Anda di halaman 1dari 1

Abstrak

PENGGUNAAN TEKNIK DEKCOK DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PENUKARAN PECAHAN TIDAK


WAJAR KEPADA NOMBOR BERCAMPUR BAGI MURID TAHUN 4

ROSIDY LEO
SILVIAN SILVESTER
MOHAMAD SOLEHUDDIN BIN MOHAMAD SIDEK

Masalah utama yang dihadapi oleh murid dalam menyelesaikan masalah penukaran
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur adalah disebabkan oleh kelemahan murid
dalam kemahiran membahagi dan memahami konsep pecahan secara mendalam (Mazlini dan
Effandi, 2012). Semasa menjalankan praktikum fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Keruak, Jerteh,
Terengganu, kami mendapati murid murid tidak dapat menukarkan pecahan tidak wajar
kepada nombor bercampur bagi murid Tahun 4. Oleh itu, kami bercadang untuk
menyelesaikan masalah mereka. Maka, lahirlah Teknik Dekcok ini. Hal ini perlu dibuat
kerana ianya dapat membantu murid untuk mengatasi masalah tersebut. Rentetan itu, untuk
memastikan murid menguasai kemahiran menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur menggunakan kaedah tradisional, murid perlu mempunyai kemahiran darab serta
bahagi yang biasanya kurang dikuasai oleh murid di sekolah rendah (Clarke, 2006).

Teknik Dekcok adalah kaedah baharu yang digunakan untuk menyelesaikan maslah
menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur bagi topik pecahan tahun 4. Nama
Dekcok tersebut adalah diinspirasikan daripada permainan Ketinting melalui cadangan
murid sendiri. Dekcok bermaksud ketinting dalam bahasa Kelantan. Dengan menggunakan
ujian pra dan pos, kami dapat melihat peningkatan dalam topik pecahan ini. Ujian pra tidak
menggunakan intervensi dan ujian Pos pula menggunakan intervensi. Antara kelebihan teknik
Dekcok adalah ianya lebih ringkas dan mudah, operasi yang digunakan adalah mudah dan
mampu dikuasai, pembelajaran lebih diminati kerana melibatkan aktiviti melukis rumah yang
merupakan objek kegemaran kanak kanak serta cara penulisan jawapan yang mudah dan
tidak mengelirukan.

Secara keseluruhannya, Teknik Dekcok dapat membantu murid murid Tahun 4


untuk menyelesaikan masalah penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.

Anda mungkin juga menyukai