Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA MAJLIS HARI GURU

[1]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia,
Tn. Hj. Raja Kamarudin Bin Raja Ismail,
Guru Besar SK Sering

Tn. Hj. Ramzi bin Adam,


Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Muhammad bin Yaacob,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Kamaruzaman bin Abdullah,


Penolong Kanan Kokurikulum

Kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, staf-staf sokongan dan para pelajar yang
dikasihi sekalian.

[2]

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan
untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Sri Bestari ini bagi meraikan Sambutan
hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2017.

Selasih mekar di tengah desa


Mencelah sama kembang melati
Guru Pembina Negara Bangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar cikgu.
Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta
ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan
sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.
[3]

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, dijemput para guru dan pelajar berdiri dan
bersama-sama menyanyikan 3 buah lagu, iaitu Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan
Lagu Sekolah.

NYANYIAN 3 BUAH LAGU

[4]

Bagi menambah keberkatan majlis pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin dan
dilafazkan oleh al-Fadhil Ustaz Shamsudin bin Deraman.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz


Shamsudin bin Deraman atas bacaan doa itu tadi.

[5]

Sidang hadirin sekalian, seterusnya dijemput pula ............................................... untuk


membacakan Perutusan Hari Guru daripada ................................................

PERUTUSAN HARI GURU

Demikianlah tadi teks perutusan daripada ................................................


Terima kasih diucapkan kepada ................................................

[6]

Para guru dan pelajar sekalian, seterusnya majlis menjemput wakil murid selaku ketua
murid SK Sering, mewakili para pelajar.

Iaitu adik ................................................ untuk menyampaikan ucapan khas sempena hari


guru. Dipersilakan.

UCAPAN WAKIL MURID


Terima kasih diucapkan kepada adik ................................................ atas ucapan sebentar
tadi.

[7]

Hadirin sekalian.

Majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan

Tn. Hj. Raja Kamarudin Bin Raja Ismail,


Guru Besar SK Sering

bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan perayaan hari guru peringkat
SK Sering. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

UCAPAN PERASMIAN OLEH GURU BESAR

[8]

Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru ke pentas untuk bacaan
ikrar.

Yang akan diketuai oleh ............................ Mohon para guru naik ke pentas.

Dan selepas itu, kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru
dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia.

BACAAN IKRAR GURU / NYANYIAN HARI GURU

Demikianlah tadi nyanyian beberapa buah lagu daripada guru-guru yang kita sayangi.

[9]

Sekarang kita telah sampai ke acara memotong kek oleh Tuan Guru Besar dan
Penolong-Penolong Kanan, mohon para guru bersama-sama bagi mengiringi Guru
Besar untuk acara pemotongan kek.

ACARA PEMOTONGAN KEK


Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada para guru atas kerjasama yang
diberikan.

[10]

PERSEMBAHAN GURU

Majlis tidak akan meriah jikalau tidak diserikan dengan persembahan oleh guru. Dijemput
cikgu ................................. untuk menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk
...............................................

Dengan ini dipersilakan.

[11]

PERSEMBAHAN MURID

Para guru dan rakan pelajar sekalian.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita tampilkan satu persembahan
daripada .................................. khusus untuk guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sama-
samalah kita saksikan persembahan ini.

Sebagai mengenang jasa guru-guru di SK Sering yang telah mendidik mereka


selama 6 tahun, maka lagu ini ditujukan khusus buat guru-guru yang tersayang.

Sama-sama kita saksikan persembahan oleh murid 6 Gigih yang akan


memperdengarkan sebuah lagu yang bertajuk Terima Kasih Cikgu.

Persembahan 2 :

Persembahan 3 :

Persembahan 4 :

Persembahan 5 :
[12]

PENYAMPAIAN HADIAH

Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara


pertandingan memasak, permainan dan sukaneka hari guru,dan hadiah cabutan
bertuah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En. Muhammad


bin Yaacob, GPK Kokurikulum untuk mengiringi yang berbahagia, Tn. Hj. Raja
Kamarudin Bin Raja Ismail, Guru Besar SK Sering untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

Dipersilakan.

LAMPIRAN

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan


waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Guru
peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan jayanya.

Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU..... SELAMAT HARI GURU!

Tetamu jemputan, Semua guru dan staf sokongan dijemput ke kantin untuk
menikmati juadah jamuan yang telah disediakan.

Sekian, Wassalamualakum wbt.

Anda mungkin juga menyukai