Anda di halaman 1dari 22

Inilah kerutuk itik (gaya Kelantan) yang sudah siap.

Bila cakap pasal kerutuk ni mungkin resepi


di sesetengah tempat berbeza dengan tempat yang lain. Penggunaan bahan-bahan dan cara
memasak tentunya tidak sama. Saya secara jujurnya mengaku tidak tahu membuat kerutuk
gaya ini. Jadi saya meminta bantuan kawan karib saya Mok Ja a.k.a Norliza untuk
memasaknya. Beliau memasak menggunakan bahan dan cara seperti yang dibuat oleh emaknya
yang merupakan seorang tukang gulai di Kampung Bukit Tegayong, Kok Lanas. Sebab itulah
saya dapat mengambil gambar step by step ni. Selain menengok, saya hanya tolong-tolong
kacau aje. Diharapkan apa yang saya kongsikan memberi manfaat kepada saya dan semua yang
membaca.
Ini antara bahan-bahan yang digunakan. Rempah kerutuk tu agaknya kalau tak ada bolehlah
digantikan dengan rempah kari. Cuma rasanya mungkin agak berbeza la sikit. Kerisik tu sampai
keluar minyak dikerjakan kawan sekolah saya Kak Norjanah. Hiiiiii kuat betul stamina dia. *_*
Ini pula antara langkah2 penyediaan awal. Saya gunakan kuali untuk memudahkan kerja
mengacau. Masa ni boleh nampaklah kerja mengacaunya memang tak berhenti sebab tak mahu
rempah tu hangit. Api agak2 la ya, kalau boleh biarlah sederhana sahaja. Masa ni juga
ditambahkan gula dan garam secukupnya. Bab ni saya memang fail. Selalu je termasin atau
tawar...

Cuba tengok gambar ke 4. Itu adalah daging itik yang telah direbus lebih kurang 15 minit dalam
periuk tekanan. Memang empuk sungguh. Tak terasa menggigitnya. Masa memasak pun tak
lama sebab itik pun dah lembut. Saya paling suka bahagian kulitnya. Rasa sedap sangat. Nak
terangkan pun susah kecuali siapa yang pernah memakannya. Terbaik!
Bila rempah dah bercampur dengan daging itik bolehlah dimasukkan santan. Saya hanya
gunakan sebiji kelapa sahaja. Jadi kerutuk ni tak la lemak sangat, terpulanglah pada citarasa.
Kalau tengok gambar tu bukanlah rempah tu hangit, tetapi memang warnanya begitu. Bila
rempah dah sebati dengan santan, tengok warnanya pun dah berubah.

Gambar yang di bawah ni pula apabila kuah dah mula mendidih. Daripada warna yang agak
kemerahan, ianya bertukar ke warna yang lebih gelap. Masa ni bolehlah kita biarkan ia
merenih dan kacau sesekali. Kalau rasa masa ni macam ada yang kurang bolehlah ditambahkan
apa yang perlu.

Bila dah masak, kerutuk ni sudah tentu sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan ulam
timun. Jika ada boleh disertakan dengan 'sambal jantan' atau sambal belacan. Tak perlu kawan
yang lain dah...tak gitu Kak Azie?
Jadi, alhamdulillah dah lepas rasa nak makan kerutuk itik. Terima kasih tak terhingga buat Mok
Ja yang sudi memenuhipermintaan selera saya. Sayang dia ketat-ketat... T_T... Di bawah ni
saya kongsikan resepi yang telah saya salin daripada beliau kalau2 ada yang nak mencuba. Saya
pun lepas ni kalau nak buat kerutuk nak refer resepi ini jugaklah....

Rasa macam panjang lebar je penerangan n3 ni... He he he he....

KERUTUK ITIK SERATI


Resepi : Norliza Hussin

Bahan-bahan :
1/2 ekor itik - potong sederhana kecil
1 batang serai
1 genggam kelapa - sangai dan jadikan kerisik
Santan pekat 1 biji kelapa
4 sb rempah kerutuk (Kelantan)
1 sb serbuk cili
* rempah kerutuk + serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
1/2 cawan minyak
Garam, gula secukupnya

Bahan kisar halus (blend) :


3 hiris lengkuas
2 cm halia
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan tumis :
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 cm halia - mayang halus
5 biji bawang merah - mayang
2 biji bawang putih - mayang

Cara-cara membuatnya :
Rebus itik hingga agak empuk (saya rebus dalam periuk tekanan)
Panaskan minyak
Masukkan bahan tumis, masak hingga kekuningan
Kemudian masukkan bancuhan rempah kerutuk dan serbuk cili serta bahan kisar halus. Tumis
hingga wangi dan masukkan serai. Perasakan dengan garam dan gula.
Kacau sentiasa hingga ke dasar periuk / kuali supaya rempah tidak hangit. Gunakan api
sederhana
Masukkan itik yang telah direbus, kacau hingga rata dan masukkan santan. Tambahkan juga
kerisik.
Perlahankan api, biarkan merenih sehingga kuah agak pekat dan sesuaikan sekali lagi garam
dan gula dengan secukupnya. Jangan lupa mengacaunya untuk mengelakkan hangit
Bila mencapai kepekatan yang dikehendaki, bolehlah di matikan api dan dihidangkan.

Nota :
Rempah kerutuk yang digunakan semasa ni agak banyak, mungkin boleh dikurangkan menjadi 2
atau 2 1/2 sudu besar sahaja
Begitu juga dengan minyak, boleh kurangkan menjadi 1/3 cawan sahaja
Inilah kerutuk itik (gaya Kelantan) yang sudah siap. Bila cakap pasal kerutuk ni mungkin resepi
di sesetengah tempat berbeza dengan tempat yang lain. Penggunaan bahan-bahan dan cara
memasak tentunya tidak sama. Saya secara jujurnya mengaku tidak tahu membuat kerutuk
gaya ini. Jadi saya meminta bantuan kawan karib saya Mok Ja a.k.a Norliza untuk
memasaknya. Beliau memasak menggunakan bahan dan cara seperti yang dibuat oleh emaknya
yang merupakan seorang tukang gulai di Kampung Bukit Tegayong, Kok Lanas. Sebab itulah
saya dapat mengambil gambar step by step ni. Selain menengok, saya hanya tolong-tolong
kacau aje. Diharapkan apa yang saya kongsikan memberi manfaat kepada saya dan semua yang
membaca.

RESEPI GULAI ITIK SERATI

Bahan bahan
1 ekor itik - potong kecil
Santan pekat dari 2 biji kelapa
2-3 sudu makan kerisik
2 packet rempah kari ayam/daging
2 sudu makan ketumbar biji - goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
1/2 inci kunyit
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu makan cili kering yang telah dikisar
2 ulas bawang putih
Air asam jawa secukupnya
Garam
Gula kabung
Rempah 4 sekawan - Kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara cara
1. Kisar halus halia, bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.
2. Campurkan bahan yang telah dikisar tadi bersama sama dengan rempah kari, ketumbar, cili kisar
dan sedikit air.
3. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan. Kemudian masukkan bahan bahan yang telah
dicampurkan tadi. Masak hingga pecah minyak.
4.Masukkan air asam jawa dan daging itik yang telah dibersihkan. Masak hingga daging itik empuk.
5. Kemudian masukkan santan dan masak lagi hinga mendidih. Masukkan kerisek, garam dan gula
kabung.
6. Renehkan dengan api perlahan hingga hampir pekat.
7. Saya tambahkan ubi kentang dalam gulai itik saya.

RENDANG ITIK
Bahan-bahan
1 ekor itik-di potong 12
1 1/2 sudu makan jintan manis*
1 1/2 sudu makan ketumbar*
1/2 sudu makan jintan putih*
1/2 sudu kecil lada hitam*
15-20 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
1 biji bawang besar
6 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai-3kisar- 2 titik hujung
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
1/2 kg santan pekat (beli yang kira kg ajer)
sedikit air-nak lembutkan daging itik
1 keping asam keping
sedikit minyak
garam
Cara-cara
1. Bersihkan itik dengan tepung gandum, bilas dengan air dan toskan.
Masukkan dalam p/cooker dan masak dengan api perlahan selama 20-30 minit.
(kalau itik tua)
2. Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *. Kisar dengan
sedikit air.
3. Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit
hidup bersama 3 batang serai.
4. Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan
segala bahan no 2.
5. Biarkan berbau wangi dan kacu selalu dan masukkan pula itik. Masukkan air
dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk. (klu guna p/c x pyh ikut
step ni yer)
6. Kacau dan masukkan santan pekat, sekeping asam keping dan sedikit air.
7. Biarkanlah merenih dengan api sederhana dan masukkan 2 batang serai
yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
8. Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam dan rasa.
9. Bila dah agak pekat, kecilkan api..takut hangit...dan kacau selalu sehingga
kering.(akak gunakan kuali non stick sebab tak melekat kat kuali)

Pagi esok buat puri makan dengan rendang buat sarapan


Mula-mula tomato dibersihkan dengan membuang tangkai, daun dan sebagainya yang tidak patut
dipuri.

Kemudian dihiris pada bahagian ujung bertentangan ngan tangkai seperti dalam gambar agar mudah
dibuang kulit nanti.
Air direbus sehingga mendidih, kemudian tomato dimasukkan dan direbus selama 10 hingga 15
minit.

Lepas tuh direndam dalam air sejuk lebih kurang 5 minit agar mudah kulitnya dibuang nanti.
Kulit dibuang dengan mudahnya.

Yang dah siap dibuang kulit.


Lepas tuh tomato dibelah dua dan dibuang biji serta jus untuk mendapatkan puri yang lebih pekat,
tinggal isi jer. Kalau taknak buang pun takper...belasah jer.

Dah siap dibuang biji dan air/ jus.


Kemudian blend dengan blender atau food processor hingga hancur semuanya.

I kg tomato dimasak bersama 1/2 cawan cuka, 1/2cawan gula dan 1sudu besar garam. Masak ikut
kepekatan yang dikehendakilah..nak cair pun boleh jugak.
Siaplah sebotol homemade tomato puree.

Mudahkan? Masa yang diambil tak lama pun dalam 40 minit menyiapkannya. Yang bagusnya
homemade nie adalah menggunakan sumber yang segar dari kebun, lebih bersih dan tiada sebarang
pengawet. Nak tahan lama simpan dalam deep freezer. Pasni bolehlah guna tuk masak pizza atau
spaghetti.

Mungkin boleh cuba buat sos tomato pulak kan lepas nie..:)

Resepi: Itik Panggang


Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor itik - bersihkan, buang kepala dan kaki
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 sudu besar garam

Bahan perapan:
1 labu bawang besar - kisar
3 biji bawang putih - kisar
3cm halia - kisar
1 sudu madu
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap cair
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos hoisin
1 sudu lada putih - kisar
2 sudu five spices - bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, lada sulah dan jintan
hitam - kisar
garam - secukup rasa / jika perlu
sediakan sedikit campuran sos hoisin, madu dan kicap untuk melumuri badan itik
ketika dipanggang

Cara:
1. Lumurkan seluruh badan itik dengan jus limau nipis dan garam. Biarkan selama
40 minit.
2. Cuci itik sehingga bersih dan toskan selama 1 jam.
3. Lumurkan seluruh badan itik luar dan dalam bersama bahan perapan.
4. Perap semalaman di dalam peti sejuk
5. Keluarkan itik yang diperap dan toskan supaya keluar air dari badan itik selama
2 jam.
6. Panggang itik di dalam ketuhar dengan api perlahan selama 3 jam.
7. Setiap 30 minit, keluarkan itik dan buang minyak dari lelemak itik.
8. Sapu seluruh itik dengan campuran sos hoisin, madu dan kicap.
9. Setelah itik masak, biarkan seketika anggaran 15 minit sebelum dipotong untuk
dihidangkan.

Amie tidak menyediakan Sos Vietnam untuk pencicah Itik Panggang sebaliknya
Amie buat sejenis pencicah yang selalu kakak ipar Amie hidangkan semasa BBQ di
kampung. Tapi.... tak tahu apa namanya...
Bahan-bahan:
15 biji cili kering
10 biji bawang merah - hiris nipis
7 biji bawang putih - hiris nipis
1 cawan bancuhan air asam jawa
jus limau kasturi- pilihan
kicap secukupnya - Amie gunakan Kicap Cap Kipas Udang yang sudah cukup lengkap
segala rasanya

Cara:
1. Goreng bawang putih, bawang merah dan cili kering hingga garing.
2. Masukkan cili kering, bawang merah dan bawang putih goreng, air bancuhan
asam jawa dan kicap ke dalam pengisar.
3. Kisar hingga halus.
4. Tuang ke dalam mangkuk.
5. Boleh tambah jus limau kasturi jika suka - takperlu bubuh garam kerana kicap
sudah cukup perasanya.

Resepi Ayam Panggang Madu Istimewa


oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
3 ketul ayam (bahagian dada)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
4 sudu besar madu
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
- Sediakan bahan perapan dengan memasukkan bawang putih, halia, madu, sos tiram,
kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata semua bahan.
- Kemudian sapukan bahan perapan pada ayam.
- Perap ayam selama 2 jam.
- Masak ayam menggunakan oven pada suhu 200 darjah selama 30 - 40 minit / sehingga
masak.
- Jika menggunakan pemanggang ajaib, masa diambil hanya 15 - 20 minit.

Cara masak Ayam Percik palingg senang dan sedapp! :)


to be honest, aku tak pernah masak ayam percik seumur
hidup. percaya tak? kesian kannnnn T____T huhuuu. so boleh tak hari ni
cara
kita main masak-masak lagi sebab aku nak share dengan korang
masak ayam percik paaaaling senang, cepat dan
sedapppp! ;)) senangg jeww rupanyaa, aku pun baru tahu
mihmihmih. :p aku ingatkan susah gilaa. nama pon ayam percik kannn.
bahan utama dia dah tentu-tentu ayam. ;) ok mula-mula,

kaw gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. garam


jangan banyak sangatt tau. nanti masin sebab kuah percik nanti pon nak
letak garam jugak kannn. so garam sekadar cukup rasa je. gaul macam
selalu kita gaul untuk goreng ayam tu jeewww cuma beza dia, untuk
ayam percik kita kena panggang. tu jeee ;) siappp gaul terus
panggang. api kecik je tauuu kan rentungg ayam! HAHA. almaklumlaaa
titeww kennn xde pemanggang ajaibbbb T__T pemanggang tradisional
besi kepit-kepit pon jadi. muehehe :p settle bahagian panggang ayam.
nextttt, kaw blender je semua sekali bahan-bahan ni.

bawang besar, bawang putih, halia dan tiga


batang serai. kuantiti setiap bahan kaw agak-agak je la janji
sedapp. :P huhu. letak air sikit dalam blander tauu kang tak terblend
barang-barang ni sebab kering sangat kenn. settle blender 4 jenis bahan
tadi, tumissssss. :)
sesambil menumis, kaw sediakan 4 barang ni untuk campak jeee semua
dalam kuali tadi. ;)

halba setengah sudi kecik, seketul asam keping, 3 sudu besar


cili boh dan 3 batang serai ditumbuk sebagai penyeri bau dan
pencantik mata. :p campakkkk jeee semua sekaliii dalam tumisan
tadi :)
kemudian tuangkan 1 kotak santan. gaul sebati dan biarkan sampai
dia pecah minyak. kalau nampak macam pekattt sangat, tuang air kosong
sikit-sikit ye dalam kuah ni bagi tak pekat sangatt. tapi jangan cair
sangattt tauu, cair tak sedap.
masukkan garam dan gula secukup rasa. masukkan ayam yang dah
siap dipanggang tadi dalam kuali yang sama.

siapppppp! ayam percik sedia untuk dihidangkannnn. ;))


seee, senang kan? ;)) sila buat esok untuk berbuka dan konpemmm
korang akan kagum dengan diri sendiri macam mana aku kagum masuk
bakul keluar sendiri. kehkehkeh. first time buat babeee nasib baikkk
menjadi. ni la resepi ayam percik mama sayaaaa! :)) senang kannnnn

Anda mungkin juga menyukai