LATIHAN KECEMASAN
Mengikut prosedur biasa Jabatan Bomba dan Penyelamat, sesebuah premis jabatan kerajaan
mestilah mempunyai pelan keselamatan kebakaran dan mengadakan latihan mengikut pelan
berkenaan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Akta Bomba memperuntukkan kuasa
kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memastikan bahawa peraturan ini
dipatuhi tanpa gagal. Maksudnya proses undang-undang boleh digunakan terhadap jabatan
kerajaan yang cuai. Premis sekolah tidak terkecuali.
2 Konsep Latihan
Sebenarnya banyak tahap latihan yang perlu dilalui oleh warga sekolah. Ini termasuk ujian
masa dan simulasi kebakaran. Namun demikian latihan kali ini akan memberi fokus terhadap
ujian masa dalam konteks pengungsian bangunan. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama
sepenuhnya dari seluruh warga sekolah sama ada pihak pengurusan, guru, kakitangan dan
pelajar. Kejayaan kita memenuhi kehendak latihan akan menggambarkan bahawa Maktab
Wan Jah, Butterworth benar-benar merupakan sekolah selamat dan warganya mempunyai
tahap kepekaan dan persediaan yang tinggi dalam menghadapi kemungkinan risiko
kebakaran.
Dalam bahasa yang mudah, pengungsian bangunan bererti bahawa para penghuni sesebuah
bangunan keluar daripada bangunan berkenaan secara tenang dan teratur mengikut pelan
laluan menuju tempat berkumpul dengan hanya membawa dokumen terpenting sahaja.
Ringkasnya, sehelai sepinggang. Mengikut piawai latihan kebakaran, masa maksimum yang
diambil untuk berkumpul di tempat yang ditetapkan ialah tujuh minitsahaja.
4 Modus Operandi Latihan Keselamatan Kebakaran Maktab Wan Jah Butterworth 2017
Pihak sekolah telah memutuskan bahawa latihan akan diadakan secara mengejut, iaitu
bermula pada hari Khamis, 04.5.2017. Apabila deringan loceng secara berterusan dibunyikan
pada waktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, semua aktiviti bilik darjah,
makmal, bengkel dan seumpamanya hendaklah dihentikan. Guru yang sedang mengajar
hendaklah mengarahkan pelajar beratur mengikut pelan laluan yang ditetapkan menuju
tempat berkumpul. Hanya dokumen pengenalan diri yang perlu dibawa bersama-sama.
Pelajar diingatkan supaya tidak bersenda gurau, bertolak-tolak atau berebut-rebut ketika
bergerak, terutamanya apabila hendak menuruni tangga. Pelajar juga tidak dibenarkan
menggunakan sebarang jalan pintas atau dengan sengaja menghilangkan diri dalam latihan
ini. Tindakan disiplin boleh dikenakan terhadap mereka yang ingkar arahan.
Untuk latihan kali ini pihak sekolah menggunakan padang sebagai tempat berkumpul. Pelajar
dikehendaki bergerak menuju depan astaka. Pelajar yang berada di tingkat atas bangunan
hendaklah bergerak dan menuruni tangga yang mengarah ke tempat berkumpul sahaja.
Semua guru juga perlu bergerak mengikut laluan pelan blok ketika itu. Patuhi pelan laluan
yang telah disediakan di setiap kelas.
Guru yang sedang mengajar tadi hendaklah mengawal pergerakan murid dan akan menyemak
kehadiran pelajar di tempat berkumpul, serta melaporkannya kepada pegawai panggilan baris
yang seterusnya bertanggungjawab kepada pegawai insiden. Pegawai insiden ialah Tuan
Pengetua, dan dibantu oleh Penolong Kanan HEM. Pegawai panggilan Baris (Guru PKBM)
akan menerima laporan lisan kehadiran setiap kelas, kemudian melaporkan jumlah
kesemuanya kepada pegawai insiden.
Setelah selesai, pelajar yang berkumpul dikehendaki mendengar ulasan dan penilaian latihan
oleh tuan pengetua. Jika beliau tidak berpuas hati, latihan pengungsian bangunan berkenaan
boleh diulangi serta-merta. Saya percaya warga MWJ boleh melakukannya sekali sahaja,
insya-Allah.