Anda di halaman 1dari 34

Apa itu mikrooraganisma?

1. Ia adalah hidupan yang sangat kecil & tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 2. Ia hanya dapat dilihat melalui mikroskop. 3. Ia terdapat di sekeliling kita, pada badan kita, dalam badan kita, dalam air, udara juga dalam tanah. Jom berkenalan dengan jenis2 mikroorganisma. Terdapat 4 jenis kumpulan microorganisma. a) Bakteria b) Virus c) Kulat d) Protozoa Bakteria 1. Bakteria adalah sangat halus & wujud dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna yang berbeza.

2. Terbahagi kepada 2 jenis iaitu bakteria baik dan bakteria jahat. 3. Bakteria merupakan jenis terbanyak dari segi jenis, bentuk dan jumlah dalam kumpulan hidupan mikroorganisma. 4. Ia boleh ditemui di udara, tanah, air, makanan dan dalam atau pada jasad hidupan atau yang telah mati. 5. Sesetengah bakteria membuat makanannya sendiri dan sesetengah bakteria memakan jasad hidupan. Virus 1. Jenis mikroorganisma yang paling halus & hanya dapat dilihat di bawah elektron microskop.

2. Virus BUKAN HIDUPAN, namun apabila virus masuk ke dalam jasad hidupan, ia akan

menggunakan material yang ada dalam jasad untuk hidup & membiak. Kulat / Fungi 1. Cendawan, yis & kulapuk adalah antara contoh2 kulat.

Sejenis kulat

Beberapa jenis kulat / cendawan

Kulapuk

Yis / ragi 2. Sesetengah kulat diklasifikasilkan sebagai tumbuhan tetapi ia tidak boleh membuat

makanannya sendiri seperti tumbuhan lain yang membuat makanan melalui proses fotosintesis. 3. Kulat bergantung memakan jasad hidupan sama ada hidup atau yang telah mati. 4. Kulapuk misalnya, terdapat pada makanan yang telah busuk, roti yang berkulat, kain atau tuala yang sentiasa lembab (bintik2 hitam), pokok atau pada lantai hutan. Protozoa 1. Kebanyakkannya hidup dalam air seperti dalam kolam, tasik, sungai atau perigi.

Paramescium

Ameba Mikroorganisma bernafas. 1. Mikroorganisma bernafas menggunakan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida. 2.Contohnya yis / ragi yang biasa digunakan untuk membuat roti / donat. Ia membebaskan karbon dioksida yang menyebabkan adunan roti naik. 3. Ini membuktikan bahawa mikrorganisma bernafas. Eksprimen : Mikroorganisma bernafas
a. Apa yang anda perlukan? 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan air suam 1 sudu teh ragi kering 1 sudu kecil gula b. Apakah yang anda perlu lakukan?

Campurkan kesemua bahan dan uli.

Simpan aduanan dalam bekas & tutup dengan kain lembab. Biarkan selama 20 minit. c. Apakah hasil eksperimen?

Doh telah kembang & memenuhi ruang bekas. d. Apakah yang dapat anda simpulkan? Aktiviti ini menunjukkan bahawa ragi (mikroorganisma) bernafas dan menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan doh kembang.

Mikroorganisma tumbuh 1. Mikroorganisma mudah tumbuh & membesar jika terdapat makanan, air, suhu dan cahaya yang sesuai serta oksigen. ` 2. Ia mudah membiak & membesar pada persekitaran yang mempunyai 25% - 45% kelembapan serta pada suhu 30C - 37C. 3. Sekiranya nasi yang telah masak atau roti dibiarkan selama beberapa hari, kita akan dapat melihat tompok2 putih atau hijau.

4. Tompok2 itu sebenarnya adalah kulapuk atau kulat yang tumbuh pada nasi atau roti. Jika dibiarkan tompok2 itu akan terus membesar. 5. Ini membuktikan bahawa mikroorganisma tumbuh. Eksperimen : Mikroorganisma Tumbuh a. Apa yang anda perlukan?
1. Sekeping roti 2. Sekeping plastik 3. Semangkuk air

b. Apakah yang perlu anda lakukan?


1. Renjis sedikit air pada roti.. 2. Masukkan roti ke dalam plastik. 3. Biarkan roti selama 3 hari.

c. Apakah yang dapat anda perhatikan?

Terdapat tompok2 hitam, putih & hijau pada roti.

d. Apakah yang berlaku jika roti terus dibiarkan selama seminggu?

Tompok hitam semakin membesar.

e. Apakah kesimpulan yang dapat anda berikan berdasarkan aktiviti ini?

Tompok2 hitam yang tumbuh adalah kulapuk & kulat. Ini membuktikan bahawa dengan adanya persekitaran yang sesuai & kehadiran air serta makanan, mikroorganisma boleh tumbuh dan membiak.

Mikroorganisma Bergerak 1. Mikroorganisma mempunyai pelbagai jenis struktur yang membolehkan ia bergerak. 2. 2. Ada yang mempunyai ekor, rerambut halus dan lain2 untuk membolehkan ia berenang / bergerak. 3. Pergerakan mikcroorganisma hanya boleh dilihat di bawah mikroskop. Ekperimen : Mikroorganisma bergerak a. Apa yang anda perlukan?
1. Mikroskop

2. Piring petri

3. Sedikit air kolam.

b. Apa yang perlu anda lakukan?

Isikan sedikit air kolam dalam piring petri & lihat bawah mikroskop.

c. Apakah yang dapat anda perhatikan?

pergerakan mikroorganisma.

d. Berdasarkan pemerhatian di atas, apakah yang dapat anda simpulkan.

Pemerhatian di atas menunjukkan bahawa mikroorganisma bergerak

Kawan atau lawan 1. Sesetengah mikroorganisma adalah baik dan sangat berguna kepada manusia terutamanya dalam pembuatan makanan, ubatan & baja. 2. Berikut adalah beberapa kepentingan mikroorganisma dalam kehidupan seharian manusia.

A. Yis (kulat)

Yis (Kulat) di bawah mikroskop

Yis kering

Penting dlm proses pembuatan pelbagai jenis roti, donat, apam dan lain2

Penting dlm proses pembuatan tapai.

Digunakan untuk membuat tempe

Juga penting dalam proses pembuatan kicap.

B. Bakteria

Antara bakteria baik

Penting dalam pembuatan yogurt / dadih

Sangat penting untuk pembuatan susu kultur.

Kalau takde bakteria baik, tak dapatlah kita makan keju. C. Kulat

Kebanyakan antibiotik terhasil daripada pengekstrakan kulat

Penicillin merupakan antibiotik pertama dunia. Ditemui oleh Sir Alexander Fleming menerusi kajiannya terhadap kulat. D. Bakteria & kulat

Penting dalam proses penguraian untuk menghasilkan baja asli. Baja asli pula sangat penting dalam aktiviti pertanian. E. Virus

Ada beberapa virus digunakan untuk menghasilkan vaksin. Sebab itu, kebanyakan vaksin akan menyebabkan demam. 3. Sesetengah mikroorganisma adalah merbahaya kerana ia menyebabkan penyakit, gigi reput, keracunan makanan & makanan menjadi rosak.

4. Berikut adalah penyakit2 yang disebabkan oleh mikroorganisma jahat.

Measles / campak disebabkan oleh virus dan berjangkit melalui sentuhan dengan orang yang dijangkiti.

Chickenpox / cacar disebabkan oleh virus dan berjangkit melalui sentuhah dengan orang yang dijangkiti

Cholera / Taun disebabkan oleh bakteria dan merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar

Batuk

Selsema dan demam disebabkan oleh virus dan merebak melalui batuk dan bersin

Mumps / beguk disebabkan pleh virus dan tersebar melalui batuk dan bersin

Conjunctivitis / sakit mata disebabkan oleh virus & bakteria. Ia berjangkit melalui sentuhan dengan orang yang dijangkiti.

Tooth decay / Gigi reput disebabkan oleh bakteria dalam mulut

Malaria disebabkan oleh protozoa bawaan nyamuk Tiruk.

Demam Denggi disebabkan oleh virus bawaan nyamuk Aedes.

5. Lazimnya, penyakit2 yang disebabkan oleh mikroorganisma adalah berjangkit dimana ia boleh merebak melalui a) makanan & minuman tercemar b) bersin & batuk c) sentuhan secara langsung d) haiwan pembawa seperti lalat, nyamuk, burung dan tikus. 6. Penyakit bawaan mikroorganisma boleh dicegah / dihalang daripada merebak dengan cara

Membasuh tangan sebelum makan & selepas makan juga selepas dari tandas.

Jangan berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, tuala, sikat dengan orang lain.

Minum air yang telah dididihkan.

Balut luka untuk melindungi daripada jangkitan

Tutup hidung & mulut semasa batuk & bersin.

Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk

Mengasingkan pesakit penyakit berjangkit seperti cacar, beguk, sakit mata, kudis buta atau selsema bagi mengelakkan ia merebak.

Anda mungkin juga menyukai