Anda di halaman 1dari 13

BPS 102: CADD 1 MEMAHAMI KOMPUTER DAN CADD

OBJEKTIF AM :
Mengenal konsep komputer dan CADD

OBJEKTIF KHUSUS :
Selepas mengikuti modul ini anda akan dapat:
 Menyatakan fungsi perisian CADD di dalam industri
 Menyenaraikan kelebihan perisian CADD
 Menyenaraikan komponen komputer dan fungsi setiap satu

BPS101-UNIT 1-1
BPS 102: CADD 1 MEMAHAMI KOMPUTER DAN CADD

1.0 Pengenalan

Lukisan berbantukan Komputer atau Computer Aided Drafting and Drawing


(CADD) telah diperkenalkan pada awal tahun 1940. Tujuan asalnya adalah untuk
menganalisa sesuatu rekabentuk kejuruteraan. Konsep CAD telah
diperkembangkan dengan lebih meluas apabila Dr. Ivan Sutherland mencipta
perisian Sketchpad pada tahun 1963. Ini adalah perisian CAD terawal yang
digunakan untuk menghasilkan lukisan berbentuk 2 dimensi.

Rujukan lanjutan dalam web :


i. Sejarah awal Autodesk, The Autodesk-
http://www.fourmilad.ch/autofile/www/autofile.html
ii. Produk CADD - http://www.autodesk.com/products/autocad

BPS101-UNIT 1-2
BPS 102: CADD 1 MEMAHAMI KOMPUTER DAN CADD

1.1 Perisian CADD

1.1.1 Aplikasi CADD di dalam industri

Bilangan pengguna perisian CADD semakin meningkat di Malaysia. Ini


adalah kerana kemajuan ekonomi Malaysia semakin meningkat ke arah
Wawasan 2020.

Contoh-contoh kegunaan perisian CADD:-

 CADD adalah perisian yang digunakan untuk merekabentuk dan memberi


gambaran awal kepada produk yang hendak dihasilkan.

 Perisian CADD dapat berfungsi sebagai perisian arahan berkomputer di


dalam kilang seperti kerja memotong elektronik serta pemotongan secara
laser.

 Begitu juga perisian CADD berfungsi dalam bidang fesyen daripada


rekabentuk sehingga ke pemotongan kain.

 Bidang animasi juga satu hasil kemajuan CADD. Ini adalah kerana
perisian CADD boleh diintegrasikan dengan perisian 3D yang lain seperti
3D max.

1.1.2 Jenis-jenis perisian CADD


Sehingga kini Terdapat banyak perisian CADD di pasaran. Ini termasuklah
perisian berbayar dan juga perisian sumber terbuka (opensource). Antara perisian
ini adalah seperti

 AutoCAD  Autosketch
 IntelliCAD  ArchiCAD
 AutoCAD LT  MAYA
 Catiar  Pro-E
 MarterCAM  3D max

BPS101-UNIT 1-3
1.1.3 Kelebihan perisian CADD

 Ketepatan tinggi
 Mengulang arahan secara cepat
 Boleh diintegrasi dengan perisian lain
 Boleh diubah (modify) dengan cepat

1.2 Komponen Komputer

Komputer adalah media elektronik yang mempunyai banyak fungsi pada


masa kini. Ia mampu untuk menterjemah apa sahaja input yang diberikan dan akan
membuat arahan seterusnya. Sesuatu komputer yang lengkap untuk perisian
CADD mempunyai komponen seperti monitor, central processing unit (CPU),
keyboard, mouse and plotter.

Mouse
Plotter/Printer
Monitor dan CPU

Keyboard

Gambar 1-1 : Komponen Komputer


1.2.1 Monitor
 berfungsi untuk memaparkan imej
atau lukisan yang diterima melalui
kad grafik (video card)
 RAM grafik lebih besar untuk perisian
CADD iaitu 64 MB

RAM=
Random
Access Memory

1.2.2 Central Processing Unit (CPU)

 CPU adalah satu chip yang terdapat dalam komputer.


 CPU menerima arahan, memproses arahan dan akan mengeluarkan
arahan seperti imej di monitor, cetakan pada printer dan juga bunyi di
speaker.
 CPU juga dipanggil microprocessor
 CPU dikira dalam unit Ghz dan perisian CADD menggunakan CPU
yang tinggi seperti Pentium 4 dan AMD 64bit.
1.2.3 Keyboard

 Keyboard ialah papan kekunci komputer


 Memasukan data ke komputer

Antara kekunci keyboard adalah :-


 Escape Key- Ditanda dengan Esc, untuk membatalkan arahan
 Caps lock dan Shift Keys- memasukan teks. Jika keys ini ditekan kita akan
menaip huruf besar (ABC) dan jika tidak ditekan kita akan menaip huruf
kecil (abc)

 Ctrl dan Alt Keys- menggunakan keys CTRL dan ALT bersama dengan
keys yang lain. Contohnya Ctrl + S akan memberi arahan Save.

 Spacebar- digunakan untuk memberi ruang kosong antara teks.

 Backspace Key []- digunakan untuk membuang teks

 Delete Key- membuang objek atau teks.

 Enter Key [  ]- Menerima arahan dan juga bertukar ke perenggan yang


seterusnya.

 Arrow Keys- Keys ini digunakan untuk bergerak antara perenggan dan juga
ke kiri dan ke kanan.

 Numeric Keypad
Keys ini terletak pada sebelah kanan yang mempunyai nombor 0 hingga 9
bersama dengan operasi matematik.
Caps lock on
apabila lampu
keyboard anda
menyala
BPS 102: CADD 1 ASAS KOMPUTER DAN CADD

1.2.4 Mouse
 digunakan untuk mengerak telunjuk (pointer) pada
skrin monitor.
 terdapat mouse tanpa berbola iaitu optical mouse
dan juga mempunyai skrol pada bahagian atas.

1.2.5 Plotter

 Digunakan untuk mencetak grafik dan teks pada komputer.


 Boleh mencetak saiz kertas yang besar sehingga AO

Amboi
besarnya !

Gambar 1-2 : Plotter

Nota:
Kertas A0 sebesar 16 kali saiz A4
BPS 102: CADD 1 ASAS KOMPUTER DAN CADD

1A

SILA JAWAP SOALAN DI BAWAH UNTUK


MENGUJI KEFAHAMAN ANDA. SEMAK DI MUKA
SEBELAH

1. CADD bermaksud ________________________________________

2. Label ruangan (a) hingga (d) di bawah.

(c)
(a)

(b)
(d)

3. Jika betul tanda  dan jika salah tanda  pada setiap penyataan di bawah

i. jika NUM LOCK lampu off , numeric keys berfungsi sebagai arrow 
ii. keyboard mempunyai sebanyak 101 keys, 
iii. Kedudukan Numeric keyboard adalah pada bahagian bawah keyboard 
iv. keyboard berfungsi sebagai pemberi arahan 
BPS 102: CADD 1 ASAS KOMPUTER DAN CADD

1A

1. Singkatan CADD ialah Computer Aided Drafting and Drawing

2. (a) Central Processing Unit (CPU)


(b) Keyboard
(c) Monitor
(d) Mouse

3. i. jika NUM LOCK lampu off , numeric keys berfungsi sebagai arrow 
ii. keyboard mempunyai sebanyak 101 keys, 
iii. Kedudukan Numeric keyboard adalah pada bahagian bawah
keyboard 
iv. keyboard berfungsi sebagai pemberi arahan 

Yeeess! Semua
jawapan saya
betul !
BPS 102: CADD 1 ASAS KOMPUTER DAN CADD

1. CADD bermaksud Computer Aided Drafting and Drawing.


2. AutoCAD menjadi pilihan kerana
a. Mengulang arahan secara cepat
b. Boleh diintegrasi dengan perisian lain
c. Boleh diubah dengan cepat
3. Sistem operasi CADD melibatkan 3 komponen utama iaitu
a. Peranti masukan-keyboard & mouse
b. Pemprosesan-CPU
c. Peranti keluaran-monitor & Plotter
4. Lukisan 2D CADD adalah menjadi asas kepada pembentukan solid
modelling, analisis struktur dan rekabentuk produk.
5. Contoh perisian CADD ialah -Engineering, Ungraphics, Catia dan Z-
form.
BPS 102: CADD 1 ASAS KOMPUTER DAN CADD

Anda hampir mencapai kejayaan. Sila cuba semua soalan di bawah. Jawapan
ada di bahagian Maklumbalas Penilaian Kendiri pada bahagian seterusnya.
Jika ada masalah sila jumpa pensyarah anda. Selamat mencuba.

1. Nyatakan 2 sebab perisian CADD menjadi pilihan pengguna pada


masa kini?
a. ______________________________________________________
______________________________________________________

b. ______________________________________________________
______________________________________________________

2. CPU penting kerana _____________________________________


______________________________________________________

3. Monitor digunakan untuk


______________________________________________________
______________________________________________________

4. Plotter lebih sesuai mencetak hasil kerja CADD kerana


______________________________________________________
______________________________________________________
BPS 102: CADD 1 ASAS KOMPUTER DAN CADD

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

1. Penggunaan perisian CADD adalah lebih meluas kerana

 ketepannya,

 kebolehan mengulang arahan dan boleh

 diintegrasi dengan perisian lain.

2. CPU penting kerana CPU memproses data yang diberikan dan akan
mengeluarkan arahan kepada alatan yang lain seperti monitor dan
plotter.

3. Monitor berfungsi untuk memaparkan teks dan j imej

4. Kelebihan Plotter berbanding printer adalah kerana Plotter dapat


mencetak teks dan imej pada saiz yang lebih besar. Begitu
juga hasil kerja plotter lebih jitu dan boleh berbagai warna.

Sekarang
bolehlah anda ke
Unit 2

Anda mungkin juga menyukai