Anda di halaman 1dari 1

Analisis Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik literasi menulis telah dijalankan kepada 6 orang murid dari kelas
2 Kuning semasa saya berPBS di SJKC Kwang Chien, Sarikei, Sarawak. Saya telah
meminta izin daripada guru pemulihan agar menjalankan ujian diagnostik kepada
murid Tahun 2 Bahasa Melayu. Selepas membuat analisis berdasarkan ujian
diagnostik, saya telah mengenalpasti kumpulan pertama iaitu Arril, Kiu Mee Chen dan
Alyssia tidak dapat menguasai kemahiran huruf. Seorang murid tidak dapat menulis
huruf vokal iaitu a dengan cara yang betul dan kemas manakala dua orang murid
tidak dapat menulis huruf konsonan iaitu b dan p dengan cara yang betul dan kemas.
Sepanjang pemerhatian saya, ketiga-tiga murid ini boleh menyebut huruf vokal dan
konsonan di atas bimbingan guru tetapi menghadapi masalah dalam menulis huruf a,
b dan p.

Bagi kumpulan dua iaitu Wong ,Leroy Jubin dan Jessica, mereka tidak dapat
menulis perkataan secara mekanis dengan betul dan kemas. Ada yang menulis
perkataan dengan jarak huruf yang tidak seragam. Ada yang menulis perkataan
dengan terlalu jauh jaraknya dan ada yang terlalu rapat. Selain itu, kecondongan
huruf juga merupakan masalah mereka semasa menulis. Misalnya, murid menulis
perkataan pola yang bercondong ke bawah dalam petak kosong. Di samping itu, ada
murid yang tidak dapat menulis huruf dalam kertas garis empat secara betul dan
kemas. Masalah menulis ini menyebabkan mereka menghasilkan tulisan yang tidak
kemas dan salah .

Anda mungkin juga menyukai