Anda di halaman 1dari 8

[MANUAL PENGGUNA LEVEL PENGGUNA] eRehat

1. Skrin Halaman Utama

2. Skrin Daftar Pengguna Baru


a) Bagi pengguna baru, perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum log
masuk ke dalam sistem. Klik pada butang Daftar Pengguna.

b) Pastikan anda mengisi maklumat yang betul semasa pendaftaran bagi mengelakkan
kesulitan di masa akan datang.
[MANUAL PENGGUNA LEVEL PENGGUNA] eRehat

3. Skrin Log Masuk


a) Sila masukkan nombor gaji dan kata laluan yang telah anda daftar untuk log masuk.

4. Skrin Utama (Login)


a) Apabila log masuk, terdapat 4 Menu Utama yang boleh diakses iaitu Informasi,
Tempahan, Semakan Status dan Terma & Syarat.

b) Juga terdapat butang Profile untuk pertukaran kata laluan dan butang Log Keluar
untuk log keluar daripada sistem dengan selamat.

c) Klik butang Tempahan untuk mula melakukan tempahan rumah rehat MARA.
[MANUAL PENGGUNA LEVEL PENGGUNA] eRehat

5. Skrin Tempahan (Proses 1)


a) Di skrin tempahan, pilih Negeri & Lokasi Rumah Rehat MARA yang ingin ditempah.
b) Seterusnya pilih Tarikh Masuk & Tarikh Keluar.
c) Klik butang Semak untuk langkah seterusnya.

6. Skrin Tempahan (Proses 2)


a) Skrin berikutnya akan memaparkan butiran lanjut sekiranya rumah rehat yang
dipilih, tersedia pada tarikh yang dipilih.

b) Sila isi no.telefon pejabat, no.telefon bimbit serta bilangan penghuni untuk rekod.

c) Sekiranya rumah tersebut tidak available, paparan ralat/error akan dipaparkan.

d) Tanda butang perakuan dan klik butang Hantar untuk langkah seterusnya.
[MANUAL PENGGUNA LEVEL PENGGUNA] eRehat

7. Skrin Tempahan (Proses 3)

a) Butiran berikut akan dipaparkan sekiranya permohonan anda berjaya dihantar.

b) Anda boleh terus mencetak butiran tempahan dengan menekan butang Cetak,
atau mencetak kemudian di ruangan Status untuk semakan status permohonan.

c) Pemohon yang berjaya menghantar permohonan, perlu membuat pembayaran


dalam masa 24 jam dari tarikh permohonan bagi membolehkan permohonan anda
diluluskan oleh pentadbir.,
[MANUAL PENGGUNA LEVEL PENGGUNA] eRehat

8. Skrin Status Tempahan

a) Skrin ini adalah untuk anda menyemak status terkini permohonan yang telah dibuat
& mencetak butiran permohonan dengan klik pada ID Tempahan.

b) Anda juga boleh muat naik slip pembayaran samada yang telah di-scan atau diambil
menggunakan smartphone dengan menekan butang Dokumen.

Paparan butiran tempahan

Muat naik imej slip pembayaran


[MANUAL PENGGUNA LEVEL PENGGUNA] eRehat
9. Cetakan Surat Tawaran

a) Apabila permohonan telah diluluskan oleh Pentadbir, sistem secara automatik akan
menjana surat tawaran melalui Sistem E-Rehat yang boleh dicetak terus oleh
pemohon.

b) Anda boleh klik ID Tempahan pada permohonan yang diluluskan untuk cetakan
surat tawaran.

Paparan butiran tempahan

Surat Tawaran
[MANUAL PENGGUNA LEVEL PENGGUNA] eRehat

Anda mungkin juga menyukai