Anda di halaman 1dari 8

Buruj

Definisi
• Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk
corak tertentu di langit pada waktu malam.
• Terdapat banyak buruj di langit,tetapi kesatuan
Astronomi Antarabangsa (IAU) telah menetapkan
terdapat 88 buruj di langit pada waktu malam.
• Bintang-bintang membentuk corak-corak di langit dan
hanya terbentuk apabila kita melihatnya daripada
bumi.
• Buruj agak sukar untuk dilihat.Walau bagaimanapun,
terdapat empat buruj yang mudah dilihat iaitu buruj
belantik,buruj pari,buruj skorpio dan buruj biduk.
Buruj Pari
• Buruj pari ialah buruj yang paling kecil.
• Buruj pari boleh dilihat pada waktu malam di
sebelah hemisfera selatan.
• Buruj Pari terdiri daripada empat bintang yang
tersusun membentuk corak seperti layang-
layang
Buruj Biduk
• Buruj biduk ialah gugusan 7 bintang.
• Buruj biduk membentuk corak seperti gayung
atau senduk.
• Buruj biduk muncul di langit pada waktu
malam di sebelah hemisfera utara.
Buruj Skorpio
• Buruj skorpio ialah gugusan bintang yang
membentuk corak seperti seekor kala
jengking.
• Buruj skorpio terdiri daripada 15 bintang yang
bersinar di malam hari.
• Buruj skorpio boleh dilihat pada waktu malam
di sebelah hemisfera selatan.
Buruj Belantik
• Buruj belantik ialah salah satu buruj yang
paling menonjol.
• Buruj belantik membentuk corak seperti
seorang pemburu yang memakai tali pinggang
dan tergantung sebilah pedang.
• Buruj belantik muncul di langit pada waktu
malam di antra hemisfera utara dan selatan.
Kegunaan Buruj
• Buruj boleh digunakan sebagai petunjuk arah
-Buruj biduk menunjukkan arah utara
-Buruj pari menunjukkan arah selatan
• Buruj juga boleh digunakan sebagai petunjuk
musim bagi meramal dan merancang masa
yang sesuai untuk menanam dan menuai.
-Buruj biduk menandakan musim menanam.
-Buruj skorpio menandakan musim menuai.
Buruj
Buruj Biduk Buruj Belantik

Buruj Pari Buruj Skorpio

Anda mungkin juga menyukai