Anda di halaman 1dari 3

1.

4 OBJEK HITAM DAN KUSAM MENYERAP DAN MEMBEBASKAN HABA DENGAN LEBIH
BAIK

1. Semua objek dapat menyerap dan membebaskan haba

2. Objek yang hitam dan kusam menyerap dan membebaskan haba dengan lebih baik daripada objek yang
putih dan berkilat

3. Jadual 1.8 menunjukkan perbezaan antara pemancar dan penyerap haba yang baik serta pemancar dan
penyerap haba yang lemah

4. Pemancar haba yang baik juga adalah penyerap haba yang baik. Pemancar yang lemah juga adalah penyerap
haba yang lemah

5. Apabila dua tin didedahkan kepada haba yang sama, suhu tin yang hitam dan kusam meningkat lebih cepat
berbanding dengan tin yang putih dan berkilat. Hal ini demikian kerana objek hitam dan kusam adalah
penyerap haba yang baik

6. Apabila air didih diletakkan di dalam dua kelalang kon, suhu air dalam kelalang yang hitam dan kusam
menurum lebih cepat berbanding dengan kelalang yang putih dan berkilat. Hal ini demikian kerana objek yang
hitam dan kusam adalah pemancar haba yang baik

Aplikasi Harian Penyerap Haba dan Pemancar Cahaya

1. Permukaan putih dan berkilat digunakan untuk memantulkan haba atau kurang menyerap haba
a. Dinding Putih - Dinding rumah dicat putih supaya kurang menyerap haba dan mengekalkan kesejukan
b. Pakaian Putih - Pakaian putih digunakan di negara-negara tropika kerana kurang menyerap haba
berbanding pakaian gelap
c. Tangki Simpanan Petrol - Tangki simpanan petrol dicat dengan cat aluminium kerana permukaan berkilat
memantulkan haba. Hal ini supaya petrol di dalam tangki tidak menjadi terlalu panas
d. Pakaian Bomba - Ahli bomba memakai pakaian berwarna terang dan berkilat unutk mengurangkan kadar
penyerapan haba daripada persekitaran

2. Permukaan putih dan berkilat juga digunakan untuk mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran oleh
sinaran
a. Cerek - Cerek diperbuat daripada aluminium yang berkilat untuk mengurangkan kehilangan haba
b. Pendandang - Pendandang dicat dengan cat aluminium untuk mengurangkan kehilangan haba ke
persekitaran dan mengekalkan kepanasan air

3. Permukaan hitam dan kusam digunakan untuk menyerap dan membebaskan haba ke persekitaran dengan
cepat
a. Panel pemanas suria - Panel pemanas suria dicat hitam dan mempunyai permukaan kusam supaya boleh
menyerap haba dengan cepat
b. Bahagian belakang peti sejuk - Bahagian belakang peti sejuk dicat hitam supaya boleh membebaskan haba
dengan cepat

Anda mungkin juga menyukai