Ya Allah ya Tuhan kami, dengan keberkatan surah Yassin serta Al-Quran yang
penuh hikmah dan dengan berkat orang yang Engkau pilih untuk diutuskan risalah,
kenabian, kewalian dan hidayah ke jalan-Mu yang lurus, juga keberkatan atas
segala yang dibawa oleh Jibril daripada-Mu, iaitu Al-Quran dari Yang Maha Kuasa
lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhan yang mengalirkan setiap lautan dan semua mata air. Wahai Tuhan
pemilikannya hanya antara huruf kaf dan nun(kun) dan yang mengetahui segala
sesuatu yang belum berlaku. Kami pohon pada-Mu Ya Allah agar Engkau kurniakan
kepada kami rezeki dengan keredhaanMu. Jadikanlah kami dan kurniakanlah
tempat kami kebahagiaan dan kekayaan.
Engkau mudahkanlah segala hajat dan permintaan kami. Jadikanlah setiap seorang
daripada kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa memperoleh kejayaan
dan kemenangan. Janganlah Engkau jadikan kami golongan yang menagih rezeki
dari orang lain. Ikatkanlah lidah orang yang memburuk-burukkan kami. Engkau
pandulah kami dengan taufik-Mu. Jadikanlah keredhaan-Mu sebagai teman dan
sahabat kami.
Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang terperangkap dalam hutang. Maha
Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang ditimpa dukacita. Maha Suci Tuhan yang
pemilikan-Nya hanya antara huruk kaf dan nun. Maha Suci Tuhan apabila Dia
menghendaki sesuatu memadai hanya dengan Dia mengatakan "jadi!" maka
jadilah ia.