Anda di halaman 1dari 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS RAJA MELEWAR


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN


GURU FASA IV 2013
CERAMAH GURU DAN AKAUANTABILITI

PROFESIONALISME

NAMA NO K.P ANGKA GILIRAN


LEE PICK KIN 810316055230 2011152-36-0129
KURSUS : PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN
RENDAHPENGAJARAN EMPAT TAHUN (SEMESTER V)

OPSYEN : PPG-PENGAJIAN CINA 3

KOD MATA PELAJARAN: WAJ 3114

PENSYARAH PEMBIMBING : EN LIM CHEN SOON

TARIKH SERAHAN : 13 APRIL 2013


KERTAS CADANGAN
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV
PPG Ambilan Jun 2011

TUJUAN

1. Kertas ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa

Program Bina Insan Guru (BIG) Institut Pendidkan Guru Kampus Raja Melewar,

Seremban..

LATARBELAKANG

2. Program BIG adalah salah satu komponen dalam pendidikan keguruan bagi

memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi menghadapi cabaran

dalam bidang profesion perguruan. Para guru yang bakal dihantar ke sekolah-

sekolah di seluruh negara bakal menempuh pelbagai cabaran seperti kejutan budaya

dan perubahan persekitaran justeru mereka ini perlu dilengkapkan dengan ilmu

pengetahuan di luar bilik darjah supaya dapat menyesuaikan diri mereka.

3. Program BIG juga adalah salah satu komponen yang perlu dalam Program PGSR.

Kandungan BIG adalah seperti Perkhemahan, Khidmat Masyarakat dan Bengkel

yang mana para pelajar wajib melaluinya.

4. Melalui pelaksanaan Program BIG adalah diharapkan para Guru Pelatih akan lebih

bersedia menghadapi kerjaya dan meningkatkan keberkesanan kerja.


5. Program BIG dapat mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan

guru yang seimbang. Penekanan utama BIG adalah berkaitan dengan

pembangunan modal insan guru yang seimbang, hubungan guru dengan

manusia dan alam, akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis

khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti

dan amanah, kreativiti dan inovatif di samping para pelajar mengenali dan

memperoleh pengalaman tentang dunia luar.

ASAS PERTIMBANGAN

6. Program ini merupakan pendedahan kepada penekanan domain pembangunan diri

insan guru yang seimbang.


7. Berdasarkan sukatan dan pro forma kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Dengan Kepujian (Bina Insan Guru), hasil pembelajaran adalah seperti berikut, iaitu:

7.1 Menjelaskan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang.

7.2 Berupaya berfikir secara positif dan meningkatkan prestasi kerjaya

keguruan.

7.3 Menjelaskan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan

tanggungjawab terhadap profesion masyarakat dan Negara.

7.4 Menunjukkan kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan

perkhidmatan sosial.

7.5 Kerkeupayaan berkerjasama dan bertanggungjawab dalam

melaksanakan sesuatu tugas secara bersama.

7.6 Berupaya berfikir secara refleksif dan kritis ke atas pengalaman,


PENGANJUR

Pelajar PPG telah ditugaskan untuk mengendalikan program Bina Insan Guru ( BIG ) bagi

pelajar-pelajar program PPG Ambilan JUN 2011 .

LATAR MASA

Program Bina Insan Guru kali ini adalah fasa IV/2013 (PPG) yang akan dilaksanakan pada

1 Mac 2013.

LATAR TEMPAT

Program ini akan dilaksanakan di Perpustakaan SJK(C)Ladang Sungai Salak.

PENYERTAAN

Peserta yang terlibat adalah seramai 5 orang pelajar PPG .Pensyarah yang terlibat ialah

Encik Lim Chen Soon.


Tentatif Program Bina Insan Guru

Ceramah Guru Dan Akauntabiliti Profesionalisme

( 1 Mac 2013 )

2.00 Petang - Pendaftaran Peserta Bina Insan Guru Fasa 2

2.30 Petang - Ceramah : GURU DAN AKAUNTABILITI PROFESIONALISME

3.30 Petang - Bengkel

4. 45 Petang` - Jamuan ringan dan bersurai


Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Bina Insan Guru

Pengerusi : Pn Voon Chee Ling

Naib Pengerusi : Pn Teh Yee Chung

Setiausaha : Pn Lee Pick Kin

Bendahari : Cik Goh Huey Ling

AJK :

Makanan : En Kok Kian Loong

Peralatan : En Lee Siew Seong

Dokumentasi : Cik Goh Huey Ling

Protokol : Pn Lee Pick Kin

Susun Atur Dewan : Pn Teh Yee Chung


KEWANGAN

Perbelanjaan makan minum dan hadiah adalah seperti berikut.

BIL PERKARA JUMLAH


1 Makan dan minum peserta RM 2.50 x 36 peserta

= RM 90.00
PERALATAN BILANGAN
LCD RM 25.00
1
2 Cenderamata
Jumlah
Mikrofon RM 115.00
1
PENUTUP

Melalui program ini diharapkan semua guru pelatih dapat menimba sebanyak
mungkin ilmu pengetahuan dan menjadi seorang guru yang berjaya pada masa
hadapan. Sesungguhnya program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai lagi guru
yang berkualiti pada masa hadapan. Semoga tema program Guru Dan Akauntabiliti
Profesionalisme akan dapat direalisasikan selari dengan hasrat kerajaan yang ingin
melahirkan guru yang berkualiti demi melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang pada masa depan.

Disediakan oleh :

___________________

( LEE PICK KIN)

SETIAUSAHA,

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV

PROGRAM CERAMAH GURU DAN HUBUNGAN KOMUNITI


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN


GURU FASA IV 2013
KHIDMAT MASYARAKAT GOTONG ROYONG
NAMA NO K.P ANGKA GILIRAN
LEE PICK KIN 810316055230 2011152-36-0129
KURSUS : PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN
RENDAHPENGAJARAN EMPAT TAHUN (SEMESTER V)

OPSYEN : PPG-PENGAJIAN CINA 3

KOD MATA PELAJARAN: WAJ 3114

PENSYARAH PEMBIMBING : EN LIM CHEN SOON

TARIKH SERAHAN : 13 APRIL 2013


LATAR BELAKANG

Pembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha
melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah
yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia
perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan
kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji
selaras dengan hasrat negara. Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu wahana ke
arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri
sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru
yang memiliki kemantapan sahsiah dan tahap profesionalisme yang tinggi serta sentiasa
bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Secara
tidak langsung ia akan memberi impak positif terhadap pembentukan citra guru yang kental
jati dirinya dan mampu menghadapi pelbagai rintangan pada masa akan datang apabila
mereka menjadi guru kelak.

2.0 TUJUAN

2.1 Kertas ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan


Jawatankuasa Program Bina Insan Guru (BIG) Institut Pendidkan Guru
Kampus Raja Melewar, Seremban untuk mengadakan Program Bina Insan
Guru Khidmat Masyarakat pada 9 Mac 2013.

2.2 Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran PIBG untuk menampung
kos bagi mengadakan program yang adalah merupakan sebahagian daripada
keperluan kurikulum.
3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Program Bina Insan Guru fasa IV ini diadakan untuk melahirkan guru pelatih
yang berkemampuan dan berketerampilan serta mampu mengurus dan
mengendalikan sesuatu program kemasyarakatan dengan lancar, sentiasa peka
dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling terutamanya golongan yang
memerlukan serta memupuk semangat setiakawan, toleransi, kerjasama, dan
tolong menolong antara guru-guru pelatih selaras dengan aspirasi yang
terkandung di dalam FPK dan FPG. Program ini juga bertujuan untuk membina
dan meningkatkan kemahiran komunikasi serta interaksi antara peserta.

3.2 Butiran Program

Program Bina Insan Guru Khidmat Masyarakat ini akan diadakan mengikut
butiran seperti di bawah:

Tempat : SJK(C)LADANG SUNGAIN SALAK


Tarikh : 9 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi 1.00 petang

3.3 Bilangan pensyarah pengiring yang terlibat adalah seperti berikut :

i. En Lim Chen Soon - Mentor

3.4 Struktur Jawatankuasa Pelajar


Rujuk Lampiran 1

3.5 Belanjawan
Rujuk Lampiran 2

3.6 Tentatif Program


Rujuk Lampiran 3

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

4.1 Meningkatkan pengalaman kognitif terutamanya dalam aspek pengurusan dan


penyelenggaraan program, seterusnya menambahkan ilmu untuk mentadbir dan
melaksanakan program-program yang bakal dijalankan.

4.2 Memupuk semangat setiakawan, toleransi, kerjasama, dan tolong menolong antara
guru-guru pelatih.
4.3 Menanam sifat peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling terutamanya
golongan yang memerlukan.

4.4 Mengeratkan hubungan antara pelajar, pensyarah dan warga rumah amal tersebut.

4.5 Melahirkan warga guru yang sentiasa melakukan amal jariah secara ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang ganjaran.

4.6 Melaksanakan khidmat pendidikan kepada warga rumah amal yang memerlukan lalu
memupuk sikap tanggungjawab dalam diri guru pelatih pada masa yang sama.

4.7 Memupuk nilai estetika dan menghargai keindahan serta kebersihan melalui aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong dan mengecat bangunan.

5.0 SYOR
Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk mempertimbangkan
segala aktiviti dan perbelanjaan yang telah dinyatakan seterusnya meluluskan Program
Bina Insan Guru fasa dua ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

6.0 PENUTUP

Aktiviti yang dirancang adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan


Malaysia dalam melahirkan guru-guru yang berdisiplin dan cemerlang, tabah menghadapi
cabaran, beriltizam dalam apa jua bidang serta sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada
masyarakat. Diharap agar permohonan ini diluluskan dengan segera supaya aktiviti-aktiviti
yang dirancang dapat dijalankan.
Disediakan oleh,
.....................................
(LEE PICK KIN )
Setiausaha,
Program Khidmat Masyarakat,
SJK(C)Ladang Sungai Salak.

Disemak oleh:
.....................................
(EN. LIM CHEE SOON)
Institut Pengurusan Raja Melewar Seremban
Pensyarah Penasihat

Disahkan oleh,
..................................
(HJ MUSA BIN ABDULLAH)
Pengarah
Institut Pengurusan Raja Melewar Seremban

Lampiran 1

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAJAR PROGRAM BINA INSAN GURU (


BIG) KHIDMAT MASYARAKAT

Pengerusi : Pn Voon Chee Ling

Naib Pengerusi : Pn Teh Yee Chung

Setiausaha : Pn Lee Pick Kin

Bendahari : Cik Goh Huey Ling


AJK Buku Program :

i) En Kok Kian Loong


ii) Pn Te Pein Lin
iii) Pn Tan Kim Yong
iv) En Lee Siew Seong

AJK Peralatan :

i) Cik Ong Soo Ching


ii) Pn Tan Kim Yong
iii) Pn Chin Yee Jie

AJK Makanan :

i) Pn Lim Lee Wei


ii) Pn Lim Mei Ting
iii) Pn Chin Kwan Tai

Lampiran 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Anggaran perbelanjaan

Makanan
1. RM2.5 x 40 orang = RM100

Kelengkapan mengecat :

Sarung tangan
RM 300

2. Berus dan penyapu 10 unit


Cangkul 8unit
Tong 10 unit
sabit 4 unit

3 JUMLAH RM 400
Lampiran 3

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
10.30 pagi Berkumpul di dewan

11.00pagi Pembahagian kumpulan dan kerja

11.15 pagi Gotong royong

1.00 petang Majlis penutup

1.30 petang Jamuan

LAPORAN GOTONG-ROYONG SJK(C)LADANG SUNGAI SALAK


Tarikh: 9 Mac 2013

Masa : 10.30-1.30 petang

Tempat : SJK(C)LADANG SUNGAI SALAK

Gotong Royong SJK(C)Ladang Sungai Salak diadakan pada hari Sabtu 9 Mac 2013.

Majlis dipengerusikan oleh Pn Voon Chee Ling (PK HEM ) dan dibantu oleh ahli

jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan majlis tersebut.Segala peralatan telah

disediakan oleh pihak sekolah.

Seramai 36 orang guru ,10 orang kakitangan sekolah dan murid Tahun 1 hingga 6

hadir menyertai gotong royong pada hari itu. Sebelum gotong royong bermula,taklimat

telah diberi kepada semua yang hadir tentang pembahagian kumpulan dan tugas-tugas

tertentu.Murid murid yang terpilih ditugaskan untuk membersihkan Pusat Sumber

Sekolah,

Bilik Bantu Mengajar,Bilik Pemulihan,Bilik Alat Pandang Dengar dan Bilik Agama bersama

guru-guru matapelajaran.Setiap kumpulan dibekalkan peralatan pembersihan seperti

pongkes,penyapu,penyodok dan sarung tangan dan plastik sampah.

Aktiviti gotong royong bermula pada pukul 11 pagi.Sebaik sahaja murid-murid

dipecahkan kumpulan,mereka mula sibuk melakukan tugas masing-masing seperti

menyodok longkang,mengutip sampah-sarap dan lain-lain. Ketua pustakawan mengetuai

ahli-ahlinya menyusun buku-buku dengan rapi dan kemas,membaik pulih buku cerita yang

rosak dan sebagainya.

Guru kelas telah membimbing anak-anak buah untuk membersihkan kelas masing-

masing.Murid-murid membersihkan lantai kelas dengan mencuci dan memop lantai.Ketua

keceriaan kelas diberi tugas untuk menyediakan papan kenyataan kelas dan hiasan.
Kelengkapan di dalam kelas dipastikan lengkap dan dalam keadaan baik.Murid-murid

bekerjasama antara satu sama lain untuk menceriakan sekolah.

Jamuan untuk guru, ibu bapa dan murid disediakan .Sambutan gotong royong di

SJK(C)Ladang Sungai Salak amatlah membanggakan dan diharap ramai lagi penyertaan

ibu bapa pada masa yang akan datang.Pihak sekolah merakamkan berbanyak banyak

terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi

menjayakan aktiviti gotong royong tersebut.Dengan program ini juga,telah memberi manfaat

Kepada guru dan murid.

Disediakan oleh,

..

(LEE PICK KIN)

Setiausaha
Refleksi Program Khidmat Masyarakat Gotong royong

Salam sejahtera dan ribuan terima kasih saya ucapkan kerana saya dan rakan-rakan

lain dapat menyempurnakan program Bina Insan Guru Fasa IV ini. Secara keseluruhannya,

program Bina Insan Guru ini telah memperluaskan ilmu saya dan telah memberi saya

banyak pengalaman yang buat kali pertama untuk berkhidmat kepada masyarakat. Saya

amat berbangga dan seronok kerana mempunyai peluang untuk menyertai program yang

besar ini.

Sebenarnya, saya sentiasa menanti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang

semester ini disebabkan selepas saya mengikuti perkhemahan BIG Fasa I pada semester

yang lepas, saya percaya ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan

mendalam bagi saya. Sehubungan dengan program ini, kami dibahagikan tugasan secara

mengikut kumpulan masing-masing untuk mengadakan aktiviti gotong royong bersama

semua warga sekolah. Tugasan yang harus dilaksanakan adalah membersihkan dan

mengemaskinikan kelas bersama-sama anak murid.

Saya berasa bangga apabila semua guru dan murid termasuk saya sendiri menerima

apa-apa kerja yang diamanahkan kepada kami tanpa mengeluh. Keadaan ini telah

memberikan satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru, jika sanggup

berkhidmat kepada masyarakat kita tidak patut memilih kerja-kerja yang semata-mata untuk

tujuan kesenangan diri-sendiri sahaja. Sebaliknya, kita harus berkorban apa jua sama ada

masa, tenaga dan sebagainya untuk mengajar murid-murid di sekolah pada masa depan.

Melalui aktiviti ini, saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan adalah

sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah yang selesa dan

kondusif. Pada masa yang sama, ia juga dapat melahirkan suatu alam persekitaran yang

sejahtera dan harmoni.


Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar dan juga

telah menepati matlamatnya untuk membentuk insane guru yang cemerlang. Program Bina

Insan Guru ini buka saja telah menbina jati diri seseorang, tetapi juga meluaskan

pengalaman dengan didedahkan kepada menjalankan program di luar bilik. Selain itu,

program khidmat masyarakat ini secara langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim

antara guru pelatih dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih kukuh dan

erat. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa

bersedia untuk memdidik anak bangsa tidak kira di mana mereka akan ditempatkan pada

masa yang akan datang. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

ribuan terima kasih atas usaha dan bimbingan daripada para pensyarah. Saya memang

berasa seronok dan gembira selepas menyertai program khidmat masyarakat ini.

Sekian,terima kasih.

Refleksi Ceramah Guru Sebagai Insan Mulia


Pada 1 Mac yang lepas, saya telah menghadiri satu seminar Bina Insan Guru(BIG)

bertempat di Perpustakaan Sekolah. Seminar ini telah dihadiri oleh semua warga guru

sekolah. Seminar ini telah diberikan oleh Pn Voon Chee Ling yang merupakan seorang

guru yang mahir dalam pengajaran.

Selama mengikuti seminar ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari

sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seminar yang dimulakan dengan ceramah

yang bertajuk Budaya Guru begitu menarik perhatian saya dari awal lagi. Semasa sesi

ceramah terutamanya, penceramah telah banyak menyedarkan saya tentang kesediaan

kami sebagai bakal guru dalam mengamalkan budaya-budaya profesional sejak dari

sekarang lagi.

Selain itu, penceramah juga ada menyatakan bahawa sebagai seorang bakal guru,

guru pelatih sepatutnya sudah pandai ataupun belajar untuk menyalurkan segala perkara

yang ingin disampaikan kepada sesuatu organisasi atau individu melalui saluran yang betul.

Teguran dan nasihat ini sebenarnya banyak menyedarkan saya dimana situasi sekarang

amat bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut. Hal ini kerana,

sejak kebelakangan ini sudah timbul satu senario dimana mereka yang tidak berpuas hati

terhadap sesuatu perkara lebih suka menyalurkan masalah itu melalui saluran yang tidak

betul. Malahan, cara yang dipilih oleh segelintir mereka yang terlibat ini juga dilihat seperti

tiada penyelesaian dan mungkin lebih memburukkan lagi keadaan.

Akuantabiliti seorang guru juga turut disentuh oleh penceramah dimana seorang

guru ini bertanggungjwab datang ke kelas dan mengajar murid mereka pada masa

mengikut jadual yang ditetapkan. Contoh yang diberikan penceramah begitu mudah untuk

dikaitkan dengan budaya guru dimana guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan

menepati masa. Disini, saya sedar bahawa penceramah mahu menegur dan mengajar guru

pelatih tentang pentingnya menepati masa dan melaksanakan tanggungjwab yang telah
diberikan. Isu ini jelas menekankan masalah segelintir guru pelatih yang selalu datang lewat

ke kuliah dan memberi begitu banyak alasan untuk menyelamatkan diri dari dikenakan

tindakan. Isu-isu ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku dikalangan guru pelatih kerana

perkara ini benar-benar bertentangan dengan budaya seorang guru. Oleh yang demikian,

nasihat dan teguran dari penceramah pasti akan diambil serius oleh kami semua.

Akhir sesi ceramah, penceramah sempat memberikan sedikit peringatan kepada

kami semua sebagai bakal-bakal guru supaya membuat satu anjakan paradigma dalam

mengamalkan buday guru dalam kehidupan kami bermula dari sekarang lagi. Sesi ceramah

kemudian diakhiri dengan satu sesi soal jawab antara penceramah dengan guru pelatih.

Seterusnya, kami semua telah dikehendaki berada dalam satu kumpulan kecil iaitu

kumpulan mengikut kelas dan dipantau oleh tutor masing-masing bagi membincangkan

beberapa tema keguruan yang telah diberikan. Setelah berbincang dalam kumpulan kami,

kami semua telah memilih satu tajuk yang begitu sesuai bagi kami bincangkan iaitu Guru

Insan Mulia. Walaupun diberikan pilihan dengan pelbagai tema dan tajuk-tajuk lain, kami

sepakat memilih tajuk ini kerana ianya adalah satu tajuk yang menarik dan penting untuk

dibincangkan bersama.

Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti itu begitu

banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kelak.

Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang buruk akan dijadikan sempadan.

Jika diberi peluang untuk menyertai seminar-seminar yang bertemakan profesion keguruan,

saya pasti akan menghadirinya dengan niat untuk belajar dan membuat persedian bagi

menghadapi hari muka sebagai guru yang berjaya. Semoga refleksi ini dapat

menggambarkan segala yang telah saya pelajari dari Seminar BIG ini.

Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S


1 i.Tujuan

ii.Latar Belakang
2 i.Asas asas Pertimbangan

ii.Objektif
3 Penutup
4 Senarai Ahli Jawatankuasa
5 Anggaran Perbelanjaan
6 Tentatif Program
7 Minit mesyuarat
8 Laporan
9 Lampiran
10 Refleksi

Anda mungkin juga menyukai