedaran dadah, kira-kira tiga bulan lalu. Kami percaya rumah itu dijadikan port untuk remaja membeli dadah berdasarkan aduan penduduk kampung, malah nilai semua rampasan dianggarkan RM230,000, katanya. Beliau berkata, dalam serbuan kedua, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan di hadapan sebuah kilang di Taman Taming Jaya, di sini.

Read More No Comments

294 kena tahan


Posted on the January 31st, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook ALOR SETAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah menahan 294 orang mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM7.8 juta dalam operasi dadah sepanjang tahun lalu. Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, jumlah itu meningkat 22.5 peratus berbanding seramai 240 pengedar dadah yang ditahan sepanjang 2009.

Read More No Comments

Guna lastik seludup dadah


Posted on the January 29th, 2011 under Berita, Jenayah, Luar Negara by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook MEXICO: Penyeludup dadah kini beralih kepada ciptaan purba sebagai cara baru untuk menyeludup marijuana atau ganja merentasi sempadan Mexico ke Arizona. Penemuan dua lelastik dadah di negeri Sonora di Mexico menandakan perkembangan terbaru dalam permainan kucing dengan tikus yang membabitkan penyeludup dengan pihak berkuasa negara itu. Tentera Amerika Syarikat yang mengendalikan sistem pengawasan kawalan jauh di Stesen Peronda Sempadan Naco berkata, mereka mengesan beberapa orang menyediakan lastik dan melastik bungkusan merentasi pagar sempadan minggu lalu.

Read More No Comments

Jual dadah di sebalik DVD


Posted on the January 29th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook

RAMPASAmiruddin menunjukkan dadah yang dirampas. AMPANG: Satu sindiket pengedaran dadah di daerah ini dikesan berselindung di sebalik penjualan cakera padat digital (DVD) dan video cakera padat (VCD) untuk mengedar dadah kepada penagih, sejak tiga bulan lalu.

Read More No Comments

Iran pinda undang-undang dadah


Posted on the January 27th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KUALA LUMPUR: Kerajaan Iran meminda undang-undang berkaitan dadah berkuat kuasa mulai 4 Januari lalu bagi memerangi dengan lebih berkesan sindiket dadah di negara itu. Duta Iran ke Malaysia, Prof Dr Mohammed Mehdi Zahedi berkata, pindaan itu bukan saja diharap memberi kesan positif dalam mengurangkan pengedaran dadah di Iran yang bernilai berbilion dolar, tetapi juga di luar negara termasuk Malaysia dan di negara Asia Tenggara.

Read More No Comments

Sindiket dadah Iran tumpas


Posted on the January 26th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KUALA LUMPUR: Satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu membabitkan warga Iran di negara ini lumpuh selepas 32 ahli sindiket itu ditahan dalam beberapa siri operasi berasingan sepanjang tiga minggu lalu. Mereka yang berusia 20 dan 40 tahun dan memasuki negara ini sebagai pelancong dipercayai bergiat aktif menyeludup dan memproses dadah selepas penemuan makmal serta dadah jenis syabu seberat 115.9 kilogram bernilai lebih RM23 juta di beberapa lokasi di ibu kota. Semua mereka dikesan menjadikan negara ini sebagai transit sebelum mengedar semula syabu yang sudah diproses itu ke negara lain.

Read More No Comments

Bulan madu dalam lokap


Posted on the January 25th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook

RAMPASAbdul Ghafar (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas. ALOR SETAR: Baru seminggu bergelar raja sehari, sepasang suami isteri bukan sekadar meringkuk dalam tahanan, malah turut berdepan hukuman mati apabila kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.

Read More No Comments

Sorok dadah dalam botol minuman

Posted on the January 24th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook3 KUALA TERENGGANU: Kreativiti seorang juruelektrik swasta membelah dan mencantumkan semula botol plastik minuman ringan bersaiz 150 mililiter untuk menyembunyikan dadah terbongkar ketika dia mencampakkan botol berkenaan ketika ditahan polis kira-kira jam 9.30 malam, Khamis lalu. Tindakan lelaki berusia 29 tahun yang cuba melarikan diri dan bergelut ketika ditahan sepasukan anggota polis yang menyerbu di depan rumahnya di Kampung Pengadang Baru, Jalan Gelugor, di sini, gagal apabila pihak berkuasa dapat memberkasnya dan pemeriksaan lanjut menemui bahan terlarang yang disembunyikan di sebalik label di bahagian dalam botol. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, pemeriksaan terhadap botol itu mendapati mengandungi 2,000 pil WY dianggarkan bernilai RM70,000.

Read More No Comments

Jubah dadah
Posted on the January 18th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook9 SHAH ALAM: Sekali pandang, tiga wanita dan seorang lelaki warga Timur Tengah yang baru tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), dekat Sepang dari Teheran, Iran tiada bezanya dengan penumpang lain, namun pemeriksaan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sepang ke atas mereka membongkar sindiket penyeludupan dadah antarabangsa bernilai jutaan ringgit. Lebih mengejutkan semua mereka yang berusia antara 23 dan 49 tahun itu seolah-olah memakai bengkung dengan melilit dadah seberat antara tiga hingga empat kilogram di badan bagi mengeliru dan mengelak dikesan pihak berkuasa. Ia ditambah dengan bentuk badan mereka yang besar selain berjubah menyebabkan sekilas pandang tiada beza dengan penumpang lain yang baru tiba.

Read More No Comments

Penagih dadah hanya sempat memecut 5km


Posted on the January 15th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KUALA KEDAH: Akibat kereta kehabisan minyak, dua lelaki dipercayai penagih dadah hanya berjaya memecut kereta itu sejauh lima kilometer saja sebelum ditahan di Kampung Telok Talipon, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, lelaki berusia 31 dan 26 tahun itu sempat meminta dua penduduk kampung membantu mereka menolak kereta Proton Saga itu. Penduduk terbabit, Mohd Nor Othman, 62, berkata dia tidak menyangka dua lelaki yang meminta pertolongan daripadanya itu adalah buruan polis.

Read More No Comments

Dadah RM2.6j dalam bagasi, lelaki Perancis ditahan


Posted on the January 14th, 2011 under Berita, Jenayah, Luar Negara by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook JAKARTA: Seorang lelaki Perancis berdepan dengan hukuman mati selepas pegawai kastam menemui lima kilogram dadah jenis methamfetamin dalam bagasinya di lapangan terbang di sini. Lelaki berusia 53 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Gerard D ditahan Selasa lalu selepas mendarat dengan pesawat Emirates Airways dari Dubai bersama-sama dadah itu yang bernilai 7.6 bilion rupiah (RM2.6 juta). Pegawai kami menemui bungkusan yang meragukan apabila bagasi itu menjalani pemeriksaan pada mesin sinar-X, kata jurucakap kastam, Evy Suhartantyo.

Read More No Comments

34,612 mati akibat jenayah dadah di Mexico


Posted on the January 14th, 2011 under Berita, Jenayah, Luar Negara by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook MEXICO CITY: Seramai 34,612 orang mati dalam pembunuhan yang ada kaitan dengan dadah di Mexico sejak Presiden Felipe Calderon mengisytiharkan perang terhadap kartel dadah empat tahun lalu. Pegawai berkata, pembunuhan itu mencapai tahap paling tinggi pada 2010, melonjak sebanyak 60 peratus kepada 15,273 kematian daripada 9,616 pada tahun sebelumnya. Kadar pembunuhan meningkat pada enam bulan pertama 2010 sebelum kekal dan menurun pada

suku terakhir tahun itu, kata jurucakap pihak berkuasa keselamatan persekutuan, Alejandro Poire.

Read More No Comments

Warga emas 63 tahun positif dadah ditahan


Posted on the January 10th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook IPOH: Warga emas berusia 63 tahun antara pelanggan pusat hiburan yang disahkan positif dadah ketika diberkas sepasukan anggota polis dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam satu operasi selama enam jam di sini awal pagi semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi di pusat hiburan di Wisma Kota Emas di Jalan Datuk Tahwil Azar itu, warga emas berkenaan antara 67 pengunjung yang diperiksa dalam Ops Hiburan itu yang mana 60 daripada mereka disahkan positif dadah selepas ujian air kencing dijalankan. Warga emas itu ditahan dalam keadaan mabuk dan khayal ketika berseronok di pusat hiburan itu sambil ditemani beberapa pelayan pelanggan (GRO).

Read More No Comments

Lelaki Iran bebas tuduhan edar dadah


Posted on the January 8th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Iran lega apabila Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah methaphetamine seberat 7.5 kilogram, tahun lalu.

Read More No Comments

Dadah dalam sulaman kain


Posted on the January 5th, 2011 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook

KOTA KINABALU: Taktik seorang lelaki warga India berlagak peniaga kain menyembunyikan ketamin dalam sulaman bunga pada kain dibawanya gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila dia ditahan ketika pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Terminal satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Khamis lalu. Dadah seberat 2.7 kilogram dianggarkan bernilai RM30,000 itu ditemui dalam 10 sulaman bunga daripada 45 kain dalam dua beg ketika melalui pemeriksaan kastam di lapangan terbang berkenaan. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, lelaki berusia 27 tahun terbabit ditahan selepas pegawai KDRM mendapati pergerakannya mencurigakan ketika membawa dua beg pakaian sebaik melalui pemeriksaan pihak berkuasa berkenaan.

Read More No Comments

Dua wanita hamil berdepan hukuman gantung


Posted on the December 30th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook MELAKA: Dua wanita masing-masing mengandung lapan dan empat bulan berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa atas dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis kanabis dan methamphetamine bersama-sama empat lelaki lain di Mahkamah Majistret, di sini semalam. Mereka, Nurriza Zainal, 27, dari Taman Bachang Baru yang juga tertuduh keempat dan Nur Asikin Abd Rahman, 24, dari Tangga Batu Tanjung Minyak, tertuduh kelima.

Read More No Comments

4 dicekup
Posted on the December 30th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook SUBANG JAYA: Empat suspek lelaki terdiri daripada dua warga tempatan, seorang Indonesia dan seorang Iran dicekup selepas polis mendapat maklumat mereka antara pengedar dadah paling dikehendaki di Subang Jaya, di sini. Hasil pemeriksaan polis pada suspek menemui 900 gram dadah jenis Syabu dalam bungkusan plastik ketika mereka baru saja selesai berhibur di sebuah pusat membeli belah di hadapan Sunway Pyramid, di sini kira-kira jam 12.30 tengah malam Ahad lalu.

Suspek berusia 30-an ditahan ketika baru keluar dari pusat hiburan berkenaan ketika menuju ke kereta mereka.

Read More No Comments

Pengedar ganas
Posted on the December 30th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KUALA LUMPUR: Tiga wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas dilanggar seorang pengedar dadah yang cedera ditembak polis ketika melarikan diri daripada ditahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Intan Baiduri, Sentul, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, semua mangsa dipercayai sedang membeli nasi lemak di kawasan itu cedera selepas dirempuh kereta suspek. Bagaimanapun, semua mereka tidak mengalami kecederaan serius.

Read More No Comments

Lelaki tanam marijuana dalam rumah ditahan


Posted on the December 24th, 2010 under Berita, Jenayah, Luar Negara by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook ELLICOTT CITY (Maryland): Seorang penduduk di Baltimore, Amerika Syarikat dilanda kebimbangan bukan saja kerana perlu menuntut insurans ekoran kediamannya dirempuh kereta. Malah, polis di Ellicott City di sini mendakwa kemalangan itu membongkarkan kegiatan penanaman marijuana di dalam kediaman dihuni Richard Marriott. Marriot, 44, dan seorang lagi lelaki terselamat apabila sebuah kereta BMW yang dipandu Bryan Bolster, 20, merempuh kediamannya hingga meletup dan terbakar pada 10 Disember lalu. Bolster maut dalam nahas itu. Polis daerah Howard berkata, ketika anggota bomba memeriksa kediaman Marriot mereka menemui dadah itu. Polis kemudian mendapatkan waran dan menggeledah kediaman itu sebelum menemui 20 pokok marijuana. Marriot ditahan dengan ikat jamin AS$15,000 (RM46,717). Agensi

Read More No Comments

Buka langkah seribu sejurus bebas tuduhan edar dadah

Posted on the December 24th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KOTA BHARU: Hanya kerana ingin menyembunyikan identitinya daripada pengetahuan umum, seorang pemuda membuka langkah seribu dengan meninggalkan pekarangan mahkamah selepas dibebas dan dilepaskan Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar dadah. Sebaik Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu, tertuduh yang berdiri di sebelah kandang tertuduh secara spontan berdoa kerana bersyukur dilepaskan dan dibebaskan daripada hukuman berat dihadapinya. Prosiding di akhir kes pendakwaan petang semalam, menyaksikan pemuda terbabit, mengangkat tangan berdoa sebelum dilihat tergesa-gesa meninggalkan mahkamah dan berlari meninggalkan ahli keluarganya.

Read More No Comments

Tentera laut Australia jadi pembekal dadah untuk kawasan pelacuran


Posted on the December 23rd, 2010 under Berita, Jenayah, Luar Negara by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook SYDNEY: Sebahagian tentera laut Australia menyimpan sejumlah besar kokain dan heroin dalam kapal sebelum dadah itu dijual di kawasan pelacuran Sydney, lapor stesen penyiaran ABC, semalam. Memetik sumber dalaman, ABC melaporkan, kegiatan menyeludup dan menjual berkilogram dadah itu berlaku sejak bertahun-tahun lalu. Sebuah kapal yang baru pulang daripada menjalani latihan di Hawaii didapati mengangkut dadah.

Read More No Comments

Dalang umpan gadis jadi keldai dadah ditahan


Posted on the December 23rd, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook

KUANTAN: Usaha dua warga asing disyaki sindiket pengedaran dadah antarabangsa menggunakan kereta sebagai pertahanan terakhir untuk memboloskan diri daripada kepungan polis gagal selepas diberkas, 17 November lalu. Kedua-dua individu berkenaan anggota sindiket yang sering memperalatkan gadis tempatan sebagai keldai dadah diberkas dalam satu kepungan di bandar Temerloh, dekat sini. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, kedua-dua suspek berusia 27 tahun dipercayai sedang membuat transaksi pengedaran dadah berhampiran hotel bajet di bandar berkenaan sebelum diserbu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri. Menurutnya, serbuan diketuai Asisten Superintendan Azli Mohd Noor kira-kira jam 9.30 malam. Ketika serbuan, kereta dinaiki suspek yang juga pelajar kolej swasta di ibu negara bertindak agresif dengan mengundur dan merempuh kereta polis untuk melepaskan diri walaupun pihak berkuasa sudah membuat halangan terhadap kenderaan itu.

Read More No Comments

Lima suspek sindiket edar dadah diburu


Posted on the December 16th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KAJANG: Polis daerah ini meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan lima suspek utama sindiket pengedaran dadah selepas waran tangkap terhadap mereka dikeluarkan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1957. Sumber polis berkata, kelima-lima suspek warga tempatan terbabit dianggap berbahaya dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis. Suspek yang diburu ialah Yeah Shuen Pheow yang beralamat terakhir di Nombor 6, Jalan BM 5/11, Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota, Kajang; Tang Lian Hong (Nombor. 44, Lorong Bandar 2, Batu 2 1/2, Jalan Kuchai Lama, Selangor); Soh Shyh Gin (Nombor 9510, Taman Midah, Cheras); Wong Kam Seng, (NB-02-11, Kenangan View Apartment, Jalan Bukit Kenangan, Kajang) dan Tan Keat Leong (Nombor 8, Tingkat 5, Kondominium Taman Midah, Cheras).

Read More No Comments

Polis wanita ditahan jual dadah sintetik kepada kaki joli


Posted on the December 15th, 2010 under Berita, Jenayah, Luar Negara by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook

SAINT PETERSBURG: Seorang polis wanita Russia ditahan di Saint Petersburg kerana cuba menjual dadah sintetik popular kepada penagih dan pengunjung kelab malam, kata pihak berkuasa semalam. Jurucakap polis berkata, Yana Frolova, 21, bersekongkol dengan seorang lelaki berusia 32 tahun menjual lebih dua kilogram natrium oxybutyricum pada harga kira-kira RM1,000.

Read More No Comments

Banglo dadah Datuk


Posted on the December 15th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook KUALA TERENGGANU: Berselindung di sebalik gelaran Datuk, seorang usahawan lelaki yang hidup mewah dengan hasil perniagaan chalet di Cherating, Pahang disyaki turut licik menjalankan kegiatan pengedaran pelbagai jenis dadah di kawasan Kemaman dan Cherating sejak 10 tahun lalu. Kegiatan Datuk berusia 46 tahun dari Pahang itu terbongkar selepas polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM75,000 yang disembunyikan di dalam banglo mewahnya di Jalan Kubang Kurus, Taman Muhibbah, Kemaman. Rampasan dadah jenis heroin, syabu Eramin 5, Ecstasy dan ganja serta lima pokok ganja hidup itu dibuat sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kemaman diketuai ketua bahagian berkenaan, Asisten Superintendan Mohd Hamzah Awang Dollah kira-kira jam 11 pagi, Ahad lalu sebaik menerima maklumat awam.

Read More No Comments

Sorok dadah dalam tembikai


Posted on the December 13th, 2010 under Berita, Jenayah, Luar Negara by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook JEDDAH: Pegawai kastam merampas 165,000 pil dadah di pusat imigresen Al-Darrah di sempadan Arab Saudi dan Jordan, baru-baru ini. Kami menemui pil methamphetamine yang disorokkan pada sayur-sayuran dan makanan seperti di dalam labu, buah tembikai serta keju dalam kenderaan dimiliki seorang penyeludup yang turut membawa isteri dan anaknya, kata Pengarah Kastam cawangan Al-Darrah, Rahim Al-Hafi. Kementerian Dalam Negeri mengumumkan pada April lalu, pihaknya merampas kira-kira lapan

juta pil Captagon, 2.727 tan hashish dan 20 kilogram heroin. Dalam operasi itu, seramai 195 orang ditahan dengan 108 warga Saudi, Pakistan (29), Yaman (17), Syria (9), seorang rakyat Turki, Sudan, Mesir dan India serta 28 lagi tanpa dokumen pengenalan diri.

Read More No Comments

Ketua kartel dadah ditembak mati


Posted on the December 12th, 2010 under Berita, Jenayah, Luar Negara by johnjimat [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook MEXICO CITY: Seorang pemimpin cartel dadah La Familia mati ditembak dalam pertempuran dua hari antara polis persekutuan dan kumpulan bersenjata yang mengganas di barat Mexico. Kematian Narario Moreno Gonzalez yang nama samarannya Paling Gila, memberi tamparan hebat kepada kartel dadah itu yang menjadi terkenal empat tahun lalu apabila mencampakkan beberapa kepala manusia ke dalam sebuah kelab malam dan mengisytiharkan misinya untuk melindungi negeri Michoacan daripada musuh dan penjenayah. Polis percaya Moreno, 40, yang juga dikenali sebagai El Chayo atau Doktor ditembak mati kelmarin. Agensi

Anda mungkin juga menyukai