Anda di halaman 1dari 4

Pantun Awal Pengacaraan

1. Bunga manggar si sirih junjung


Palu-paluan pelbagai bunyi
Jemputan diterima budi dijunjung
Hadirmu tuan menambah seri.

2. Tuan datang berwajah seri


kami menyambut berhati ria
Selamat datang ke majlis ini
majlis perlancaran bulan bahasa.

3. Berjabat tangan tanda mesra


palu-paluan pelbagai bunyi
Jemputan diterima penuh budi bahasa
hadirmu tuan menambah seri

4. Songket direntang bersulam intan


tenunan hiasan kilauan keemasan
Selamat datang ke hari Q Pendidikan
Kejayaan wawasan teras pendidikan.

5. Ikan tengiri masak kari


sayang tak dihidang malam ini
Salam mesra Pesta PSKPP
Yang pahit tolak ke tepi.

6. Ke pekan kita membeli tepung


tepung dibeli bersama kari
Di dewan ini kita berkampung
menjayakan majlis yang penuh berseri.

7. Anak Mak Limah bernama Dihi


Anak Kak Eton bernama Hartini
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi
Kerana mempertemukan kita di majlis yang mulia ini.

8. Sirih berlipat sirih pinang


sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
awal bismillah pembuka bicara

1
9. Bukan lebah sebarang lebah
lebah bersarang di ruas buluh
Bukan sembah sebarang sembah
sembah berkarang jari sepuluh

10. Sayang Sarawak sungainya sempit


Buah barangan lambung-lambungan
Lambat makan kena gastrik
segera hidangkan juadah makanan

11. Dalamnya muara Sungai Samarahan


ramai nelayan menangkap ikan
Majlis diadakan merapatkan persaudaraan
semoga ianya berakhir dengan kebaikan

12. Segarnya melor kembangan pagi


Indahnya alam ciptaan Tuhan
Dengan adanya majlis nasyid ini
semoga dapat meningkatkan perpaduan.

13. Daun selasih si pucuk mangga


ramuan mandian si anak puteri
Andai bukan hari keluarga
tidaklah kita datang ke mari.

14. Joran patah disentap haruan


padi dituai memerah keringat
Al-Quraan tinggi kita martabatkan
sebagai penyuluh hari akhirat

15. Hari ini mengutip koyong


hari esok mengutip kepah
Hari ini kita sebumbung
hari esok kita berpisah

16. Apa diharap padi seberang


Entah berbuah entah tidak
Entah dimakan pipit melayang
Sedia sudah aneka hidangan
Di depan mata jauhnya tidak
Sudilah kira tuan mulakan.

2
17. Padi berbuah sawah berair
batas ditanam pisang berangan
Azam pelajar SRK Telaga Air
tekad menuju ke arah kecemerlangan

18. Pagi hari mencari lokan


lokan dicari merata-rata
Kehadiran tuan kami alukan
semoga berseri majlis kita.

19. Ikan sepat ikan haruan


banyak dijual di dalam pasar
Dijemput untuk ucapan aluan
daripada yang dihormati tuan guru besar.

20. Meniti batas di permatang


padi berbuah sawah berair
Kami ucapkan selamat datang
bersama kami di SRK Telaga Air

21. Mendung berakhir beraraklah awan


anak-anak bermain jerami
Terima kasih kehadiran tuan
datang menyeri majlis kami.

22. Mudik ke hilir di tengah malam


berbekal nasi bergulai tidak
Pantun syair seloka dan gurindam
Puisi tradisi tertinggal tidak.

23. Pokok angsana pokok di rimba


Tempat bermain ungka dan kera
Dewan Bahasa dan Pustaka
Penyuluh bahasa penyuluh sastera

3
4

Anda mungkin juga menyukai