Anda di halaman 1dari 14

Cara Membuka Sekatan Internet

1BestariNet KPM
January 9, 2017 6 comments

Semua sedia maklum, sekolah mendapat kemudahan internet percuma yang dibekalkan oleh
KementerianPendidikan untuk kegunaan guru dan kakitangan dalam menjalankan tugas seharian.
Namun begitu, atas beberapa faktor, pihak 1BestariNet membuat sekatan terhadap sesetengah
laman sesawang.
Adabaiknya tindakan tersebut dan adakalanya memberi kesusahan kepada guru yang mahu
mendapatkan bahan dalam laman sosial seperti Facebook. Oleh itu, saya kongsikan cara mudah
untuk membuka sekatan internet 1BestariNet ini.

Cara Membuka Sekatan Internet

Saya akan berkongsi hanya satu cara termudah iaitu menggunakan pelayar internet Opera.
Pelayar internet Opera yang terkini, mempunyai fungsi VPN tersendiri yang sudah sedia
terpasang di dalam pelayar tersebut. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memasang atau
mengemaskini pelayar Opera sedia ada ke dalam komputer anda.
Klik pada link ini untuk muat turun Opera Browser : Download Opera

Selesai memuat turun dan memasangkan ia, anda hanya perlu membuka pelayar Opera tersebut.
Di sini saya memberi contoh dengan melayari laman sesawang Y8.com ( laman popular dalam
kalangan anak didik saya di sekolah untuk bermain permainan internet ).
Anda akan dapati capaian ke laman sesawang tersebut disekat. Paparan sebegini akan muncul
menunjukkan laman tersebut tidak dapat diakses.
Sekiranya anda tiada butang VPN pada sebelah alamt URL tersebut. Anda pelu pergi kepada
tetapan Opera. Klik pada menu di sebelah kiri atas Opera, dan klik Settings.
Kemudian, klik pada Privacy & Security. Selepas itu, cari perkataan VPN dan tick pada bahagian
enable VPN.
Selepas itu butang vpn akan muncul. Jadi, perkara yang perlu anda lakukan adalah klik pada
butan VPN (Virtual Private Network) yang berada pada sebelah kiri alamat laman sesawang.
Paparan di atas akan muncul dan hanya perlu gerakkan slider off kepada on.
Terdapat satu lagi pilihan tambahn iaitu Virual Locations pada bahagian bawah ruang VPN
tersebut. Ianya berfungsi untuk memilih server mana yang mahu digunakan ketika melayari
internet sekiranya sekatan masih lagi tidak dapat dibuka. Saya galakkan ambil Singapore kerana
ianya antara lokasi yang terdekat dalam senarai pilihan.
Selesai membuat tetapan, hanya perlu menekan butang F5 pada papan kekunci komputer anda
atau klik pada butang Refresh (anak panah pusing di sebelah kiri butang VPN).
Ini hasilnya. Saya juga ada cuba untuk mengakses laman sosial seperti Facebook yang disekat
ketika waktu bekerja dan hasilnya, laman tersebut boleh dibuka.
Kaedah ini juga dapat digunakan bagi membuka laman web yang disekat oleh Suruhanjaya dan
Sekuriti Malaysia.Bagi pengguna telefon pintar, anda masih boleh membuka sekatan internet
dari telefon anda. Masih juga menggunakan Opera. Namun perlu membuat pemasangan VPN
Opera di telefon pintar terlebih dahulu. Mungkin artikel saya yang terdahulu berkaitan Buang
Sekatan Internet dapat membantu.

Kredit Gambar : Arkib CikguIK


Ihzam Khairi
Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang IT. Beliau suka berkongsi ilmu
pengetahuan dengan sesiapa sahaja. Ilmu itu milik semua.
View all contributions by Ihzam Khairi

6 COMMENTS ADD ONE

JULIANA
January 12, 2017, 9:17 amREPLY
Tqvm di atas perkongsian ilmu..
sangat2 membantu

saya bagi 5 bintang

Ihzam Khairi
January 12, 2017, 1:24 pmREPLY

Sama-sama. Moga Bermanfaat.

Syahaneem Oon
January 19, 2017, 9:26 pmREPLY
terima kasih atas perkongsian ilmu ni.. semoga tuan diberkati dan dimurahkan rezeki.. halalkan
ilmu yang diberi

Ihzam Khairi
January 19, 2017, 10:09 pmREPLY
Sama-sama. Jika tidak dapat connect (lambang VPN bewarna kuning sahaja) caranya, sambung
dahulu wifi computer dengan hotspot atau internet lain seperti handphone. Kemudian tunggu
sehingga Logo VPN bertukar warna biru, baru sambung kembali ke wifi ytlnetwork / wifi
1bestarinet.

shamsiati mohamad
April 7, 2017, 7:49 pmREPLY

assalamualaikum cg. saya nak tanya. mcm mana nak buat jika saya buka website tu dan yang
keluar perkataan The domain 1bestari.net may be for sale. Click here to make an offer or call
877-588-1085 to speak with one of our domain experts. terima kasih

Anda mungkin juga menyukai