Anda di halaman 1dari 7

RODA KEHIDUPAN….

Hidup ini ibarat roda,yang berputar-putar


terkadang di atas di bawah dah di atas
semula.

Dalam suka pasti ada duka..


Dalam tawa pasti ada tangisnya..
Dalam pahit akan ada manisnya...
Dalam gelap pasti akan muncul cahaya..

Hidup tidak selalunya indah..


Langit tak selalu cerah..

Allah tidak pernah menjanjikan bahawa


langit itu selalu biru, bunga selau mekar
dan mentari selalu bersinar..

Tapi ketahuilah bahawa DIA selalu memberi


pelangi di setiap badai, senyum di setiap
air mata, berkah di setiap cobaan dan
jawapan di setiap doa...

NURUL’S
SKKDIM
PENENTUAN ARAH KIBLAT MENGGUNAKAN KAEDAH MATAHARI

Setiap tahun, pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai, jam 5.28 petang

mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM), umat Islam di negara ini berpeluang

untuk menyemak arah kiblat di lokasi masing-masing.

Berpandukan kepada analisis data matahari oleh Bahagian Penyelidikan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, matahari akan berada tepat di atas

Kaabah setiap tahun pada waktu dan masa tersebut dan fenomena ini

menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan tepat arah

kiblat.

Mengikut astronomi, keadaan ini berlaku apabila deklinasi matahari adalah

bersamaan dengan latitud Kaabah. Salah satu cara yang boleh digunakan

adalah mendirikan tiang tegak di suatu kawasan lapang dan hujung bayang

yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah

kiblat.

Umat Islam disaran memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi

kesempurnaan semakan.
APAKAH ITU ISTIWA MATAHARI?

Istiwa’ utama matahari atau istiwa Azam di Kabah merupakan fenomena di

mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.

Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa

matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana

Kabah terletak. Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak

di tempat lain akan menunujukkan arah ke Kabah.

Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan

menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.


CARA MENGUKUR ARAH KIBLAT

 Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28


Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun

 Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata

 Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang,


letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang

 Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari

 Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim


seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu
berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh
ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap
barat.
JAM MATAHARI

Jam matahari adalah peralatan untuk menentukan masa di siang hari


berdasarkan kedudukan matahari.
Masa yang ditentukan oleh Jam Matahari kadang kala sedikit berbeza
dengan jam sebenar ini disebabkan orbit bumi adalah tidak betul-betul bulat
(elips).
Untuk membina jam matahari seseorang itu perlu tahu di mana kedudukan
atau latitud jam matahari tersebut yang ingin dibina sebagai contoh latitud di
Pulau Langkawi ialah 6.35°U.
Pada asasnya Jam matahari biasanya mempunyai Gnomon iaitu objek yang
menghasilkan bayang-bayang dan dial plate atau permukaan yang bayang-
bayang jatuh padanya .
Permukaan satah ini mempunyai pelbagai bentuk seperti sfera, selinder, kon
dan lain-lain lagi.
Masa pada jam matahari ditentukan oleh bayang-bayang matahari yang
jatuh pada dial plate.
Fungsi Garisan Jam pula yang terdapat pada dial plate ialah bagi
menentukan masa.
Jam matahari merupakan peralatan tertua digunakan untuk menentukan
masa.
Tamadun Mesir Purba dan Babylon dipercayai adalah yang terawal
menggunakan jam matahari kira-kira 3500 Sebelum Masehi (SM).
Jam Matahari tertua di Asia dan dunia telah dijumpai di Mesir. Tamadun-
tamadun yang hebat pada masa lampau telah membina pelbagai jenis dan
bentuk jam matahari bagi menentukan masa

Orbit bumi adalah tidak betul-betul bulat. Oleh itu masa yang ditentukan oleh
jam matahari kadang kala sedikit berbeza dengan jam sebenar.
CARA MEMBACA JAM MATAHARI

BAYANG SAMA TEGAK DENGAN KAYU MENUNJUKKAN PUKUL 12 TENGAHARI

Anda mungkin juga menyukai