Anda di halaman 1dari 3

Penerangan Permainan Boardgame Territory War

Permainan boardgame kumpulan kami bernama Territory War . Permainan ini


menerangkan tentang persaingan antara watak permainan untuk mendapat wilayah
masing-masing.

Pada mula-mulanya, murid akan memilih watak permainan iaitu Acher, Warrior,
dan Sorcerer. Murid perlu mengambil kad nombor yang mengandungi unsur pelbagai
perwakilan seperti bahasa, gambar dan simbol secara bergilir-gilir. Tempat
permulaan bagi permainan boardgame ini adalah pada ketiga-tiga penjuru papan
permainan yang bersegi tiga tepat ini. Kad yang diambil oleh murid mewakili dan
mereka perlu memahami dan meneliti kad tersebut. Mereka perlu menggunakan kad
tersebut untuk menentukan bilangan wilayah yang mereka akan menjajah.

Satu tanah wilayah yang bulat pada papan permainan tersebut mewakili satu
wilayah. Satu tanah wilayah hanya boleh diletakkan satu askar. Mereka perlu
meletakkan askar satu demi satu secara garisan dan tidak boleh letak secara
berselerak. Sekiranya wilayah itu sudah dijajah oleh orang lain, mereka tidak boleh
memasuki wilayah tersebut. Sekiranya tanah wilayah dijajah atau dikelilingi oleh
askar lain, tanah wilayah itu akan menjadi kemilikan watak askar tersebut. Permainan
ini akan diteruskan sehingga tiada ruang wilayah untuk diletakkan oleh murid.

Apabila tamat permainan, murid dikehendaki mengira sebanyak berapa wilayah


yang mereka miliki. Murid yang memiliki wilayah yang paling banyak dikira sebagai
pemenang.

Melalui permainan ini, murid dapat mengenal nombor serta membuat


perbandingan antara nombor.
Peraturan Boardgame Territory War

1. Pemain akan memiliih salah satu watak permainan seperti berikut :

Sorcerer Archer Warrior

2. Pemain mengambil kad nombor dan menghantar askar masing-masing mengikut

bilangan nombor yang didapati untuk menjajah wilayah.

3. Tempat permulaan bagi permainan boardgame ini adalah pada ketiga-tiga penjuru

papan permainan yang bersegi tiga tepat.

4. Sekiranya pemain mendapat nombor 0 pada pusingan pertama, dia mempunyai

kuasa tambahan untuk mengambil kad nombor sekali lagi.


5. Satu tanah wilayah hanya boleh diletakkan satu askar.

6. Pemain perlu meletakkan askar satu demi satu secara garisan dan tidak boleh

letak secara berselerak.

7. Sekiranya tanah wilayah dijajah atau dikelilingi oleh sesuatu pihak askar, tanah

wilayah itu akan menjadi kemilikan watak askar tersebut.

8. Permainan ini akan diteruskan sehingga tiada ruang wilayah untuk diletakkan.

9. Apabila tamat permainan, pemain dikehendaki mengira sebanyak berapa wilayah

yang mereka miliki.

9. Pemain yang memiliki wilayah yang paling banyak dikira sebagai pemenang.

Anda mungkin juga menyukai