Anda di halaman 1dari 6

BURUJ BIDUK (BIG DIPPER/URSA MAJOR)

Buruj ini kelihatan antara bulan Mei hingga Jun .Buruj ini juga di gelar Buruj senduk kerana
ia kelihatan juga seperti senduk. Ia juga menunjukkan arah utara melalui bintangnya Dubhe
dan Merak



Gambar di atas yang di tandai garis biru terang adalah bahagian buruj biduk dan
garis yang di tandai dengan warna biru gelap adalah buruj ursa major.
Buruj ini bernama biduk (big dipper) .Ia adalah bahagian ekor ke separuh badan
dari buruj beruang besar atau Ursa Major. Buruj ini di panggil "buruj Biduk"
kerana ia kelihatan seperti sebuah biduk (sampan).
Lihat buruj ini dari dekat

Dapatkah anda mengecam buruj ini melalui gambar di bawah ?





Buruj biduk boleh di lihat di bahagian utara . Bintang- bintang utama yang membentuknya
ialah Merak, Phad, Alioth dan Alkaid.
--------

3. Buruj Pari
BURUJ PARI (CRUX/SOUTHERN CROSS)
Di bawah ini adalah buruj Pari/ Silang Selatan ( Crux/ Southern Cross)
yang boleh di lihat sepanjang tahun di bahagian selatan.



Buruj Pari, adalah buruj yang paling kecil dalam 88 buruj yang boleh di lihat di bumi.
Buruj Pari digunakan untuk menunjukkan arah selatan. Ketika mencerap buruj Pari, kita
selalunya terkeliru dengan bintang-bintang lain yang berdekatan dengannya sehingga
kita tersalah cerapnya. Buruj Pari sebenarnya di wakili oleh 5 butir bintang seperti
gambar di bawah :




Bintangnya yang bernama Acrux sentiasa menunjuk ke arah selatan
bumi



4. Buruj Belantik
BURUJ BELANTIK (ORION)
Di bawah ini pula ialah buruj Belantik (Orion).Ia kelihatan pada bulan
Disember hingga Mac



Buruj Belantik terletak hampir ke sebelah Timur. Cara untuk
mengenali buruj ini adalah dengan memerhati tiga butir bintang yang
terdapat pada talipinggangnya tiga butir bintang ini di kenali sebagai
Alnitak, Alnilam dan Mintaka. Buruj Orion di gambarkan sebagai
seorang pemburu.



Betelgeuse dan Rigel adalah dua butir bintang yang paling terang di
buruj ini. Betelguese juga adalah bintang yang teramat besar hingga
550 kali lebih besar dari matahari . Jika kita boleh mengelilingi bintang
ini dengan kapal angkasa ,kita mengambil masa beribu-ribu tahun
untuk melengkapkan satu pusingan di garisan khatulistiwanya.



Buruj Orion memiliki banyak kelebihan dalam menunjuk arah .
Bintangnya yang paling atas yang ditandakan lamda.

Bintang yang bersimbol (lamda) sentiasa menunjukkan ke arah utara.
Buruj Orion juga boleh di gunakan untuk menunjukkan arah kiblat bagi
orang Islam yang hendak bersolat









HIDUP SI RAMA-RAMA

Dari ulat jadi kepompong,
Tidur lena dalam kelongsong,
Tiba masa kelongsong pecah,
Jadilah rama-rama yang indah.

Rama-rama terbang melata,
Sungguh cantik aneka warna,
Hisap madu di pokok bunga,
Tapi sayang hidup tak lama.

Rama-rama Tuhan yang cipta,
Menghiasi alam semesta,
Sungguh indah dipandang mata,
Itulah dia si rama-rama.

Anda mungkin juga menyukai