Anda di halaman 1dari 18

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, di atas segala

nikmat yang dikurniakan kepada kita sehingga terhasilnya risalah ringkas


ini. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW,
ahli keluarga baginda, sekalian para sahabat, para tabiin, para ulama
sebagai pewaris Nabi, ibu bapa dan muslimin muslimat, semoga
diberkati dan diredhai Allah SWT.

BAGAIMANA CARA MENGHADAP ARAH KIBLAT?


Cara menghadap arah kiblat bergantung kepada keadaan orang yang
bersolat. Terdapat 2 cara iaitu sama ada orang yang berhampiran dengan
Kaabah dan dapat melihatnya, atau orang yang berada jauh dari Kaabah.
Dalam hal ini, bagi mereka yang berada berhampiran Kaabah dan dapat
melihatnya, maka hendaklah menghadap ke arah zat Kaabah dengan
yakin. Manakala, bagi mereka yang berada jauh dari Kaabah, mereka
hendaklah menghadap ke arah zat Kaabah berdasarkan kepada
tanda-tanda mungkin (‫ )ظني‬atau pasti (‫ )قطعي‬seperti dengan melihat
kompas, alat khas yang boleh menentukan arah Kaabah, mengikut terbit
dan terbenamnya matahari ataupun dengan melihat bintang.

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN IJTIHAD ARAH KIBLAT ?

Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu tidak mengetahui arah kiblat
dengan tepat sama ada disebabkan ketiadaan tanda-tanda fizikal dan
peralatan, atau dia jahil dalam menentukan arah kiblat. Maka dia harus
berijtihad dan menghadap ke mana-mana arah.

RUANG DALAM KAABAH 12.84 m x 11.53 m x 14 m


dalam keluasan kota Mekah
26 km persegi.

Jarak Pulau Pinang - Arab


Saudi = 6,740km.

1minit selisih = 1.954 km,


1 darjah selisih = 117 km.

(Sumber : JUPEM, Pulau Pinang)

JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG I 1


1 Apa yang dimaksudkan dengan arah kiblat?

Arah kiblat merupakan arah ke Kaabah yang terletak di Makkah. Dari segi
ilmu falak, arah kiblat ditakrifkan sebagai arah ke Kaabah di sepanjang
bulatan glob bumi mengikut jarak yang terdekat.
(Ilmu Falak : Teori, Praktik & Hitungan)

Bolehkah kita mengggunakan kompas untuk menentukan


2 arah kiblat?

Boleh. Penggunaan kompas adalah salah satu kaedah yang boleh


digunakan untuk menentukan arah kiblat. Kompas akan memberi nilai dan
arah seperti Utara, Timur, Selatan, dan Barat. Cuma, di sini kita hanya
perlu mengetahui nilai azimut dan arah kiblat yang betul. Purata nilai
azimut arah kiblat bagi seluruh Malaysia adalah di antara 291° hingga
293°. Perlu diingat, nilai jarum dan arah pada kompas ini amat mudah
tertarik dengan unsur-unsur besi dan arus elektrik yang berada di
sekeliling kita.

3 Apakah hukum kita solat dengan tidak menghadap ke arah kiblat?

Menghadap ke arah kiblat adalah salah satu syarat sah solat. Oleh yang
demikian, kita harus berusaha untuk mengetahui arah kiblat dengan cara
bertanya kepada orang dan menggunakan alatan yang bersesuaian.
Namun sekiranya tidak berjaya, maka diharuskan berijtihad tentang arah
kiblat tersebut.

2 I JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG


Bagaimana angkasawan menentukan arah kiblat ketika
4 berada di angkasa lepas?
Sekiranya kita terpilih menjadi angkasawan nanti, kewajipan solat tidak
pernah terangkat. Jadi setiap angkasawan muslim difardukan untuk
menunaikan solat fardu mahupun solat sunat. Maka arah kiblat di angkasa,
ditentukan mengikut arah kiblat dimana kita berlepas dari Bumi. Sebagai
contohnya, angkasawan negara yang berlepas ke angkasa dari negara
Kazakhstan. Oleh yang demikian, kiblat bagi Datuk Dr. Sheikh Muzaffar
ketika di angkasa adalah sama dengan arah kiblat di Kazakhstan tempat
beliau memulakan perjalanan naik ke angkasa.

5 Apakah maksud (Istiwa' A'zam) ‫اإلستواء األعظم‬ ?


Istiwa' utama matahari atau Istiwa' A'zam di Kaabah merupakan fenomena
dimana Matahari akan berada tepat di titik zenith (‫)غاية‬. Ketika waktu
tersebut, Matahari akan berada tegak di atas Kaabah. Peristiwa ini akan
berlaku dua kali dalam setahun apabila nilai sudut Istiwa' Matahari akan
bersamaan dengan nilai latitud Makkah, dimana terletaknya Kaabah.
(Sabil al-Muhtadin - ‫) سبیل المھتدین‬
Bilakah tarikh kita dapat menentukan arah kiblat menggunakan
6 kaedah peristiwa Istiwa' A'zam?
Seluruh dunia boleh meng-
gunakan peristiwa ini untuk
menentukan arah kiblat.
Cuma bezanya, mungkin dari
segi masa dan tarikh sahaja.
Sekiranya kita berada di
Malaysia, peristiwa ini akan
berlaku sebanyak dua kali
dalam tempoh setahun, iaitu
pada tarikh 28 Mei jam 5:16
petang dan 16 Julai jam 5:28
petang. Pada tarikh dan
waktu tersebut, Matahari
akan berada betul-betul
tegak di atas Kaabah.

JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG I 3


Bagaimana kalau tahun tersebut mempunyai 366 hari atau
7 tahun lompat? Adakah peristiwa Istiwa' A'zam sama tarikh
dan masanya?
Tahun lompat akan berlaku setiap empat kali setahun. Pada tahun tersebut,
jumlah hari dalam setahun adalah sebanyak 366 hari berbanding 365 hari
pada tahun biasa. Pada tahun lompat, bulan Februari mempunyai 29 hari.
Bagi peristiwa A'zam, tarikh akan awal satu hari iaitu pada 27 Mei dan 15
Julai. Namun perbezaan bayang disebabkan perbezaan tarikh ini, tidak
terlalu ketara. Maka boleh guna kedua-dua tarikh tersebut. Dari segi masa
pula adalah sama sahaja.

Adakah kita boleh mengetahui arah kiblat pada waktu malam?


8 Bagaimanakah caranya?

Boleh, dengan menggunakan kompas.


Tapi, kita ada pilihan lain untuk
menentukan arah kiblat pada waktu
malam. Dengan menggunakan Bintang,
langit kita mempunyai 3000 Bintang
yang boleh dilihat dengan mata kasar di
waktu malam. Persoalannya hendak
rujuk Bintang yang mana satu? Begini,
Bintang mempunyai kumpulannya
sendiri, ataupun dinamakan buruj atau
'constellation' dalam bahasa Inggeris.
Setiap buruj mempunyai kawasan
laluannya tersendiri, ada buruj yang
berada di sebelah Utara dan Selatan.
Oleh yang demikian, kita boleh mengenal buruj berdasarkan kawasan,
bentuk dan Bintang yang berada di dalam gugusannya. Terdapat satu
buruj yang sering dikaitkan dengan arah kiblat, iaitu Buruj 'Orion' atau
Belantik. Buruj ini akan berada di atas kepala kita ketika waktu Maghrib di
antara bulan Januari hingga bulan Mac. Bintang-bintang yang berada di
dalam buruj ini agak terang dan mudah di lihat. Buruj ini mempunyai 3
bintang yang sebaris menghala hampir ke arah Barat Laut iaitu arah
kiblat. Tapi perlu diingat, kaedah Buruj 'Orion' ni hanya sesuai dan boleh
digunakan di Malaysia atau negara yang berada berhampiran dengan
garisan Khatulistiwa dalam menentukan arah kiblat.

4 I JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG


Bilakah buruj ini akan berada di langit, adakah pada setiap
9 malam?

Setiap objek di langit termasuk Bintang akan dilihat bergerak dari Timur
dan terbenam di sebelah Barat. Sama dengan Matahari dan Bulan. Setiap
Bintang atau buruj, ada masanya, ia berada di langit di waktu malam dan
ada kalanya ia berada di waktu siang. Bagi buruj ini, ia berada di sekitar
bulan September hingga Mac setiap tahun. Yang bezanya setiap bulan
adalah waktu terbit di langit dan terbenamnya sahaja.

Ada lagi tak buruj atau bintang lain, selain buruj 'orion' yang
10 boleh digunakan menentukan arah kiblat?

Ada banyak sebab terdapat 88 buruj di langit yang boleh dijadikan


panduan untuk mengetahui arah. Tapi, bukan semua yang perlu kita ingat
dan kenal. Cuma ada beberapa buruj sahaja yang mudah dikenali, bagi
tujuan untuk mengetahui arah. Contohnya Buruj 'Ursa Major' atau Buruj
'Biduk' dalam bahasa Melayu. Buruj ini berbentuk beruang besar atau
lebih dikenali dengan panggilan 'gayung', kerana Bintang-bintang utama
dan terang yang terdapat dalam gugusan
ini akan kelihatan seperti sebuah
gayung. Buruj ini akan menunjukkan
arah Utara. Sementara itu, ada lagi
buruj yang berada sebelah Selatan
yang akan menunjukan arah Selatan
iaitu Buruj 'Crux' atau Buruj 'Pari'.
Buruj ini mempunyai 4 Bintang utama
yang terang. Ianya berbentuk
seolah-olah seperti salib atau ikan pari
melayu. Apabila sudah mengetahui
arah Utara dan Selatan, maka mudah
bagi menentukan arah Barat Laut yang
menunjukan arah kiblat.

JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG I 5


Bagaimana dengan kaedah penentuan arah kiblat dengan
11 bintang?
Boleh, cuma Bintang-bintang yang berada di langit akan sentiasa bergerak
dari Timur ke Barat. Namun, terdapat 1 Bintang yang seolah-olah tidak
bergerak di bahagian Utara yang menunjukan arah Utara tepat. Bintang ini
dianggap sebagai 'paku bumi' disebabkan kedudukannya yang tidak
bergerak, ketika mana Bintang-bintang lain bergerak. Bintang ini dinamakan
sebagai Bintang 'Polaris' atau Bintang 'Kutub'. Namun begitu, di Malaysia,
Bintang ini berada agak rendah di bahagian ufuk sebelah Utara sepanjang
masa. Tetapi, sekiranya bernasib baik, ia akan nampak di sebelah Utara di
sekitar ketinggian lebih kurang 5 darjah. Kalau seseorang itu berada di
Kutub Utara, maka Bintang ini akan berada tegak (zenith) di atas kepala
dan tidak bergerak.

Berapakah bearing atau azimut kiblat yang ditetapkan


12 di Malaysia?
Bearing azimut arah kiblat di sesuatu lokasi adalah berbeza-beza, bergantung
kepada kedudukan lokasi berkenaan. Namun begitu, perbezaan bagi
setiap lokasi di Malaysia tidaklah begitu ketara. Bagi yang menggunakan
kompas, purata bearing atau azimut untuk arah kiblat bagi semua
kawasan di Malaysia ialah di antara 291° hingga 293°. Bagi mendapatkan
azimut arah kiblat dengan lebih tepat, maka boleh rujuk di laman web falak
yang tertentu atau dengan menggunakan perisian arah kiblat yang akan
memberi maklumat azimut arah kiblat berdasarkan maklumat lokasi yang
dimasukkan.

13 Tetapi, apa yang dimaksudkan dengan azimut?

Azimut merupakan satu unit ukuran yang diukur dalam unit darjah atau
simbol (°). Sudut yang diukur dari Utara mengikut arah jam dinamakan
sudut azimut (Az). Istilah ini biasanya digunakan dalam banyak aplikasi
termasuk pandu arah, astronomi, kejuruteraan, pemetaan, perlombongan
dan artileri.
(lmu Falak : Teori , Praktikal Dan Hitungan)

6 I JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG


Bagaimanakah cara menentukan arah kiblat ketika berada di
14 dalam kapal terbang atau kapal selam? Dan bagaimana jika
kita tahu yang kita membelakangkan arah kiblat, ketika kita
sedang menunaikan solat dalam kapal terbang?

Arah kiblat dalam kapal terbang boleh ditentukan dengan kaedah kita
merujuk dan bertanya kepada anak kapal atau juruterbang berkenaan.
Selain itu, kita boleh membuat anggaran kiblat melalui paparan peta yang
diberikan di skrin yang dipaparkan. Sekiranya solat dilakukan dalam kapal
terbang, memadai di awal Takbiratul Ihram yang pertama, kita menghadap
ke arah kiblat lingkungan dengan kadar 90° kiri atau kanan. Maka apabila
pesawat bertukar arah selepas itu dan dada kita tidak lagi menghala ke
arah kiblat, maka ia dimaafkan.

Walau bagaimanapun, jika dia mengetahui akan hal pergerakan pesawat


atau kapal laut bergerak ke arah mana seperti Kapten/Juruterbang
contohnya, maka ia wajib menghadapkan dadanya ke arah kiblat. Ini
adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Orang yang solat
di atas kapal tetap menghadap kiblat setiap kali kapal itu berpindah arah.
(Direkodkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Al-Musannif 3/189, no: 6634)

1 2 3
Berniat solat ketika melafazkan Membaca surah al-Fatihah dan Ruku' dengan menundukkan kepala
takbiratul ihram dengan surah dalam keadaan duduk dan sehingga dahinya selari hadapan
mengangkat tangan. tangan kanan diletakkan atas lututnya atau sekadar yang termampu.
tangan kiri.

4 5 6
I'tidal dengan mengangkat kepala Sujud dengan menundukkan kepala Duduk di antara dua sujud dengan
sambil mengangkat tangan seperti dan badan. Seboleh-bolehnya dahi meletakkan tangan di atas paha.
takbiratul ihram dan meluruskan di hadapan paras lutut sekiranya
badan dan tangan ke bawah. mampu.Perbuatan sujud dan ruku’
hendaklah ada perbezaan, iaitu
sujud rendah sedikit dari ruku’.

JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG I 7


7 8
Membaca tahiyyat dalam keadaan Melafazkan salam dengan
meletakkan tangan di atas paha. berpaling muka ke kanan dan kiri.

Hadis ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu tahu ke arah mana kapal
berlayar seperti kapal laut atau pesawat, maka ia wajib menggerakkan badannya
ke arah kiblat. Akan tetapi bagi kita yang tidak tahu selok-belok mengenai
laluan pesawat atau kapal, memadai kita hanya mengangkat takbir pertama ke
arah kiblat dan selepas itu dimaafkan.

Sekiranya seseorang itu tahu dimana arah kiblat setelah berusaha, maka wajib
baginya menghala ke arah kiblat. Jika kedudukan Makkah terlalu menghadap ke
belakang secara 100%, dan solat secara duduk untuk menghadapnya sangat
tidak mengizinkan. Perlu berusaha meminta izin kepada anak kapal untuk
menggunakan mana-mana tempat yang sesuai bagi menunaikan solat tersebut.

Namun, jika arah Makkah hanya perlu menoleh 90° kanan atau kiri, maka kita
masih boleh menunaikan solat di tempat duduk kita. Apa yang penting semasa
permulaan takbir dada kita menghadap ke arah yang dikehendaki, pergerakan
kapal terbang selepas itu tidak perlu dihiraukan lagi.

Bagaimana sekiranya jika tidak dapat ditentukan arah kiblat


15 ketika itu?

Sekiranya kita telah bertanya kepada anak kapal dan berusaha menentukan
arah kiblat dengan beberapa peralatan yang ada tetapi tidak berhasil. Maka,
kita dibenarkan untuk membuat anggaran arah kiblat setepat yang mungkin.
Perkara ini berdasarkan hadis yang bermaksud: Jabir bin Abdullah R.A
menerangkan: “Kami pernah solat di satu malam yang mendung dan kami
tidak mengetahui arah kiblat. Tatkala kami selesai solat kami perhatikan
bahawa kami (sebenarnya) solat bukan menghadap ke arah kiblat.” Lalu kami
sampaikan hal ini kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata: “Kamu telah
melakukan yang terbaik.” Seterusnya Jabir berkata: “Dan Baginda tidak
menyuruh kami mengulanginya.” Berdasarkan kepada hadis di atas, para
fuqaha’ telah bersepakat bahawa solat tetap wajib dilakukan walaupun tidak
menghadap ke arah kiblat dan tidak perlu mengulanginya.
8 I JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG
Apakah peralatan yang boleh digunakan untuk menentukan
16 arah kiblat?
Terdapat beberapa peralatan yang boleh digunakan untk menentukan
arah kiblat. Antara peralatan yang mudah dan praktikal adalah kompas.
Selain itu, penggunaan peralatan ukur seperti teodolit juga boleh digunakan
bagi tujuan tersebut. Namun, peralatan ini memerlukan kemahiran dan
pengetahuan yang tinggi untuk mengendalikannya.

Adakah tempat Matahari terbenam boleh dijadikan sebagai


17 arah kiblat?

Boleh, tetapi dengan syarat kita perlu mengetahui nilai azimut tempat
Matahari terbenam dahulu. Ini kerana, dengan mengetahui nilai azimut
atau bearing kedudukan Matahari terbenam, kita boleh membuat anggaran
arah kiblat dengan baik. Ini kerana, tempat Matahari terbenam di ufuk
sentiasa berubah setiap Bulan malah hampir setiap hari. Jadi, sekiranya
penentuan arah kiblat menggunakan kedudukan Matahari terbenam ini
dibuat secara tidak berhati-hati, maka ia akan memberi kesan arah kiblat
yang tidak tepat.

JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG I 9


Bagaimana kaedah yang betul untuk menentukan arah kiblat
18 dengan kaedah Matahari terbenam?
Berikut adalah nilai azimut atau nilai darjah yang perlu ditambah dan
dikurangkan berdasarkan perubahan kedudukan terbenam Matahari setiap
bulan.
Januari - ke kanan 45 darjah
Februari - ke kanan 40 darjah
Mac - ke kanan 25 darjah
April - ke kanan 15 darjah
Mei - ke kanan 5 darjah
Jun - ke kiri 1 darjah
Julai - ke kiri 1 darjah
Ogos - ke kiri 5 darjah
September - ke kiri 15 darjah
Oktober - ke kanan 30 darjah
November - ke kanan 40 darjah
Disember - ke kanan 45 darjah

Bagaimana cara dalam menentukan nilai darjah yang


19 dimaksudkan dengan mudah tanpa menggunakan kompas?
Nilai darjah boleh dianggarkan dengan menggunakan tangan. Bagaimana?
Lihat rajah di bawah:

10 I JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG


Bolehkah perisian dalam telefon digunakan untuk menentukan
20 arah kiblat?

Boleh, namun perisian yang terdapat dalam telefon menggunakan kaedah


medan magnet Utara seperti kompas. Jadi, ianya perlu digunakan secara
berhati-hati dengan mengambil kira unsur-unsur tarikan besi atau arus
elektrik. Ini kerana unsur-unsur ini akan memberi kesan kepada bacaan
nilai dan arah yang kurang tepat.
Bagaimanakah kita menentukan arah kiblat semasa berada
21 di dalam hutan?

Kompas merupakan peralatan yang sering digunakan, terutamanya ketika


mengembara di dalam hutan. Malah, ianya amat penting dalam mengetahui
arah. Jadi, apabila kita mempunyai kompas, maka ianya sudah pasti tidak
menjadi masalah untuk mengetahui arah kiblat. Tetapi sekiranya tidak
mempunyai kompas, maka kita boleh melihat pergerakan objek-objek di
langit seperti Matahari, Bulan, dan Bintang bagi menentukan arah.
Bagaimana? Begini, semua objek di langit akan bergerak dari Timur dan
terbenam di sebelah Barat. Maka, sebagai contoh kita mengambil dan
melihat satu atau dua Bintang, seterusnya lihat pergerakan dalam tempoh
1 hingga 3 jam atau lebih. Di sini kita akan melihat Bintang tersebut akan
berubah kedudukannya, dari arah Timur ke Barat. Dengan mengetahui
arah Timur dan Barat, maka secara tidak langsung, kita akan mengetahui
arah kiblat. Sekiranya di langit tidak kelihatan sebarang objek, maka bolehlah
kita berijtihad untuk menentukan arah kiblat kita.
Bagaimanakah jika arah kiblat sebelum ini tidak tepat?
22 Adakah kita perlu mengqada solat kita?

Solat tersebut tidak perlu diqada dan sah sekiranya kiblat yang ditentukan
ketika itu dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan pelbagai kaedah
seperti bertanya kepada orang dan sebagainya serta berdasarkan keyakinan.

JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG I 11


Bagaimanakah kita hendak menentukan arah kiblat semasa
23 dalam tawanan perang?
Semasa di dalam tahanan perang, dapat kita simpulkan bahawa, dalam
situasi ketika itu kita berada di dalam keadaan darurat, maka diharuskan
untuk seseorang itu berijtihad arah kiblatnya.
Sekiranya kita tidak tahu dimana kita berada, bagaimanakah
24 kita hendak mengetahui arah kiblat?
Kita boleh menggunakan pelbagai kaedah seperti yang diceritakan sebelum
ini. Kaedah yang mudah sekiranya kita tidak mempunyai peralatan
kompas adalah dengan mengikut arah Matahari terbenam. Jika dia
berada di Malaysia bermakna dia berada di sebelah Timur Makkah, maka
kiblatnya menghadap ke sebelah Barat. Jika dia berada di Afrika pula, dia
berada di sebelah Barat Makkah, maka arah kiblatnya menghadap ke
arah Timur. Dia perlu tahu kedudukannya sebelum menentukan arah kiblat.

25 Bagaimanakah kiblat bagi orang buta?

Islam tidak pernah memberatkan bagi orang yang sakit atau buta, sudah
pasti ada keringanan baginya. Sekiranya ada orang yang boleh ditanya,
maka dia boleh bertanya kepada orang berkenaan. Sekiranya tidak ada,
maka menghadapkan dada ke mana jua berdasarkan keyakinan dalam dirinya.

26 Bolehkah tandas menghadap kiblat?

Rasulullah SAW memang melarang membuang hajat dengan menghadap


kiblat, tetapi larangan ini adalah untuk tempat yang terbuka. Jika terdapat
halangan seperti dinding atau pintu, maka ia tidak dilarang. Dalilnya ialah
hadis berikut:
Muhammad bin Yahya bin Faris menyampaikan kepada kami dari Safwan bin
Isa, dari al-Hasan bin Dzakwan bahawa Marwan al-Asfar berkata: “Aku melihat
Ibnu Umar (yakni seorang sahabat Nabi)(menyuruh merendahkan badan)
untanya menghadap ke arah kiblat, kemudian dia duduk (menghadap unta)
dan buang air kecil menghadap kiblat.” Aku bertanya: “Wahai Abu Abdurrahman
(gelaran untuk Ibn Umar), bukankah kita dilarang melakukan ini?” Dia menjawab:
“Benar,” Kita dilarang melakukan itu (buang air kecil menghadap ke arah
kiblat) di tempat terbuka. Jika di antara engkau dan kiblat terdapat sesuatu
yang dapat menutupimu, tidak mengapa.” (Sunan Abu Daud, Hadis No: 11).

12 I JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG


27 Apakah hujah kewajipan menghadap arah kiblat?

Dalil kewajipan mengadap kiblat ketika menunaikan solat adalah seperti yang
tercatat dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 150 yang bermaksud:

“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk


Melafazkanmengerjakan
salam dengan sembahyang),
berpaling muka ke kanan dan kiri.
maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram (Ka'bah); dan di mana
sahaja kamu berada maka hadapkanlah maka hadapkanlah muka kamu ke
arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang
menyalahi kamu), kecuali orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja
yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada mereka,
dan takutlah kepada-Ku (semata-mata); dan agar Aku sempurnakan
nikmat-Ku kepadamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah
(mengenai perkara yang benar)”.

Begitu juga hadis, Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang diajarnya
cara-cara bersolat yang bermaksud :

“Apabila engkau hendak bersolat berwuduklah dengan sempurna, kemudian


menghadaplah ke kiblat dan bertakbir.”(Riwayat al-Bukhari, Hadis No.5897
dan Muslim, Hadis No.397).

28 Kemanakah arah kaki orang yang sedang nazak (hampir


meninggal) sepatutnya hendak dihalakan ketika seseorang
itu sedang sakit nazak atau pun telah meninggal dunia,
adakah hendak dihalakan kaki ke arah kiblat ataupun
sebaliknya. Saya minta ustaz tolong huraikan kepada saya,
berserta dengan hadis dan nas-nas berkaitan soalan saya
tersebut, kerana ada sedikit percanggahan pendapat berkaitan
hal ini.

Perbuatan mengalihkan orang yang sedang nazak (hampir meninggal) ke


arah kiblat apabila nampak tanda-tanda hampir mati padanya adalah
sunat dengan sepakat para ulama kerana kiblat adalah arah yang paling
baik sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya bagi setiap perkara
ada yang terbaik/paling utama. Sesungguhnya yang terbaik bagi segala
kedudukan ialah yang menghala ke arah kiblat” (Al-Mu’jam Al-Ausat, Imam
At-Tabrani; 2354, dari Abu Hurairah r.a. Status hadis: menurut Al-Haitsami
dan Al-Munziri: isnadnya hasan. Lihat: Faidhul Qadir: 2421).
JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG I 13
Diriwayatkan dari Abi Qatadah r.a yang menceritakan; Ketika Nabi SAW tiba
di Madinah Baginda bertanya tentang al-Bara’ bin Ma’rur. Orang ramai
menjawab: “Ya Rasulullah, dia telah meninggal. Dia memesankan agar 1/3
dari hartanya diserahkan kepadamu. Ketika sedang nazak dia memesankan
agar dialihkannya ke arah kiblat”. Nabi SAW menjawab: “Dia telah menepati
fitrah. Aku pulangkan 1/3 hartanya itu kepada anaknya”. Kemudian Nabi
SAW pergi ke kuburnya dan menyembahyangkannya. Baginda berdoa
untuknya: “Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia dan masukkanlah dia ke
dalam syurga-Mu. Sesungguhnya Engkau telah pun melakukannya”.
(Mustadrak al-Hakim; 1305. As-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi: 6604. Status
hadis: menurut al-Hakim: hadis ini sahih. Az-Zahabi menyetujuinya).

Diriwayatkan dari Saidina ‘Umar r.a bahawa ia memesan anaknya: “Apabila


aku hampir meninggal, alihkanlah aku ke arah kiblat”. Pesanan yang sama
juga ada diriwayatkan dari Saidina Ali r.a'. (al-Fawakih ad-Dawani, 1/283).

Namun perkara ini tidaklah perlu dititik-beratkan sangat jika menyusahkan


orang yang sedang sakit itu atau orang lain (kerana rumah sempit dan
sebagainya). Sa’id bin al-Musayyab (seorang Tabi’in terkenal) semasa
beliau sakit, orang ramai ingin mengubah kedudukannya. Dia bertanya
kepada mereka: “Apa yang ingin kamu semua lakukan terhadapku?”. Mereka
menjawab kepadanya: “Kami ingin mengubah kedudukanmu agar menghadap
ke arah kiblat”. Dia menjawab; “Bukankah aku dari dulu lagi berada di atas
kiblat (yakni berada di atas agama Islam) hinggalah ke hari ini?”. (al-Mughni,
Ibnu Qudamah; 2/286).

Berkata Ibnu Hazm: jika dapat diarahkan ke arah kiblat, elok dilakukan. Jika
tidak, tidak mengapa menghadap ke mana pun kerana Allah berfirman
(bermaksud):

“Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja
kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah
yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan
limpah kurnia-Nya), lagi sentiasa Mengetahui.”(Surah al-Baqarah ayat
115).Berkata as-Sya’bi: ‘(Ketika nazak atau baru kematian) kamu boleh
sama ada ingin mengalihkannya ke arah kiblat atau tidak mahu mengalihnya.
Namun di dalam kubur, pastikan ia menghadap ke kiblat…” (al-Muhalla,
Ibnu Hazm, 3/405).

14 I JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG


Adapun cara menghadapkannya ke arah kiblat itu ada 2 cara :-

• Membaringkannya di atas rusuk kanan dengan muka dan dada menghadap


ke arah kiblat, iaitu sebagaimana kedudukan mayat dalam kubur. Jika
tidak dapat di atas rusuk kanan, di atas rusuk kiri dengan muka dan dada
ke arah kiblat.

• Atau; membaringkannya di atas belakang dengan kaki menghadap ke


kiblat dan kepala ditinggikan sedikit (iaitu dengan meletakkan lapik di
bawahnya) supaya muka kelihatan menghadap ke arah kiblat.

Mana-mana 1 dari 2 cara di atas boleh dilakukan. Namun para ulama


khilaf pada menentukan mana yang terbaik. Jumhur ulama (merangku-
mi Mazhab Maliki, Hanafi dan kebanyakan ulama Mazhab Syafie) menyu-
kai cara (1). Jika tidak boleh cara (1), baru cara (2). Imam Abu Muhammad
al-Juwaini dan Imam al-Ghazali menyukai cara (2). Berkata: Imam al-Ha-
ramain: cara (2) ialah cara yang biasa dilakukan manusia. (al-Majmu’,
Imam an-Nawawi, 5/116. Hasyiyah al-‘Adawi, 1/407).

29 Bilakah tarikh disyariatkan menghadap arah kiblat ke Kaabah?

Sejarah pensyariatan menghadap kiblat bermula pada awal hijrah Nabi


SAW ke Madinah. Hal ini berdasarkan hadis, daripada al-Bara' bin Azib
r.a berkata: “Rasulullah SAW bersolat menghadap Baitul Maqdis
selama 16 atau 17 bulan dan Rasulullah SAW ingin dihadapkan ke
Kaabah. Lalu Allah menurunkan ayat yang maksudnya: (Kerap kali Kami
melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke
langit). Lalu Baginda pun menghadap Kaabah.” (Riwayat al-Bukhari,
Hadis No.390 dan Muslim, Hadis No.525).

Lalu Allah SWT menurunkan surah al-Baqarah ayat 125 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat
tumpuan bagi umat manusia (untuk ibadat Haji) dan tempat yang aman;
dan jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan
Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman):
"Bersihkanlah Rumah-Ku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala
perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan
orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan
orang-orang yang rukuk dan sujud.”
JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG I 15
Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud :
“Kerapkali Kami melihat engkau menadah ke langit, maka Kami benarkan
engkau mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu
ke arah Masjid Al-Haram; dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkan-
lah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang yang telah diberikan
Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah
benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai apa yang mereka
lakukan”

Maka, Rasulullah SAW menghadap ke arah Kaabah. Oleh itu, tarikh disyariat-
kan menghadap ke arah Kaabah ialah pada awal hijrah Nabi SAW.

Apakah perkara dan perbuatan yang disunatkan untuk


30
menghadap arah kiblat?
Antara perkara yang disunatkan untuk menghadap kiblat adalah seperti
membaca al-Quran, sembelih binatang, mandi wajib, membaca doa dan
tidur.

Bagaimana sekiranya mayat atau jenazah yang dikebumikan


31 dalam liang lahad, tidak menghadap arah kiblat?
Pendapat Imam Syafie dan Imam Hanabilah mengatakan apabila jenazah
dikebumikan dalam keadaan tidak menghadap ke arah kiblat, maka kubur
tersebut wajib digali semula untuk menghadapkan jenazah ke arah kiblat.
(Fiqh ala Mazahib Arba'ah)

16 I JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG

Anda mungkin juga menyukai