Anda di halaman 1dari 6

MODUL LATIH BIMBING BAHASA MELAYU

KATA ADJEKTIF
Latihan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Fauzi menyelak langsir yang ____________ hingga ke kakinya.


A besar
B labuh
C singkat
D longgar

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Komputer riba itu sungguh __________ dan senang dibawa ke mana-mana sahaja.
A nipis
B kasar
C kesat
D tumpul

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Cuaca___________ menjadikan pokok mati dan tanah kering.


A sejuk
B damai
C panas
D nyaman

1
MODUL LATIH BIMBING BAHASA MELAYU

4. Yoga berasa _______________ kerana mendapat keputusan cemerlang dalam ujian itu.
A gentar
B gelisah
C gundah
D gembira

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Pada petang itu angin bertiup _____________.


A kencang
B lambat
C pantas
D lembut

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Adik berasa hendak muntah apabila tercium bau tandas yang __________ itu.
A hapak
B hanyir
C harum
D hancing

2
MODUL LATIH BIMBING BAHASA MELAYU
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Emak memarahi adik kerana mengangkat kain yang masih _______ di ampaian.
A kasar
B kesat
C basah
D kering

8. Taufik berasa amat _________ apabila namanya diumumkan sebagai pemenang pertandingan
itu.
A sedih
B gelisah
C terkejut
D gementar

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Lelaki itu memandu keretanya dengan ________ kerana sudah lewat ke tempat kerja .
A laju
B pantas
C lembab
D perlahan

3
MODUL LATIH BIMBING BAHASA MELAYU
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Kamal menutup hidungnya kerana stokingnya berbau ___________.


A hapak
B hamis
C harum
D hancing

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

11. Ain Maisara kelihatan _________ ketika mengenakan tudung Nealofa .


A hodoh
B comel
C montel
D anggun

12. Ayah suka pulang ke kampung kerana udaranya begitu _______________.


A sejuk
B damai
C panas
D nyaman

13. Ibu terpaksa membuang minyak masak itu kerana sudah berbau ___________.
A busuk
B hapak
C tengik
D masam

4
MODUL LATIH BIMBING BAHASA MELAYU
Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. Kita mesti berdiri ______________ semasa menyanyikan lagu Negaraku.


A bengkok
B bongkok
C condong
D tegak

15. Ibu bercakap dengan nada yang ___________ ketika menasihati adik.
A nyaring
B merdu
C lambat
D lembut

16. Umairah berasa _________ apabila disoal siasat oleh pihak polis.
A gerun
B gentar
C gelabah
D gembira

17. Farhana berjalan dengan __________ menuju ke sekolah kerana sudah terlewat.
A tertib
B gopoh
C pantas
D cermat

18. Mat Dan ______________ fasih berbahasa Melayu walaupun berasal dari London.
A fasih
B petah
C bising
D pandai

19. Pokok-pokok bunga itu semakin ___________ kerana tidak disiram.


A layu
B segar
C busuk
D harum

5
MODUL LATIH BIMBING BAHASA MELAYU
20. Adik menangis kerana tidak mahu makan ubat yang ____________ itu.
A pahit
B kelat
C manis
D masam

Anda mungkin juga menyukai