Semenjak 2 menjak ni, muka depan CG byk thread2 yang berbau NAFSU/ SEX membuatkan
fikiran kita dibayangi suasana yang menjurus ke arah maksiat.
Semoga kisah dibawah mengembalikan akal fikiran kita untuk INGAT bahawa ALLAH
menjadikan manusia ada tujuannya. Anda carilah apa tujuan itu
Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang
kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya
itu?
Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui
tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan-
pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL
BASYAR / Bapa segala manusia)
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi
untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk
dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu
Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa
apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah
memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka
akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis
tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."
Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah
berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan
aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan
sebagainya.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat
menerima nasihat.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan
untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan
kepada Tuhan.
PROSESNYA KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air
hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan
berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan
didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka
sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-
wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul
Uluhiyah".
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan
dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa
malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu
tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya.
Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia,
terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal
warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang
dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang
mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat
sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya
terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara
yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal
sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia
yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut
dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-
urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam
dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada
AllahLah kita akan
dikembalikan.