Anda di halaman 1dari 1

SJK(C) CHUNG HWA MESAPOL, SIPITANG

PETI SURAT 17,


89857 SIPITANG, SABAH
Tel : 087-821181
E- mel : chmesapol@gmail.com.my

Rujukan : XCC6203/Ko-kum/2017(3)
Tarikh : 23 August 2017
Kepada,
Petrosains Playsmart Kota Kinabalu,
Perpustakaan Negeri Sabah,
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya,
88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah

Tuan,
Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar
bersama murid Tahun 6 ke Petrosains Playsmart Kota Kinabalu.

3. Berikut adalah butiran untuk lawatan tersebut:

Tarikh : 23 Oktober 2017


Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Bilangan peserta : 14 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring

4. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk murid - murid kami menambah ilmu
pengetahuan di samping merasai pengalaman serta aktiviti yang menarik yang tidak dapat dilakukan di
sekolah. Selain itu, tujuan lawatan ini juga adalah untuk meransang minda dan menggalakkan murid
murid kami berfikir di luar kotak pemikiran.

5. Oleh itu, saya berharap agar permohonan ini akan dipertimbangkan dan diluluskan
oleh pihak tuan. Segala kerjasama pihak tuan, saya ucapkan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

---------------------------------------
( CHOONG MOON SEE )
Guru Besar
SJK (C) Chung Hwa Mesapol
Sipitang, Sabah

Anda mungkin juga menyukai