Anda di halaman 1dari 7

Buruj

1. JOM MENGENALI BURUJ


Tahun : Tahun 5
Tema : Menyiasat Bumi dan Alam Semesta
Tajuk : Buruj

A. Apakah itu buruj?

Buruj merupakan sekumpulan bintang-bintang yang membentuk suatu bentuk, imej atau
corak dilangit. Dalam erti kata lain buruj-buruj ini terdiri daripada beberapa buah bintang
yang berdekatan bagi menghasilkan sebuah corak yang menarik. Buruj ini boleh dilihat pada
waktu malam di ruang angkasa. Bintang-bintang ini memancarkan cahaya yang sangat terang
menyebabkan bintang-bintang ini boleh dilihat di bumi. Kesatuan Astronomi Antarabangsa
telah menjumpai dan menamakan kira-kira 88 buruj.

B. Apakah nama-nama buruj?

Terdapat empat jenis buruj yang popular dan boleh dilihat jelas dilangit pada waktu malam.
1. Buruj Biduk
2. Buruj Belantik
3. Buruj Pari
4. Buruj skorpio
keempat buruj ini merupakan yang paling terang antara buruj-buruj yang lain. kita tidak boleh
melihat kesemua buruj pada satu masa yang sama atau pada satu malam. Sebaliknya sesuatu
buruj mempunyai masa tertentu untuk muncul di ruang angkasa langit.
Tahukah anda apakah sebabnya?.
Ini adalah kerana kedudukan buruj-buruj ini sentiasa berubah mengikut putaran bumi yang
berputar pada paksinya dan mengikit peredaran bumi yang beredar mengelilingi orbitnya.

C. Apakah ciri-ciri buruj?

1. Biduk(Big Dipper)

Buruj Biduk

Buruj Biduk di langit


+ Sekumpulan tujuh bintang yang membentuk corak seperti pencedok air
+ Dua biji bintang pada muncung pencedok itu sentiasa menunjukkan ke arah utara
+ biduk boleh dilihat di hemisfera utara
+ Biduk dapat dilihat antara bulan April dan Julai antara
pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

2. Buruj Belantik(Orian)

Buruj Belantik

Buruj Belantik di langit


+ Sekumpulan bintang yang membentuk corak seperti seorang pemburu
+ Belantik adalah buruj yang terbesar di alam semester

+ Garisan yang menyambungkan bintang di tengah tali pinggang


ke kepala sentiasa menunjukkan ke arah utara.
+ Belantik boleh dilihat di hemisfera utara dan hemisfera selatan.
+ Belantik dapat dilihat antara bulan disember hingga februari,
antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

3. Buruj Pari (Southern Cross)

Buruj Pari

Buruj Pari di langit


* Sekumpulan empat bintang yang membentuk corak pedang

* Dikenali sebagai buruj yang paling kecil tetapi paling mudah dikenali.
*Satu bintang yang paling terang pada kaki Pari biasanya menunjukkan arah selatan.
* Pari hanya dapat dilihat pada hemisfera selatan.
* Pari dapt dilihat antara bulan April hingga Jun, antara pukul 8.00 malam hingaa 10.00
malam.

4. Buruj Skorpio(Scorpion)

Buruj skorpio

Buruj skorpio di langit

* Sekumpulan bintang yang membentuk corak seekor kala jenking


* Skorpio dapt dilihat di hemisfera selatan.
* Skorpio dapat dilihat antara bulan Jun dan Ogos antara pukul 8.00 malam hingga 10.00
malam.
D. Apakah kepentingan buruj-buruj dalam kehidupan seharian?
Pada zaman dahulu sebelum penciptaan kompas dan alat penunjuk arah moden, buruj
digunakan oleh pelayar, jurumudi dan pengembara bagi membantu mereka menunjukkan arah
yang betul.
Buruj
Biduk
Belantik
Pari

Arah
Utara
Utara
Selatan

Selain itu, sebelum wujudnya kalender buruj digunakan secara meluas dalam pertanian oleh
petani untuk mengenal pasti musim menanam tanaman dan menuai. Kini, ahli astronomi
menggunakan buruj sebagai rujukan untuk mengkaji kedudukan dan mengenal pasti bintangbintang di alam semester.

MUSIM
Musim
Musim
Musim
Musim

BURUJ YANG DAPAT DILIHAT


Bunga
Panas
Luruh
Sejuk

Biduk
Skorpio
Akuarius
Belantik

Latihan Pengayaan
1. Apakah itu Buruj?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
2. Namakan empat buruj yang boleh dilihat dengan jelas dari Bumi?
*__________________________
*__________________________
*__________________________
*__________________________

3. Apakah kepentingan buruj kepada manusia?


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai