Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan

Tugasan ini adalah berkehendakkan kaunselor pelatih untuk menyediakan satu laporan

analisis dua inventori seorang klien. Kaunseling kerjaya bagi klien tersebut adalah mengenai

isu pemilihan bidang pekerjaan yang sesuai dengan dirinya.

Secara ringkasnya klien adalah seorang lelaki berbangsa Cina yang berasal dari

Kuching, Sarawak. Beliau berusia 26 tahun dan sedang bekerja sebagai seorang Guru

pemulihan khas di SJKC Nyuk Hwa, Semporna. Beliau mempunyai perancangan untuk

menukar bidang pekerjaan guru kepada seorang usahawan. Oleh yang demikian kaunseling

kerjaya ini bertujuan untuk membantu beliau menilai sama ada pekerjaan yang ingin

dilakukan di masa depan itu sesuai atau tidak.

Sesi kaunseling kerjaya bersama klien yang dinyatakan telah dilaksanakan pada 1

Ogos hingga 3 Ogos 2017 bertempat di Bilik Bimbingan dan Kaunseling SJKC Nyuk Hwa

Semporna, Sabah.

2.0 Fasa Kaunseling Kerjaya

2.1 Fasa Kenali Diri


Menurut Othman Mohamed (2016) yang menyatakan bahawa seorang individu membuat

pilihan pekerjaan berasaskan kepada ciri personalitinya yang bersesuaian dengan sesuatu

perkerjaan dalam alam persekitaran yang sesuai. Kaunselor perlu mengenal personaliti klien

bagi memastikan bidang kerjaya yang bakal diceburi mereka suatu hari nanti adalah kerjaya

yang menjamin masa depan diri. Oleh itu, amatlah penting bagi seseorang itu mengetahui

1
personalitinya sebelum menceburi bidang pekerjaan tersebut. Sesi kaunseling kerjaya pada

kali ini kaunselor pelatih akan mengupas personaliti klien.

Pada sesi pertama, kaunselor pelatih telah membina hubungan dengan klien. Ini

adalah bagi memastikan klien bersedia untuk membuat sebarang perkongsian dengan

kaunselor pelatih. Disamping itu juga, ia adalah bertujuan untuk memupuk keyakinan klien

kepada kaunselor pelatih bagi mebantu klien mengenai pemilihan kerjayanya. Penstrukturan

bersama klien juga dilaksanakan oleh kaunselor.

Pada sesi kedua, kaunselor pelatih telah membuat penerokaan terhadap klien

mengenai latarbelakang dan perihal perwatakan klien. Klien telah membuat perkongsian

mengenai latar belakangnya sejak beliau dibangku sekolah sehingga ke masa kini. Selain

daripada itu juga, klien membuat perkongsian yang menyatakan bahawa klien ingin

memastikan adakah pilihannya adalah tepat bagi menjamin masa depan klien kerana klien

telah membuat perancangan untuk menukar pekerjaannya sekarang sebagai seorang guru

kepada usahawan yang Berjaya. Bagi mendapatkan kepastian mengenai perihal diri klien

iaitu personaliti, kaunselor pelatih telah membuat perancangan bagi mendapatkan butiran

mengenai personaliti klien dengan lebih jelas lagi iaitu dengan menggunakan Inventori

Personaliti Eysenck. Dengan menggunakan inventori demikian, ia dapat membantu kaunselor

pelatih dan juga klien di dalam mengenali personaliti klien dengan lebih berstruktur.

Kaunselor pelatih telah mengemukakan borang soal selidik Inventori Personaliti

Eysenck kepada klien untuk beliau menjawab borang berkenaan di akhir sesi kedua. Klien

telah menjawab borang soal selidik tersebut sambil diselia oleh kaunselor pelatih. Klien juga

telah menyerahkan borang tersebut kepada kaunselor pelatih apabila ia selesai diisi dan

2
dijawab oleh klien. Kaunselor pelatih membuat analisis terhadap borang jawapan Inventori

Personaliti Eysenck tersebut dan memberit kepada klien mengenai keputusan borang soal

selidik menggunakan inventori tersebut pada sesi ke tiga.

2.1.1 Analisis Skala Inventori


Borang soal selidik Inventori Personaliti Eysenck telah diberikan kepada klien selepas sesi

kedua. Klien diminta untuk menjawab borang soal selidik tersebut dan menyerahkan kepada

kaunselor pelatih setelah selesai menjawabnya. Hasil dari borang inventori tersebut adalah

seperti berikut:

Bahagian skor

A 18

B 7

Hasil daripada skor kedua-dua bahagian tersebut ditejemahkan di dalam skala

Inventori Personaliti Eysenck seperti berikut:

Gambar 1: Skala klien berdasarkan kepada Inventori Personaliti Eysenck.

3
Berdasarkan kepada hasil penggunaan Inventori Personaliti Eysenck seperti Gambar

1, kaunselor pelatih telah menerangkan hasilnya kepada klien pada sesi ketiga. Klien amat

teruja dengan hasil ujian personaliti dengan menggunakan Inventori Personaliti Eysenck. Ini

kerana klien sebelum ini belum pernah menggunakan inventori yang dinyatakan oleh

kaunselor pelatih.

2.2 Fasa Kenali Pekerjaan.

Bagi fasa ini, kaunselor mengajak klien untuk mengenali tret yang lahir di dalam diri klien.

Perkara ini penting kerana proses membuat pemilihan kerjaya adalah untuk memadankan

individu dengan sesuatu pekerjaan (Sidek Mohd Noah, 2013). Oleh itu, kaunselor pelatih

akan mengenalpasti padanan yang bersesuaian dengan klien pada sesi kaunseling ini.

Pada sesi keempat, kaunselor pelatih membuat penerokaan terhadap minat kerjaya

yang diminati oleh klien. Klien pada awal ingin menjadi usahawan yang berjaya namun kini

berada dalam bidang perguruan.. Kaunselor pelatih juga telah menerangkan kepada klien

kembali mengenai hasil ujian Inventori Personaliti Eysenck. Ternyata berdasarkan kepada

ujian tersebut, ia dilihat amat bersesuaian dengan kerjaya klien sekarang. Namun, kaunselor

pelatih ingin menambahkan keyakinan klien terhadap kerjaya klien tersebut adalah

bersesuaian dengan menggunakan Inventori Minat Kerjaya iaitu Vocational Preference

Inventory (VPI).

Borang soal selidik VPI diberikan kepada klien diakhir sesi keempat. Klien juga

diminta untuk menjawab kesemua soalan tersebut. Namun, kaunselor pelatih juga

menyatakan kepada klien sekiranya klien tidak pasti atau tidak dapat menentukan jawapan

kepada soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik tersebut, klien boleh

4
meninggalkannya kosong.. Hasil dapatan akan dibuat penerangan pada sesi kelima bersama

klien.

2.2.1 Vocational Preference Inventory (VPI)


Hasil yang diperoleh daripada borang jawapan VPI terhadap klien adalah seperti berikut:

Skala Skor

Skala Primer
Realistic 1
Investigative 2
Artistic 1
Social 2
Enterprising 3
Conventional 0
Skala Sekunder
Kawalan Diri (SC) 15
Maskuliniti-Feminiti (MF) 9
Status (ST) 8
Infrequency 8
Acquiescence 3

Jadual 1: Skor VPI bagi klien

Berdasarkan kepada hasil dapatan dengan menggunakan VPI, jelas menunjukkan bahawa

klien mempunyai tret pada Skala Primer seperti Enterprising (E), Social (S) dan

Investigative (A. Oleh kerana A dan S mempunyai skor yang sama maka saya sebagai

kaunselor pelatih perlu membuat perkiraan bagi menentukan kod sebenar dapatan VPI klien.

5
EI

I E = 2-3 = -1( I )

S R= 2-1 = 1 ( S )

Kod Holland = ESI

Bagi Skala Sekunder pula, skor Kawalan Diri klien ialah 15. Ini menunjukkan bahawa klien

adalah yang mempunyai kawalan diri yang baik selalunya ia dikaitkan dengan mempunyai

kawalan dalaman yang tinggi atau proaktif. Dari segi Masculinity dan feminity, klien

memperolehi skor sebanyak 9. Ini menunjukkan bahawa klien memiliki ciri-ciri maskulin

yang selalunya dikaitkan dengan kerjaya seorang lelaki seperti polis, tentera, mekanik, dan

juruteknik. Klien adalah seorang yang ditafsirkan sebagai individu yang memberi nilaian dan

persepsi yang tinggi kepada kerjaya yang berstatus tinggi. Ini dapat dibuktikan dengan skor

ST klien adalah 8. Skor Infrequency klien adalah 3 dan skor Acquiescence adalah 3. Ini

menunjukkan bahawa jawapan yang terkandung di dalam borang jawapan klien adalah boleh

dipercayai dan jawapan yang dipilih oleh klien adalah berdasarkan kepada minat klien itu

sendiri tanpa dipengaruhi oleh factor-faktor lain.

Dapat disimpulkan disini bahawa berdasarkan kepada kedua-dua inventori yang telah

digunakan terhadap klien, ia mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. Namun, ia

perlu diperhalusi dengan membuat ujian keselarasan minat kerjayanya dengan menggunakan

Darjah Keselarasan Kod Tiga Mata Holland dan Tahap Keselarasan Iachan samada kerjaya

yang dipilih oleh klien benar-benar menepati pilihannya sendiri.

6
2.3 Padanan Diri Dengan Pekerjaan

Jika dilihat kepada hasil analisis VPI, model gaya individu dan persekitaran pekerjaan

mengikut Holland yang diperolehi klien adalah Enterprising (E), Social (S) dan Investigative

(A. Ujian keselarasan klien dengan menggunakan Darjah Keselarasan Kod Tiga Mata

Holland dan Tahap Keselarasan Iachan adalah seperti berikut:

Kod klien - ESI


Kod program menurut Holland - SAE

E S I
S 22 10* 4
A 10 5 2
E 4 2 1

Jadual 2: Darjah Keselarasan Kod Tiga Mata Holland dan Tahap Keselarasan Iachan bagi
Keselarasan klien.

Skor Tahap Keselarasan Iachan respondan/klien adalah 10

SKOR TAHAP KESELARASAN


26-28 Sangat selaras
20-25 Selaras
14-19 Tidak Selaras
13 dan kurang Sangat Tidak Selaras

Jadual 1.4.1 Petunjuk Tahap Keselarasan Iachan

7
Berdasarkan kepada skor Tahap Keselarasan Iachan, model gaya individu dan persekitaran

pekerjaan mengikut Holland terhadap klien boleh diklasifikasikan sebagai Sangat tidak

Selaras bagi profesyen perguruan jika dirujuk kepada jadual Petunjuk Tahap Keselarasan

Iachan.

b. Keselarasan diantara pekerjaan yang dimpikan dengan pekerjaan mengikut kod .

Kod klien - ESI


Kod program menurut Holland - ESC

E S 1
E 22* 10 4
S 10 5* 2
C 4 2 1

Jadual 3: Darjah Keselarasan Kod Tiga Mata Holland dan Tahap Keselarasan Iachan bagi
Keselarasan diantara pekerjaan yang diimpikan dengan kod VPI klien.

Skor Tahap Keselarasan Iachan respondan/klien adalah 27 (22 + 5 ).

Manakala untuk Keselarasan kedua skor Tahap Keselarasan Iachan, model gaya

individu dan persekitaran pekerjaan mengikut Holland terhadap klien boleh diklasifikasikan

sebagai Sangat Selaras bagi profesyen usahawan jika dirujuk kepada jadual Petunjuk Tahap

Keselarasan Iachan.

8
Pada sesi kelima, kaunselor pelatih telah menerangkan hasil dapatan dari inventori

VPI kepada klien. Klien mendapati bahawa dirinya semakin yakin akan perancangan

kerjayanya di masa hadapan. Kaunselor pelatih juga menerangkan kembali ujian-ujian yang

telah dilaksanakan pada awal sesi iaitu Inventori Personaliti Eysenck adalah sebagai satu

sokongan di dalam diri klien kerana ia menggambarkan personaliti klien kepada pemilihan

kerjaya yang dipilih oleh klien manakala VPI adalah berdasarkan kepada kejujuran klien

semasa menjawab soalan yang terkandung di dalam VPI.

Pada sesi keenam kaunseling kerjaya iaitu sesi penamatan, kaunselor pelatih sekali

lagi memaklum kepada klien dimana sesi yang dijalankan adalah sesi penamatan. Kaunselor

pelatih meminta agar klien untuk membuat perkongsian mengenai pengalaman klien semasa

menghadiri sesi kaunseling kerjaya bersama kaunselor pelatih. Klien telah menyatakan

bahawa sesi kaunseling kerjaya bersama kaunselor pelatih adalah berjaya menambahkan lagi

keyakinan di dalam dirinya menerusi membuat pilihan yang tepat di dalam hidupnya. Klien

juga menyatakan bahawa inventori yang digunakan di dalam sesi kaunseling adalah berlainan

dengan inventori yang digunakan oleh kaunselor yang lain. Kaunselor pelatih bersama amat

gembira dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh klien mengenai permasalahan yang

dihadapi oleh klien sebelum ini.

9
3.0 Kesimpulan

Pada pendapat saya secara keseluruhannya, kaunseling kerjaya ini dapat membantu klien

untuk mengenal pasti personaliti dan menilai kecenderungan diri kearah minat kerjaya yang

bersesuaian. Melalui ujian minat kerjaya seperti VPI dan IPE membantu menambah

keyakinan diri dalam membuat keputusan pemilihan kerjaya. Personaliti diri haruslah

bersesuaian dengan kerjaya yang ingin dipilih agar dapat menjamin kecemerlangan dalam

pekerjayaan yang dilakukan.

Berdasarkan keputusan ujian klien sememangnya kerjaya sebagai guru amat tidak

selaras setelah membuat ujian VPI manakala usahawan amat bersesuaian dengan personaliti

dirinya dikuatkan dengan tafsiran ujian Inventori Personaliti Eysenck iaitu seorang yang

peramah, out going, gemar bercakap, responsive, bebas dan kepimpinan.

10
Rujukan

Ahmad Rozelan Yunus. (2017). Kaunseling Kerjaya dan Perkembangan Personel. Universiti

Malaysia Sabah

Othman Mohamed. (2016). Kaunseling Perkembangan Kerjaya: Abad Ke 21.

Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah. (2013). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Serdang. Universiti

Putra Malaysia.

Lampiran

Lampiran A Borang Soal Selidik Inventori Personaliti Eysenck


Lampiran B Borang Soal Selidik Vocational Preference Inventory (VPI)

11
LAMPIRAN A

Borang Soal Selidik Inventori Personaliti Eysenck

12
LAMPIRAN B

Borang Soal Selidik Vocational Preference Inventory (VPI)

13
14
15
16

Anda mungkin juga menyukai