Anda di halaman 1dari 2

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARIKEI,

TINGKAT 1, WISMA PERSEKUTUAN,


JALAN BANGUNAN KERAJAAN,
96100 SARIKEI, Telefon: 084-651284, 651293, 651376
SARAWAK. Fax: 084-653227
e-mail : ppdsarikei.moe@1govuc.gov.my

Ruj kami : JPS(W)/PPDR(uppk)/153/07/02/06/Jld. ( )


Tarikh : Oktober 2017
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Jalan Datuk Mohammad Musa,
94300 Kota Samarahan,

Tuan,

JEMPUTAN PAMERAN PENDIDIKAN DAN KERJAYA SEMPENA PESTA NANAS DAN BUAH-BUAHAN
SARIKEI TAHUN 2017

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita adalah dimaklumkan pihak PPD Sarikei dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sarikei
akan menganjur Pameran Pendidikan & Kerjaya sempena Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei 2017
seperti ketetapan berikut :
2.1 Tarikh : 18 hingga 19 November 2017
2.2 Hari : Sabtu hingga Ahad
2.3 Masa : 09:00 pagi hingga 04:00 petang
2.4 Tempat : Sarikei Innovation Center (S.I.C)
Jalan Nyelong, 96100 Sarikei.

3. Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan masyarakat tempatan khususnya para pelajar
lepasan sekolah menengah tentang peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati ke IPTA, IPTS
dan Institusi Teknikal / Kemahiran yang terdapat di negara kita khususnya di negeri Sarawak.

4. Oleh yang demikian, kami ingin menjemput pihak tuan untuk membuka kaunter pameran pada 18
hingga 19 November 2017. Kami juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat hadir bersama. Untuk
pengetuan tuan, segala perbelanjaan dan makan minum adalah tanggungjawab pihak IPTA, IPTS dan Institusi
masing-masing.

5. Pertimbangan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih. Pegawai yang
mengurus perkara ini, Puan Ramlah Mohamed Jamli, Penolong Penyelia Hem/Asrama di talian rasmi
pejabat, 0198145541 dan email ramlah.ppa.ppdsarikei@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( RADIN FOJI BIN RADIN ABDUL RAHIM )


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei

Rmj/fail majlisbersamajabatan/pelanggan/dokumen

Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak


Sarikei No. 1
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARIKEI,
TINGKAT 1, WISMA PERSEKUTUAN,
JALAN BANGUNAN KERAJAAN,
96100 SARIKEI, Telefon: 084-651284, 651293, 651376
SARAWAK. Fax: 084-653227
e-mail : ppdsarikei.moe@1govuc.gov.my

Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak


Sarikei No. 1

Anda mungkin juga menyukai