Anda di halaman 1dari 123

MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

TAJUK 1 PENDIDIKAN MATEMATIK DAN PERKEMBANGAN


KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA

A. Sinopsis

Kursus ini memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menghayati sejarah
dan peranan ahli matematik sejak daripada zaman dahulu. Ia membolehkan para
pelajar mendalami makna, peranan dan nilai dalam matematik terutamanya
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik serta peranan guru Matematik.
Pelajar akan meneliti perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia dan juga
mengkaji Kurikulum Matematik KBSM. Disamping itu, kursus ini bertujuan untuk
menambahkan pengetahuan sekali gus meningkatkan profesionalisme keguruan.

B. Hasil Pembelajaran

Menerangkan peranan yang dimainkan oleh Matematik, ahli matematik


dan guru matematik .
Mengintegrasi dan menimbulkan minat dan nilai dalam pendidikan
Matematik .
Menjelaskan pengertian dan peranan Matematik.
Memupuk minat dan nilai dalam pendidikan Matematik
Menghuraikan perkembangan kurikulum Matematik

C. Kerangka Konsep

Pendidikan Matematik dan Perkembangan Kurikulum Matematik


di Malaysia

1.1 Pengertian dan peranan matematik


1.2 Nilai-nilai dalam Pendidikan Matematik
1.3 Sejarah perkembangan matematik
1.4 Sejarah perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

1.5 Matematik KBSM

Pendidikan Matematik

Pengertian Matematik Sejarah Matematik dan Sifat dan Nilai dalam


dan Peranan Matematik Peranan Ahli Matematik
Matematik

1.1 Pengertian Matematik dan Peranan Matematik

Matematik adalah alat yang penting dalam kehidupan seharian manusia sejagat.
Abad ke 21 ini, kita perlu memastikan semua pelajar mempunyai peluang untuk
membina kebolehan dan kecekapan matematik, berupaya untuk
mengembangkan pembelajaran, mempunyai peluang sama rata untuk belajar,
membentuk asas bagi pendidikan sepanjang hayat dan menjadi warga negara
berpengetahuan yang berupaya memahami isu dalam masyarakat berteknologi
tinggi (Nik Azis, 2008)

Matematik telah dinamakan sebagai permaisuri bagi sains oleh Gauss (1777-
1855), seorang ahli matematik yang terkenal pada zaman dahulu. Ramai orang
menganggap Matematik adalah suatu subjek yang dikaitkan dengan nombor dan
pengiraan sahaja. Sebenarnya, Matematik mengandungi makna yang lebih
dalam dan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita. Sebagai
seorang guru Matematik, anda perlu menganggap dan menghargai matematik
sebagai subjek yang kaya dengan idea dan kreativiti.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

1.1.1 Pengertian Matematik

APA ITU MATEMATIK ? Ini adalah satu soalan yang penting dan memerlukan
jawapan yang jitu dan terperinci. Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai
cara.

Berikut adalah beberapa pengertian bagi matematik :

Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola.

Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan.

Matematik adalah suatu bahasa

Matematik adalah suatu kajian seni

Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus

dan sebagainya.

Matematik adalah satu cara berfikir.

Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara di atas ? Dengan


penerangan terperinci di bawah, diharapkan anda, sebagai guru matematik,
dapat memahami dengan lebih mendalam tentang pengertian Matematik.

Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola

Pola / Corak adalah suatu perkara yang berulang. Perhubungan adalah suatu
yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting
untuk memberi kita keyakinan dalam menentukan / menjangkakan perkara
seterusnya yang akan berlaku / muncul. Kajian pola bukan sahaja didapati
dalam bidang matematik, tetapi juga dalam bidang Seni, Muzik, tekstil dan
sebagainya.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Perhatikan contoh berikut :

Contoh 1 :

12 =1

112 = 121

1112 = 12 321

1 1112 = 1 234 321

Tanpa menggunakan kalkulator, apakah nilai bagi 11 111 2 ?

Contoh 2 :

Nombor 37 adalah satu nombor ajaib dan boleh menghasilkan hasildarab


yang menarik sekiranya didarab dengan gandaan 3

3 x 37 = 111

6 x 37 = 222

9 x 37 = 333

Berdasarkan pola di atas, berapakah hasildarab 37 dengan 21 ?

Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan

Contoh :

Perhatikan fungsi kuadratik berikut :


Jika f ( x) 5 x 2 3x 2 berapakah nilai f jika x = 2 ?
Apakah hubungan antara x dan f ?

Sesetengah perhubungan pembolehubah/anu boleh juga ditunjukkan dalam


bentuk jadual atau graf. Cuba anda berikan dua contoh lain yang
menunjukkan perhubungan antara pembolehubah.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Matematik adalah suatu bahasa

Satu daripada keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam matematik


ialah matematik mempunyai bahasa atau simbol beserta operasinya sendiri.
Bahasa Matematik yang dicipta oleh pakar-pakar matematik dari zaman ke
zaman telah menjadi lambang dan hukum yang universal sehingga ke hari ini.
Simbol dan ungkapan Matematik yang dicipta, memudahkan kefahaman dan
proses pemikiran manusia, menjadikan operasi Matematik lebih ringkas,
cepat dan tepat. Di dalam bahasa matematik, tatabahasa terdiri daripada
hukum-hukum, teorem-teorem dan rumus-rumus matematik yang
menghubungkan simbol-simbolnya.

Contoh :
Laju, v u at

Matematik adalah suatu kajian seni

Terdapat unsur-unsur matematik dalam pelbagai bentuk seni. Antaranya ialah


:
Seni muzik
Seni bina
Seni lukis
Seni budaya.

Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri,


kalkulus dan sebagainya.

Sebahagian besar daripada pandangan umum, juga di kalangan pelajar


Matematik, melihat matematik sebagai suatu perkara yang berkaitan
pengiraan. Terdapat pelbagai teknik atau kaedah dalam matematik bagi
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

mendapatkan penyelesaian kepada pelbagai masalah. Pengiraan adalah


akar umbi kepada Matematik.

Matematik adalah satu cara berfikir

Berfikir secara matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan


konsep, kemahiran dan kaedah matematik dalam menyelesaikan masalah
yang timbul. Terdapat ramai orang yang apabila menghadapi sesuatu
masalah, akan berusaha untuk mendalami dan menganalisis keadaan atau
punca masalah sebelum menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk
menanganinya. Ada yang menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul
maklumat dan ada juga yang menggunakan analogi untuk mencari punca
masalah. Berfikir secara logik merupakan perkara yang penting dalam
matematik.

Menerusi Logik, kita maksudkan dua kaedah menaakul iaitu penaakulan


secara Induktif dan Penaakulan secara Deduktif.

Penaakulan secara Deduktif bermula dengan sesuatu perkara yang umum


membawa kepada sesuatu keputusan yang lebih terperinci. Sebagai contoh, kita
mungkin memikirkan sesuatu teori kepada sesuatu perkara. Kemudian kita mula
mendalami perkara tersebut dengan membuat hipotesis yang dapat dijalankan
ujian terhadapnya. Seterusnya kita terus membuat pengumpulan data. Akhirnya,
kita menjalankan ujian terhadap data dengan tujuan mengesahkan hipotesis
yang ada. Dengan cara sedemikian, suatu pengesahan terhadap teori asal kita
dapat dilaksanakan, samada ianya benar atau sebaliknya.
Teori

Hipotesis

Pemerhatian
Pengesahan
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Penaakulan secara Induktif sebaliknya bergerak daripada pemerhatian yang teliti


kepada teori atau generalisasi. Dalam penaakulan ini, kita bermula dengan
mencari corak atau pola, menetapkan hipotesis yang mungkin, dan kemudian
berakhir dengan membuat rumusan atau kesimpulan / teori.

Teori

Hipotesis

Corak / Pola

Pemerhatian

Dengan cara penaakulan di atas, kita mengaktifkan minda kita agar lebih
berfungsi dengan baik sebagaimana kita menggalakkan aktiviti hands-on
kepada para pelajar.

Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.

Matematik bukan hanya digunakan oleh ahli Matematik, tetapi juga oleh
semua orang. Kita menggunakan asas matematik dalam kehidupan seharian.
Ini meliputi aktiviti atau bidang pekerjaan seperti pertukaran wang, membaca
carta, mengira diskaun, mengukur jarak, masa dan sebagainya. Kita juga
mengaplikasikan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan masalah
praktikal mahu pun masalah berbentuk abstrak. Sewajarnyalah, kita
menghargai ilmu, kemahiran dan konsep yang telah kita pelajari di sekolah
dahulu.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

1.1.2 Peranan matematik

Kehidupan kita berkait rapat dengan matematik. Segala aktiviti yang kita lakukan
seperti pergi bercuti, membeli makanan, merancang kerja-kerja seharian dan
sebagainya memerlukan kemahiran matematik asas.

Matematik melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik.
Pengetahuan dalam matematik sesungguhnya memainkan peranan yang sangat
besar dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, kita tidak akan berupaya
menyelaras perbelanjaan atau kewangan kita secara sistematik tanpa
pengetahuan matematik..

Matematik juga meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan kita dalam


menangani soalan berbentuk Penyelesaian Masalah. Seseorang yang telah
diberi latihan yang mantap dalam matematik, mampu melaksanakan kerja-kerja
yang kompleks dengan berkesan.. Sejarah membuktikan bahawa ahli matematik
telah berjaya membaca / menyelesaikan kerumitan dalam kod rahsia semasa
Perang Dunia Kedua.

Selain itu, matematik juga memainkan peranan yang penting dalam


perkembangan informasi dan teknologi komunikasi (ICT). Sebagai contoh,
penciptaan sistem nombor binari menyumbang kepada prosedur pengiraan
dalam komputer. Kemajuan dalam matematik juga memberi sumbangan yang
besar kepada kemajuan dalam sains.

Kemajuan dalam bidang matematik juga dilihat sangat penting dalam


mempastikan tercapainya Wawasan 2020. Cabaran yang keenam dalam
Wawasan 2020 iaitu the building of a progressive scientific society with creative
and far-sighted abilities, telah memberi impak yang besar, bukan sahaja kepada
perkembangan silibus matematik yang baru, tetapi juga terhadap peranan guru-
guru matematik pada masa hadapan. (Mok, 2005).
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Anda boleh melayari internet seperti alamat di bawah untuk mendapatkan


kefahaman tentang kegunaan matematik dalam kehidupan seharian.

http://www.learner.org/interactives/dailymath/
1.2.3 Peranan Guru Matematik
http://www.articlesbase.com/k-12-education-articles/mathematics-in-daily-life-
390556.html

Guru-guru Matematik berhadapan dengan cabaran yang besar dalam


melaksanakan huraian sukatan pelajaran Matematik serta cadangan-cadangan
baharu yang perlu dilaksanakan. Peranan yang baharu bagi guru-guru
diperlukan bagi merealisasikan kurikulum matematik yang baharu.

Para guru dikehendaki menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif


kepada para pelajar. Susunan kerusi-meja yang sesuai dapat membangkitkan
semangat perbincangan, pemikiran dan eksplorasi yang baik dalam kalangan
pelajar. Guru seolah-olah memberitahu mereka bahawa pembelajaran adalah
penting, dan belajar matematik adalah penting. Yang paling penting, guru
menyediakan suatu medan bagi pelajar-pelajar merasa selamat untuk berkongsi
idea, juga belajar menghargai pendapat-pendapat orang lain.

Guru juga perlu menyediakan latihan atau tugasan dengan melibatkan semua
pelajar. Guru perlu memikirkan dan menyediakan tugasan yang membuatkan
pelajar-pelajar menggunakan intelektual dan pemikiran yang mencapah untuk
memahami atau menjawab sesuatu masalah, terutama yang berkaitan dengan
kehidupan seharian.

Guru juga seharusnya mengenalpasti bagaimana para pelajar berhubung antara


satu sama lain, Soalan-soalan seperti Bagaimana guru berinteraksi dengan
pelajar semasa aktiviti P&P berjalan , Apa bentuk soalan untuk
membangkitkan pelajar berfikir dengan lebih jauh , Apa bentuk komunikasi
yang dapat membantu pelajar mendapatkan kefahaman yang mendalam
tentang Matematik , seharusnya ada dalam diri para guru.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Guru sewajarnya membuat analisis tentang pengajaran dan pembelajaran yang


berlaku dalam bilik darjah. Guru perlu menyoal Apa yang dapat dan tidak
dapat dilaksanakan hari ini ? Apa pembetulan yang patut diambil ,Guru tidak
perlu membetulkan kesilapan pelajar secara terus atau segera, tetapi guru
boleh merancang cara bagaimana menolong pelajar yang berkenaan mendapat
semula ilmu yang tertinggal.

Akhirnya, guru disaran supaya memastikan pelajar merasai perhubungan antara


Geometri, Kalkulus, Trigonometri, Algebra dan Statistik. Begitu juga dengan
perkaitan antara Matematik dan sains, pengajian sosial, pendidikan jasmani dan
seni. Guru juga membantu pelajar memahami perkaitan antara matematik dan
perkara-perkara di luar persekitaran sekolah.

Dengan peranan-peranan yang dibincangkan di atas, guru-guru sewajarnya


dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi dalam matematik
dan berkeupayaan untuk mengaplikasikan kemahiran matematik dalam dunia
sebenar.

(i) Bincang dengan rakan-rakan sekelas anda tentang pengertian


matematik dan peranan matematik dalam kehidupan seharian?

(ii) Apa peranan anda sebagai guru matematik yang


berkesan?
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

TAJUK 1.2 NILAI-NILAI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

1.2.1 Nilai Matematik


Nilai adalah peraturan untuk kita membuat keputusan tentang benar dan salah,
harus dan tidak boleh, baik dan buruk. Nilai juga memberitahu kita bahawa
sesuatu perkara itu adalah penting atau tidak. Ada tiga kategori dalam
pendidikan matematik iaitu nilai-nilai pendidikan umum, nilai-nilai pendidikan
matematik dan nilai-nilai matematik.

1.2.2 Nilai-nilai Pendidikan Umum

Nilai-nilai ini diterapkan oleh guru-guru di sekolah bertujuan membentuk peribadi


seseorang. Berikut merupakan empat jenis nilai-nilai umum beserta contoh,
berdasarkan peringkat hirarki nya :
Nilai asas adalah iman dan takwa.
Nilai-nilai sampingan adalah kepercayaan, kebenaran, bijaksana, adil,
telus dan bersyukur.
Nilai-nilai asas seperti setia, bertanggung jawab, kerjasama dan
berpengetahuan seperti setia, bertanggung jawab, kerjasama dan
berpengetahuan.
Nilai-nilai tambahan adalah kewarganegaraan, kreatif, berdedikasi,
berkeyakinan diri dan lain-lain.

1.2.3 Nilai-nilai Pendidikan Matematik

Nilai dalam pendidikan matematik adalah nilai-nilai afektif yang mendalam


dibangunkan melalui subjek matematik. Menurut Nik Azis (2008), belajar
matematik menumpukan pada nilai-nilai pendidikan matematik sebagai berikut:
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

a) Nilai yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran, di mana tujuan


pembelajaran matematik adalah untuk apresiasi, aplikasi atau teori
matematik.
b) Nilai yang berkaitan dengan kemampuan pelajar di mana matematik
adalah sesuai untuk individu tertentu atau untuk semua.
c) Nilai yang berkaitan dengan kaedah penyelesaian masalah di mana
pelajar memahami, mengetahui dan melakukan operasi rutin atau mencari
dan melaksanakan operasi yang sesuai, membuat refleksi dan
komunikasi.
d) Nilai yang berkaitan dengan tingkat pemahaman di mana pelajar
menggunakan peraturan, operasi, dan prinsip-prinsip rumus matematik
atau mengetahui bagaimana menggunakan algoritma dan mengapa ia
digunakan.
e) Nilai-nilai yang berkaitan dengan pendekatan pembelajaran matematik di
mana melibatkan proses deduktif, menghafal dan belajar secara pasif
atau matematik adalah pembangunan pengetahuan melalui pembelajaran
induktif, konstruktif dan aktif.

1.2.4 Nilai-nilai Matematik

Nilai matematik merujuk kepada nilai yang berkaitan dengan pengetahuan


matematik. Nilai-nilai ini meliputi ciri-ciri, sumber bahan, kebenaran dan
penggunaan pengetahuan matematik yang dibawakan dalam konteks yang
berbeza.

Alam Bishop mengenalpasti tiga pasang pelengkap untuk nilai matematik.


Ianya adalah rasionalisme & empirisme, kawalan & kemajuan, keterbukaan &
misteri.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Berikut adalah penjelasan nilai-nilai dalam matematik:

1. Rasionalisme

Menilai rasionalisme bererti menekankan hujah, penaakulan, analisis logik dan


penjelasan. Ia melibatkan teori, situasi hipotetis dan abstrak, dan dengan
demikian membawa kepada pemikiran universal.

Nilai ini ditunjukkan oleh:


guru mengembangkan kemahiran pelajar dalam hujah dan penaakulan
logik
pengajaran tentang bukti dan membuktikan
menggalakkan perbincangan dan perdebatan
pelajar mencari penjelasan untuk data percubaan
kontra hipotesis alternatif

2 Empiricisme

Menilai empirisisme bererti mencari objektif, konkrit, dan melaksanakan idea-


idea dalam matematik dan sains.. Ia merangsang kepada pemikiran beranalogi,
mencari simbol, dan penggunaan data. Hal ini juga menggalakkan materialisme
dan kesungguhan.

Nilai ini ditunjukkan oleh:

guru mengembangkan kemahiran praktikal pelajar


mengajar tentang aplikasi dan menggunakan idea

pelajar dan guru membuat simbol, model, rajah dan lain-lain.

pelajar mengumpul data eksperimen


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

menguji idea terhadap data

3. Kawalan

Menilai kawalan bererti menekankan kekuatan pengetahuan matematik dan


sains melalui penguasaan peraturan, fakta, prosedur dan kriteria yang telah
ditetapkan. Hal ini juga menggalakkan keselamatan dalam pengetahuan, dan
kemampuan untuk meramal.

Nilai yang ditunjukkan adalah :

guru mengembangkan kemahiran pelajar dalam latihtubi dan rutin


mengajar tentang ketepatan matematik dan sains

pelajar mempraktikkan kemahiran dan prosedur

guru menunjukkan bagaimana idea-idea matematik dan sains dapat


menjelaskan dan meramalkan kejadian

4 Kemajuan

Menilai kemajuan bererti menekankan cara-cara idea-idea matematik dan sains


berkembang, melalui teori alternatif, pembangunan kaedah baru dan
mempersoalkan idea-idea yang ada. Hal ini juga menggalakkan nilai-nilai
kebebasan individu dan kreativiti.

Nilai ini ditunjukkan oleh:

guru mengembangkan imaginasi kreatif pelajar


mengajar tentang perkembangan pengetahuan sains dan matematik

mendorong penjelasan alternatif


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

5 Keterbukaan

Menilai keterbukaan bermaksud demokrasi pengetahuan, melalui demonstrasi,


bukti dan penjelasan individu. Pengesahan hipotesis, artikulasi yang jelas dan
pemikiran kritis juga signifikan.

Nilai yang ditunjukkan adalah :

guru mengembangkan kemampuan pelajar mengartikulasikan idea-idea


mereka
mengajar kriteria pembuktian dan pengesahan

menggalakkan perbincangan dan perdebatan

menggalakkan kebebasan berekspresi

kontra pendapat antara pelajar dan guru

percubaan / eksperimen yang boleh diulangi

6 Misteri

Menilai misteri bererti menekankan keajaiban, daya tarikan, dan mistik dari idea-
idea sains dan matematik. Ini menggalakkan kita berfikir tentang asal-usul dan
sifat pengetahuan.

Nilai ini ditunjukkan oleh:


guru mengembangkan imaginasi pelajar
mengajar tentang sifat pengetahuan objektif
merangsang sikap ingin tahu dan kagum dengan idea-idea yang signifikan
mendorong pelajar untuk membaca bahan-bahan sains fiksyen
pelajar merasa terkejut terhadap hasil penemuan tak terduga
meneroka teka-teki matematik
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Tugasan

Jawab semua soalan berikut

1. Matematik adalah satu cabang ilmu dengan pelbagai makna.


Nyatakan dan jelaskan tiga daripada makna-makna matematik tersebut.

2. Apakah maksud penyelesaian masalah dalam konteks proses


pengajaran dan pembelajaran ?

3. Jelaskan tiga matlamat pembelajaran penyelesaian masalah dalam


matematik.

4. Nyatakan kepentingan matematik kepada


(a) anda sebagai individu
(b) masyarakat anda
(c) negara anda.

5. Senaraikan beberapa sumbangan tokoh-tokoh matematik Yunani, Eropah,


Timur Tengah dan India beserta tahun yang terlibat.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

TAJUK 1.3 SEJARAH PERKEMBANGAN MATEMATIK

Sejarah perkembangan matematik boleh dibahagikan kepada 4 peringkat :

1. Peringkat Pertama ( sebelum 400 SM )

- Bermula dari masa manusia menggunakan tanda atau simbol untuk


membilang hingga tokoh-tokoh matematik Yunani menemui sistem
teori matematik yang pertama.

2. Peringkat Kedua ( 400 SM 1700 TM )

- Merupakan perkembangan aritmetik, geometri, algebra dan


trigonometri ke tahap yang mantap, menjadi satu sistem yang
sempurna.

3. Peringkat Ketiga ( 1700 TM 1900 TM )

- Peringkat perkembangan matematik tradisi ke peringkat perubahan


dan penemuan. Pada tahap ini, banyak bidang, teori dan hukum baru
ditemui dan didemonstrasikan oleh tokoh-tokoh matematik khasnya
dari negara-negara barat. Antara bidang matematik yang baru ditemui
ialah geometri koordinat, kalkulus dan rumus-rumus kalkulus.

4. Peringkat Keempat ( 1900 TM - kini )

- Dikenali sebagai peringkat moden, merupakan peringkat


perkembangan matematik daripada konkrit kepada abstrak. Dalam
tempoh ini, teori-teori baru ditemui oleh tokoh-tokoh matematik untuk
digunakan dalam bidang sains teknologi, ekonomi dan sosiologi. Di
antaranya adalah kebarangkalian, teori set, teori nombor, penaakulan
mantik dan logik.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Dalam pada itu, sejarah matematik juga boleh dilihat dalam 6 peringkat kronologi
seperti di bawah :

Babylonian, Egyptian and Native American Periods (3000 BC - 601


BC)

Matematik pada masa ini sangat praktikal dan digunakan semasa pembinaan,
pengukuran, mencatat rekod dan penciptaan kalendar. Sistem pernomboran
mereka mempunyai nilai tempat dengan asas 60. Mereka tidak mempunyai
simbol 0 tetapi boleh mewakili pecahan, kuasa dua, punca kuasa dua dan punca
kuasa tiga.. Asas 60 ini membawa kepada pembahagian bulatan kepada 360
bahagian yang sama besar yang kini dikenali sebagai darjah (degree). Setiap
darjah kemudiannya dibahagi kepada 60 bahagian iaitu minit. Seorang ahli
astronomi Greek, Ptolemy menggunakan sistem ini untuk menghasilkan minit,
saat dan sukatan darjah yang digunakan sekarang.

Orang-orang Mesir merekacipta cara mereka sendiri untuk menulis, dikenali


hieroglyphics (tulisan mesir purba kala) dan sistem pernomboran ini berbentuk
gambar-gambar. Mereka mengukur menggunakan kaedah yang unik iaitu
meregangkan tali. Unit asas yang digunakan oeh orang-orang Mesir untuk
mengukur panjang adalah kubit, di mana jaraknya adalah dari siku seseorang
sehingga kepada hujung jari hantu. Mereka mempunyai rumus bagi luas bulatan
dan isipadu bagi kubus, kotak, silinder dan sebagainya. Mereka mengetahui

1
bahawa tahun solar adalah lebih kurang 365 hari.
4

Greek, Roman and Chinese Periods (600 BC - 499 AD)

Tamadun Greek memberi kesan besar kepada sejarah Matematik. Mereka


mempunyai sistem pernomboran sendiri. Mereka mempunyai pecahan dan
beberapa nombor bukan nisbah ( irrational numbers ), terutamanya .
Sumbangan besar orang-orang Greek adalah Euclids Elements and Apollonius
Conic Sections. Salah seorang daripada tiga ahli matematik yang hebat
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

sepanjang zaman adalah Archimedes (287-212 B.C.) Beliau merekacipta


beberapa alat dan senjata ketenteraan. Diberitakan bahawa Archimedes berjaya
mencipta cara untuk menguji penurunan nilai bagi ketulan emas.

Walaupun kaum Roman menguasai dunia, namun sumbangan mereka terhadap


matematik tidak banyak. Sumbangan mereka hanyalah nombor Roman dan
pecahan adalah berdasarkan sistem duodecimal (asas 12). Mutu kalendar
dipertingkatkan dan mereka menetapkan idea-idea tentang tahun lompat setiap
empat tahun.

Hindu and Arabian Period (AD 500 - 1199)

Tamadun Hindu sebenarnya bermula pada 2000 BC tetapi mengikut rekod


matematik ianya daripada 800 BC sehingga AD 200. Pada abad ketiga, simbol
Brahmi iaitu 1, 2, 3, ..., 9 adalah signifikan sebab bagi setiap nombor, ada simbol
tersendiri.Tiada nombor sifar atau tanda kedudukan pada masa itu, tetapi
menjelang AD 600 orang-orang Hindu menggunakan simbol-simbol Brahmi
bersama tanda kedudukan (positional notation). Mereka mempunyai
pengetahuan yang baik dalam algebra. Mereka mengetahui bahawa persamaan
kuadratik mempunyai dua penyelesaian / jawaban dan mereka juga pandai
menganggar nilai .

Salah seorang berbangsa Arab, Omar Khayyam banyak menggunakan nombor


bukan nisbah dan ini bertentangan dengan pendapat orang-orang Greek
berkenaan nombor. Perkataan Algebra diilhamkan oleh orang-orang Arab di
dalam buku yang ditulis oleh seorang angkasawan yang bernama Mohammed
ibn Musa al Khwarizmi. Buku itu berjudul Al-jabr wal muqabala. Al Khwarizmi
berjaya menyelesaikan persamaan kuadratik dan beliau mengetahui bahawa
terdapat dua nilai / jawaban kepada persamaan tersebut. Dalam pada itu, beliau
juga menerangkan jawaban dalam bentuk geometri.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Transition Period (1200 1599)

Matematik pada Zaman Pertengahan adalah dalam keadaan 'transitional di


antara tamadun awal dengan zaman Renaissance. Pada awal 1400an the
Black Death membunuh lebih daripada 70% daripada penduduk Eropah.
Jangkamasa antara 1400 and 1600 dikenali sebagai Renaissance, telah
menukar pemikiran penduduk Eropah kepada pemikiran berteraskan
Matematik. Edisi bercetak yang pertama berkenaan Euclids Elements
dalam bahasa Latin diterbitkan pada tahun 1482. Perkembangan terhebat
pada masa itu adalah penemuan teori astronomi oleh Nicolaus Copernicus
dan Johannes Kepler. Walaubagaimanapun, tiada penemuan baru yang
signifikan berlaku pada masa ini.

Century of Enlightenment (1600 1699)

Perkembangan bijak pandai, dalam teknologi dan pengetahuan berlaku pada


masa ini. Antara sumbangan yang hebat adalah seperti

Segitiga Pascal (Blaise Pascal),


Logik (Gottfried Leibniz),

Penaakulan Deduktif ( Galileo Galilei),

Alat Mengira (Johan Napier),

Simbol (John Wallis),

Penggunaan titik perpuluhan (Kepler and Napier),

Nombor Perdana (Fermat),

Huruf-huruf untuk Angkubah / Anu (Rene Descartes),

Teori Kebarangkalian permulaan (Blaise Pascal) dan


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Bahagian / Rentasan Konik (Rene Descartes).

Early Modern Period (1700 1899)

Tempoh ini menandakan permulaan kepada matematik moden. Terdapat


experimentasi dan formulasi idea berlaku pada masa ini. Sejarah menunjukkan
bahawa matematik yang kita pelajari semasa di sekolah menengah adalah
dihasilkan pada masa ini. Di antara topik-topik yang terlibat adalah :
Boolean algebra (George Boole),
Formal Logic (Bertrand Russel),

Principia Mathematica (Alfred North Whitehead),

logical proof (Charles Dodgson),

probability, calculus and complex numbers (Abraham de Moivre),

number theory (Leonhard Euler),

connection between probability and (Compte de Buffon),

calculus and number theory ( Lagrange),

non-Euclidean Geometry ( Johann Lambert ) dan sistem Metrik


direkacipta.

Modern Period (1900 sekarang )

Tempoh masa ini merangkumi semua penemuan pada abad yang lalu. Diantara
penemuan matematik adalah

Twenty-Three famous problems (Hilbert),


Analytic Number Theory (Hardy and Ramanujan),

General theory of relativity (Einstein),


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Algebra (Emmy Noether),

Godels Theorem, komputer elektronik yang pertama

Game Theory (John von Neumann),

Continuum Hypothesis (Cohen),

Development of BASIC ( John Kemeny, Thomas Kurtz), personal


computer Apple II, dan sebagainya.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

TAJUK 1.4 SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK


TAMBAHAN DI MALAYSIA

1.4.1 Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan anda tentang perubahan kurikulum
matematik di sekolah. Ianya akan meninjau sejarah dan perubahan kurikulum di
Malaysia sekitar tahun 1950 sehingga tahun 2013.

1.4.2 Hasil Pembelajaran


1. Mengenalpasti pelbagai isu yang mempengaruhi perubahan kurikulum.

2. Memperihalkan tempoh perkembangan utama kurikulum Matematik di Malaysia

3. Memperakui bahawa kurikulum Matematik sentiasa berubah dan boleh


mengenalpasti isu-isu semasa yang akan mempengaruhi perkembangan
kurikulum masa depan.

1.4.3 Kerangka Konsep

Perkembangan
Kurikulum Matematik

Pengaruh Perubahan
Perkembangan Kurikulum Matematik Dasar dan Program
Kurikulum Matematik (Negara Luar) terhadap Kemajuan Matematik
di Malaysia Kurikulum Matematik
di Malaysia
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

1.4.4 Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia

Cuba anda renungkan soalan berikut :

Apakah faktor yang mempengaruhi reformasi kurikulum matematik di


Malaysia pada tempoh lima dekad kebelakangan ini?

Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di


sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah.
Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke
arah kesepaduan. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama
yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia.

Laporan Razak (1956)

Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas
cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau
bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu.
Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.

Laporan Projek Khas (1970)

Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu
Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan
sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju.

Yayasan Asia membiayai projek ini. Beberapa ahli American Peace Corps dilantik
sebagai penasihat projek. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh
pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara.

Program Matematik Moden (1970)

Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal
tahun 70an. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di
ketika itu seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Selain itu,
pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang


ditubuhkan pada 1969. Sukatan berkenaan dirancang berdasarkan kajian terhadap
kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group
(SMG).

Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru seperti
sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik. Strategi
pengajaran-pembelajaran berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan.
Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk
memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat
yang baik.

Sukatan Matematik (Sekolah Menengah)

Matematik ialah mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran
ini diajar adalah bertujuan untuk meningkatkan keterampilan matematik pelajar supaya
mereka mempunyai persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran di
pelbagai kerjaya dalam bidang sains dan teknologi (Abdul Shukor, 2000).

Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum


pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan
kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan
untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Sukatan Pelajaran Matematik telah digubal dengan mengambil kira kandungan mata
pelajaran matematik. Beberapa cabang matematik yang lain juga diperkenalkan dalam
kurikulum ini selaras dengan perkembangan baharu dalam pendidikan matematik
(Sukatan Pelajaran Matematik, 2000). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik, penegasan diberikan kepada heuristik penyelesaian masalah. Dengan ini,
pelajar-pelajar dapat menggunakan matematik apabila menghadapi situasi yang baharu.

Selain itu, pembelajaran Matematik menekankan pemahaman konsep dan penguasaan


kemahiran yang berkaitan. Kemahiran berkomunikasi secara matematik juga
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

dititikberatkan semasa pembelajaran Matematik. Penekanan kepada komunikasi dalam


matematik dapat mengembangkan keterampilan murid mentaksir sesuatu perkara ke
dalam model matematik dan sebaliknya.

Penggunaan teknologi sangat digalakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran


Matematik, seperti penggunaan kalkulator. Penggunaan perisian teknologi yang sesuai
juga dapat membantu pelajar-pelajar memvisualisasikan konsep matematik dengan
lebih berkesan. Selain itu, penggunaan perisian juga dapat membantu murid
memodelkan masalah yang mereka terokai dengan lebih berkesan, seperti penggunaan
perisian Geometer Sketchpad dan perisian Geogebra.

Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4
dan enam rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini
bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran
dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.

Penilaian adalah sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan


secara berterusan dalam usaha mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar.
Disamping itu, penilaian berterusan dapat memberi maklumat kepada pelajar tentang
kemajuan mereka. Penilaian dalam Matematik perlu merangkumi aspek seperti
kefahaman konsep, penguasaan kemahiran dan soalan bukan rutin yang memerlukan
penggunaan heuristik penyelesaian masalah.

Kerja Projek adalah digalakkan dalam pembelajaran Matematik untuk memberi peluang
kepada pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam
situasi sebenar atau mencabar. Kerja projek merangkumi penerokaan sesuatu masalah
matematik yang dijalankan oleh pelajar dan ianya dapat memberi manfaat kepada
pelajar seperti merangsang minda pelajar, menjadikan pembelajaran Matematik lebih
bermakna , membolehkan pelajar mengaplikasikan konsep dan kemahiran matematik
yang telah dipelajari dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi (Sukatan Pelajaran
Matematik, 2000).
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Selain daripada perkembangan kurikulum Matematik seperti yang telah dibincangkan,


ada beberapa projek lain yang telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti pengajaran
matematik di sekolah. Di antaranya ialah Projek Imbuhan (Compensatory Project),
Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed Instruction for Rural
Environment) dan projek Sekolah Bestari.

Projek Sekolah Bestari di Malaysia

Salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia
Super Corridor) ialah penubuhan Sekolah Bestari di Malaysia. Pada bulan Julai 1997,
Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan dokumen
flagship Sekolah Bestari di Malaysia disamping dokumen berkaitan flagship- flagship
lain. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk mengemukakan kertas
cadangan bagi menjayakan flagship- flagship ini

Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah direkabentuk
semula secara menyeluruh dari segi pengajaran pembelajaran dan pengurusan
sekolah dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat.
Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran
pembelajarannya. Ini ada kaitannya dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan
juga bahan-bahan P&P. Kesemua elemen ini dititikberatkan supaya pelajar dapat
belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Kaedah pembelajaran Sekolah Bestari
menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri , terarah kendiri dan
mengikut kadar pembelajaran sendiri. Selain itu, Sekolah Bestari juga memberi
tumpuan kepada aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

Pakej courseware yang lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah Bestari di
peringkat rendah dan menengah telah disiapkan dan sedia digunakan. Projek rintis
Sekolah Bestari di Malaysia bermula dalam tahun 1998. Dua buah sekolah rendah dan
dua buah sekolah menengah telah dipilih dalam projek ini manakala pelaksanaannya
hanya bagi empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan
Sains. Projek rintis ini berakhir pada bulan Disember 2002. Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk memantau
penggunaan courseware ini di semua Sekolah Bestari.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Selain daripada pengaruh- pengaruh seperti yang telah disebut di atas, National Council
of Teachers of Mathematics(NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum
matematik di Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation
Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM.

National Council of Teachers of Mathematic (NCTM)

NCTM telah bermula pada tahun 1920 dengan tujuan menambah baik proses
pengajaran dan pembelajaran matematik. NCTM memainkan peranan yang penting
untuk memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan matematik yang sempurna dan
menyediakan peluang perkembangan profesional yang berterusan untuk setiap guru
matematik.

Misi National Council of Teachers of Mathematics ialah menunjukkan visi dan memberi
kepimpinan yang perlu supaya pelajar mendapat pendidikan matematik yang berkualiti
tinggi (sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti). NCTM ialah satu
pertubuhan non- profit peringkat dunia yang terbesar dengan ahli seramai lebih daripada
100,000 orang dan mempunyai lebih daripada 250 associates di Amerika Syarikat dan
Kanada.

Pada bulan April 2000, NCTM telah megeluarkan dokumen berjudul Principles and
Standards for School Mathematics, iaitu satu garispanduan untuk kecemerlangan dalam
pendidikan matematik pre-K 12 yang boleh dicapai sekiranya semua pelajar dapat
melibatkan diri dalam aktiviti matematik yang mencabar. Dokumen Principles and
Standards menyediakan visi untuk semua guru dan pelajar iaitu untuk meningkatkan
mutu pendidikan matematik akan datang.

Ada empat komponen utama dalam dokumen Pinciples and Standards for School
Mathematics ini. Pertama, prinsipal- prinsipal tersebut adalah perspektif asas yang perlu
dirujuk oleh pendidik dalam membuat keputusan yang melibatkan pendidikan matematik
di sekolah. Prinsipal- prinsipal ini merangkumi isu- isu seperti keadilan, kurikulum, P&P,
pentaksiran dan teknologi.

Kedua, standard NCTM ini mengetengahkan satu set matlamat yang komprehensif
untuk dicapai dalam pengajaran matematik. Lima standard pertama berkait dengan isi
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

kandungan matematik seperti nombor dan operasi, algebra, geometri, ukuran, analisis
data dan kebarangkalian. Lima standard kedua pula melibatkan proses penyelesaian
masalah, penaakulan dan bukti, perkaitan, komunikasi dan perwakilan. Standard-
standard ini adalah kemahiran asas dan pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar
untuk berjaya dalam abad ke 21 ini.

Ketiga, NCTM membina dan mengedar pelbagai bahan sumber untuk membantu
pengajaran guru. Satu siri buku yang mengandungi 30 Navigations volumes dicetak
supaya guru- guru dapat mempraktikkan kandungan dokumen Principles and
Standards for School Mathematics di dalam kelas mereka. Kandungan dokumen
Principles and Standards juga dapat dipraktikkan mengikut panduan yang disediakan
secara online di laman web NCTM melalui E-Standards and Illuminations. The
Illuminations dibangunkan untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai standards
NCTM dan menyediakan rancangan mengajar untuk guru dan aktiviti pembelajaran
untuk pelajar. Ia juga menyediakan standard-based kandungan internet content untuk
guru- guru K 12.

Keempat, NCTM menyediakan ruang dan peluang untuk peningkatan profesionalisme


guru melalui persidangan/seminar kepimpinan, tahunan atau regional. Persatuan ini
juga bertindak sebagai penyelaras kepada beberapa persidangan regional dan
mesyuarat tahunan. Selain itu, Akademi Untuk Perkembangan Profesional telah
ditubuhkan pada tahun 2000 dan menyediakan pakej latihan selama dua atau lima hari
untuk guru matematik.

Reflections ialah satu elemen penting dalam NCTM untuk perkembangan


profesionalisme guru matematik. Dalam laman web Reflections ini dimasukkan video
secara online supaya guru boleh membuat analisis dan perbincangan untuk
menambahbaik kemahiran pengajaran mereka. Selain dari itu guru juga boleh
mengambil bahagian dalam kritik untuk lesson-study, video kerja pelajar dalam kelas,
tugasan dan seterusnya membuat analisa profesional mengenai perbincangan guru.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara, perakuan-perakuan Jawatan kuasa Kabinet


dan keperluan masa depan negara , Kementerian Pendidikan telah menggubal semula
kurikulum peringkat menengah, iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
KBSM mula dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1989 di Tingkatan Satu, seterusnya
KBSM dilaksanakan secara berperingkat-peringkat hingga ke Tingkatan Lima.

Matlamat KBSM

Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensi individu


secara menyelutuh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak
mulia.

Objektif KBSM
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat menengah bertujuan untuk
membolehkan pelajar:
i) mempertingkatkan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan
berkesan;
ii) mempertingkatkan dan meluaskan penguasaan dan penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu ke
arah mencapai perpaduan negara;
iii) mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran
yang rasional, kritis dan kreatif;
iv) memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta
mengamalkannya dalam kehidupan seharian;
v) berkeupayaan untuk memperkembangkan dan mengubahsuai
kemahiran-kemahiran selaras dengan perkembangan baharu dalam
bidang ilmu pengetahuan dan teknologi;
vi) memiliki ketrampilan untuk kegunaan dan manfaat diri serta masyarakat;
vii) memiliki keyakinan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi
cabaran-cabaran hidup;
viii) memahami, menginsafi dan menghayati sejarah serta latar belakang
sosiobudaya negara;
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

ix) menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha


untuk memeliharaya;
x) peka, prihatin dan menghargai alam serta nilai-nilai estetika;
xi) memiliki dan menghayati nilai-nilai murni;
xii) menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha
untuk menembahkan dan mengembangkannya; dan
xiii) memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti
kepada agama, bangsa dan negara.

Prinsip-prinsip KBSM

Kesinambungan pendidikan rendah


dengan pendidikan menengah

Pendidikan umum untuk semua pelajar

Penggunaan disiplin ilmu yang ada

PRINSIP Kesepaduan antara unsur-unsur intelek,


KBSM rohani, emosi dan jasmani

Penekanan nilai-nilai murni

Peningkatan penggunaan Bahasa


Melayu

Pendidikan seumur hidup

Penekanan-penekanan dalam KBSM

Pada umumnya, KBSM menekankan kepada beberapa perkara seperti berikut:


i) Kurikulum iaitu
Ilmu dan kemahiran
nilai-nilai murni
bahasa
ii) Kokurikulum dan
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

iii) Budaya sekolah

Bincang perkara-perkara utama dalam pembentukan budaya


sekolah

Pelaksanaan dan Pengurusan KBSM

KBSM dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1988 dengan empat


program bahasa. Pelaksanaan penuh KBSM di Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan
dilaksanakan pada tahun 1989. Pada tahun 1993, pe;laksanaan KBSM meliputi semua
tingkatan iaitu dari Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan hingga ke Tingkatan V.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

TAJUK 1.5 MATEMATIK KBSM

1.5.1 Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kurikulum matematik di sekolah menengah
iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

1.5.2 Hasil Pembelajaran


4. Mengenalpasti matlamat, objektif serta penekanan pengajaran pembelajaran
Matematik KBSM.
5. Membanding dan beza antara kurikulum matematik

1.5.3 Kerangka Konsep

KBSM (1989)

Kurikulum Matematik
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Fikrah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) membawa pengertian yang
sama dengan daya berfikir dan pemikiran. Dalam konteks pendidikan Matematik, fikrah
Matematik merujuk kepada kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan melalui
sistem pendidikan matematik kebangsaan. Murid yang berfikrah matematik ini
merupakan murid yang berkeupayaan melakukan matematik dan memahami idea
matematik, serta mengaplikasikan secara bertanggungjawab pengetahuan dan
kemahiran Matematik dalam kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai matematik.

BIDANG PEMBELAJARAN
Kandungan matematik dirangkumkan mengikut lima bidang pembelajaran iaitu:
komponen geometri
komponen algebra
komponen kalkulus
komponen trigonometri
komponan statistik

KEMAHIRAN
Kemahiran dalam Matematik yang harus dikembangkan dan dipupuk dalam kalangan
pelajar meliputi kemahiran :
1. Kemahiran Matematik
Kemahiran Matematik merujuk kepada keupayaan seperti berikut:
Menggunakan laras bahasa Matematik yang betul dan
mengaplikasikan penaakulan mantik.
Menyatakan idea Matematik secara jitu.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Membuat, menguji dan membuktikan konjektur.


Mengekstrak makna dari suatu penulisan Matematik.
Menggunakan Matematik untuk memperihalkan dunia fizikal.

2. Kemahiran Menganalisis
Kemahiran menganalisis merujuk kepada keupayaan seperti berikut:
Berfikir secara jelas.
Memberi perhatian dan penelitian kepada setiap aspek.
Memanipulasi idea yang tepat, jitu dan terperinci.
Memahami penaakulan yang kompleks.
Mengkonstruk dan mempertahan hujah yang logik.
Mendebatkan hujahan yang tidak munasabah.

3. Kemahiran Menyelesaikan Masalah


Kemahiran menyelesaikan masalah merujuk kepada keupayaan seperti berikut:
Membentuk permasalahan secara tepat dan mengenal pasti isu utama
permasalahan.
Menyampaikan suatu penyelesaian secara jelas dan mengeksplisitkan andaian
yang dibuat. Menyelesaikan masalah sukar dengan cara menganalisa masalah
yang lebih kecil dan khusus.
Bersifat terbuka dan menggunakan pendekatan yang berbeza untuk
menyelesaikan masalah yang sama.
Menyelesaikan masalah dengan yakin walaupun penyelesaian tidak ketara.
Meminta bantuan sekiranya memerlukan.

4. Kemahiran Membuat Penyelidikan


Kemahiran membuat penyelidikan merujuk kepada keupayaan seperti berikut:
Merujuk nota, buku teks dan bahan sumber yang lain.
Mengakses buku di perpustakaan.
Menggunakan pengkalan data.
Mendapatkan maklumat dari pelbagai individu.
Berfikir.
5. Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi merujuk kepada keupayaan seperti berikut:
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Mendengar secara berkesan.


Menulis idea matematik secara tepat dan jelas.
Menulis esei dan pelaporan.
Membuat pembentangan.

6. Kemahiran Menggunakan Teknologi


Kemahiran menggunakan teknologi merujuk kepada keupayaan mengguna dan
mengendali alat matematik seperti kalkulator, komputer, perisian pendidikan,
laman web di Internet dan pakej pembelajaran untuk:
Membentuk dan memahami konsep matematik dengan lebih mendalam.
Membuat, menguji dan membuktikan konjektur.
Meneroka idea matematik.
Menyelesaikan masalah.

PENEKANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berkomunikasi
Komunikasi tentang idea matematik dapat membantu murid menjelaskan dan
memperkukuhkan pemahaman Matematik. Perkongsian pemahaman matematik secara
penulisan dan lisan dengan rakan sekelas, guru dan ibu bapa, pelajar akan dapat
meningkatkan keyakinan diri dan memudahkan guru memantau perkembangan
kemahiran matematik mereka.
Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembelajaran
matematik yang bermakna. Melalui komunikasi, idea matematik dapat diluahkan dan
difahami dengan lebih baik. Komunikasi secara matematik, sama ada secara lisan,
penulisan atau menggunakan simbol dan perwakilan visual (dengan menggunakan
carta, graf, gambar rajah dan lain-lain), dapat membantu murid memahami dan
mengaplikasikan matematik dengan lebih efektif.
Berkomunikasi sesama sendiri atau dengan rakan sebaya, ibu bapa, orang
dewasa dan guru dapat membantu pelajar menggambarkan, menjelaskan dan
memperkukuhkan idea dan pemahaman matematik mereka. Bagi memastikan
berlakunya proses penjanaan, perkongsian dan peningkatan pemahaman, pelajar perlu
diberi peluang untuk membahaskan idea matematik mereka secara analitis dan
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

sistematik. Komunikasi yang melibatkan pelbagai perspektif dan sudut pendapat dapat
membantu murid meningkatkan pemahaman matematik dengan lebih baik.
Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam Matematik adalah
keupayaan untuk memberikan penerangan dengan efektif, dan memahami dan
mengaplikasi notasi matematik dengan betul. Pelajar perlu menggunakan laras bahasa
dan simbol matematik dengan betul bagi memastikan sesuatu idea matematik dapat
dijelaskan dengan tepat. Komunikasi secara Matematik juga melibatkan penggunaan
pelbagai media seperti carta, graf, manipulatif, kalkulator, komputer dan lain-lain. Pelajar
seharusnya dapat menggunakan media yang berbeza tersebut bagi menjelaskan idea
matematik dan menyelesaikan sesuatu masalah matematik.
Komunikasi berkesan memerlukan persekitaran yang sentiasa peka terhadap
keperluan pelajar untuk berasa selesa semasa bercakap, bertanya soalan, menjawab
soalan dan menghuraikan pernyataan kepada rakan sekelas dan juga guru. Pelajar
perlu diberi peluang untuk berkomunikasi secara aktif dalam pelbagai suasana,
contohnya berkomunikasi semasa melakukan aktiviti secara berpasangan, berkumpulan
atau memberi penerangan kepada seluruh kelas.
Penilaian terhadap keupayaan pelajar untuk berkomunikasi secara matematik
dengan berkesan perlu menunjukkan bukti bahawa pelajar dapat menjana, menjelaskan
dan berkongsi idea matematik melalui pelbagai bentuk komunikasi dalam pelbagai
persekitaran. Pelajar yang sentiasa diberi peluang dan galakan untuk bercakap,
membaca, menulis dan mendengar semasa pengajaran dan pembelajaran matematik,
akan dapat berkomunikasi untuk mempelajari matematik dan belajar untuk
berkomunikasi secara matematik.

Menaakul
Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih
berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna.
Perkembangan penaakulan Matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan
komunikasi pelajar. Penaakulan berupaya mengembangkan bukan sahaja kapasiti
pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang juga
merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna. Bagi
mencapai objektif ini, murid harus dilatih dan dibimbing untuk membuat konjektur,
membuktikan konjektur, memberi penerangan logikal, menganalisa, membuat
pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik. Selain
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

itu, guru perlu menyediakan ruang dan peluang untuk perbincangan matematik yang
bukan sahaja engaging tetapi membolehkan setiap pelajar terlibat dengan baik.
Penaakulan boleh dilakukan secara induktif melalui aktiviti matematik yang
melibatkan pengenalpastian pola dan membuat kesimpulan berdasarkan pola tersebut.
Elemen penaakulan dalam pengajaran dan pembelajaran mengelakkan pelajar dari
menganggap matematik sebagai hanya satu set prosedur atau algoritma yang perlu
diikuti bagi mendapatkan penyelesaian, tanpa memahami konsep matematik yang
sebenarnya. Penaakulan bukan saja mengubah paradigma pelajar dari sekadar belajar
kepada berfikir, malah memberi pengupayaan intelektual apabila murid dibimbing dan
dilatih untuk membuat konjektur, membuktikan konjektur, memberikan penerangan
logikal, menganalisa, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik.
Latihan sedemikian membentuk murid yang yakin dengan diri sendiri dan tabah selaras
dengan hasrat untuk membentuk pemikir matematik yang berkeupayaan tinggi.

Membuat Kaitan
Dalam melaksanakan kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu
diwujudkan supaya pelajar dapat mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural
serta dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan Matematik dengan
bidang lain secara amnya. Ini akan meningkatkan kefahaman pelajar dalam Matematik
dan menjadikan Matematik lebih jelas, bermakna dan menarik bagi mereka. Kurikulum
Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti penghitungan,
geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat kaitan
antara bidang-bidang ini, pelajar akan belajar dan mengingati terlalu banyak konsep dan
kemahiran secara berasingan. Sebaliknya, dengan mengenali bagaimana konsep atau
kemahiran dalam bidang yang berbeza berhubung kait antara satu sama lain, matematik
akan dilihat dan dipelajari sebagai satu disiplin ilmu yang menyeluruh serta lebih mudah
difahami. Apabila idea matematik ini dikaitkan pula dengan pengalaman seharian di
dalam dan di luar sekolah, murid akan lebih menyedari kegunaan, kepentingan,
kekuatan dan keindahan matematik. Selain itu murid berpeluang menggunakan
Matematik secara kontekstual dalam bidang ilmu yang lain dan dalam kehidupan
seharian mereka. Model matematik digunakan untuk menerangkan situasi kehidupan
sebenar secara matematik. Pelajar akan mendapati kaedah ini boleh digunakan untuk
mencari penyelesaian sesuatu masalah atau untuk meramal kemungkinan sesuatu
situasi berdasarkan model matematik tersebut.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Menyelesaikan Masalah
Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Justeru, pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran
penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum.
Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya
supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran ini
melibatkan langkah-langkah seperti berikut:
Memahami dan mentafsirkan masalah.
Merancang strategi penyelesaian.
Melaksanakan strategi.
Menyemak semula penyelesaian.

Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah, termasuk


langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya dalam mata
pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina kemahiran
penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti manusia.
Melalui aktiviti ini pelajar dapat menggunakan pengetahuan dalam matematik apabila
berdepan dengan situasi yang baharu dan dapat memperkukuhkan diri apabila
berdepan dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar. Antara strategi-strategi
penyelesaian masalah yang boleh dipertimbangkan:

1. Mencuba kes lebih mudah


2. Cuba jaya
3. Melukis gambar rajah
4. Mengenal pasti pola
5. Membuat jadual/carta atau senarai secara bersistem
6. Membuat simulasi
7. Mengguna analogi
8. Bekerja ke belakang
9. Menaakul secara mantik
10. Mengguna algebra
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Membuat Perwakilan
Matematik sering digunakan untuk mewakili dunia di mana kita hidup. Oleh yang
sedemikian, mesti wujud keserupaan antara aspek-aspek dunia yang diwakili dan
aspek-aspek dunia yang mewakili. Hubungan abstrak antara dua dunia ini boleh
digambarkan seperti berikut:

Perwakilan boleh dianggap sebagai fasilitator yang membolehkan perkaitan


antara dunia sebenar dan dunia matematik. Formula, jadual, graf, persamaan dan
sebagainya, semua merupakan objek matematik yang digunakan untuk mewakili
pelbagai gagasan dan
hubungan dunia sebenar.
Perwakilan boleh didefinisikan sebagai Sebarang tatarajah huruf, imej atau
objek konkrit yang boleh melambangkan atau mewakilkan sesuatu yang lain. Sistem
perwakilan secara semula jadi terbahagi kepada dalaman dan luaran. Sistem perwakilan
dalaman adalah yang wujud di dalam fikiran seseorang individu manakala sistem
perwakilan luaran adalah yang mudah dikongsi dengan dan dilihat oleh orang lain.
Perwakilan dalaman terdiri daripada gagasan yang membantu dalam menggambarkan
proses manusia mempelajari dan menyelesaikan masalah dalam matematik, dan
perwakilan luaran terdiri daripada perkara seperti rajah, bahasa rasmi, dan notasi
lambang. Guna pelbagai perwakilan untuk menunjukkan satu konsep yang sama
membantu bukan sahaja mengembangkan pemahaman konsep yang lebih baik tetapi
juga mengukuhkan kebolehan seseorang menyelesaikan masalah.
Perwakilan adalah perlu bagi pemahaman konsep dan hubungan matematik
pelajar. Perwakilan membenarkan pelajar mengkomunikasikan pendekatan, perdebatan
dan pemahaman matematik kepada diri mereka sendiri dan kepada orang lain.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Perwakilan membenarkan pelajar untuk mengenal hubungan antara konsep yang


berkaitan dan mengaplikasikan matematik kepada masalah yang realistik.
Perwakilan adalah satu komponen yang penting dalam perkembangan
pemahaman secara matematik dan pemikiran kuantitatif. Tanpa perwakilan, matematik
secara keseluruhannya adalah abstrak, sebahagian besarnya adalah falsafah, dan
barangkali tidak dapat didekati oleh sebahagian besar daripada populasi. Dengan
perwakilan, gagasan matematik boleh dibentuk model, hubungan penting boleh
dihuraikan, dan pemahaman dirangsang melalui satu pembinaan dan urutan teliti bagi
pengalaman dan pemerhatian yang sesuai.

SIKAP DAN NILAI


Penyerapan nilai dan sikap dalam kurikulum matematik bertujuan melahirkan insan yang
berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan sikap dan nilai
dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur.
Pemahaman dan kesedaran tentang sikap dan nilai dalam masyarakat Malaysia harus
dipupuk secara langsung atau tidak secara langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat.
Nilai dan sikap terbentuk melalui pengalaman pembelajaran yang disediakan
oleh guru. Pembentukan ini seharusnya melibatkan unsur kepercayaan, minat,
penghargaan, keyakinan, kecekapan dan ketabahan. Pembentukan nilai dan sikap juga
meliputi aspek peribadi, interaksi, prosedural dan intrinsik.
Dalam matematik, sikap dan nilai perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai.
Sikap dalam matematik merujuk kepada aspek afektif dalam pembelajaran Matematik
yang merangkumi antara lain:
Tanggapan positif terhadap matematik dan kebergunaan matematik.
Minat dan keseronokan mempelajari matematik.
Penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan matematik.
Keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan matematik.
Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitan matematik.

Nilai peribadi merujuk kepada nilai yang berkait dengan pembentukan sahsiah dan
keperibadian individu seperti jujur, sistematik, bertekad, tekun dan cekal, kreatif,
berkeyakinan, teliti, pengurus masa yang baik, berdikari, boleh dipercayai, cekap,
bertanggungjawab, sabar dan berdedikasi.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Nilai interaksi berkait dengan pembentukan tingkah laku baik dalam konteks bilik
darjah. Nilai ini merujuk kepada nilai yang ditekankan dalam interaksi semasa aktiviti
Matematik seperti penghargaan terhadap matematik, kerja berpasukan, perbincangan
dan perkongsian idea, toleransi, adil, fikiran terbuka, dan hormat menghormati.

Nilai prosedural berkait dengan aktiviti spesifik dalam matematik seperti menaakul,
membuat perwakilan, menyelesai masalah, berkomunikasi, membuat kaitan, dan
mengguna teknologi.

Nilai intrinsik berkait dengan pembentukan kandungan Matematik dan disiplinnya


seperti nilai epistemologi, nilai pembudayaan dan nilai sejarah.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)


Ledakan kemajuan pelbagai teknologi di dalam kehidupan masa kini dan akan datang
menjadikan elemen ini penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Pendedahan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik
boleh dijaya diaplikasi kepada:
Belajar mengenai TMK. Murid diajar tentang pengetahuan dan kemahiran TMK
dalam mengendalikan perkakasan dan perisian.
Belajar melalui TMK. Penggunaan TMK untuk mengakses maklumat dan ilmu
pengetahuan menggunakan media seperti CD-Rom, DVD-Rom, Internet dan lain lain
lagi.
Belajar dengan TMK. Guru dan murid menggunakan TMK sebagai alat mengajar
dan belajar.
Pengajaran dan pembelajaran TMK boleh dijadikan sebagai akses untuk menjadi
pembelajaran tersebut lebih menarik dan menyeronok. Murid boleh didedahkan
dengan pelbagai maklumat komunikasi yang terkini dan penggunaan secara afektif
akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

PENILAIAN
Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia perlu
dirancang dengan baik dan dijalankan berterusan sebagai sebahagian aktiviti bilik
darjah. Dengan berfokuskan kepada aktiviti matematik yang pelbagai, kekuatan dan
kelemahan murid boleh dinilai. Kaedah penilaian yang berbeza boleh dijalankan dengan
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

menggunakan pelbagai teknik penilaian termasuk kerja lisan dan bertulis dan juga tunjuk
cara. Ia boleh dijalankan dalam bentuk temuduga, soalan terbuka, pemerhatian dan
kajian. Berdasarkan kepada keputusan, guru dapat memperbetulkan salah tanggapan
dan kelemahan murid dan dalam masa yang sama memperbaiki kemahiran mengajar
mereka. Guru boleh mengambil langkah yang berkesan dalam menjalankan aktiviti
pemulihan dan pengayaan untuk meningkatkan keupayaan murid.

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tanggapan tentang bagaimana matematik dipelajari mempengaruhi bagaimana konsep


matematik diajar. Walau apa tanggapan guru, hakikatnya konsep matematik adalah
abstrak. Oleh itu, penggunaan sumber untuk membantu murid membentuk konsep
matematik adalah sesuatu yang amat perlu. Guru perlu menggunakan objek sebenar
atau objek konkrit dalam pengajaran untuk memberikan pengalaman, membantu murid
membina idea-idea yang abstrak, merekacipta, membina keyakinan diri, menggalakkan
sifat berdikari dan memupuk sikap bekerjasama.
Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan perlu mengandungi
elemen diagnostik kendiri supaya murid dapat mengenal pasti sejauh mana mereka
memahami konsep dan menguasai kemahiran yang dipelajari.
Bagi membantu murid membentuk sikap positif terhadap matematik dan sahsiah
yang baik, nilai-nilai intrinsik matematik seperti kejituan, keyakinan dan pemikiran
sistematik perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu,
nilai-nilai murni boleh diterapkan dalam konteks yang sesuai secara bersahaja tetapi
terancang. Misalnya, pembelajaran secara kumpulan boleh membantu murid menerap
kemahiran sosial, memupuk semangat kerjasama dan membina keyakinan diri terhadap
matematik. Elemen patriotik juga harus disemai melalui proses pengajaran dan
pembelajaran topik tertentu di bilik darjah.
Penerapan unsur sejarah yang ringkas berkaitan aspek matematik diberi
penekanan sewajarnya dalam kurikulum sebagai usaha untuk mewujudkan murid yang
menghargai dan menghayati keindahan matematik. Unsur sejarah seperti riwayat hidup
dan peristiwa tertentu tentang ahli matematik terkenal atau sejarah ringkas tentang
sesuatu konsep dan simbol dapat merangsang lagi minat murid dan memberi
kefahaman yang lebih baik terhadap matematik.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Kepelbagaian pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti pengajaran


secara langsung, pembelajaran secara penemuan, penyiasatan, penemuan terbimbing
atau kaedah lain perlu dilaksanakan. Pendekatan yang dipilih perlu mempertimbangkan
perkara-perkara berikut:
Pembelajaran berpusatkan murid yang menarik
Tahap kebolehan dan gaya pembelajaran murid
Penggunaan bahan bantu mengajar yang berkaitan, sesuai dan berkesan, dan
Penilaian formatif untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran
Pemilihan sesuatu pendekatan yang bersesuaian akan merangsangkan lagi suasana
pengajaran dan pembelajaran di dalam mahu pun di luar bilik darjah. Antara cadangan
pendekatan yang sesuai adalah:
Pembelajaran koperatif
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran masteri
Konstruktivisme
Inkuiri-penemuan; dan
Pembelajaran masa depan.

Tugasan
Jawab semua soalan berikut

1. Jelaskan pendekatan pengajaran pembelajaran kurikulum matematik dalam


Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Huraikan kelebihan mengikut pendekatan
tersebut.
2. Banding dan beza antara pendekatan pengajaran pembelajaran kurikulum
matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah.
3. Huraikan perubahan dari aspek kandungan kurikulum matematik dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

4. Jelaskan bagaimana matlamat dan objektif kurikulum matematik dalam


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah berkait dengan falsafah
pendidikan kebangsaan.
5. Huraikan bagaimana merangsangkan komunikasi dalam matematik.

TAJUK 2 TEORI PEMBELAJARAN DAN PENDEKATAN DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

2.01 Sinopsis

Kursus ini memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menghayati teori
pembelajaran dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
matematik. Di samping itu, kursus ini bertujuan untuk menambahkan
pengetahuan sekali gus meningkatkan profesionalisme keguruan.

2.02 Hasil Pembelajaran

Di akhir modul ini, pelajar akan dapat:

Menjelaskan teori teori pembelajaran dan pendekatan dalam PdP


Matematik

2.03 Kerangka Konsep

TEORI PEMBELAJARAN DAN PENDEKATAN DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

PENDEKATAN DALAM
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATEMATIK
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

TAJUK 2.1
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

2.1.1 Sinposis

Kursus ini memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menghayati teori
pembelajaran matematik. Di samping itu, kursus ini bertujuan untuk
menambahkan pengetahuan sekali gus meningkatkan profesionalisme keguruan.

2.1.2 Hasil pembelaajran

Di akhir modul ini, pelajar akan dapat:

menjelaskan prinsip-prinsip teori pembelajaran sosial, pelaziman klasikal


dan pelaziman operan
membezakan antara teori pembelajaran sosial, pelaziman klasikal dan
pelaziman operan
mengaplikasi prinsip-prinsip teori pembelajaran sosial, pelaziman klasikal
dan pelaziman operan
membincangkan pendekatan dalam PdP matematik

2.1.3 Kerangka konsep

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

Teori Perspektif
Konstruktivisme Pemprosesan Behaviorisme Bersepadu
Maklumat Sejagat (PBS)
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Konstruktivisme

Pengertian:
Apakah Konstruktivis?
- Konstruktivis adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan
kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina
pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada
orang lain.
(McBrien & Brandt, 1997)

- Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan


pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan
pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang
sedia wujud.
(Briner,M., 1999)

Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna


tentang dunia dengan mensistesis pengalaman baru kepada apa yang
mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan
melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.
Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak
bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada
menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan
peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan
peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan
lebih baik (Brooks & Brooks,1993).

- Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

lebih daripada guru. Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi


dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang
bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep
dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif
murid hendaklah diterima dan digalakkan (Sushkin, N., 1999).

- Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap


pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini
bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh
seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh
individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang
diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh
dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran
individu yang lain. Sebaliknya , setiap insan membentuk pengetahuan
sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih ( Nik
Azis Nik Pa, 1999).

Berdasarkan pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran


secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai yang berikut:

KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Implikasi daripada pengertian Konstruktivis

pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar

pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada


aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran
yang diterima secara pasif

guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan


merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan
tersebut

guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang


menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan
baru

guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu pelajar


membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah

Guru dan bilik darjah Konstruktivis

Ciri-ciri Pembelajaran secara konstruktivis

menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan


menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran
menggalakkan pelajar bertanya dan berdailog
menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama
penting dengan hasil pembelajarannyamenyokong pembelajaran
secara koperatif
menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar
memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan
baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan
situasi dunia yang sebenar
menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen
mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar
sesuatu idea
mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar-
pelajar.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Latihan

1. Apakah yang anda faham tentang Konstruktivis?


2. Bagaimana anda melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah secara konstruktif?
3. Lakarkan satu rajah, gambaran Pengertian Konstruktivisme?
4. Apakah kelebihan pembelajaran secara Konstruktivis?

Teori Pemprosesan Maklumat

Menurut Gagne, pembelajaran adalah sebagai satu cara pemprosesan maklumat


yang bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Pembelajaran pada
aras tinggi bersandar kepada pembelajaran pada aras rendah.

Dalam teori ini, Gagne telah mengenal pasti 8 jenis pembelajaran iaitu:
pembelajaran isyarat
pembelajaran jenis ini adalah merupakan yang paling mudah di
mana ianya adalah perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh
pengaruh kebiasaan. pembelajaran jenis banyak menggunakan
akal fikiran
pembelajaran rangsangan gerakbalas
pembelajaran jenis ini bergantung kepada proses peneguhan.
Setiap tingkahlaku yang diingati mesti diberikan pujian dan
ganjaran
rangkaian
merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan antara satu sama
lain untuk melengkapi satu tugasan yang dijalankan
pertalian berbahasa
merupakan suatu rangkaian berbahasa yang berlaku apabila
pelajar menghubungkaitkan perkara yang dilihat dengan nama
objek secara menyebutnya.
pembelajaran diskriminasi
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

berlaku apabila pelajar dapat memilih gerak balas yang sesuai


untuk bertindak balas bagi menghasilkan sesuatu
pembelajaran konsep
berlaku apabila pelajar dapat membuat diskriminasi antara satu
konsep dengan satu konsep yang lain.
pembelejaran hukum
pembelajaran yang kompleks kerana ia melibatkan rangkaian dan
pertalian berbahasa
penyelesaian masalah
pembelajaran jenis dianggap sebagai pembelajaran peringkat tinggi
dan kompleks. Ianya melibatkan pemilihan dan set-set urutan petua
yang unik.

Implikasi kepada PdP


menggunakan bahan konkrit ketika mengajar
mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan
membimbing pelajar membezakan ciri-ciri yang penting

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

Pendekatan Behavioris memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh


diperhatikan(secara nyata atau tidak nyata) dan pengaruhnya terhadap
perubahan tersebut. Teori ini diwakili dengan perkataan Rangsangan-
Gerak balas (R-G). Perkaitan antara Rangsangan, Organisma dan
Gerakbalas boleh diringkaskan seperti di bawah.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Rangsangan Gerakbalas
(R) Organisma (G)

Rajah 3.1: Kesan rangsangan kepada organisma dan


gerakbalas yang diperhatikan

Beberapa tanggapan ahli-ahli behavioris termasuklah :-


i. Sebahagian besar daripada tingkah laku manusia dipengaruhi oleh
rangsangan(R) dari persekitaran,
ii. Pembelajaran ialah hasil dari kejadian yang boleh diperhatikan
iii. Pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku
iv. Pembelajaran akan berlaku apabila rangsangan dan tindak balas
berlaku dalam masa yang dekat
v. Proses mental diabaikan dalam bilik darjah behavioris
vi. Prinsip pembelajaran adalah sama merentas semua spesis.

Antara contoh teori pembelajaran behavioris yang boleh diperhatikan ialah


i. loceng yang berbunyi di sekolah untuk menandakan pertukaran
waktu, rehatatau balik.
ii. cara murid mengumpul buku latihan selepas dilatih oleh guru
iii. individu yang fobia selepas mengalami kejadian yang menakutkan
iv. sitcom televisyen yang menyebabkan penonton ketawa walaupun
tidak lucu.

Teori Bahaviorisme terbahagi kepada dua iaitu teori pelaziman dan teori
pelaziman operan thorndike.

Konsep-konsep penting dalam teori pelaziman ditunjukkan dalam gambar rajah


dibawah:
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Teori Pelaziman Operan (Operant Conditioning):

Teori ini merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan satu siri
perkaitan antara rangsangan dan gerakbalas. Perkaitan ini boleh diperkuatkan
atau diperlemahkan melalui peneguhan atau dendaan. Teori ini telah
diperkenalkan oleh B.F. Skinner.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS TERHADAP


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

1. Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini bermakna,

Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan


dengan jelas
Pastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan boleh
dicapai
2. Guru perlu menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran

Objektif hendaklah khusus

3. Buat analisis tugasan

Pastikan tugasan yang diberi sesuai dengan kemampuan murid


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Pecahkan tugasan kepada bahagian-bahagian kecil supaya


mudah difahami
4. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat

Susunan langkah haruslah secara progresif, contohnya dari


mudah kepada sukar.
5. Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai

Peneguhan berterusan diberikan pada peringkat pembentukan


tingkahlaku
Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai

6. Aplikasi Hukum Kesediaan

Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada


Sediakan situasi yang merangsangkan
Cungkilkan rasa ingin tahu/ motivasi murid

7. Aplikasi Hukum Latihan

Banyakkan pengulangan dan latih tubi


Sediakan bahan yang banyak dan pelbagai

8. Aplikasi Hukum Kesan dan Akibat

Adakan aktiviti pengukuhan


Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai

9. Sediakan amalan bilik darjah yang sesuai

Amalan rutin belajar


Amalan rutin keceriaan
Peraturan bilik darjah yang mesra dan positif
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif

Kesimpulan
Prinsip-prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh ahli psikologi
Behaviorisme adalah praktikal dan berkesan sekiranya guru menggunakan
dengan merancangnya terlebih dahulu terutama prinsip peneguhan positif dan
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

negatif yang dikemukakan oleh Skinner. Tetapi guru mesti merancang bentuk
peneguhan positif yang sesuai. Ini termasuklah apakah aktiviti sesuai yang
hendak diberi peneguhan positif.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran


TAJUK 2.2
Matematik

A Sinopsis

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mempunyai matlamat


memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka
dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di
antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan
pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan
murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.

Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang
wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid
melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam
mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh
setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

B HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran ini pelajar dapat :


o mengenalpasti pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran
o mengupas teori pengajaran dan pembelajaran
o menghuraikan ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

C Kerangka Konsep

Pembelajaran
koperatif

Pembelajaran
berasaskan
masalah

Pembelajaran
secara
kontekstual
Pendekatan dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik
Pembelajaran
masteri

Konstruktivism
e

Injuiri
Penemuan

Penerokaan

D Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan dua istilah penting dalam


pendidikan matematik.

Pengajaran ialah satu pendekatan sistematik yang perlu


dilakukan oleh guru dalam proses perkembangan ilmu
pengetahuan melalui pengkaedahan yang sesuai bagi
mewujudkan pembelajaran berkesan. Pembelajaran pula
boleh dikaitkan dengan proses kegiatan belajar di dalam
bilik darjah.

Sumber:Effandi, Norazah dan Sabri (2007)

Sebagai seorang guru matematik, guru perlu menyediakan suasana bilik darjah
yang kondusif untuk PdP. Sehubungan itu, guru perlu mempunyai pengetahuan
tentang pengajaran matematik yang berkesan bagi membolehkan pelajar-pelajar
mendapat kefahaman mendalam tentang apa yang mereka belajar. Guru
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

matematik yang berjaya harus mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah


PdP dalam bilik darjah dengan bijaksana (Nik Azis, dalam Effandi et al., 2007).

Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif bukanlah satu pendekatan pengajaran yang baharu.


Walau bagaimanapun, pendekatan ini masih menjadi pilihan kepada pendidik
kerana keberkesanannya telah terbukti sama ada dari segi kognitif mahupun dari
segi afektif (Noraini,2007).

Pengertian :
Apakah Pembelajaran Koperatif

- Pembelajaran koperatif adalah melibatkan pengajaran yang


mengumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil supaya mereka
bekerjasama bagi memaksimumkan pembelajaran (Noraini, 2007)
- Pembelajaran koperatif boleh dilaksanakan dalam kumpulan bertiga
hingga berlima atau berenam.
- Ahli-ahli dalam kumpulan adalah heterogeneus dari segi keupayaan,
bangsa, jantina dan lain-lain (Slavin, dalam Noraini,2007)
- Kesediaan pelajar berada dalam kumpulan adalah sangat penting
supaya mereka dapat bekerja sebagai satu pasukan
- Johnson dan Johnson(1999) telah menyarakan lima unsur utama
yang perlu dititikberatkan dalam pendekatan ini iaitu persandaran
positif, tanggungjawab individu, interaksi promotif, kemahiran sosial
dan penilaian kumpulan.

Dalam kumpulan , huraikan maksud kelima-lima unsur ini.

Peranan guru

Pembelajaran koperatif tidak akan berjaya tanpa peranan aktif guru. Dalam
pendekatan ini, guru mestilah :
- memastikan bahawa kumpulan yang dibentuk mampu berfungsi
dengan berkesan
- mengurus tugasan pelajar dan memberi arahan mengenai apa yang
perlu dibuat dan tidak patut dibuat.
- berperanan sebagai pengantara dengan bertanya soalan dan
memandu kepada matlamat yang ingin dicapai
- memantau kumpulan perbincangan dengan cara pemerhatian,
memberi maklum balas dan membuat teguran.
- memberi galakan dan dorongan supaya pembelajaran matematik
menjadi satu pembelajaran yang menyeronokkan.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Model Koperatif

Student Teams Achievement


Division (STAD)
Team Games Tournament (TGT)
Team Accelerated Instruction (TAI
Jigsaw
Exchange of knowledge
College Mathematics Cooperative
Learning Model (CMCL)

Huraikan kelebihan dan kelemahan pembelajaran koperatif dalam


konteks topik-topik dalam Matematik.

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) adalah suatu pendekatan


pembelajaran yang melibatkan masalah sebenar.

PBL tidak menampilkan kurikulum baharu tetapi sebenarnya kurikulum


yang sama melalui kaedah pengajaran yang berlainan."
Fincham et al. (1997)

PBL menyediakan struktur untuk penerokaan yang membantu murid menghayati


pembelajaran dan meningkatkan pemahaman.

Sejarah PBL

PBL mula digunakan di awal 1960an. Ianya telah digunakan di sebuah sekolah
perubatan untuk menghasilkan doktor yang berupaya menguruskan masalah
kesihatan para pesakit dengan cekap dan berperikemanusiaan

Kini PBL digunakan di sekolah-sekolah untuk meningkatkan pencapaian murid.


Murid harus punya kemahiran berfikir, dibimbing membuat penyelidikan mudah
dan menyelesaikan masalah. PBL memerlukan murid mendemonstrasikan
pemahaman sesuatu bahan atau subjek, bukan sekadar mengulang maklumat
sahaja.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Kelebihan PBL

PBL membolehkan murid memainkan peranan yang aktif melalui proses


menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan dan mengikuti
peraturan yang memerlukan mereka mencari maklumat, berfikir, menyelesaikan
masalah dan akhirnya membuat penyampaian. Pelajar akan belajar secara
kendiri dan menggunakan maklumat dan ilmu yang mereka perolehi.

Mengapa gunakan PBL?

Sesuai untuk semua murid dengan bimbingan guru.


Murid dengan pelbagai kebolehan boleh menggunakan bakat mereka
secara berkumpulan untuk menghasilkan penyelesaian.
Membenarkan murid merancang aktiviti dan memberi mereka
tanggungjawab yang lebih. Guru membimbing mereka cara mencabar diri
mereka sendiri dan belajar secara kendiri.
Sesuai untuk semua murid dengan bimbingan guru.
Murid dengan pelbagai kebolehan boleh menggunakan bakat mereka
secara berkumpulan untuk menghasilkan penyelesaian.
Membenarkan murid merancang aktiviti dan memberi mereka
tanggungjawab yang lebih. Guru membimbing mereka cara mencabar diri
mereka sendiri dan belajar secara kendiri.
Kemahiran Abad ke-21 (literasi sivik, kesedaran global, silang budaya,
pemikiran kritikal, maklumat dan komunikasi).

Hasil pendidikan yang diingini

Pelajar yakin diri

Pelajar belajar secara kendiri

Penyumbang aktif

Rakyat yang prihatin.


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Membina pengguna bahasa yang cekap dan boleh berkomunikasi dengan


efektif menggunakan bahasa dalam konteks kehidupan sebenar dan
mengaplikasikannya dalam komunikasi interpersonal, mendengar dan
membaca untuk memahami, dan melakukan penyampaian dalam bentuk
lisan dan penulisan.

Menggalakkan murid terlibat dalam pembelajaran secara aktif.

PBL membantu meningkatkan mutu pendidikan.

Dengan strategi PBL, guru menetapkan standard dan kelakonan yang


lebih baik.

PBL memerlukan murid lebih berfikir dan berusaha berbanding tugasan


yang memerlukan hafalan sahaja.

Peranan Guru

Guru memainkan peranan yang berbeza daripada pembelajaran tradisional.

Melalui PBL, guru menentukan kandungan pengetahuan dan kemahiran yang


harus murid bina semasa menyelesaikan masalah.

Guru membimbing murid melalui proses menjawab soalan PBL. Guru tidak perlu
memberi jawapan untuk semua perkara.

Guru memainkan peranan sebagai pemandu atau pemudah cara.

Guru tentukan suasana pembelajaran, membantu murid membuat kaitan dengan


masalah, membina struktur tugasan, membincangkan masalah, mengulang
perbincangan, memudahcarakan penghasilan cara menyelesaikan masalah dan
menggalakkan penilaian kendiri.

Guru juga berperanan sebagai penilai.

Guru memantau keberkesanan penyelesaian masalah, mutu kerja murid dan


kejayaan guru membina dan memudahcarakan proses penyelesaian masalah.

Contoh Kenyataan Masalah 1

Pelajar Tingkatan 4 Melur mendapati pembelajaran matematik kurang


menarik. Bantulah rakan kamu untuk menyediakan satu permainan
matematik yang dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari
matematik.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Tugasan anda:

Anda dikehendaki membantu rakan anda merancang dan membina satu


permainan matematik yang menarik.

Dalam cadangan anda, sertakan alasan-alasan mengapa anda memilih


permainan tersebut

Pastikan pelajar-pelajar lain terlibat dalam permainan matematik yang dibina.

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi


kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam
pekerjaan.Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baharu

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat


atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka
minda mereka.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Psikologi

Konteks yang
Budaya pelbagai Fizikal

Sosial

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan


dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

Bilik darjah

Kepelbagaian Makmal
Persekitaran
Pembelajaran
Tempat kerja

Kehidupan
harian

Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran


pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang
berkesan.

KUMPULAN SASARAN MURID YANG MANAKAH BOLEH MENDAPAT


MANFAAT YANG LEBIH DARIPADA PEMBELAJARAN SECARA
KONTEKSTUAL?

Jenis murid Kumpulan sederhana


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

cenderung kepada aplikasi konsep


Ciri murid terdorong melalui aktiviti hands-on
tidak yakin mempelajari matematik dan sains
secara abstrak

sekolah-sekolah menengah teknik dan


Lokasi vokasional
sekolah-sekolah menengah harian
MENGAPAKAH
PENDEKATAN
KONTEKSTUAL PERLU
DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN ?

Pembelajaran
Individu mengekalkan
kontekstual
maklumat dengan lebih Individu memiliki
mengambil
berkesan melalui pelbagai jenis
kira pelbagai gaya
pengalaman sendiri kecerdasan.
pembelajaran.

RUMUSAN

Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan


berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan
baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan
cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang
bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran
Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran
pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau
kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai
pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau
psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya
dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan
prestasi murid.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana


murid dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan.
Pembelajaran secara Kontekstual juga membina pendekatan kerja
kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat
memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam
pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri.
Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir
masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia.
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran
dapat dicapai melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan
adalah menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan
memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan
pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melalui
kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang
dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain.
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu
melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan
penilaian. Kebolehan melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on)
merupakan asas pendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya akan
mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan pembelajaran suatu
aktiviti bermakna kepada mereka.
Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara pembelajaran secara
kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional. Pembelajaran
secara kontekstual memberi penumpuan kepada murid. Objektif
pembelajaran dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan berbanding
dengan kaedah tradisional.
Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung jalin atau
interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa.
Penglibatan masyarakat dan industri dalam merancang strategi untuk
menjayakan wawasan bersama dengan pihak sekolah sangat penting.
Oleh itu sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima
perubahan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara
kontekstual.

Senaraikan perbezaan antara pembelajaran tradisional dan


pembelajaran kontekstual.

Tugasan Anda

1. Dengan menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual, tulis satu


rancangan pelajaran harian bagi mana-mana topik dalam matematik
tingkatan 4 atau tingkatan 5. Rancangan pelajaran harian ini hendaklah
mengambil kira jenis murid sederhana.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Sumber: Pembelajaran Secara Kontekstual


http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/kontekstual.pdf

PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran Masteri
merupakan satu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berfokuskan
penguasaan murid dalam sesuatu perkara
yang diajar.
[Bloom, 1968]

berasaskan kepada falsafah bahawa


semua atau hampir semua murid boleh
menguasai sesuatu pengetahuan atau
kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan
sekiranya keadaan yang sesuai dan masa
yang mencukupi disediakan untuk murid itu
menguasai pembelajarannya.
[Bloom, 1968]

ialah satu set idea dan amalan pengajaran


secara individu yang dapat membantu murid
untuk belajar secara konsisten idea dan
amalan ini menghasilkan pengajaran yang
sistematik, membantu murid apabila
menghadapi masalah pembelajaran,
memperuntukkan masa yang mencukupi
untuk murid mencapai masteri dengan
berpandukan kriteria masteri yang jelas.
[Anderson & Block, 1975]
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Berdasarkan pendapat di atas Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai :

Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran


bagi memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini
memerlukan peruntukan masa yang mencukupi
dan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkualit .

Mengapa Pembelajaran Masteri?

Pembelajaran Masteri wajar dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran


kerana guru perlu menyedari bahawa:

i. Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza.

ii. Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
berkesan.

iii. Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.

Prinsip asas dalam Pembelajaran Masteri ialah:

i. Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.

ii. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.

iii. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil
pembelajaran yang ditentukan.

iv. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah
jelas.

Ciri-ciri Pembelajaran Masteri adalah seperti yang berikut:

i. Hasil pembelajaran perlu ditentukan.

ii. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.

iii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik


dan menyeronokkan.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

iv. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK).

v. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

vi. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.

vii. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.

viii. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.

Model Pembelajaran Masteri

Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan.


Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut:

Unit Pembelajaran 1
Penentuan Hasil
Pembelajaran

Pengajaran &
Pembelajaran

Penilaian

Tindakan Tindakan
Ya Tidak
Susulan Sudahkah Susulan
Aktiviti murid Aktiviti
Pengayaan menguasa Pemulihan
i
Ya Teruskan

Unit Pembelajaran 2
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Beri huraian maksud hasil pembelajaran dan


bagaimanakah sesuatu Hasil Pembelajaran dinyatakan?

Sumber : Pembelajaran Masteri


http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/masteri.pdf

PENDEKATAN PENGAJARAN
KONSTRUKTIVISME
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

CONTOH PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVIS

Matematik

Objektif : Membuat generalisasi tentang bilangan segi empat dalam


sesuatu grid

Peringkat : Menengah Rendah

Aktiviti

i. Merujuk kepada Rajah (a) tentukan berapakah segi empat sama


terkandung dalam rajah itu.
Terangkan bagaimana anda mendapat jawapan anda.

ii. Cuba tentukan berapakah segi empat sama yang terdapat dalam
Rajah (b) ? Rajah (c)?

iii. Bagaimanakah pula dengan bentuk grid 5x5 dan grid 10x10

iv. Apakah pola untuk bilangan segi empat sama yang terkandung
dalam sesuatu rajah?

v. Cadangkan petua yang menentukan bilangan segi empat sama


dalam sesuatu rajah. Bagaimanakah anda akan menguji kebenaran
petua yang anda cadangkan itu?

Rajah a

Rajah b

Rajah c
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Panduan Guru

Untuk i hingga iii murid berbincang sesama mereka untuk mengira bilangan segi
empat sama yang terkandung dalam setiap rajah.
Guru memberi bimbingan yang sesuai apabila diminta oleh murid.

Apabila sampai kepada kes grid 10x10 ada murid mungkin masih menggunakan
strategi membilang manakala mereka yang menggunakan pola telah
menggunakan strategi mengira iaitu:

Petak 1x1= 10
Petak 2x2 = 9
Petak 3x3 = 8






Petak 10x10 = 1 = 1

Jumlah segi empat sama = 100 + 81 + 64 + 49 + ......+ 4 + 1 = 385

Daripada kes yang mereka terokai murid cadangkan petua bahawa bilangan segi
empat sama nxn = jumlah nombor kuasa dua daripada 1 hingga n.

Peranan guru di sini ialah untuk membimbing murid merekod penerokaan dalam
bentuk sistematik supaya mereka nampak pola itu.

Untuk menguji kebenaran petua itu murid boleh cuba mengaplikasikannya


kepada kes yang mereka telah kaji pada awalnya.

Bagi mereka yang buntu guru boleh mencadangkan mereka uji petua itu dengan
kes yang mereka sudah ketahui jawapannya.

Latihan
1. Bagaimanakah anda memperkenalkan topik pendaraban kepada murid?

2. Rancang satu aktiviti pembelajaran secara konstruktivis bagi topik


i. pendaraban sebagai penambahan berulang
ii. pendaraban sebagai susunan segi empat
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

2. 2. 2 Kerangka Konsep

2.2.4 Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme

Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma


objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam
pendidikan. Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah
sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan
di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk
memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran
dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik
kepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah
penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan. Ahli
objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar
dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya
mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat
keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat
penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru
mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan
murid yang produktif dan berpengetahuan luas.

Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan


dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada
menyediakan murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan
pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka
dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-
fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran
berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama
menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya.
Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang
saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi

Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah


peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar
atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid
membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi
kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi
dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan
pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai
salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-
galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh
disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka
bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi
memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru
adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru
dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan
ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu
murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar
untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri. Kebanyakan teknik penilaian
sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang
dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang
dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran
yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam
soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji
kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid
untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.

Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan


masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian
yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian
berpasukan. Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

adalah berbeza dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap


peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal
disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai
ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting
dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka
diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara
yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin,
bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan


sebagai pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut
peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan
didenda. Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme
memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk
memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat
membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya
kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.

2.2.5 Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam


Pendidikan

Objektivisme Konstruktivisme
Pengetahuan wujud bebas dari Pengetahuan bukan objektif, apa
persekitaran dalaman dan yang kita benar-benar tahu dan
Tanggapan luaran pelajar faham hanyalah persepsi kit. Ia
Utama ditentukan oleh kita semua.
Pengetahuan tidak mempunyai
struktur mutlak
Guru menolong murid Guru menolong murid membina
membina pengetahuan dan kefahaman baru dan menolong
rangka konteks di mana ia murid merakamkannya ke dalam
wujud. Mereka mengguna struktur kognitif sedia ada. Mereka
analogi, contoh dan pelbagai melakukannya dengan menolong
kaedah mengingat. Mereka murid membentuk analogi, contoh
Kesan
tanya soalan untuk membantu dan kaedah mengingat murid
murid sendiri, dan guru menolong murid
membentuk soalan yang perlu
ditanya bagi membimbing mereka
ke arah kefahaman yang lebih
tinggi
Respons "ada perkara yang anda "Ada perkara yang anda hendak
Guru hendak tahu dan saya akan tahu dan saya akan tolong anda
ajar kepada anda apa yang mengetahui bagaimana anda boleh
saya tahu" belajar mengenainya"
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

"Saya ajari ini, mereka belajar "Saya ajar ini, mereka belajar itu"
ini" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka
"Pelajar ini sungguh bijak, belajar perkara yang saya tidak
mereka belajar apa saja yang pernah rancang untuk ajar mereka"
saya ajarkan"

INKUIRI PENEMUAN

Pembelajaran berasaskan inkuiri diperkenalkan pada tahun 1960-an sebagai


tindak balas kepada bentuk pengajaran tradisional, di mana murid-murid
dikehendaki menghafal maklumat daripada bahan pengajaran. Falsafah
pembelajaran berasaskan inkuiri adalah berlatar belakangkan teori pembelajaran
konstruktivis seperti idea Piaget, Dewey, Vygotsky, dan Freire yang boleh
dianggap sebagai konstruktivis.

Pembelajaran inkuiri menekankan idea pembelajaran konstruktivis dimana


pengetahuan adalah dibina daripada pengalaman dan proses terutamanya yang
berdasarkan pengalaman sosial. Pembelajaran ini berlaku dengan baik dalam
situasi kumpulan. Kemajuan dan hasil pembelajaran biasanya dinilai daripada
segi sejauh mana murid-murid dapat mengembangkan kemahiran eksperimen,
analisis dan bagaimana mereka bekerja dalam kumpulan.

Pembelajaran berasaskan inkuiri merangkumi pelbagai pendekatan untuk


pengajaran dan pembelajaran, termasuk:
Kerja lapangan
Kajian kes
Siasatan
Projek Individu dan kumpulan
Projek-projek Penyelidikan

Proses pembelajaran melalui kaedah inkuiri penemuan ditunjukkan dalam


gambar rajah berikut:

Mengenal
Mengenal pasti
pasti Merancang
Merancang strategi
strategi Mengumpul
Mengumpul maklumat
maklumat Mengkaji
Mengkaji dan
dan menganalisa
menganalisa
masalah
masalah penyelesaian
penyelesaian yang berkaitan
yang berkaitan maklumat yang dikumpul
maklumat yang dikumpul

Membuat
Membuat generalisasi
generalisasi atau
atau
rumusan
rumusan
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu
inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru
membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai
dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri
terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan
oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat
pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini
amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baharu dalam
pelbagai bidang khususnya dalam bidang pendidikan.

Huraikan apakah yang dimaksudkan dengan kaedah


inkuiri-penemuan dalam pengajaran matematik
(Matematik) di sekolah menengah?

Dalam PdP Matematik banyak konsep, hukum, rumus


dan teorem matematik boleh dipelajari dengan
menggunakan kaedah inkuiri-penemuan. Terangkan
bagaimanakah pelajar boleh menemui luas segitiga
dengan menggunakan kaedah ini?
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran dalam Matematik Pendekatan


Inkuiri Penemuan

Topik : Mencari nilai maksimum dan nilai minimum fungsi kuadratik.

Langkah-langkah pembelajaran :

1. Pelajar-pelajar diminta melukis graf bagi fungsi kuadratik , y x 2 3x 4


di atas kertas graf saiz A4.
2. Pelajar-pelajar diminta mengisi maklumat-maklumat bagi nilai-nilai
koordinat titik x dan titik y dalam jadual berikut:

Titik x Nilai y

3. Pelajar-pelajar diminta mengkaji dan menganalisa maklumat-maklumat


yang telah dikumpulkan dalam jadual.
4. Melalui perbincangan dan perbandingan nilai-nilai x da y , akhirnya
pelajar-pelajar akan menemui nilai-nilai maksimum atau minimum sesuatu
fungsi kuadratik. Seterusnya, melalui penerokaan ini juga pelajar-pelajar
akan dapat menentukan rumus bagi mencari nilai maksimum atau
minimum sesuatu fungsi kuadratik iaitu :

b
x , maka y ax 2 bx c
2a

Jika kita membuat kajian tentang aktiviti pembelajaran ikuiri-penemuan ini, kita
dapati bahawa proses pembelajaran ini juga melibatkan beberapa kaedah
pembelajaran matematik yang lain seperti penerokaan.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

PENEROKAAN

Keupayaan seseorang guru membentuk suasana pembelajaran yang berkesan


akan menggalakkan pelajar-pelajar meneroka, menyiasat, membuat hipotesis
dan membuat kesimpulan dalam perkembangan sesuatu pelajaran.

Guru juga perlu sedar bahawa tugasan pelajar yang ,elibatkan proses
penerokaan akan dapat membantu pelajar-pelajar mempelajari konsep ,
kemahiran, pengetahuan baharu serta dapat membentuk sikap yang positif
dalam kalangan pelajar itu sendiri.

Beberapa kemahiran dan strategi yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar


sebelum melaksanakan aktiviti penerokaan dalam matematik adalah :

(i) Pemilihan topik

kenalpasti topik yang sesuai


perkembangkan topik
pelaksanaan terhadap topik yang difokus
memastikan topik yang dipilih sesuai untuk aktiviti penerokaan

(ii) komunikasi

dapat menyatakan idea dengan jelas


mengenalpasti matlamat idea dengan jelas
fokus kepada matlamat dan elakkan perkara yang tidak relevan
menstrukturkan idea dengan baik dan secara logikal
menggunakan graf, jadual atau gambar rajah dimana perlu dan sesuai
mengedit penerokaan supaya mudah diikuti
citing rujukan dimana perlu

(iii) Persembahan secara matematik

menggunakan bahasa matematik dan perwakilan


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

memberikan definisi kepada terma-terma dalam matematik


memilih alat matematik yang sesuai (e.g. ICT)
menyatakan dapatan dengan tepat

(iv) Penglibatan secara personal

dapat bekerja secara kendiri


menanya soalan, membuat konjektur dan penyiasatan idea matematik
membuat penyelidikan dan membaca berkaitan bidang yang diterokai
membina model matematik untuk situasi sebenar
mempertimbangkan sejarah dan perspektif global
meneroka bidang matematik yang masih belum dikenali

(v) refleksi

membincangkan implikasi dapatan


mempertimbangkan signifikan penerokaan
melihat limitasi dan / atau extension
membuat perkaitan dengan bidang lain bagi matematik.

Sebelum membuat penerokaan, pelajar-pelajar perlu :

- kriteria
- idea, jurnal, buku catatan
- mencari idea di mana-mana
- membiasakan diri dengan Geogebra, Excel, GSP dll.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

TAJUK 3 PENYELESAIAN MASALAH DALAM MATEMATIK

SINOPSIS

Penyelesaian masalah merupakan elemen utama dalam kurikulum matematik kini.


Menguasai kemahiran penyelesaian masalah adalah penting kerana ia merupakan
proses dimana pengetahuan, kemahiran dan pemahaman sedia ada digunakan untuk
menyelesaikan masalah dalam situasi dan konteks baharu. Tajuk ini membincangkan
tentang penyelesaian masalah, Model Penyelesaian Masalah Polya serta pelbagai
strategi penyelesaian masalah dan aplikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat :
Mentakrif dan membezakan masalah rutin dan masalah bukan rutin

Menjelaskan Model Penyelesaian Masalah Polya

Menguasai pelbagai strategi penyelesaian masalah

Mengaplikasi strategi penyelesaian masalah dalam pengajaran dan


pembelajaran

3.1 Definisi dan jenis masalah


3.1.1 Masalah rutin
3.1.2 Masalah bukan rutin
3.2 Model Penyelesaian Masalah Polya untuk matematik
3.3 Aplikasi model Polya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
3.4 Strategi-strategi penyelesaian masalah
3.5 Aplikasi strategi-strategi penyelesaian masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

3.1 DEFINISI DAN JENIS MASALAH

Sebelum membincangkan tentang penyelesaian masalah perlu dibuat penjelasan


tentang maksud masalah itu sendiri. Kerapkali istilah latihan dan masalah dianggap
membawa pengertian yang sama. Semasa menyelesaikan latihan, kita menggunakan
prosedur rutin untuk mendapatkan jawapan. Manakala untuk menyelesaikan masalah
kita perlu berfikir sejenak dan mencari jalan serta memeikirkan langkah-langkah tertentu
yang mungkin tidak pernah dicuba sebelum itu, untuk mendapatkan penyelesaian.
Keperluan terhadap satu pemikiran kreatif dari pihak penyelesai masalah itulah yang
membezakan antara latihan dengan penyelesaian masalah. Bagi seorang kanak-kanak,
mencari penyelesaian kepada soalan 4 + 2 mungkin menjadi satu masalah tetapi tidak
bagi seorang dewasa kerana penyelesaian 4 + 2 adalah satu fakta. Begitu juga bagi
kanak-kanak dalam tahun 1, soalan Bagaimana kamu membahagikan sama banyak 90
batang pensil kepada 15 orang? merupakan satu masalah sedangkan orang dewasa

melihatnya sebagai satu latihan rutin, cari 90 . Latihan membantu kita mempelajari
konsep, ciri-ciri atau prosedur yang boleh digunakan semasa menyelesaikan masalah.
Secara umum, masalah boleh diklasifikasikan sebagai masalah rutin dan masalah
bukan rutin.

3.1.1 MASALAH RUTIN

Masalah rutin ialah jenis masalah matematik yang memerlukan penyelesaian secara
mekanikal iaitu pengiraan yang melibatkan empat operasi dalam matematik iaitu
penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Masalah rutin juga ialah
aplikasi secara langsung rumus atau prinsip matematik. Secara umumnya masalah rutin
ini ialah jenis penyelesaian masalah dalam matematik yang paling mudah atau asas
yang bertujuan hanya untuk memudahkan pelajar menguasai konsep algoritma.
Masalah dapat diselesaikan dengan kaedah yang biasa murid gunakan dengan
mereplikasikan kaedah yang dipelajari sebelumnya secara langkah demi langkah.
Penyelesaian masalah rutin menekankan penggunaan satu set p[rosedur yang diketahui
atau yang ditetapkan(algoritma) untuk menyelesaikan masalah.

Contoh masalah rutin:


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Berapakah luas segi empat tepat yang berukuran 5 cm dengan 6 cm?

3.1.2 MASALAH BUKAN RUTIN

Masalah bukan rutin pula ialah penyelesaian masalah yang unik di mana murid perlu
mangaplikasikan kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah
dipelajari dan dikuasai. Kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik
tidak boleh dihafal atau dicongak, tidak seperti mana menjawab soalan yang berbentuk
pengiraan. Proses penyelesaian masalah ini memerlukan analisis dan penaakulan
matematik yang melibatkan satu set aktiviti yang sistematik di mana ianya mempunyai
perancangan yang logik termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan
kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya. Banyak masalah rutin boleh diselesaikan
dengan lebih daripada satu cara, dan mungkin mempunyai lebih daripada satu
penyelesaian.

Contoh masalah bukan rutin:

Dengan menggunakan dawai sepanjang 44 cm bina bentuk yang mempunyai luas yang
maksimum.

3.2 MODEL PENYELESAIAN MASALAH POLYA UNTUK MATEMATIK

Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah adalah satu proses yang
kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses
pemikiran yang berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristik. Ianya
merupakan satu keadaan dimana pelajar mesti melaluinya untuk menyelesaikan
masalah dalam matematik. Heuristik adalah suatu langkah-langkah umum yang
memandu pemecah masalah dalam menemukan solusi masalah. Heuristik tidak
menjamin solusi yang tepat, tetapi hanya memandu dalam menemukan solusi dan tidak
menuntut langkah berurutan. Heuristik ialah satu kaedah umum yang mana dapat
diapliksikan kepada semua jenis masalah.

Dalam setiap fasa penyelesaian masalah, beberapa soalan ditanya atau cadangan
untuk membantu para pelajar memahami masalah serta mendapat penyelesaian
tentang masalah tersebut. Salah satu pendekatan pengajaran ialah pendekatan
berpusatkan masalah (problem-centered approach). Pendekatan ini dipercayai dapat
menerokai idea idea penting dalam matematik serta memperkembangkan kuasa
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

matematik iaitu keupayaan untuk membuat matematik dan mempunyai celik akal dalam
pembelajaran matematik. Ianya juga dapat mengelakkan penekanan daripada
melakukan aktiviti matematik kepada memikirkan hubungan

3.3 Aplikasi model Polya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam


pendidikan matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya
(1973) dan Model Schoenfeld (1985). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
menggunakan Model Polya sebagai model utamanya. Menurut Model Polya terdapat
empat fasa penyelesaian masalah matematik iaitu:
memahami masalah
merancang strategi
melaksanakan rancangan
menyemak jawapan

Memahami masalah

Merancang strategi

Melaksanakan
rancangan

Menyemak jawapan

Rajah 1: Model penyelesaian masalah Polya

MODEL PENYELESAIAN MASALAH POLYA

3.3.1 Memahami masalah

Ramai murid tidak dapat menyelesaikan masalah karena mereka tidak faham masalah
yang mereka perlu selesaikan. Langkah pertama penyelesaian masalah ialah
memahami masalah. Murid seharusnya diajukan dengan masalah, diberikan peluang
berbincang tentangnya, memutuskan maklumat apa yang penting dan adakah istilah
yang tidak lazim digunakan. Galakkan murid:
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

membaca soalan lebih dari sekali,


berbincang dengan murid lain tentang kehendak soalan agar kefahaman
mereka adalah sama
membuat visualisasi tentang masalah

Bagi membantu murid memahami masalah guru boleh mengutarakan beberapa


soalan seperti berikut:
Adakah anda faham semua perkataan yang digunakan dalam pernyataan
masalah tersebut? Jika tidak, cari maksudnya dahulu sebelum anda
meneruskan penyelesaian
Bolehkah anda menyatakan semula masalah tersebut dengan ayat anda
sendiri?
Apakah yang dikehendaki oleh soalan itu?
Apakah yang anda perlu cari atau tunjukkan?
Apakah maklumat yang anda dapat daripada pernyataan masalah tersebut?
Apakah yang anda tidak diketahui?
Apakah maklumat yang tiada atau tidak diperlukan?

3.3.2 Merancang Strategi

Setelah murid faham masalah dan mengenalpasti maklumat yang diberikan baharulah
mereka boleh merancang strategi penyelesaian. Guru haruslah membimbing murid
mencari perkaiatan antara maklumat yang diberi dengan apa yang tidak diketahui.
Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan ketika merancang strategi penyelesaian
masalah:
Apakah perhubungan antara data dengan perkara yang tidak diketahui?
Adakah masalah ini sama atau mirip dengan masalah yang pernah anda

selesaikan sebelum ini?


Apakah strategi yang boleh anda gunakan?
Adakah anda telah mengambil kira semua syarat atau data yang diberi?

Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Guru perlu
menyarankan bahawa satu masalah kadangkala boleh diselesaikan menggunakan
berbagai strategi. Kemampuan mencari pelbagai cara menyelesaikan satu masalah
adalah lebih bermakna daripada mengunakan kaedah yang sama untuk menyelesaikan
beberapa masalah yang berbeza.

3.3.3 Melaksanakan strategi


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Berikut adalah panduan yang boleh digunakan dalam melaksanakan strategi


penyelesaian masalah:
Laksanakan strategi yang telah dipilih dan selesaikan masalahtersebut.
Semak setiap langkah yang telah dilaksanakan.
Pastikan langkah-langkah yang dipilih adalah tepat.

3.3.4 Menyemak Semula


Langkah ini sering diabaikan dalam penyelesaian masalah. Sebagaiguru matematik ,
anda perlu sentiasa mengingatkan murid supaya menyemakjawapan mereka. Gunakan
panduan berikut ketika melaksanakanlangkah ini:
Baca semula soalan.
Adakah anda menjawab soalan yang dikemukakan?
Adakah jawapan anda betul?
Adalah jawapan anda munasabah?

3.4 Strategi-strategi penyelesaian masalah

Sebagai seorang guru matematik, anda perlu mengajar murid anda cara untuk
menyelesaikan masalah matematik. Penggunaan model penyelesaian masalah Polya
merupakan langkah pertama menyelesaikan masalah masalah dengan baik. Pada
langkah 2 model ini, anda harus mengetahui pelbagai strategi penyelesaikan masalah.
Berikut ialah beberapa strategi yang boleh digunakan.

3.4.1 Teka dan uji

Meneka jawapan biasanya tidak digalakkan dalam kalangan murid. Namun dalam
penyelesaian masalah, penekaan ilmiah adalah digalakkan. Penyelesai masalah perlu
membuat satu tekaan yang munasabah dan kemudiannya menyemak jawapan
berdasarkan syarat dalam masalah dan membuat penambahbaikan terhadap
tekaannya. Proses diulangi sehingga jawapan diperolehi.

Contoh:
Pak Ali ingin memagar kandang lembunya menggunakan 96 meter pagar baharu
sebagai tambahan kepada pagar yang sedia ada. Pagar sedia ada dijadikan sebagi satu
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

sisi kandang berbentuk segi empat. Apakah ukuran kandang yang mempunyai luas
maksima apabila seluruh pagar siap dipasang?

pagar sedia ada

lebar

panjang

Buat tekaan dan isi nilai dalam jadual sehingga luas maksima diperolehi
panjang(m) lebar(m) Luas(m2)
30 36 1080
25 46 1150
20 56 1120
23 50 1150
24 48 1152

Maka luas maksima diperolehi apabila lebar ialah 24 m dan panjang 48 m.

pagar sedia ada

24 m 1152 m2 24 m

48 m

Cari dua integer positif yang mempunyai beza 5 dan jumlah punca
kuasa duanya juga ialah 5.
3.4.2 Penggunaan gambarajah

Kita biasa mendengar kata pepatah Inggeris, A picture is worth a thousand words.
Begitu juga dalam menyelesaikan masalah matematik. Lukisan rajah boleh memberikan
kita gambaran yang lebih jelas untuk mengaitkan maklumat yang diberi dengan
penyelesaian masalah.

Contoh:
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Adriana mengunci jamnya pada pukul 7.30 pagi. Pada pukul 1.30 tengahari dia
mendapati jamnya lambat 4 minit daripada waktu sebenar. Ramalkan berapa minit jam
Adriana ketinggalan dari waktu sebenar pada pukul 7.30 pagi keesokan harinya.

Penyelesaian:
Memandangkan kita tidak boleh menggunakan sistem perpuluhan untuk menyelesaikan
masalah, maka penggunaan lukisan adalah wajar untuk kita mentafsir maklumat yang
ada.

Dengan melihat muka jam yang mewakilkan 7.30 pagi dan 1.30 tengahari, kita dapat
menentukan bahawa 6 jam telah berlalu dari pukul 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari.
Dengan menggunakan nisbah 4 minit ketinggalan bagi setiap 6 jam, kita dapat
meramalkan bahawa 16 minit akan ketinggalan bagi tempoh 24 jam. Kita juga boleh
terus melukis pada muka jam, dengan mengira kelewatan 4 minit bagi setiap pergerakan
6 jam, dan memperoleh
kelewatan sebanyak 16 minit bagi pergerakan 24 jam.

Pada pukul 5.00, sebuah jam dinding berbunyi lima kali selama 5 saat.
Berapa lamakah jam yang sama, pada kadar yang sama, akan
3.4.3 Mengenal pasti pola
berbunyi 10 kali pada pukul 10.00?
Salah satu keindahan matematik ialah logik dan keteraturan yang dimilikinya. Logik ini
juga boleh dilihat secara fizikal sebagai satu pola, atau siri pola. Strategi mengenal pasti
pola dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah sekiranya masalah itu mempunyai
pola tertentu.

Contoh:
Cari hasil tambah 20 nombor ganjil yang pertama.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Penyelesaian:
Soalan ini hanya melibatkan penambahan mudah namun ianya memakan masa.
Nombor ganjil yang ke 20 ialah 39. Dengan kata lain kita perlu mencari jumlah 1 + 3 + 5
+ 7 + ....... + 35 + 37 + 39. Mungkin ada murid yang cuba menyelesaikannya seperti
yang dibuat oleh Gauss yang menambah nombor secara berpasangan (1 + 39) , (3 +
37) +( 5 + 35) + ... dan mengira kesemua jumlah ulangan 40 itu.

Cuba lihat kaedah yang berikut pula :

Nombor yang ditambah Bilangan Jumlah


1 1 1
1+ 3 2 4
1+3+5 3 9
1+3+5+7 4 16
1+3+5+7+9 5 25
1 + 3 + 5 + 7 + 9 + 11 6 36

Setelah meneliti jadual di atas kita dapat melihat bahawa jumlah n nombor ganjil yang
pertama ialah n2. Maka jawapan kepada masalah yang diberi ialah 202 = 400.
Mengesan pola (sekiranya ada) jelas dapat membantu menyelesaikan masalah yang
pada mulanya kelihatan rumit.

3.4.4 Bina jadual

Satu strategi yang kerap digunakan bersama strategi mencari pola ialah membina
jadual. Data dalam bentuk jadual memudahkan pengecaman pola dan pengenalpastian
maklumat yang ketinggalan.

Contoh:
Terdapat hanya dua segi empat tepat yang bersisi nombor bulat dan mempunyai luas
dan perimeter yang sama. Apakah kedua-dua segi empat tersebut?

Penyelesaian:
Sebelum memulakan penyelesaian, maklumat tentang luas dan perimeter perlu
diketahui.
luas = panjang x lebar atau L = p x
perimeter = 2(panjang) x 2(lebar) atau p = 2p + 2
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Dengan membina jadual, kita boleh memulakan pencarian menggunakan ukuran nombor
bulat yang paling kecil.
panjang lebar perimeter luas
1 1 4 1
2 1 6 2
3 1 8 3
4 1 10 4

Daripada jadual di atas kita boleh perhatikan bahawa nilai perimeter dan nilai luas
semakin menjauh. Maka carian dengan lebar 1 diketepikan dan pencarian baharu dengan
lebar 2 dimulakan.
panjang lebar perimeter luas
2 2 8 4
3 2 10 6
4 2 12 8
5 2 14 10

Sekarang boleh diperhatikan bahawa nilai perimeter berubah dengan tambahan 2 unit dan
nilai luas berubah dengan tambahan 4 unit. Maka sekali lagi carian lain dibuat.

panjang lebar perimeter luas


3 3 12 9
4 3 14 12
5 3 16 15
6 3 18 18
7 3 20 21
8 3 22 24
9 3 24 27

Satu penyelesaian dengan lebar = 6 dan panjang = 3 ditemui. Pola perimeter-luas


menunjukkan carian seterusnya dengan lebar 3 tidak akan berhasil.

panjang lebar perimeter luas


4 4 12 16

Cubaan seterusnya dengan lebar 4 memberikan satu lagi penyelesaian. Maka segi
empat tepat yang bersisi nombor bulat dan mempunyai perimeter dan luas yang sama
ialah 6 kali 3 dan 4 kali 4.

3.4.5 Bekerja dari belakang


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Kadang-kadang anda berhadapan dengan soalan yang menyatakan keadaan akhir


sesuatu proses dan anda diminta mencari keadaan awalnya. Ada juga ketikanya
semasa mencari penyelesaian, adalah lebih mudah bagi anda melaksanakan
penyelesaian menggunakan hasil akhir dan bekerja secara sonsgang ke arah langkah
awal. Dalam kedua-dua situasi ini bekerja dari belakang merupakan strategi yang amat
berkesan untuk digunakan.

Contoh:
Bekas air A dan bekas air B mengandungi air yang tidak diketahui kapasitinya. Bekas A
mengandungi lebih air daripada bekas B. Tuang air dari bekas A ke dalam bekas B
sebanyak air yang sedia ada dalam bekas B. Kemudian tuang air dari bekas B ke dalam
bekas A sebanyak baki air yang tinggal di dalamnya. Akhir sekali tuang air dari bekas A
ke dalam bekas B sebanyak air yang B ada. Sekarang kedua-dua bekas mengandungi
64 liter air. Berapakah kapasiti air di dalam kedua-dua bekas pada mulanya?

Penyelesaian:
Tentu anda kebingungan sekarang. Perhatikan masalah ini mengandungi satu siri
perbuatan yang hasil akhirnya diketahui. Maka kita mula dengan langkah akhir dan
bekerja secara songsang untuk mendapatkan penyelesaian.
A B

Keadaan akhir 64
64
Pernyataan masalah Songsangan perbuatan
Akhir sekali tuang air dari Tuang air dari bekas B ke
bekas A ke dalam bekas B dalam bekas A sebanyak
sebanyak air yang B ada setengah kapasiti air yang ada 96
32
dalam B

Kemudian tuang air dari Tuang air dari bekas A ke


bekas B ke dalam bekas A bekas B sebanyak setengah
sebanyak baki air yang air yang terkandung dalam A 48
80
tinggal di dalamnya

Tuang air dari bekas A ke Tuang air dari bekas B ke


dalam bekas B sebanyak air dalam bekas A
yang sedia ada dalam bekas sebanyaksetengah kapasiti air 88
40
B di dalam bekas B
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Kapasiti awal air dalam


bekas

Maka bekas A mengandungi 88 air dan bekas B mengandungi 40 air pada mulanya.
Sekiranya anda tidak percaya dengan penyelesaian tersebut, anda boleh melaksanakan
proses penuangan dengan menggunakan nilai awal dan melaksanakan semua langkah
penuangan air untuk mendapatkan nilai 64 !

Dalam satu permainan, dua kanak-kanak akan menang dan seorang


kalah. Kanak-kanak yang kalah perlu menggandakan skor setiap
pemenang dengan menolak skor yang dimilikinya.Permainan
berlangsung sebanyak tiga kali, dengan dua kemenangan dan satu
kekalahan setiap kali. Diakhir permainan setiap kanak-kanak
mempunyai skor 40. Berapakah skor setiap kanak-kanak pada
mulanya?

3.4.6 Mengenal pasti subgol

Mengenalpasti subgol ialah satu strategi penyelesaian masalah di mana, masalah


diselesaikan langkah demi langkah sehingga penyelesaian diperolehi.

Contoh:
Katakan 3 pekerja boleh menanam 10 pokok dalam 20 minit. Jika semua pekerja
bekerja pada kadar yang sama, berapa banyak pokok yang boleh ditanam oleh 14
pekerja dalam masa 90 minit?

Penyelesaian:
Masalah boleh diselesaikan dalam beberapa langkah.
Jika 3 pekerja boleh menanam 10 pokok dalam masa 20 minit, maka kadar
penanaman pokok bagi ketiga-tiga pekerja ialah 10 20. Oleh itu, kadar

penanaman pokok seorang pekerja ialah (10 20) atau .


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Katakan x ialah bilangan pokok yang boleh ditanam oleh 14 pekerja dalam masa

90 minit, Maka kadar penanaman pokok bagi 14 pekerja ialah dan kadar

penanaman pokok bagi seorang pekerja ialah .


Memandangkan kadar penanaman bagi seorang pekerja adalah sama bagi
setiap belah persamaan,

Maka x = 210. Dengan kata lain, 14 pekerja boleh menanam 210 batang pokok dalam
masa 90 minit.

Isikan kesemua petak dalam grid


dengan nombor-nombor 5 hingga
13 sedemikian hingga jumlah
nombor bagi setiap lajur, baris dan
pepenjuru adalah sama.

3.4.7 Melakonkan

Kerapkali halangan utama dalam penyelesaian masalah ialah membayangkan senario


yang berlaku dan kaitannya dengan masalah. Untuk mengatasi keadaan ini,
melakonkan proses dalam masalah boleh membantu menyelesaikan masalah.

Contoh:
Ali membeli anak kambing berharga RM600, menjualnya kepada Chin dengan harga
RM700, membelinya semula pada harga RM800 dan menjualnya semula dengan harga
RM900. Berapakah keuntungan atau kerugian yang dialami Ali itu dalam urusan jual beli
tersebut?

Penyelesaian:
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Katakan Ali mempunyai modal RM1000 dan Chin RM600

Ali Chin

Mula
RM1000 RM600 +
Ali beli pada harga RM600

RM400 + RM1200
Ali jual dengan harga
RM700
RM1100 RM500 +
Ali beli pada harga RM800

RM300+ RM1300
Ali jual dengan harga
RM900
RM1200 RM400 +

Ali bermula dengan RM1000 tanpa kambing. Akhirnya dia memiliki RM1200 tanpa
kambing juga. Maka keuntungan Ali ialah RM1200 RM 1000 = RM200.

Dalam sebuah bilik terdapat 10 orang. Jika setiap orang


berjabat tangan dengan semua orang lain yang ada di dalam
bilik itu, berapakah bilangan jabatan tangan yang berlaku?

3.4.10 Kaedah analogi

Kadang kala kita perlu menukar soalan yang diberi kepada bentuk yang lebih mudah
untuk diselesaikan.
Contoh:

Jika xPy = , apakah nilai x y?

Sekali pandang, bilangan faktorial yang banyak itu sudah cukup untuk membunuh
semangat murid untuk menyelesaikannya. Namun dengan mempertimbangkan satu

masalah analogi yang lebih mudah, katakan 7P3 = , kita dapat perhatikan bahawa
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

hanya penyebut dalam soalan itu yang mempunyai peranan dalam menentukan nilai x
y. Maka kita hanya perlu menilaikan (3!)! = 720 untuk mendapatkan jawapan. Penelitian
masalah analogi yang lebih mudah memberikan kita petunjuk kepada penyelesaian, iaitu
pengangka dalam sebutan tiada peranan dalam penyelesaian masalah itu.

Diberi bahawa jumlah sudut semua


pentagram adalah pemalar,
tentukan jumlah sudut itu

3.5 Aplikasi strategi-strategi penyelesaian masalah dalam pengajaran dan


pembelajaran matematik

Semasa mencari penyelesaian masalah, lebih daripada satu strategi boleh digunakan.
Contoh-contoh yang berikut menyarankan strategi-strategi yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah yang diberi. Cuba selesaikan masalah diberi menggunakan
cara anda sendiri sebelum melihat jawapan. Buat perbandingan antara kaedah yang
anda guna dengan dengan strategi yang disarankan.

3.5.1 Thor dan Ghor


Jana dan Iliya sedang bermain permainan komputer. Permainan melibatkan pengagihan
siling emas antara dua gergasi, Thor dan Ghor. Bermula dengan dua siling emas, Jana
mendapati ada tiga cara siling itu dapat diagihkan.

Thor Ghor

Thor Ghor

ThorGh
orThorG
hor
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Thor
Ghor
Masalah:
Peringkat seterusnya dalam permainan ini adalah untuk mengagihkan 4 siling emas.
Berapakah bilangan cara agihan ini dapat dibuat? Bagaimana untuk mengagihkan 10
siling emas?

Matlamat: Melibatkan murid dalam strategi penyelesaian masalah:


a. melukis rajah
b. teka dan uji

Guru boleh mulakan kelas dengan bertanya soalan mudah seperti jumlah dua nombor
ialah 6. Apakah nombor-nombor tersebut? Ada berapa jawapan yang berlainan?.
Seterusnya guru memperkenalkan masalah dan meminta murid berbincang secara
berpasangan atau dalam kumpulan. Selepas itu guru boleh melihat perkembangan
kemajuan pelajar dan memberi bimbingan jika perlu. Seterusnya murid boleh
melaksanakan strategi penyelesaian, guru membantu murid secara individu. Dalam sesi
perbincangan kelas guru boleh membuat perbincangan tentang strategi-strategi
penyelesaian yang telah digunakan dan kesesuaiannya. Murid juga perlu digalakkan
menerangkan penyelesaian mereka serta memberi cadangan penambahbaikan.

Penyelesaian:
Bagi 4 siling

Thor 0 1 2 3 4
Ghor 4 3 2 1 0
Bilangan cara agihan ialah 5.

Bagi 10 siling

Thor 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Ghor 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0

Bilangan cara agihan ialah 11.

3.5.2 Pentas hadiah


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Dalam satu temasya sukan, pemenang akan berdiri di atas pentas kotak untuk
mengambil hadiah. Bagi tiga pemenang empat buah kotak diperlukan.

Sekiranya bilangan pemenang ialah 5, bilangan kotak perlu ditambah.

Masalah:
Berapakah bilangan kotak yang diperlukan?
Sekiranya bilangan pemenang ialah 7, berapakah pula bilangan kotak yang perlu ada?
Bagaimana pula jika pemenangnya ada 13?

Matlamat:
Melibatkan murid dalam strategi penyelesaian masalah:
membuat model
mencari pola

Guru boleh memulakan kelas dengan meminta murid mencari nombor yang ganjil dari
set nombor 9, 10 dan11. Terdapat lebih daripada satu jawapan yang mungkin. Galakkan
murid menerangkan jawapan mereka. Langkah seterusnya ialah membaca masalah
bersama-sama murid. Minta murid menyatakan masalah dalam perkataan mereka
sendiri. Guru menjelaskan masalah dan memberi peluang kepada murid untuk
merumus strategi mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah. Setelah kira-kira 10
minit, bincangkan perkembangan dan strategi-strategi yang murid gunakan. Perhatikan
sama ada murid berupaya menyelesaikan masalah sendiri atau mereka memerlukan
penerangan lanjut. Dalam perbincangan rumusan galakkan murid menerangkan
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

penyelesaian mereka. Sekiranya berjumpa dengan soalan yang serupa, strategi apakah
yang akan mereka gunakan? Apakah yang perlu ditambah baik lagi?
Penyelesaian:9, 16,49

3.5.3 Guruh siPahlawan Naga

Kelas Tingkatan 5 di sebuah sekolah sedang mencipta satu permaian komputer, Guruh
siPahlawan Naga. Dalam permainan tersebut, Guruh perlu meyeberangi beberapa
batang sungai dengan melompat dari tebing ke batu-batu loncatan. Guruh hanya boleh
melompat ke batu pertama atau kedua sahaja bagi setiap loncatan. Satu cara
menyeberangi sungai yang ada dua batu loncatan ditunjukkan di bawah.

Dalah rajah di atas Guruh menyeberangi sungai dengan satu loncatan dekat(D) dan
satu loncatan jauh(J), diringkaskan sebagai D+J.
Murid akan mendapati bahawa terdapat beberapa cara untuk menyeberangi sungai.

Masalah:
a. Secara berpasangan atau berkumpulan, cari cara-cara lain untuk menyeberangi
sungai itu.
b. Senaraikan kesemua cara menyeberangi sungai dengan menggunakan simbol D
dan J.
c. Sungai seterusnya yang perlu Guruh seberangi mempunyai 3 batu loncatan.
Sekali lagi, Guruh boleh melompat dekat ke batu berhampiran atau melompat
jauh dengan melangkau satu batu untuk sampai ke tebing yang satu lagi.
Gunakan pembilang untuk mencari cara-cara berbeza untuk menyeberangi
sungai.

Contohnya:
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Dalam contoh di atas lompatannya ialah D, D, J.


d. Senaraikan kesemua cara berbeza untuk menyeberangi sungai dengan 3 batu
loncatan.
e. Salin dan lengkapkan jadual berikut:

Bilangan batu loncatan 0 1 2 3 4


Bilangan cara untuk
1
menyeberang

f. Bincang dengan rakan atau kumpulan tentang kaedah terbaik mencari bilangan
cara berbeza untuk menyeberangi sungai dengan 8 batu loncatan.
g. Terangkan satu peraturan yang membolehkan anda mencari bilangan cara
berbeza untuk menyeberangi sungai yang mempunyai 10 batu loncatan.

Matlamat:

Melibatkan murid dalam strategi penyelesaian masalah:


a. senarai tersusun/ jadual
b. mencari pola
c. melakonkan

Perkembangan:
Baca masalah bersama-sama murid
Minta murid menghuraikan masalah dalam perkataan mereka sendiri
Pastikan murid faham maksud lompatan dekat(D) dan lompatan jauh(J)
Murid boleh melakonkan sebahagian masalah untuk kefahaman yang lebih
mendalam.
Guru memberi pencerahan masalah dan biarkan murid merumus sendiri strategi
penyelesaian masalah mereka.
Murid mencuba penyelesaian, guru membantu murid yang ketinggalan.
Galakkan murid bekerja dengan sistematik dan mencatat keputusan secara
teratur semasa mencari penyelesaian.
Murid membentangkan penyelesaian .
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Penyelesaian:
a. Bagi 2 batu loncatan:DDD, DJ,JD
b. Bagi 3 batu loncatan: DDDD,DDJ,DJD,JDD,JJ
c.

Bilangan batu loncatan 0 1 2 3 4


Bilangan cara untuk
1 2 3 5 8
menyeberang

e. Satu cara untuk mencari bilangan lompatan ialah dengan melengkapkan jadual.
Ada 55 cara untuk menyeberangi sungai dengan 8 batu loncatan.
f. Sebenarnya ini adalah jujukan Fibonacci. Penyelesaian boleh diperolehi dengan
menambah bilangan nombor terdahulu sehingga bilangan batu loncatan dicapai.

1 + 2 + 3 + 5 + 8 + 13
Jumlah loncatan bagi 10 batu loncatan ialah 144.

3.5.4 APA JAWAPANNYA


Timah memberikan alamat emailnya kepada beberapa orang kawannya. Timah dan
kawan-kawannya tadi memberitahu alamat email itu kepada seorang yang lain. Semua
orang yang tahu alamat tersebut memberitahu kepada dua orang lagi. Jumlah kesemua
orang yang tahu alamat tersebut ialah 30 orang. Berapa orangkah yang Timah beritahu
alamatnya pada awalnya?

Matlamat:
Melibatkan murid dalam strategi penyelesaian masalah bekerja dari belakang:

Permulaan:
Guru memberi beberapa pernyataan masalah yang pendek dan ringkas. Murid
menggunakan berbagai strategi penyelesaian masalah.
.
Perkembangan:
Baca masalah bersama-sama murid.
Minta murid terangkan masalah dalam ayat mereka sendiri.
Guru memberi pencerahan masalah dan membiarkan murid merumus strategi
penyelesaian masalah mereka sendiri.
Guru ikuti perkembangan murid dan melihat strategi yang mereka gunakan.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Guru beri bimbingan/ buat perbincangan lanjut jika perlu.


Galakkan murid bekerja secara sistematik dan merekod keputusan secara
teratur.
Perbincangan penutup memberi tupuan kepada strategi penyelesaian masalah
yang sesuai.
Galakkan murid menerangkan penyelesaian.
Sekiranya murid diajukan soalan yang serupa, apakah mereka akan
menggunakan strategi yang sama?

Penyelesaian:
Akhirnya 30 orang yang tahu alamat email Timah. Katakan bilangan orang yang tahu
alamat ialah x. Bilangan orang yang akhirnya diberitahu ialah x + 2x.
maka x + 2x= 30, x = 10
2(Timah+bilangan kawan yang diberitahu pada awalnya) =10 ,
Timah + bilangan kawan awalnya = 5
bilangan kawan awalnya = 4 orang
Timah memberitahu 4 orang rakan pada mulanya.

3.5.5 Pasukan Sorak Sekolah


Pasukan sorak sekolah menggunakan warna merah, biru dan hijau bagi pakaian
seragamnya. Pakaian seragamnya ialah topi, baju-T dan seluar panjang. Hanya satu
warna dibenarkan bagi satu pakaian. Berikut ialah dua cara berbeza bagi gabungan
pakaian yang mungkin.

TOPI HIJAU TOPI MERAH


atau
BAJU-T MERAH BAJU-T BIRU

SELUAR BIRU SELUAR HIJAU

Masalah:
Apakah gabungan-gabungan warna yang mungkin bagi pakaian seragam pasukan
sorak itu?

Matlamat:
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Melibatkan murid dalam strategi penyelesaian masalah:


melakonkan
mencari pola

Permulaan :
Guru memberi soalan mudah:
Jawapannya ialah 14. Tulis seberapa banyak hasil tambah yang mungkin dari
jawapan ini.

Perkembangan:

Baca masalah bersama murid.


Minta murid huraikan masalah dalam perkataan mereka sendiri.
Guru jelaskan masalah dan beri peluang murid merancang strategi penyelesaian
masalah mereka sendiri.
Murid boleh melakonkan masalah menggunakan pakaian yang berbeza warna
bagi membantu kefahaman yang lebih mendalam.
Selepas memberi masa lebih kurang 10 minit bagi murid mencuba penyelesaian,
guru boleh kumpulkan murid-murid untuk melihat perkembangan kemajuan
mereka dan strategi yang mereka guna. Lihat sama ada murid sudah berupaya
memulakan proses penyelesaian masalah atau mereka memerlukan bimbingan
lanjut. Galakkan murid mencatat keputusan dengan sistematik dan teratur.

Penyelesaian:
MHB,MBH,BHM,BMH,HMB,HBM.

Cuba masalah-masalah berikut.


1. Abu sangat meminati motorsikal dan limosin. Dia tahu motorsikal mempunyai
2buah tayar manakala limosin ada 6 buah tayar. Semasa melihat keluar
jendela, Abu ternampak sebilangan motorsikal dan limosin. Jumlah tayar yang
dihitungnya ialah 18 buah. Berapakah bilangan motorsikal dan limosin yang Abu
nampak? Bolehkah anda cari lebih daripada satu jawapan?
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

2. Ayesha, Borhan, Karimah dan Daud perlu duduk sebaris dalam sebuah dewan.
Gunakan petunjuk berikut untuk menentukan kedudukan mereka.
a. Ayesha tidak sukakan Borhan.
b. Kedua-dua kanak-kanak lelaki mahu duduk bersama-sama.
c. Karimah juga tidak sukakan Borhan.
d. Daud duduk di antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.
e. Ayesha duduk di kerusi paling kiri.
3. Isikan kedudukan kanak-kanak berempat itu dalam rajah berikut.

Tempat duduk

Penyelesaian:
Ayesha, Karimah, Daud, Borhan.
Rujukan Asas:

1. Problem Solving. A Basic Mathematics Goal. Inservice Education. Ohio


Department of Education, Columbus.
2. Polya, George. How To Solve It, 2nd Edition. Princeton, New Jersey: Princeton
University Press, 1957.
3. Stephen Watters, Pauline Logan. 5 14 Mathematics problem Solving support
pack I Can Solve Problems
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

TAJUK 5 : GEOMETRI KOORDINAT

SINOPSIS

Bahagian ini membincangkan tentang geometri koordinat yang meliputi persamaan


garis lurus, jarak antara dua titik, luas poligon dan persamaan lokus. Anda akan
ditunjukkan bagaimana menentukan persamaan garis lurus diberi syarat-syarat tertentu
serta bagaimana mencari jarak antara dua titik. Penerbitan rumus dan pengiraan luas
poligon turut dibincangkan. Di akhir tajuk anda akan ditunjukkan bagaimana
membentuk persamaan lokus.

Di akhir
HASIL topik ini, pelajar dapat:
PEMBELAJARAN
Menulis persamaan garis lurus apabila diberi:

kecerunan dan satu titik

dua titik

pintasan-x dan pintasan-y

Mencari jarak antara dua titik

Menerbitkan rumus dan mengira luas poligon

Membentuk persamaan lokus


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

5.1 Persamaan garis lurus


TAJUK 5 (i)GEOMETRI KORDINAT dan satu titik
diberi kecerunan
(ii) diberi dua titik
(iii) pintasan-x dan pintasan-y
5.1.2 Jarak antara dua titik
5.1.3 Luas poligon
(i) Luas segi tiga
(ii) Luas sisi empat
5.1.4 Persamaan lokus
(i) Lokus bagi satu titik yang jaraknya tetap dari satu titik
pegun
(ii) Lokus bagi satu titik yang nisbah jaraknya dari dua titik
pegun adalah malar

5.2 Penyelesaian masalah melibatkan geometri koordinat.


5.3 Miskonsepsi dalam pembelajaran geometri koordinat
Pola kesilapan (error pattern)
Cara-cara membetulkan miskonsepsi

5.4 Merancang dan melaksanakan pengajaran mikro dan


makro.

5.5 Refleksi terhadap pengajaran mikro dan makro


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

5.1 Persamaan garis lurus

Dalam matematik, nombor boleh digunakan untuk menggambarkan dengan tepat


kedudukan sesuatu titik atau koordinat. Rene Descartes (1596-1650) telah
menggunakan algebra untuk menyelesaikan masalah geometri yang dikenali sebagai
geometri Cartesian atau geometri analitik. Marilah kita mempelajari geometri koordinat
untuk memahami apa yang Descartes cuba sampaikan dalam kata-kata hikmatnya, I
think, therefore I am.

Sebelum anda meneruskan pengajaran tajuk ini anda perlu mamastikan murid-murid
telah menguasai tajuk garis lurus yang telah dipelajari dalam tingkatan 3. Galakkan
penggunaan perisian seperti Geometers Sketchpad dan GeoGebra kerana ia dapat
membantu murid mamahami tajuk ini dengan lebih baik lagi.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Rajah 1 : Garis lurus y = 2x

Rajah 1 di atas menunjukkan nilai koordinat-y bagi setiap titik pada garis lurus adalah
dua kali nilai koordinat-x. Perkaitan antara koordinat-y dengan koordinat-x bagi setiap
titik dapat ditulis sebagai y = 2x. Persamaan y = 2x ini dikenali sebagai persamaan garis
lurus. Persamaan garis lurus boleh dicari dengan beberapa cara bergantung kepada
maklumat yang diberi.

(i) Persamaan garis lurus apabila diberi kecerunan dan satu titik

Katakan (x,y) ialah sebarang titik pada garis lurus yang berkecerunan m dan melalui titik
(x1,y1).
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Rajah 2: Garis lurus dengan kecerunan m dan melalui titik (x1,y1)

Dari takrif kecerunan,


y y1
m
x x1

penyusunan semula memberikan y y1 m( x x1 )

Maka, persamaan garis lurus yang mempunyai kecerunan m dan melalui titik (x1,y1)
ditulis sebagai

y y1 m( x x1 )

Contoh:

Cari persamaan garis lurus yang mempunyai kecerunan 3 dan melalui titik (4,1).

Penyelesaian:
y 1 3( x 4)
y 3x 12
atau y 3x + 12 = 0.

Cari persamaan garis lurus yang mempunyai


(a) kecerunan -2 dan melalui titik (-1,5)
(b) kecerunan 3 dan melalui titik (6,7)
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

(ii) Persamaan garis lurus apabila diberi dua titik

Katakan P(x,y) ialah sebarang titik pada garis lurus yang melalui titik-titik A(x1,y1) dan
B(x2,y2).

Rajah 3: Garis lurus yang melalui titik-titik A(x1,y1) dan B(x2,y2)

y - y1 y2-y1
Kecerunan AP dan kecerunan AB . Oleh kerana A, B dan P terletak pada
x - x1 x2 -x1

garis lurus yang sama, maka kecerunan AP = kecerunan AB

y-y1 y -y
2 1
x -x1 x2 -x1

Oleh itu persamaan garis lurus yang melalui titik-titik A(x1,y1) dan B(x2,y2) ialah

y-y1 y -y
2 1
x -x1 x2 -x1

Contoh
Tulis persamaan garis lurus yang melalui titik-titik (2,-2) dan ( 3, 1).

Penyelesaian
Memasukkan nilai kordinat- koordinat dalam persamaan am,
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

y-(-2 ) 1 - (-2)

x -2 3- 2

y 3x 8

persamaan garis lurus yang melalui titik-titik (2,-2) dan ( 3, 1) ialah y 3x 8.

Cari persamaan garis lulrus yang melalui pasangan titik berikut:


(a) (2,-3), (0,4) (b) (-2,-4), (1,5)

(iii) Persamaan garis lurus apabila diberi pintasan-x dan pintasan-y

Katakan (x,y) ialah sebarang titik pada garis lurus yang mempunyai pintasan-x, a dan
pintasan-y, b.

Rajah 4:Garis lurus dengan pintasan-x, a dan pintasan-y, b

b
Kecerunan garis lurus diberi oleh m
a

Dengan memasukkan nilai kecerunan dan (a,0) dalam persamaan

y y1 m( x x1 )
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

b
kita dapat y 0 (x a)
a

b
y x b
a

b
penyusunan semula memberikan x y b
a

Bahagikan kedua-dua belah persamaan dengan b,

x y
kita perolehi 1
a b

maka persamaan garis lurus yang mempunyai pintasan-x, a dan pintasan-y, b ialah
x y
1
a b

Contoh

Cari persamaan garis lurus yang melalui titik-titik (3,0) dan (0, -4).

Penyelesaian

Persamaan garis lurus yang melalui titik-titik (3,0) dan (0,- 4) ialah
x y
1
3 4
x y
1
3 4

Cari persamaan garis lurus yang melalui (0,3), (0,-4).

5.1.2 Jarak antara dua titik

Semasa mengajar , guru hendaklah mengaitkan istilah matematik dengan istilah yang
biasa murid gunakan dalam kehidupan hariannya. Ini dapat membantu meningkatkan
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

kefahaman murid. Murid telah mempunyai pengalaman mengukur panjang objek


semasa di sekolah rendah lagi. Berbekalkan pengalaman murid tentang panjang, guru
boleh mengaitkannya dengan jarak. Jarak boleh dimaksudkan sebagai ukuran jauh satu
tempat ke tempat yang lain. Bahagian ini akan dimulakan dengan memperkenalkan

rumus jarak antara dua titik. Jarak antara dua titik P x1 , y1 dan Q x 2 , y 2 yang

ditandakan dengan d boleh dihitung menggunakan rumus d x 2 x1 y2 y1 .


2 2

Rumus ini diterbitkan menggunakan Theorem Pythagoras yang mengaitkan panjang


segmen garis dengan koordinat-koordinatnya.

Rajah 5:Jarak antara dua titik A dan B

Katakan A dan B dua titik pada satah Cartesian. Jarak mencancang dari B ke C ialah y 2-
y1 dan jarak mengufuk dari A ke C ialah x 2-x1. Menggunakan Theorem Pythagoras,
jarak dari A ke B boleh cari.

AB2 = AC2+ CB2

AB = AC 2 CB 2 ( x2 x1 ) 2 ( y2 y1 ) 2

Sekiranya diberi dua titik, anda boleh mencari jarak antara dua titik ini dengan membina
satu segi tiga bersudut tepat dan mencari panjang hipotenusnya. Hipotenus ini
merupakan segmen garis yang menyambung kedua-dua titik yang hendak dicari
jaraknya. Maka panjang hipotenus ialah jarak antara dua titik tersebut. Setelah murid
menguasai konsep ini, rumus jarak boleh digunakan secara langsung.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Contoh
Cari jarak antara titik A(-5,-2) dengan B(6,7).

Penyelesaian

Jarak antara A dan B, d ( x2 x1 ) 2 ( y2 y1 ) 2

(6 (5)) 2 (7 (2) 2
132 81
213

Ingatan!!
Kadangkala anda diberi soalan yang tidak menyatakan secara eksplisit pengiraan
jarak. Lakaran kerap kali dapat membantu anda memahami apa yang dikehendaki oleh
soalan.

Sebuah segi tiga mempunyai bucu-bucu A(4,6) , B (1,2) dan C (3,1) . Tunjukkan
bahawa ABC ialah segitiga sama kaki.

A(-2,1), B((1,2) dan C(0,5) membentuk sebuah segitiga. Cari


perimeter segitiga ABC.

5.1.3 LUAS POLIGON


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Luas satu poligon dapat ditentukan dengan melukis poligon tersebut pada satah
Cartesian dan menghitung luas bentuk geometri yang terlibat.

(i) Luas segi tiga

y
y2 B(x2,y2)

y1 A(x1,y1)
y3
C(x3,y3)

P Q R
x3-x2 x
x2-x1
x3-x1

Rajah 6: Luas segi tiga

Luas ABC = Luas trapezium BAPQ + Luas trapezium BQRC - Luas CAPR
1
= y1 y2 ( x2 x1 ) 1 y3 y2 ( x3 x2 ) 1 ( y1 y3 )( x3 x1 )
2 2 2
=

1
y1 x 2 y1 x 1 y 2 x 2 y 2 x 1 y 3 x 3 y 3 x 2 y 2 x 3 y 2 x 2 y1 x 3 y1 x 1 y 3 x 3 y 3 x 1
2
1
= y1 x 2 y 2 x 1 y 3 x 2 y 2 x 3 y1 x 3 y 3 x 1
2
1
= x 1 y 3 x 2 y1 x 3 y 2 y1 x 3 y 2 x 1 y 3 x 2
2

Rumus ini boleh disusun dan ditulis dalam bentuk yang lebih mudah seperti berikut:
Langkah 1:
Tulis koordinat bucu-bucu mengikut susunan dan ulang bucu pertama di x1 x2 x3 x1
lajur hujung. Tutup koordinat-kordinat dengan dua garis mencancang y1 y2 y3 y1

Langkah 2:
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Darabkan unsur-unsur secara pepenjuru dan x x x x


1 2 3 1

tuliskannya sebagai hasil tambah


x1 y2 + x2 y3 + x3 y1 y1 y2 y3 y1

Langkah 3:
Darabkan unsur-unsur secara pepenjuru pada
arah x x x x
1 2 3 1

bertentangan dan tuliskannya sebagai hasil tambah negatif


-y1x2 - y2x3 - y3x1 y1 y2 y3 y1

Langkah 4:
1
Tambahkan hasil daripada langkah 2 dan langkah 3 dan darabkan dengan .
2

Maka kita perolehi,

1 x1 x2 x3 x1
Luas segi tiga =
2
y1 y2 y3 y1

1
= ( x1 y2 +x2 y3 +x3 y1 -y1x2 -y2x3 -y3x1)
2

Contoh
Cari luas PQR dengan bucu-bucu P(-3,3),Q(1,4) and R(0,2).

Penyelesaian:
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

-3 1 0 -3
1
Luas PQR =
2 3 4 2 3
1
= [(-3)(4)+(1)(2)+(0)(3)-(1)(3)-(0)(4)-(-3)(2)]
2
= 3.5 unit2

(ii) Luas sisi empat

Kaedah mencari luas segi tiga di atas boleh dikembangkan untuk mencari luas sebuah
sisi empat. Malahan luas sebarang poligon boleh dicari menggunakan kaedah yang
serupa.

Bagi sisi empat dengan bucu-bucu (x1 , y1), (x2 , y2) , (x3 , y3) dan (x4 , y4) , luasnya ialah

1 x1 x2 x3 x4 x1
Luas sisi empat =
2
y1 y2 y3 y4 y1

1
= ( x1 y2+x2 y3 +x3 y1 + x4y1-y1x2 -y2x3 -y3 x4 y4x1)
2

Ingat!!!
Bucu-bucu hendaklah ditulis secara berturutan mengikut arah jam atau lawan arah jam.
Contoh
Cari luas sisi empat dengan bucu-bucu Q(3,5), R(2,-1), S(-3,2) dan T(4,0)

Penyelesaian
1. Lakarkan sisi empat untuk menentukan kedudukan bucu-bucu.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

2. Tulis kordinat bucu-bucu mengikut arah jam.

1 -2 2 3 1 -2
luas PQRS =
2

2 4 1 0 2
1
= [(-2)(4)+(2)(1)+(3)(0)+(1)(2)-(2)(2)-(4)(3)-(1)
2
(1)-(0)(-2)]
1
= [-8+2+0+2-4-12-1-0]
2
= 10.5 unit2

1. Cari luas poligon dengan bucu-bucu berikut:


(a) (1,1), (1,4), (-2,2)
(b) ((-3,0), (-4,2), ((-2,5), (1,2)
2. Tunjukkan bahawa titik A((-5.0), B(-1,2), C(1,3) dan (5,5) adalah
segaris

5.1.4 Persamaan lokus


Lokus bagi satu titik yang bergerak ialah lintasan atau jejak yang dilalui oleh titik itu
mengikut syarat yang ditetapkan. Misalnya, apabila sebuah kipas siling berputar lokus
bagi satu titik di hujung bilah kipas itu ialah satu bulatan.

(i) Lokus bagi satu titik yang jaraknya tetap dari satu titik pegun
Persamaan lokus bagi satu titik yang bergerak dengan jarak yang tetap dari satu titik
pegun dapat dijana dengan menggunakan rumus jarak di antara dua titik.

Contoh

Tentukan persamaan lokus bagi satu titik B yang bergerak dari titik A(3,2) dengan jarak
di antara kedua-duanya sentiasa 5 unit.

Penyelesaian

Katakan B ialah titik (x , y).

Jarak di antara A dan B =


MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

maka

Persamaan lokus bagi P ialah .

(ii) Lokus bagi satu titik yang nisbah jaraknya dari dua titik pegun adalah
malar

Persamaan lokus bagi satu titik yang nisbah jaraknya dari dua titik pegun sentiasa
malar dapat dijana dengan menggunakan rumus jarak di antara dua titik dan perkaitan
antara nisbah jaraknya.

Contoh

Cari persamaan lokus M yang bergerak supaya nisbah jaraknya dari titik P(1,2) dan
Q(3,-1) ialah 2:1.

Penyelesaian

Katakan koordinat titik M ialah (x,y). Diberi nisbah jarak M(x,y) dari P(1,2) dan Q(3,-1)
ialah 2:1.

iaitu PM =2MQ
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Maka persamaan lokus M ialah .

Diberi titik P(1,3) dan Q(-2,2). Satu titik W bergerak supaya


jaraknya dari titik P adalah setengah kali ganda jaraknya dari titik
Q. Tentukan sama ada lokus W bersilang dengan paksi-x.

5.5 Pengajaran Mikro Dan Makro.

Pengajaran mikro dan makro merupakan satu kaedah dalam latihan


mengajar kepada calon guru bukan dalam kelas sebenar.

5.5.1 PENGAJARAN MIKRO

Objektif utama pengajaran mikro adalah untuk menyediakan bakal guru


dengan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Sesi pengajaran mikro
dijalankan dalam kumpulan murid yang kecil 4 hingga 5 orang. Masa
pengajaran mikro adalah antara 10-15 minit. Kemahiran penyampaian
pula difokuskan kepada satu aspek sahaja seperti set induksi, satu
langkah aktiviti pengembangan atau penutup.

Selepas sesi pengajaran mikro, bakal guru perlu membuat refleksi


terhadap pengajaran mereka. Refleksi ini bertujuan menambah baik
pengajaran mereka dari semua aspek perancangan dan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.

5.5.2 PENGAJARAN MAKRO

Pengajaran makro mempunyai objektif yang sama dengan pengajaran


mikro, tetapi dalam situasi berbeza. Pengajaran makro merupakan sesi
pengajaran sebenar tetapi dikalangan rakan sebaya dan bukan dalam
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

suasana bilik darjah sebenar. Pengajaran mikro melibat bilangan murid


yang ramai dan masa mengikut kelas sebenar.

Aktiviti 1.4.4
Kumpulkan maklumat tentang kepentingan pengajaran mikro dan makro.
Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, banding beza
pengajaran mikro dan makro.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011).


Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Spesifikasi Kurikulum. Matematik
Tingkatan 1. Putrajaya: Curiculum Development Centre.
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012).


Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Matematik Tahun 3. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Draf (tiada
bertarikh). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Spesifikasi Kurikulum.
Matematik Tahun 4.
David Boud & Grahame Feletti (2008), The Challenge of Problem-Based
Learning. Routledge.

Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin, Sabri Ahmad (2007). Trend Pengajaran
Dan Pembelajaran Matematik. Utusan Publications &Distributors Sdn.Bhd.
Kajang, Selangor.

Gokil,Prashant(2013).Exploration in Mathematics.
prezi.com/mprrapguklib/mathematical-exploration. extraxt on 28/3/2014:
11.41 a.m.

Linda Torp & Sara Sage (1998). Problems as possibilities: Problem-Based


Learning for K-12 Education, ASCD.

Noraini Idris (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publications


&Distributors Sdn.Bhd. Kajang, Selangor.

Noraini Idris & Shuki Osman (2009). Pengajaran dan Pembelajaran :Teori dan
Praktis. McGraw Hill Education, Kuala Lumpur.

Oon-Seng Tan (2003). Problem-based Learning Innovation.

Oon-Seng Tan (2007). Problem-based learning in e-learning breakthroughs,


Thomson Learning.

Robert Delisle (1997). How to use problem-based learning in the classroom,


ASCD.

Robin Fogarty (1998). Problem-based learning: A collection of Articles. Skylight


Training and Publishing Inc.

Wee Keng Neo (2004). Jump Start Authentic Problem-Based Learning. Prentice
Hall
MTSM2103 Pendekatan dan Pedagogi Matematik 1

Wong Teck Sing, Moy Wah Goon, Jamilah Osman (2001). Matematik Tingkatan
4. Penerbitan Bangi Sdn. Bhd. 2001

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peringatan : Simpan bahan nota dan bahan bercetak di dalam portfolio anda.

SELAMAT BELAJAR

Anda mungkin juga menyukai