Anda di halaman 1dari 2

Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Bincangkan.

Pendahuluan
a. Keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara.
b. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang penting/signifikan
dalam membentuk keperibadian mulia kanak-kanak.
c. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah sosial yang telah mencetuskan isu polemik dalam
kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir .
d. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?
e. Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana kalau angin tidak
bertiup, takkan pokok bergoyang. (ada asap ada apinya)
f. Pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
Isi 1
a. Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing kebanyak ibu bapa kini yang terlalu
mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti anak
di riba diletakan, kera di hutan disusui
b. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian
mereka agar anak-anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan mental .
c. Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak/masyarakat yang kaya dalam kebendaan tetapi
muflis dari segi keperibadian akan secara tidak langsung memberi impak negatif terhadap
anak-anak mereka.
d. Oleh itu, keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk keperibadian
anak-anak.
Isi 2
a. Tambahan pula, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
b. Anak-anak tentunya dapat mengimplimentasikan/mengaplikasi nilai-nilai murni dan
sikap positif ini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari/jiwa yang baik.
c. Ibu bapa merupakan uswah hasanah/contoh teladan kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian
mereka mestilah sentiasa bersikap penyanyang dan berbudi pekerti mulia dan jangan
sesekali dijadikan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.

d. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi
keluarga khususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting/signifikan.
Isi 3
a. Disamping itu, anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka ibarat bapa borek, anak rintik.
b. Ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling
dipercayai anak-anak.
c. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menginduktrinasikan/melahirkan/mencanai/membuahkan / pucuk-
pucuk hijau ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri
dalam kebejatan/kerosakan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai
virus epidemik .
d. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk membezakan antara
intan dan kaca kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

e. Institusi keluarga memang merupakan salah satu langkah yang signifikan dalam membentuk keperibadian
anak-anak.

Isi 4
a. Dalam nada yang berbeza/Dalam erti kata yang lain, keluarga yang marem dan sakinat turut
merupakan tempat yang paling baik agar proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam kalangan anak-
anak.
b. Sikap-sikap yang positif haruslah disemai dalam jiwa anak masing-masing untuk menjamin kesejahteraan hidup
dan pembentukan keperibadian mulia mereka.
c. Anak-anak yang ibarat berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang ini mesti diberi penekanan dari
segi mental dan fizikal supaya kelak dapat menjadi tunggak negara.
Penutup
a. Intihanya, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara.
b. Ibu bapa mestilah menjalankan peranan masing-masing agar tidak dijadikan seperti hangat-hangat tahi ayam
.
c. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak.
d. Impian Perdana Menteri untuk membentuk sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dapat
dimakbulkan , sekaligus menjadi negara Malaysia berdiri gah di persada dunia.

Anda mungkin juga menyukai