Anda di halaman 1dari 2

FAEDAH-FAEDAH COACHING:

Anda mungkin berfikir mengapa anda perlu menjadi seorang coach. Anda sudah mempunyai
banyak kerja dan kekurangan masa untuk melakukan kesemuanya. Hari anda dipenuhi kerja-
kerja merancang, mengurus dan mentadbir sekolah, memimpin staf, mengurus kewangan,
membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menangani konflik, menghadiri banyak
mesyuarat dan seterusnya.
Jawapannya ialah pendekatan coaching dapat memudahkan tugas dan meningkatkan kerjaya
anda dengan cara:
1. Membangunkan kemahiran pekerja
Membangunkan kemahiran-kemahiran baru di kalangan guru dan staf. Mereka
akan dapat mengambil alih beberapa tugas rutin yang mengambil banyak masa
anda. Kebolehan anda membahagikan tugas akan memberi anda lebih masa
untuk berfikir, merancang dan memotivasikan staf lain.

2. Meningkatkan produktiviti
Guru dan staf dapat bekerja dengan lebih cekap dan bijak. Prestasi warga
sekolah akan bertambah baik dan mampu meningkatkan prestasi sekolah dan
pencapaian murid.

3. Mengatasi masalah prestasi pekerja


Coaching dapat membantu guru dan staf yang kurang mampu melakukan tugas
dengan baik seperti kurang cekap mengurus kelas, tidak tahu mengurus masa,
tidak menyumbang apa-apa dalam mesyuarat dll.

4. Menggalakkan budaya kerja positif


Ia boleh membaiki hubungan kerja yang lebih mesra dan menjadikan kerja
pengurusan lebih mudah. Coaching dapat membantu guru dan staf mengatasi
masalah pelaksanaan, membina kekuatan dan kemahiran baru. Ia akan
menghasilkan kepuasan bekerja dan tahap motivasi yang tinggi.

5. Membentuk staf yang boleh naik pangkat


Prospek kerjaya anda juga dipengaruhi oleh keupayaan anda membangunkan
sumber modal insan di bawah pengurusan dan pentadbiran anda. Kredibiliti
anda meningkat apabila anda berjaya melahirkan staf yang boleh mengambil
peranan yang lebih besar dan bekerja dengan lebih cekap.

6. Mengurangkan kadar pertukaran guru


Coaching dapat membina kepercayaan antara anda dengan guru dan staf melalui
aktiviti yang memerlukan kerjasama dan sukarela. Mereka akan lebih taat dan
memperoleh motivasi apabila ketua mereka sanggup dan bersedia meluangkan
masa untuk membantu meningkatkan kemahiran mereka.

ZE/ze.coaching2014.docs Page 1
CONTOH KES

Guru Besar SK Ada Rajin suka melakukan sendiri banyak tugas yang sepatutnya dibuat
oleh staf sokongan. Apabila GB mendapati kawasan persekitaran sekolah kelihatan
terbiar dan tidak diendahkan oleh pekerja (setelah disuruh beberapa kali) , beliau
sendiri akan segera memotong rumput di padang, menanam bunga atau membersihkan
kawasan sekolah. Ramai staf yang kagum dan memuji atas keprihatinan beliau sanggup
melakukan sendiri tugas-tugas tersebut.

Seorang guru penolong kanan pentadbiran di SMK Keliruan sibuk mengurus jadual
waktu dan mengendali guru kelas ganti. Banyak masa diluangkan untuk menyelia guru
ganti kerana setiap hari terdapat beberapa orang guru yang terpaksa bertugas di luar
atas arahan PPD dan JPN. Beliau kekurangan masa untuk fokus kepada urusan berkaitan
pengurusan kurikulum yang lain seperti pencerapan dan pengurusan pentaksiran.

SMK Freeland mempunyai ramai guru mata pelajaran(optionist) dan guru senior.
Infrastruktur sekolah adalah baik, mencukupi, kondusif dan persekitaran yang bersih
dan ceria. Masalahnya ialah prestasi pencapaian pelajar masih di tahap sederhana
sahaja.

SMK Perkasa mempunyai dua orang guru bimbingan sepenuh masa (GBSM) yang sangat
aktif dan tersohor di daerahnya. Seorang daripada GBSM SMKP kerap dijemput bersama
sekumpulan GBSM di daerah tersebut memberi khidmat kaunseling kepada pelajar-
sekolah yang berdekatan dan sekitarnya. Pengetua SMK Perkasa merasa bimbang
terhadap sahsiah dan prestasi akademik sebahagian pelajar yang dianggap terbiar dan
kurang diberi perhatian oleh GBSM di sekolah sendiri.

ZE/ze.coaching2014.docs Page 2

Anda mungkin juga menyukai