Anda di halaman 1dari 2

ABBASY INDAH ENTERPRISE

SITI ROHANI BINTI NGAH

NO.32 IM2/18,

Indera Mahkota 2,

25200 Kuantan,

Pahang Darul Makmur. Tarikh : 11/03/15

PASARAYA JAYA GADING,

No. A-211 A-215, Jalan Bukit Goh,

Taman Kg Padang 2,

25200 Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

U/P : En. Mohd Hazini bin Md Hassan

Tuan,

PERMOHONAN PEMBAYARAN SECARA KREDIT

Saya seperti nama dan alamat di atas, adalah Pengurus Syarikat Abbasy Indah Enterprise,ingin memohon membuat
pembelian barang di Pasaraya Jaya Gading secara kredit bermula pada tarikh 11/03/15 sehingga 16/03/15, Sepanjang
tempoh Tender Sukan di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan Kuantan.

2. Untuk makluman pihak tuan ,saya akan menjelas kan keseluruhan bayaran setelah pembayaran LO diterima
daripada pihak Jabatan Agama Islam Pahang, selewat-lewatnya dalam tempoh 3 minggu.

3. Saya berharap permohonan saya ini diluluskan oleh pihak tuan, dan dapat membenarkan saya atau pekerja saya
membuat pembelian di Pasaraya Jaya Gading, sepanjang tarikh di atas.

Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima Kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(SITI ROHANI BINTI NGAH)

Anda mungkin juga menyukai