Anda di halaman 1dari 2

Nur Faezah Wee Bt Abdullah

M20152001785
Rumusan Artikel :
Tema dan Isu Penyelidikan Mengenai Gejala Sosial Pada Dekat Pertama
Abad 21 Di Malaysia

Kajian ini membincangkan tentang kemunculan pelbagai jenis dan bentuk


gejala sosial dalam masyarakat akibat daripada transformasi besar-besaran
dalam masyarakat. Dan membincangkan konsep yang diperkenalkan oleh Emile
Durkheim iaitu peristiwa yang berlaku dalam masyarakat pra-perindustrian di
Eropah pada abad ke-18 (Mechanical solidarity, organic solidarity dan anomie),
dan konsep Goal dan means yang dikembangkan oleh Robert K.Merton. Kedua
membincangkan tranformasi masyarakat dalam tempoh 5 tahun khususnya
pembangunan dan kemajuan ekonomi hasil daripada perlaksanaan Dasar
Ekonomi Baru dankepesatan sektor prindustrian. Dengan selari bersama dengan
pembangunan mewujudkan pelbagai gejala sosial yang berubah-berubah
mengikut perubahan masyarakat. Perbincangan ketiga kajian ini untuk
membentangkan maklumat penyelidikan tentang gejala sosial yang dijalankan
dalam tempoh 5 tahun (2001-2005).

Menurut ahli sosiologi Perancis, Emile Durkheim menjelaskan sesuatu


keadaan yang dipanggil anomie Dalam transformasi masyarakat Malaysia dan
kemunculan pelbagai gejala sosial, menurut Durkheim dalam kajian Azlina
Abdullah (2010) masyarakat pra-perindustrian yang telahpun mempunyai norma-
norma sosial tersendiri yang mengikat anggota masyarakatnya tidak dapat
mengawal individu dalam masyarakat apabila masyarakat industri muncul. Dan
runtuhnya ikatan moral, aturan, budaya, serta undang-undang adalah berpunca
daripada transformasi sosial yang mendadak dalam masyarakat.

Gejala sosial yang semakin menjadi jadi di Malaysia menunjukkan satu kajian
konklusif diperlukan bagi mengenal pasti punca kejatuhan akhlak dan moral dalam kalangan
masyarakat kita . Munculnya kejatuhan akhlak dan gejala sosial dalam masyarakat seiring
dengan kemajuan dan perubahan sosial. Perubahan sosial itu tidak dapat dihindari, namun
kita masih dapat untuk mengawalnya. Perubahan sosial ada yang bersifat positif dan negatif,
kita perlu berhati-hati dalam menghadapi perubahan yang terjadi. Gejala sosial terjadi dalam
pelbagai lapisan masyarakat, samada masyarakat tradisional dan masyarakat moden.
Nur Faezah Wee Bt Abdullah
M20152001785
Malaysia merupakan negara yang tidak terlepas daripada masalah gejala sosial yang
semakin meruncing, bermula dengan masalah disiplin di sekolah, seperti kejadian buli,
ponteng dan sebagainya, muncul pula kes yang lebih serius seperti bunuh, rogol, merompak,
seks bebas dan semuanya perlu kepada kawalan dan tindakan daripada semua pihak.
Kejadian jenayah berat perlu ditangani dengan lebih serius kerana ianya akan membawa
kesan yang buruk kepada kesejahteraan masyarakat serta kemajuan ekonomi negara.
Kawalan adalah perlu bermula diperingkat asas seperti kawalan ibubapa, sekolah dan
sebagainya. Pelbagai kajian yang dijalankan perlu menekankan kepada punca devian dan
penyimpangan yang berlaku dikalangan masyarakat dan kaedah bagi mengurangkan perilaku
devian. Kerajaan seharusnya mengambil inisiatif yang lebih berkesan dalam mengawal dan
mengurangkan gejala sosial, penyelidikan dan pembangunan (R&D) tidak seharusnya
tertumpu kepada kemajuan material sahaja, ianya juga perlu kepada bidang sains sosial bagi
mengimbangi antara kemajuan dan sahsiah masyarakat.

Dewasa ini dunia telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk
baru. Pasca modenisme yang ditandai arus gelombang peringkat ketiga telah memberi
impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral masyarakat .Nilai-nilai yang dibawah oleh
ideologi pascamodenisme menerusi pelbagai medium telah memberi dampak moral-sosial
yang amat menakutkan. Hal ini tidak terkecuali meresapi ke dalam jiwa dan jatidiri
masyarakat samada di Bandar mahu pun di luar Bandar. Statistik kebejatan social
membuktikan hal ini. Sebut apa jua bentuk perlakuan tidak bermoral pembunuhan,
gangsterisme, alkoholisme, perjudian, vandalisme dan sebagainya . Justeru itu, generalisasi
dapat dibuat bahawa wajah moral masyarakat berada pada tahap yang amat kronik dan
kritikal.

Sebagai rumusannya, sama ada tahap moral atau akhlak tinggi mahupun adab
sopan yang baik, ini semua menggambarkan baik budi dan tinggi peribadi seseorang
manusia. Ia pula perlu dipupuk melalui pendidikan terutamanya dalam tahap-tahap awal
kehidupan individu itu. Tempat yang lebih lebih sesuai disemai benih yang baik dari dalam
sesebuah institusi kekeluargaan. Ia seperti melengkapi sebuah kereta kebal lengkap dengan
perisai pelbagai macam sebelum melangkah ke medan perang Tahap perlakuan moral
seseorang itu juga kita dapat lihat dari beberapa aspek. Kita akan melihat konsep moral dari
kacamata

Anda mungkin juga menyukai