Anda di halaman 1dari 6

KERJA

KERJA
WATIK
AH
PELAN
TIKAN
KEPIM
PINAN
MUDA 2022
SEKOL
1
AH

UNIT DISIPLIN DAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAR, JOHOR BAHRU.

KERTAS KERJA
WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN MUDA
SEK.KEB.SRI AMAR 2022

NAMA PROGRAM Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah,


Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan
‘Students Leader Board’.

Lembaga Disiplin dan Pemimpin Muda Sekolah merupakan


PENGENALAN
tunjang utama dalam menentukan dan meningkatkan disiplin
murid-murid ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-
pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang
berwibawa dan berketerampilan.

Badan Pengawas sekolah yang merupakan tunjang utama


dalam membantu pengurusan aktiviti serta disiplin sekolah. Para
pengawas yang dipilih dilatih untuk melaksanakan tugas-tugas
khas terutama dalam melahirkan suasana sekolah yang lebih
harmoni.

Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah


satu unit yang terdiri daripada murid-murid yang terpilih untuk
membantu pengurusan Pusat Sumber.  Badan ini akan
membantu PSS menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai
matlamat dan objektif PSS.

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah untuk


melatih para murid  untuk menguasai kemahiran membantu
agar mereka dapat membantu rakan murid yang memerlukan
pertolongan dari segi emosi, sosial mahupun mental di samping
melatih mereka membantu diri sendiri.
2
Student Leaders Board (SLB) telah dibentuk sebagai
asas untuk melahirkan pemimpin sekolah-sekolah yang
berpotensi sebagai contoh pemimpin di sekolah. Jabatan
Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) berpendapat sudah tiba
masanya untuk membangunkan satu perancangan yang
sistematik melahirkan generasi pemimpin muda.

Oleh yang demikian, perlantikan secara rasmi ini diharap


dapat memberi motivasi dan meningkatkan lagi daya usaha
murid-murid yang dilantik ini untuk melaksanakan tugas dengan
tekun dan ikhlas disamping menjadi contoh kepada murid lain.

OBJEKTIF MATLAMAT
/MATLAMAT
PROGRAM 1) Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih.
2) Memperkenalkan kepada murid-murid barisan pemimpin
Murid tahun 2022.
3) Memberi contoh tauladan kepada murid mengenai
perlaksanaan majlis rasmi.

OBJEKTIF

1) Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas


Sekolah ,Pengawas PSS, PRS, SPBT.
2) Supaya murid yang dilantik melakukan tugas yang
diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan
penuh bertanggungjawab.
3) Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk
menjalankan tugas dengan baik.
4) Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan –
rakan yang terpilih.

RASIONAL
1. Melantik Pengawas Secara Rasmi untuk membolehkan
PROGRAM
mereka melaksanakan tugas dengan baik.

Semua Pengawas sekolah tahun 3 hingga tahun 6, PPKI,PRS,


PENYERTAAN
dan PSS
KAEDAH
i. Mengedarkan surat tawaran pelantikan dan lanjutan
PELAKSANAAN
pelantikan untuk persetujuan ibubapa
ii. Memberi watikah perlantikan dari guru besar secara
rasmi dalam majlis di perhimpunan
iii. Memberi peringatan dan dorongan mengenai
3
tanggujawab untuk amanah dalam menjalankan tugas.
TEMPAT
Dewan Terbuka, Sek Keb. Sri Amar.

BUTIRAN
i. Program diadakan pada 17 April 2018 dalam perhimpunan
PROGRAM
rasmi sekolah.
ii. Penyerahan watikah disempurnakan oleh Guru Besar Puan
Roshita Binti Jaffar dan diikuti dengan bacaan ikrar oleh
semua Pengawas.

Perbelanjaan:
BELANJAWAN
PROGRAM
Banting - 1 x RM 40.00

(Peruntukan PCG Bimbingan dan Kaunseling)

TENTATIF
7.20 pagi Perhimpunan rasmi mingguan
PROGRAM
7.30 pagi Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
- Ucapan Guru Besar
- Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan
- Bacaan Ikrar
8.30 pagi Bersurai

AHLI JAWATAN
KUASA Penasihat : Puan Roshita Binti Jaffar
Pengerusi : Puan Noraini Binti Apandi
Naib Pengerusi : Puan Mangalam A/P Ilangkovan
Puan Nor Akmal Binti Ab Rahman
Encik Muhammad Amir Adri Bin Mat Isa
Cik Nurul Fathiah Binti Abdullah.

Penyelaras program : Puan Nor Sa’adah Binti Mat Ariffin


Setiausaha : Encik Muhammad Nursufyan Shukor

AJK PELAKSANA :

Siaraya
Encik Muhammad Nursufyan Shukor

Persiapan Tempat/pentas
Encik Muhammad Amir Adri Bin Mat Isa

4
Juruacara
Puan Nor Sa’adah Binti Mat Ariffin

Jurugambar
Encik Muhammad Amir Adri Bin Mat Isa

Dokumentasi
Puan Mangalam A/P Ilangkovan

Pamplet
Cik Nurul Fathiah Binti Abdullah.

Sijil Watikah Pelantikan


Puan Mangalam A/P Ilangkovan (Pengawas Sekolah)
Puan Nor Akmal Binti Ab Rahman (PRS dan SLB)
Encik Muhammad Amir Adri Bin Mat Isa ( Pengawas PPKI)
Cik Nurul Fathiah Binti Abdullah. (Pengawas PSS)

Displin Pengawas
Puan Mangalam A/P Ilangkovan
Encik Faisal Bin Nasharuddin

PENUTUP
Diharapkan majlis ini dapat berlangsung dengan lancar
dan dapat meningkatkan motivasi Pengawas Sekolah,
Pengawas Pusat Sumber , PRS dan SLB untuk menjalankan
tugas dengan baik dan penuh dedikasi.

Program ini sedikit sebanyak dapat memberi


pengiktirafan kepada para Pengawas Sekolah ,Pengawas
PSS,PRS dan SLB supaya dapat menjalankan tugas dengan
lebih berkesan.

Di samping itu, para pelajar dapat  membentuk diri


menjadi pemimpin yang berilmu, berakhlak tinggi dan
berketerampilan. Semoga majlis ini juga dapat melahirkan
pemimpin yang dapat bertindak dan melaksanakan tugas
berdasarkan ilmu dan pertimbangan yang rasional.

5
Disediakan oleh, Disemak Oleh,

__________________________ _______________________
( MANGALAM A/P ILANGKOVAN ) (PUAN NORAINI BINTI APANDI)
Guru Unit Disiplin Guru Penolong Kanan HEM
SK Sri Amar SK Sri Amar

Disahkan oleh,

___________________________
( PUAN ROSHITA BINTI JAFFAR )
Guru Besar
SK Sri Amar

Anda mungkin juga menyukai