Anda di halaman 1dari 13

SULIT 2 021

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Rahim sedang menggesek _____________________ di atas pentas.


A harmonika B piano C gitar D biola

2. Jangan lupa untuk melihat tarikh _________________ setiap barang yang kamu beli, pesan
ibu kepada Nurul.
A awal B lupus C luput D lama

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Puan Cheng sedang _______________ limau di dapur.


A mencencang B mengupas C memotong D memerah

4. Pelukis itu meletakkan lukisannya di atas ____________________.


A kekuda B bebola C pepohon D kekisi

5. Khyra menyisipkan sekeping ______________ pada halaman novel yang dibacanya.


A alat tulis B tisu muka C rantai kunci D penanda buku

021 SULIT
SULIT 3 021

6. Kereta Toyota itu diimport _______________ negara Jepun.


A dari B pada C terhadap D daripada

7. ______________,malangnya nasibku! keluh Najib.


A Aduhai B Aduh C Cis D Wahai

8. Jasmin, ______________ gosok baju sekolah itu, kata emak kepada kakak.
A sila B tolong C jangan D jemput

9. _______________ kemalangan itu terjadi?


A Mengapakah B Apakah C Berapakah D Bagaimanakah

10. Maniam menanggalkan kasutnya __________________ masuk ke dalam rumah.


A lalu B hingga C apabila D walaupun

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Pak Jusof membersihkan tanah kosong di ________________ rumahnya untuk menanam
sayur-sayurannya.
A tepi B bawah C hujung D belakang

021 SULIT
SULIT 4 021

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Mei Mei tidak _____________ mencari dompetnya yang tercicir itu.
A dapat B boleh C harus D perlu

13. Della berjaya menggondol pingat emas _______________nya dalam acara renang.
A tiga B separuh C ketiga D sesetengah

14. Eugene sedang membetulkan rantai basikalnya yang kendur.


Pilih perkataaan berlawan bagi kendur.
A elok B tegang C kotor D panjang

15. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Semasa aktiviti gotong-royong dijalankan, adik bongsu saya hanya mampu membuat
kerja-kerja yang ringan.
II Para tetamu dijemput menikmati jamuan ringan di kantin sekolah.
III Pemuda itu tidak dihantar ke hospital kerana hanya mengalami cedera ringan dalam
kemalangan itu.
IV Kotak itu besar tetapi ringan sahaja.

A I dan III B II dan IV C I,III dan IV D I,II,III dan IV

021 SULIT
SULIT 5 021

16. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
Mak Cik Aini berharap agar pencuri itu akan berjaya ditangkap.

A. Jangan tangkap pencuri itu sehingga dia berjaya, larang Mak Cik Aini.
B. Sila tangkap pencuri itu sebelum dia berjaya, kata Mak Cik Aini.
C. Harap pencuri itu akan berjaya ditangkap, kata Mak Cik Aini.
D. Tolong tangkap pencuri itu, perintah Mak Cik Aini.

Soalan 17 hingga 20

Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Afikah pulang ke rumah dengan wajah yang tidak seceria selalu. Ibunya yang
sedang memangku adik bongsunya meneka ada sesuatu yang merunsingkan fikiran
Afikah. Ibunya bertanyakan masalah yang dihadapi Afikah.

Ibu : Afikah, beritahulah ibu jika kamu ada masalah. Ibu lihat wajah kamu sugul
sejak pulang dari sekolah.
Afikah : Sekolah akan mengadakan Program Mentor Menti tidak lama lagi. Semua
ibu dan ayah kawan Afikah akan melibatkan diri tetapi Afikah yakin ibu dan
ayah tidak dapat menyertainya.
Ibu : Beritahulah guru kamu tentang keadaan ibu dan ayah. Ibu pasti guru kamu
akan faham. Ibu masih dalam pantang dan ayah kamu pula masih berada
di perbatasan.
Mak Usu : (Muncul dari dapur) Oh, Afikah jangan risau! Mak Usu akan ganti ibu
kamu untuk program itu. Mak Usu boleh mengajar pelajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah.
Afikah : (Dengan wajah ceria) Terima kasih, Mak Usu.
Mak Usu : Di sekolah esok, maklumkanlah kepada guru kamu.
Afikah : Baiklah, Mak Usu.

17. Mengapakah wajah Afikah sugul?


A. Ibu saudaranya akan menggantikan tempat ibunya.
B. Ibu bapa kawannya menyertai Program Mentor Menti.
C. Dia pulang ke rumah dengan wajah yang tidak seceria selalu.
D. Dia yakin ibu bapanya tidak dapat menyertai Program Mentor Menti.

18. Bagaimanakah keadaan ibu Afikah?


A. Menjaga Mak Usunya yang sakit.
B. Menemani ayahnya di perbatasan.
C. Tidak dapat berjalan kerana lumpuh.
D. Masih berpantang kerana baru bersalin.

021 SULIT
SULIT 6 021

19. Apakah pekerjaan ayah Afikah?


A. Polis
B. Bomba
C. Perajurit
D. Jurutera

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A. Afikah telah menjadi seorang kakak.
B. Program Mentor Menti diadakan oleh ibu Afikah.
C. Afikah sangat ceria ketika pulang dari sekolahnya.
D. Mak Usu boleh mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sejarah.

021 SULIT
SULIT 2 021
Soalan 21

( a ) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat yang diberi.

hiris ketul ulas sikat buah naskhah

(i) Mak Cik Minah memasukkan beberapa hiris bawang merah ke dalam kuali.

(ii) Ayah memasukkan tiga __________________ air batu ke dalam jusnya.

(iii) Kakak membeli dua ________________ majalah di kedai buku itu.

(iv) Bapa saya membeli se_______________ pisang untuk keluarga kami sebagai pencuci

mulut selepas makan malam.

( 3 markah )

( b ) Tulis betul atau salah bagi penggunaan perkataan yang bergaris dalam ayat.

(i) Hakim menjatuhkan pengedar dadah itu hukuman penjara seumur hidup.

(ii) Datuk terlupa tempat letak keretanya.


( 2 markah )

( c ) Padankan simpulan bahasa dengan maknanya.

ada jalan ada cara untuk melakukan sesuatu

omong kosong percakapan yang tidak berfaedah

( 2 markah )
021 SULIT
SULIT 3 021

Soalan 22

Tandakan ( ) di dalam petak jawapan yang betul. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai
contoh.

Sepanjang berada di Malaysia, Encik Laurant berasa sungguh gembira resah .


Penduduk Malaysia ramah-tamah dan berbudi bahasa. Tidak timbul sedikit pun rasa

tenang bimbang dalam hatinya kerana negara Malaysia kacau aman

sejahtera.

Encik Laurant juga berasa amat kagum benci . Perpaduan kaum yang

mewujudkan suasana sunyi harmoni .

( 4 markah )

021 SULIT
SULIT 4 021
Soalan 23

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2017

Lonjakan Ilmu Mencipta Kecemerlangan

Anjuran : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Tajaan : Akhbar Sinar Permata

Tarikh : 6 7 Jun 2017

Kem kecemerlangan ini menawarkan pakej mata pelajaran berikut :


Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Cina.

Kami menyediakan penceramah yang pakar dan berwibawa dalam setiap mata
pelajaran. Penceramah yang berpengalaman dapat membantu serta membimbing
pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan tepat.

Kem kecemerlangan ini akan diadakan serentak di bandar-bandar utama iaitu


Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, Butterworth, Kuantan dan Melaka.

- Yuran RM120.00 akan dikembalikan jika kem kecemerlangan dibatalkan oleh


penganjur.
- Makanan disediakan oleh pihak penganjur.
- Tarikh tutup penyertaan seminggu sebelum tarikh kem kecemerlangan
diadakan.
- Bayaran boleh dibuat secara cek atau wang pos.

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd


Lot 8, Jalan P10/10
Kawasan Perusahaan Bangi
43650 Bangi,Selangor
Pertanyaan : 03 - 89882233

021 SULIT
SULIT 5 021

a. Siapakah yang menganjurkan Kem Kecemerlangan UPSR ini ?

______________________________________________________________________
( 1 markah )

b. Nyatakan dua jenis mata pelajaran yang ditawarkan dalam pakej ini.

i) ____________________________________________________________________

ii)_____________________________________________________________________
( 2 markah )

c. Tuliskan kebaikan-kebaikan kem ini kepada peserta.

i)_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii)_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iii)_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

( 3 markah )

021 SULIT
SULIT 6 021

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta
rakan-rakan. Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk Faedah Makan Buah-buahan Tempatan .

Hadiran sekalian,

Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat yang standing dengan buah-


buahan yang diimport. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan buah limau
mengandungi asid yang dapat menghadamkan makanan yang kita makan.

Buah-buahan tempatan mudah didapati, lebih segar, dan tidak mengandungi bahan
pengawet. Buah-buahan ini banyak dijual di gerai buah-buahan di seluruh negara.

Selain itu, harga buah-buahan tempatan juga lebih murah jika dibandingkan dengan
harga buah-buahan yang diimport. Hal ini demikian kerana buah-buahan tempatan tidak
memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos pengangkutan berbanding dengan
buah-buahan yang diimport.

Kesimpulannya, makanlah buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita.

Sekian, terima kasih.

a. Perkataan faedah membawa maksud_________________________________________

( 1 markah )

b. Apakah keistimewaan buah-buahan tempatan?

_______________________________________________________________________

________________________________________________________________________.

( 2 markah )

021 SULIT
SULIT 7 021

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.

Buah-buahan tempatan mudah didapati.

Buah-buahan tempatan mengandungi bahan


pengawet.
Betul

Salah
Harga buah-buahan tempatan lebih murah.
Salah
Kos pengangkutan yang dikenakan untuk
menghantar buah-buahan yang diimport sangat
murah.

( 2 markah )

021 SULIT
SULIT 8 021

Soalan 25
Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Pameran Gaya Hidup Sihat

Pada 10 April 2017, Kelab Alam Sekitar dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan
Kampung Daching telah mengadakan pameran tentang Gaya Hidup Sihat. Pameran Gaya
Hidup Sihat ini bertujuan mempromosikan penjagaan kesihatan diri dan alam sekitar. Hal ini
bagi meningkatkan kesedaran murid-murid mengenai kepentingan penjagaan kesihatan
individu serta penjagaan alam sekitar untuk kesejahteraan bersama.

Pameran ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Muhamad, iaitu Pengarah
Alam Sekitar. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengajak seluruh masyarakat berganding
bahu mengamalkan gaya hidup yang sihat di samping menjaga kebersihan alam sekitar.

Aktiviti yang telah diadakan seperti pertandingan mewarna dengan penyertaan


seramai 50 orang kanak-kanak yang tergolong dalam dua kategori umur, iaitu 6 8 tahun
dan 9 12 tahun.

Selain itu, terdapat juga jualan car boot pelbagai barangan terpakai serta pameran dan
jualan produk kesihatan termasuk tawaran pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Pameran Gaya Hidup Sihat ini telah berakhir pada pukul 5.00 petang dengan jayanya.

Disediakan oleh, 15 April 2017

Pei Shan
Lim Pei Shan

Setiausaha Kelab Alam Sekitar dan Kesihatan

Sekolah Kebangsaan Kampung Daching

021 SULIT
SULIT 9 021

a. Laporan ini telah ditulis oleh Lim Pei Shan pada __________________________________.

( 1 markah )

b. Apakah nasihat yang telah diberikan oleh Pengarah Alam Sekitar?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________.

( 2 markah )

c. Tulis dua aktiviti yang telah dijalankan dalam pameran tersebut ?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________.

( 2 markah )

d. Pada pendapat kamu perlukah kempen sebegini diadakan ?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________.

( 3 markah )

021 SULIT

Anda mungkin juga menyukai