Anda di halaman 1dari 2

isu-isu yang dihadapi dalam membudayakan pengintegrasian ICT dalam PdP dalam kelas dan

bagaimana pemimpin sekolah yang berwawasan dapat mengatasi isu-isu tersebut secara
innovatif dan kreatif?

Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah.

Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkan aplikasi
penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan. Namun terdapat banyak isu dan cabaran
dalam pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Isu dan cabaran yang dihadapi dalam membudayakan pengintegrasian ICT dalam PdP
dalam kelas adalah seperti :
a. Tenaga pengajar yang kurang mahir
Masih terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data
atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Kelemahan
sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran terbantut.
b. Kekurangan peralatan ICT
Sekolah di luar bandar kurang dibekalkan peralatan ICT . Hal ini menyebabkan kesukaran
pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

c. Penyalahgunaan komputer dan internet


Terdapat sebilangan guru dan murid menyalahgunakan makmal komputer dan internet
percuma di sekolah. Ada guru dan murid didapati menyalahgunakan kemudahan internet di
sekolah untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran seperti laman sosial Facebook.

Cara mengatasi isu dan cabaran yang dihadapi adalah seperti:


a. Latihan Intensif
Sebagai pemimpin sekolah, dia boleh memberi latihan intensif kepada guru-guru
menerusi program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam
Perkhidmatan (LADAP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam
pengajaran dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih.
b. Menambah peralatan ICT dalam kelas
Sebagai seorang pemimpin, dia haruslah mengambil inisiatif menambah peralatan ICT
untuk kegunaan dalam PdP .
c. Penyekatan laman sosial
Bagi mengatasi masalah ini, sebagai pemimpin yang bijaksana, dia boleh
mendapatkan bantuan pegawai ICT kerajaan atau swasta bagi menyekat laman sosial
yang tidak berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai