Anda di halaman 1dari 2

Tutorial 3 CYNTHIA TING XING ROU

PISMP PSV
Bincangkan bagaimana pendemokrasian dalam pendidikan dapat mewujudkan integrasi
nasional?
Pendemokrasian dalam pendidikan dapat mewujudkan integrasi nasional. Hal ini kerana
pendidikan yang demokrasi dapat menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya
melalui ideologi negara. Oleh itu, pendemokrasian pendidikan memberikan keupayaan dan
kemampuan sistem pendidikan Malaysia dalam menyediakan peluang untuk semua lapisan rakyat
menikmati pendidikan yang begitu luas dan bermutu menjelang TN50.
Berlandaskan pendemokrasian pendidikan, semua lapisan masyarakat mendapat
pendidikan yang sama. Untuk mewujudkan integrasi nasional, semua kanak di Malaysia mendapat
peluang untuk mendapat pendidikan yang sama. Biarlah saya ambil contoh, pendidikan diberikan
kepada semua kanak-kanak tanpa mengira etnik, gender, dan kurang upaya. Semua kanak-kanak
perlu mendapat pendidikan melalui pendidikan yang formal dengan kokurikulum yang sama dalam
sistem pendidikan. Oleh itu, dengan keadilan dalam pendidikan dapat mewujudkan integrasi
nasional.
Penggunaan satu bahasa pengantar dalam pendidikan juga merupakan salah satu cara.
Menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Malaysia telah menjadikan bahasa pengantar
utama. Biarlah saya ambil contoh, isu Bahasa Malaysia perlu mendapat kepujian dalam SPM
supaya dapat kesahan dalam kerjaya. Dengan bahasa pengantar, masyarakat dapat
menggunakan bahasa yang difahami oleh semua rakyat Malaysia semasa bertutur. Penggunaan
bahasa pengantar dalam pendidikan dapat mencapai matlamat perpaduan negara. Oleh itu,
penggunaan bahasa pengantar dalam pendidikan dapat mewujudkan integrasi nasional kerana
murid dapat memahami antara satu sama lain dan dapat mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan faham antara satu sama lain.
Selain itu, peruntukan yang adil diperlukan untuk mengimbangi ledakan pendidikan di
Malaysia kerana setiap bangsa di negara ini sedar akan kepentingan pendidikan untuk mereka dan
generasi yang akan datang. Sebagai contohnya, kemudahan infrastruktur harus disediakan adalah
sama di sekolah bandar dan luar bandar. Dengan peruntukan yang secukupi, kanak-kanak si luar
bandar juga dapat menikmati pendidikan. Dengan penyampaian ilmu, kanak-kanak di bandar dan
luar bandar akan mengetahui tentang kepentingan integrasi nasional. Oleh itu, pendidikan yang
bermutu dapat melahirkan murid yang berpersonaliti unggul pada generasi ini tercapai dan dapat
mewujudkan integrasi nasional.
Bukan itu sahaja, unsur-unsur pendidikan kewarganegaraan juga harus diterapkan dalam
semua mata pelajaran. Dengan pendidikan kewargenegaraan, murid-murid akan mengetahui
kepentingan perpaduan dalam masyarakat. Biarlah saya ambil contoh, dalam mata pelajaran
bahasa perlu banyak memasukkan unsur kewarganegaraan supaya membolehkan semua kaum
mengetahui tentang budaya bangsa lain dengan teliti. Dengan pengetahuan ini, murid-murid akan
saling menghormati antara satu kaum sama lain. Oleh itu, pendidikan kewarganegaraan dapat
mewujudkan integrasi nasional.
Secara konklusinya, untuk mewujudkan integrasi nasional melalui pendemokrasian
pendidikan, kerajaan harus memberikan peluang mendapat pendidikan yang sama kepada semua
kanak tanpa mengira lapisan masyarakat, kaum, agama, dan budaya. Bukan itu sahaja,
menentukan bahasa pengantar dalam sekolah supaya semua murid dapat memahami pengajaran
yang telah disampaikan oleh guru di sekolah. Peruntukan di sekolah juga perlu diperhatikan supaya
isu-isu seperti kekurangan infrastruktur, kekurangan sumber tenaga, bilangan guru, buku teks dan
sebagainya tidak akan berlaku sentiasa. Peruntukan dan perhatian perlu diberikan dengan adil,
tidak kira sama ada bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar mahupun golongan yang tidak
bernasib baik. Peruntukan yang adil boleh mengelakkan pertelingkahan dan perselisifaham faham
antara kaum supaya negara kita boleh aman dan damai. Pendidikan kewarganegaraan juga
memainkan peranan yang penting dalam integrasi nasional kerana pendidikan kewarganegaraan
membolehkan murid kita memahami budaya kaum kita dengan secara langsung dan tidak
langsung. Dengan ini, nilai-nilai seperti menghormati, kasih sayang dan sebagainya dapat
mewujud dalam kalangan murid di sekolah, masyarakat dan negara. Pendidikan berperanan
Tutorial 3 CYNTHIA TING XING ROU
PISMP PSV
memupuk semangat patriotik kepada negara di kalangan pelajar sekolah. Pendidikan turut
membentuk sifat-sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur bagi melahirkan sebuah
masyarakat yang bersetupadu. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk
membangunkan pendemokrasian dalam pendidikan supaya dapat membangunkan negara dengan
melaihirkan pemuda dan pemudi yang berilmu serta dapat memberi sumbangan kepada negara
untuk menjelang Transformasi Negara 2050.

Rujukan:
A.Rashid, N. (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford.

Kaliappan, S. (2011). Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional. Retrieved


from Slide Share: https://www.slideshare.net/SaranyaKaliappan/pendemokrasian-
pendidikan-mewujudkan-integrasi-nasional

Pendemokrasian pendidikan. (2011). Retrieved from nota guru pelatih:


http://notagurupelatih.blogspot.my/2011/09/pendemokrasian-pendidikan.html

Sami, S. T. (n.d.). Kepentingan Pendemokrasian Pendidikan . Retrieved from blogspot:


http://suganthimunsami.blogspot.my/p/pendemokrasian-pendidikan-merupakan.html

Sharina. (2012). Kepentingan Bahasa Melayu. Retrieved from Sharina's Blogspot:


http://sharinashaariupsi.blogspot.my/2012/11/kepentingan-bahasa-melayu-dalam.html

Tang. (2015). Pendemokrasian pendidikan. Retrieved from blogspot: http://pltang-


edu3093.blogspot.my/2015/03/pendemokrasian-pendidikan-kepentingan.html

Anda mungkin juga menyukai