Anda di halaman 1dari 14

SULIT 012/1

Bahagian A
[20 markah]

Gambar 1

Soalan 1 berdasarkan gambar 1

1. Amin dan Amirul berkawan baik. ________sering kelihatan bersama.

A. Kami
B. Kita
C. Kalian
D. Mereka

2. _________________berasa bersyukur kerana kita dapat hidup dengan aman


dan damai , titah sultan.

A. Tuanku
B. Beta
C. Aku
D. Patik

3. Air tasik itu sungguh_____________________.

A. tenang
B. damai
C. ceria
D. indah

4. Kami sungguh_________________melawat negeri Melaka Banda Raya


Bersejarah.

A. selesa
B. sedih
C. seronok
D. sayu

5. Adik _______________________kerana lapar.

1
SULIT 012/1

A. mengantuk
B. menangis
C. memekik
D. meradang

Gambar 2

Soalan 6 berdasarkan gambar 2

6. Kerja-kerja____________________kawasan balai raya itu dilakukan secara


bergotong royong.

A. merobohkan
B. membersihkan
C. mencucikan
D. mengecatkan

7. Saya dan keluarga menginap _____ Hotel Rossa Passadena


ketika melancong ke Cameron Highland.

A. di
B. ke
C. pada
D. dari

2
SULIT 012/1

Gambar 3

Soalan 8 berdasarkan gambar 3

8. Murid-murid 3 Ibnu Sina perlu beratur________loceng dibunyikan pada pukul


7.30 pagi sebelum masuk ke kelas.

A. kerana
B. apabila
C. bila
D. hingga

9. _____________,cantiknya baju baru kamu!

A. Eh
B. Alahai
C. Amboi
D. Cis

10. Taman bunga itu redup kerana terdapat ________________.

A. pokok-pokok
B. daun-daun
C. bunga-bunga
D. hutan-hutan

3
SULIT 012/1

Gambar 4
Soalan 11 berdasarkan gambar 4

11. ________hadiah yang diberikan oleh ayah ?

A. Kenapakah
B. Siapakah
C. Apakah
D. Di manakah

12. Pelancong itu dari negara_____________?

A. mana
B. apa
C. siapa
D. bila

Gambar 5

Soalan 13 berdasarkan gambar 5

13. Haziq menyimpan buku di_____rak.


A. atas
B. bawah
C. dalam
D. tepi

14. Nenek Aiman memakai cermin mata kerana_____________.

4
SULIT 012/1

A. rabun ayam
B. cakar ayam
C. kaki ayam
D. ayam tambatan

Soalan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

15. Kakak berpesan kepada Lina,Adik bacalah buku pada masa lapang.

A. Lina menasihati kakaknya agar menggunakan masa lapang dengan


baik.
B. Lina dinasihati oleh kakaknya agar membaca buku pada masa lapang.
C. Kakaknya gemar melihat adiknya membaca buku pada masa lapang.
D. Kakak menasihati adik Lina supaya rajin membaca buku.

Soalan 16
Pilih ayat yang betul.

16. A. Tolong minta semua pelatih berikan tumpuan kepada setiap


arahan yang diberikan.
B. Harap padam lampu itu, saya takut gelap.
C. Sila patuhi semua peraturan semasa kamu berada di sini.
D. Diminta panggilkan budak yang berada di hujung padang itu,
kata Cikgu Tan.

Soalan 17-20
Baca syarahan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

5
SULIT 012/1

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, panel


hakim,guru-guru serta hadirin yang dihormati. Pada hari ini, saya
akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Membaca Kunci Kejayaan
.
Membaca merupakan kegiatan yang berfeadah bagi mengisi masa lapang.
Kini ,pelbagai bahan bacaan boleh didapati dengan mudah di pasaran seperti
majalah ,surat khabar, dan buku cerita. Melalui pembacaan, kita akan
memperolehi banyak ilmu pengetahuan. Pada masa kini, bahan bacaan bukan
sahaja terhad kepada bahan cetak malahan melalui media elektronik seperti
internet. Kegiatan membaca bukan sahaja digalakkan kepada golongan kanak-
kanak malahan juga golongan dewasa.
Para hadirin,
Sesiapa yang suka membaca pasti akan beroleh kejayaan . Ini kerana melalui
pembacaan kita akan memperolehi pelbagai maklumat dan informasi yang dapat
menjana pemikiran. Kita juga dapat meningkat ilmu pengetahuan melalui
pembacaan. Banyak tokoh ilmuan yang berjaya berpendapat bahawa membaca
adalah kunci kejayaan.
Dewasa ini, amalan membaca semakin berkurangan disebabkan pelbagai
faktor. Kita sebagai manusia yang inginkan kejayaan haruslah menghidupkan
semula amalan membaca. Kempen membaca patut digiatkan untuk menjamin
masyarakat berilmu pengetahuan tinggi dan dapat bersaing dalam era
globalisasi.
Selain itu, pameran buku jualan buku hendaklah sentiasa diadakan untuk
memudahkan masyarakat mendapat bahan bacaan yang berkualiti. Sebelum
saya mengundur diri, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa membaca adalah
kunci kepada kejayaan. Jadikanlah amalan membaca sebahagian daripada
kehidupan kita. Saya akhiri syarahan saya dengan ucapan terima kasih.

17. Apakah kegiatan yang berfaedah untuk mengisi masa lapang ?

6
SULIT 012/1

A. Tidur
B. Bermain
C. Membaca
D. Bersyarah

18. Siapakah yang sepatutnya membaca ?


A . Orang dewasa sahaja
B. Kanak-kanak sekolah
C. Orang yang bekerja
D. Semua orang

19. Mengapakah amalan membaca dikatakan dapat menjamin kejayaan ?

A. Melalui amalan membaca, seseorang itu dapat menjawab semua soalan.


B. Melalui amalan membaca, seseorang itu dapat menjana pemikiran.
C. Melalui amalan membaca, seseorang itu dapat pelbagai informasi.
D. Melalui amalan membaca, seseorang itu mendapat pelbagai maklumat
dan informasi untuk menjana pemikiran.

20. Apakah yang harus dilakukan untuk menghidupkan semula amalan


membaca?

A. Jualan buku
B. Pameran buku
C. Kempen membaca
D. Kempen dan pameran buku.
KERTAS SOALAN TAMAT

Bahagian B
[30 markah]
Soalan 21

7
SULIT 012/1

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.
yang dan untuk kerana

atau dalam di pada

Masyarakat kini banyak _____________ mengabaikan semangat


bekerjasama. Mereka lebih mementingkan diri sendiri tanpa mengambil
tahu mengenai orang di sekeliling mereka. Oleh itu, kita harus sedar dan
berusaha untuk memupuk kembali semangat bekerjasama ini.

Semangat bekerjasama menjaga ketenteraman kawasan setempat


dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga.
Masyarakat kota seharusnya memainkan peranan ____________________
menjayakan hasrat tersebut. Penduduk perumahan boleh turut serta dalam
pelbagai aktiviti seperti meronda __________________ waktu malam
____________
pada hari cuti umum.

[4
markah]

Soalan 22
a. Betulkan kesalahan ejaan yang terdapat dalam yang diberi.

Pasaraya itu menjual beranika jenis barang untuk keperluan dapur.

Jawapan :

__________________________________________________________________________

[2 markah]
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

8
SULIT 012/1

[2 markah]

c. Soalan berikutnya berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

[2 markah]
Soalan 23

Baca petikan di bawah ,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

9
SULIT 012/1

Aku, Aiman dan Danial sedang menikmati hidangan mi goreng semasa


waktu rehat. Sambil makan, kami berbual tentang perlawanan bola
keranjang yang berlangsung semalam. Tiba-tiba,Danial yang duduk
berhadapan denganku berhenti menyuap mi goreng ke mulutnya. Dia
memejamkan matanya berulang kali. Aku bertanya kepada Danial sama ada
dia berasa tidak sihat. Danial hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.

Kemudian, Danial muntah di hadapanku. Aku dan Aiman terkejut. Tubuh


Danial menjadi lemah dan tidak bermaya. Aku segera membantu Danial.
Aiman pula segera mengambil segelas air suam. Aiman mengelap mulut
Danial dan membantunya minum air suam tersebut. Selepas itu kami
berdua memapah Danial ke bilik guru. Guru yang bertugas, Cikgu Tan
mengarahkan aku dan Aiman memimpin Danial ke keretanya untuk dibawa
ke klinik.

Setibanya di klinik, doktor yang merawat Danial mengesahkan dia


keracunan makanan. Danial memberitahu doktor bahawa dia sakit perut
selepas minum cendol di sebuah gerai di tepi jalan. Selepas mengambil
ubat, Cikgu Tan menghantar Danial pulang ke rumahnya . Aku dan Aiman
kembali semula ke sekolah.

Kejadian yang menimpa Danial memberi pengajaran kepada kami berdua


agar lebih berhati-hati ketika membeli makanan. Makanan yang tercemar
boleh menyebabkan berlakunya keracunan makanan. Kami bertiga sukar
untuk melupakan kejadian tersebut.

a. Danial muntah kerana __________________________________________________

(1markah )

a. Apakah maksud perkataan memapah seperti yang terdapat dalam


petikan?
___________________________________________________________________________________

10
SULIT 012/1

(2 markah )

b. Tuliskan BENAR pada pernyataan yang diberikan di bawah berdasarkan


petikan.

1 Doktor yang merawat Danial mengesahkan dia


mengalami cirit-birit yang serius.

2 Kejadian yang menimpa Danial membuatkan


kami takut untuk membeli cendol lagi.

3 Makanan yang tercemar boleh menyebabkan


berlakunya keracunan makanan.

4 Cikgu Tan yang membawa Danial ke klinik.

[2 markah]
Soalan 24

Baca petikan di bawah. Kemudian,tulis maklumat berdasarkan petikan.

Baju kurung ialah pakaian tradisional bagi wanita Melayu. Terdapat dua jenis baju
kurung iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. Baju
kurung sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat, tidak kira kaum ataupun
usia.
Baju kurung sering dipakai untuk menghadiri majlis perkahwinan ,agama,
pengebumian dan rasmi. Baju kurung juga menjadi pakaian rasmi bagi murid
perempuan di sekolah rendah dan sekolah menengah.

a. Dua jenis baju kurung ialah


__________________________________________________

[2 markah]
b. Baju kurung dipakai pada majlis-majlis
seperti_________________________________

_____________________________________________________________________________
[4 markah]

c. Apakah perubahan yang terdapat pada baju kurung?

11
SULIT 012/1

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 25

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang beriutnya.

12
SULIT 012/1

a. Di manakah pertandingan mewarna dan melukis itu akan diadakan?


___________________________________________________________________
[1 markah]
b. Sekiranya kamu memenangi tempat kedua Kategori B , apakah hadiah
yang akan kamu peroleh?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]
c. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan
yang salah berdasarkan iklan tersebut.

Pertandingan mewarna akan diadakan


pada 2.2.2016.

Hadiah sagu hati bagi Kategori A ialah


hamper bernilai RM100.

[1 markah]

d. Pada pendapat kamu ,mengapakah kedua-dua pertandingan itu


diadakan pada hari Sabtu?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

13
SULIT 012/1

[3 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT

14

Anda mungkin juga menyukai