Anda di halaman 1dari 3

En.

Rahman bin Ali (bukan nama sebenar) ialah seorang Guru Siswazah di sebuah
sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 15 tahun. Sepanjang
perkhidmatannya beliau telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam setiap
tugasan yang diberikan. Berdasarkan prestasi tersebut beliau telah dinaikkan pangkat
sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah dan telah ditempatkan di sekolah
yang baharu. Namun begitu, sejak menjawat jawatan baharu ini beliau dikesan kerap
kali datang lewat ke sekolah, tidak hadir ke mesyuarat penting, rekod tugasan yang tidak
dikemas kini dan selalu mengelak untuk mengambil tanggungjawab yang diberikan.
Beliau lebih banyak menyendiri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti bersama dengan
warga sekolah yang lain.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, empati adalah daya menyelami
dan memahami perasaaan atau emosi orang lain. Dalam istilah lain , empati juga
dapat diertikan suatu kemampuan untuk merasakan keadaan emosional orang
lain, merasa simpati dan mencuba menyelesaikan permasalahan dari perspektif
orang lain.

Dalam kes En. Rahman bin Ali ini, sikap empati seseorang pemimpin amat
penting bagi menyelami dan memahami perasaan En Rahman dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sebagai pemimpin bagi En Rahman,
saya akan bertindak dengan mengambil beberapa langkah bagi
mengenalpastikan masalah yang dihadapi oleh En Rahman. Saya akan
menjalankan sesi temubual secara tidak rasmi bersama En Rahman. Saya cuba
berbual tentang perasaannya dalam penyesuaian dengan tugas dan tempat
bekerja yang baharu. Selain itu, saya juga akan cuba memahami keupayaan dan
kesediaannya untuk melaksanakan tugas. Dalam sesei perbualan, saya akan
cuba mengenalpastikan hubungan En Rahman dengan staf-staf lain dan juga
tahap motivasinya.

Selain daripada itu, saya juga akan mengambil langkah bertemubual


dengan beberapa orang guru untuk mendapatkan maklumat bagi membantu En.
Rahman. Setelah mengumpul maklumat yang mencukupi dan mengenalpasti
masalah sebenar yang dihadapi oleh En Rahman, saya akan mengambil langkah
yang seterusnya dengan membuat pilihan-pilihan penyelesaian masalah yang
sesuai. Semasa dalam membuat pilihan penyelesaian masalah, saya mesti
mengutamakan perasaan dan emosi En Rahman supaya tidak menyinggung
perasaannya. Jika masalah yang dihadapai oleh En Rahman ialah tidak dapat
menyesuaikan diri dalam tempat kerja yang baharu dan

2. Pilihan-pilihan penyelesaian masalah

3. Membuat keputusan

4. Sokongan dan motivasi


Masalah yang dihadapi oleh Encik Rahman Bin Ali amat menyedihkan. Sebagai
pemimpinnya, kita harus berkemahiran empatik dimana kita harus dapat menyelami dan
merasai perasaan orang lain, mengenalpasti keperluan dan kebajikannya serta peka
terhadap perasaan En. Rahman.

Kita harus memupuk hubungan baik dengan beliau dan mendengar dan memahami
masalah yang dihadapi beliau dengan bersikap tulen dan tidak berpura-pura. Kita harus
sentiasa mencari peluang untuk berbual-bual dengan beliau dengan tidak membuat
penilaian awal terhadap beliau. Dengan ini wujudlah kepercayaan antara kita maka
dapatlah kita mencungkil apa yang ditanam dalam sanubari hati beliau.

Dalam perbualan itu kita mungkin dapat mengetahui bahawa beliau pengubah sikap di
tempat baharu mungkin disebabkan masalah keluarga, ekonomi , penyesuaian diri atau
sebagainya yang menyebabkan beliau tidak berkhidmat dengan baik di sekolah baharu.
Dengan ini, beliau akan merasai adanya orang yang sudi menghampiri dan mendengar
serta membantunya. Perasaan kesunyian dan tidak diambil berat akan hilang dan beliau
akan sudi membukka hatinya lama-kelamaan.

Anda mungkin juga menyukai