Anda di halaman 1dari 6

Penghargaan

Kami merupakan seorang guru pelatih yang menerima latihan di Insititut Pendidikan
Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, unit PISMP Pendidikan Pemulihan dan
Pendidikan Tamil Sem 2. Tugasan ini merupakan tugasan Permainan (MPU3041).
Kami telah menyiapkan tugasan ini dalam tempoh hampir-hampir satu bulan
diperuntukkan kepada kami untuk menyempurnakan tugasan tersebut, kami
bersyukur kerana terdapat banyak pihak yang telah membantu kami. Tanpa mereka,
kami tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu,
kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan penghargaan terhadap
mereka.
Yang pertama, kami ingin mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya
terhadap pensyarah tercinta saya iaitu En. Abdul Halim Bin Abdul Wahab yang
mengajar subjek Permainan MPU3041. Beliau telah banyak membantu kami dalam
menyempurnakan kerja kursus ini dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar tanpa
jemu. Tanpa bentuan beliau, kami tidak dapat membetulkan kesilapan yang dilakukan
dalam tugasan ini.
Di samping itu, ucapan terima kasih juga kami ingin menunjukkan kepada ibu
bapa . Mereka telah memberi sokongan kepada kita baik sokongan moral ataupun dari
segi materialistik. Mereka juga sering berkongsi pengetahuan mereka tentang tajuk
kerja kursus ini.
Seterusnya, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan
kami. Rakan-rakan kumpulan telah banyak membantu dan bekerjasama dalam proses
pelaksanaan kerja kursus terutamanya dalam aspek pencarian dan perkongsian
maklumat. Kami berkongsi idea dan bekerjasama dalam merancang rancangan
pelajaran harian (RPH) tentang teknik menggelecek dalam bola keranjang. Kami
sering berkongsi maklumat yang berkenaan tanpa sikap mementingkan diri. Kami
berbincang bersama dan berusaha menghasilkan RPH dengan sedaya upaya yang
baik.
Akhir sekali, kami ingin menunjukkan setinggi-tingginya penghargaan kami
sekali lagi kepada pihak yang telah membantu kami dalam pelaksanaan tugasan ini,
baik secara langsung atau secara tidak langsung. Kami berasa bersyukur atas
pembantuan pihak-pihak berkenaan.
Rujukan

Buku

Ahmad Wafi (1995). Siri Ke Arah Bintang Sukan, Bola Keranjang, Good Mark
Interprise.

Bahagian Pendidikan Guru. (2011). Modul Satu Sukan Satu Murid: Bola Keranjang.
Terbitan Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

John P. Mc Carthy Jr. (2006). Coaching Youth Basketball. New York: FW Publications
Inc.

Paul Stimpson (1986). Basketball: The Skills of the Game, Chicago: The Crowood
Press.

Internet

Kayrel. (2012). Bola Keranjang. Retrieved on 1 April , 2017 from


http://bolakeranjang.blogspot.com/

Lee Yuen How. (2011). Kemahiran Bola Keranjang. Retrieved on 2 April, 2017

from http://leeyuenhow20102045143.blogspot.com/2011/12/kemahiran-

dalampermainan-bola.html

Wani Nadwah. (2012). Gelanggang Bola Keranjang. Retrieved on 2 April, 2017 from
http://waninadwah.blogspot.com/2012/01/gelanggang-gelanggang-bola

keranjang.html
Refleksi ( WONG PAK SHEN)

Dalam subjek Permainan (MPU3041), kami telah diberi tugasan untuk merancang
dan mengendalikan sesi pengajaran mikro bagi kemahiran permainan yang dipelajari.
Kumpulan kami telah merancang sesi pengajaran mikro bagi permainan bola
keranjang bagi teknik menggelecek. Kami telah bekerjasama dan berbincang
bersama untuk menghasilkan satu RPH yang sesuai dan berkesan dalam
pembelajaran. Pelbagai alat BBM telah kami sediakan untuk mengajar murid tentang
kemahiran menggelecek bola keranjang.

Dalam set induksi kita, aktiviti kami dimulakan dengan permainan Spider -I Catch
U. Kami memberi penerangan yang ringkas dan jelas supaya murid mudah faham di
samping tidak membazir masa. Murid dapat memanaskan badan melalui permainan
ini. Mereka berkejar-kejar sesama murid lain untuk menjadi spider. Permainan ini
merupakan permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan
untuk membina aliran fikiran pelajar serta menarik minat mereka untuk lebih memberi
tumpuan dan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan.

Pada langkah 1,guru menggunakan bola plastik dan bola keranjang untuk mengajar
murid kemahiran menggelecek bola. Murid didedahkan bola plastik dahulu sebelum
didedahkan bola keranjang kepada mereka. Tujuan ini adalah untuk memberi murid
peluang menyesuaikan bola dahulu kerana kemahiran menggelecek menggunakan
bola keranjang tidak begitu mudah. Kami mengajar murid kemahiran mengelecek bola
plastik menggunakan tangan kanan dahulu dan kiri kemudian dengan menggunakan
bola keranjang. Kelebihan dalam langkah ini adalah murid diberi penerangan yang
jelas dan mereka cepat memahami. Demonstrasi kami pun jelas dan tepat tentang
teknik menggelecek bola. Demonstrasi kami membolehkan murid mencontohi
pergerakan kita dan mereka dapat belajar dengan cepat walaupun terdapat beberapa
orang murid yang kurang mahir. Kami pun sabar dan memberi peneguhan positif
kepada murid yang kurang mahir.
Pada langkah 2, murid dibahagikan kepada kumpulan. Mereka dapat belajar dengan
cepat dan berkesan semasa dalam kumpulan. Murid yang mahir akan membantu
membetulkan murid yang melakukan kesilapan pergerakan. Kami juga akan
memberikan latihan pengukuhan untuk meningkatkan kemahiran tersebut. Kami pun
menggalakkan murid ambil tempat guru dan boleh pelbagaikan cara mengelecek bola.
Pada langkah 3, kami puu membahagikan murid kepada dua kumpulan. Guru
menerangkan cara permainan Ironman Trigger supaya murid tidak cepat bosan dan
memastikan semua murid bergiat aktif bagi meneruskan pembelajaran. Selepas murid
belajar pelbagai teknik menggelecek bola keranjang, kami pun mengadakan
permainan kecil untuk kemahiran mengelecek bola keranjang. Murid dapat
mengaplikasikan teknik tersebut dalam permainan kecil ini. Guru perlu memberi
arahan dan peraturan supaya murid menunjukkan disiplin dan sikap yang positif
semasa menjalankan permainan kecil ini.
Pada set penutup, kami pun merumuskan pengajaran dengan menyuruh murid
mendemonstrasikan teknil menggelecek yang dipelajari. Selepas itu, kami pun
mengarahkan murid melakukan penyejukan badan dengan cara mengikut gerakannya
dengan memainkan lagu yang bersesuaian. Tujuan ini adalah untuk menurun suhu
badan secara beransur-ansur serta menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
Kelebihan yang dapat diperhatikan ialah pengajaran dan pembelajaran
kamimengandungi aktiviti permainan kecil yang menarik. Murid akan lebih minat
belajar melalui situasi ini. Mereka tidak berasa cepat bosan dan bermimpi semasa
belajar. Aktiviti yang kami rancang pun sesuai bagi tahap kebolehan murid-murid.
Tiada aktiviti yang mempunyai unsur bahaya dalam kemahiran tersebut. Kelemahan
yang perlu kita perbaiki ialah pengagihan masa. Misalnya, masa untuk setiap langkah
kadangkala tidak ditamatkan pada masa yang ditetapkan. Misalnya, semasa
permainan set induksi, masa yang diperuntukkan ialah 5 minit tetapi secara tidak
langsung permainan sudah berlangsung melebihi 5 minit dan pemenang bagi
permainan ini belum ditemui. Oleh itu,kami perlu merancang permainan ini dengan
baik dan tersusun serta sentiasa memberi perhatian dalam pengagihan masa supaya
tidak membazir masa kita dalam pengajaran.
Lebih-lebih lagi, pengagihan kumpulan murid juga merupakan masalah yang
ditemui dan perlu diperbaiki. Contohnya, semasa guru memberi arahan kepada murid
untuk berada dalam kumpulan yang mengadungi dua orang sahaja. Murid pun
huru-hara mencari ahli kumpulannya dan masa untuk mencari ahli kumpulan pun lama
juga. Oleh itu, kita sebagai guru boleh mengagihkan kumpulan bagi murid terlebih
dahulu atau menyuruh murid membilang satu,dua dan mencari ahli kumpulan
mengikut nombor. Kaedah ini dapat menjimatkan masa guru untuk menjalankan
aktiviti seterusnya.
Kesimpulan, kumpulan kami telah berjaya mengendalikan sesi pengajaran mikro
bagi kemahiran bola keranjang iaitu menggelecek. Banyak isu dan kriteria perlu diberi
perhatian semasa mengendalikan sesi pengajaran mikro. Nilai seperti bekerjasama,
bantu-membantu dan lain-lain diterapkan dalam kalangan ahli kumpulan juga.

Anda mungkin juga menyukai