Anda di halaman 1dari 2

PK01 Pengurusan Panitia

PK01/3

FORMAT LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program : Bengkel teknik menjawab Sains Kertas 2

2. Tarikh : 17 dan 18 Julai 2017

3. Hari / Masa : Isnin dan Selasa / 9.00 hingga 10.00 pagi

4. Tempat : Bilik Mesyuarat SK LKTP Tenggaroh 2

5. Objektif : 1. Penerangan tentang prestasi akaedemik semasa dan


sahsiah murid

2. Perancangan awal sebagai persediaan untuk


UPSR 2018

6. Sasaran : Semua ibu bapa dan penjaga murid tahun 5

7. Butiran aktiviti :

Program ini diadakan dalam dua sesi yang melibatkan 2 hari yang berbeza.
Ini memudahkan pihak sekolah untuk fokus kepada kumpulan murid dengan kualiti
(cemerlang) dan kumpulan murid dengan kuantiti (lulus).

Sepanjang sesi perbincangan, ibu bapa memberikan banyak pandangan dan


isu yang berkaitan tentang permasalahan pembelajaran anak- anak mereka di
rumah. Sesi bertukar- tukar idea juga menampakkan kesungguhan ibu bapa dan
penjaga untuk membantu pihak sekolah dalam memberikan impak terbaik kepada
pencapaian akedemik anak- anak mereka.

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :


1. kehadiran lebih daripada 85% ibu bapa dan penjaga
memperlihatkan komitmen positif dalam mengambil berat tentang
pendidikan anak- anak mereka.

2. Banyak dapatan yang diterima daripada perkongsian ibu bapa dan


penjaga khususnya tentang gaya pembelajaran anak- anak mereka
dirumah, pengaruh gajet dan pengurusan masa yang tidak cekap
oleh anak- anak.

3. Kesediaan ibu bapa dan penjaga dalam setiap program yang akan
dilaksanakan oleh pihak sekolah termasuk juga untuk menghadiri
program konferens seperti ini dengan lebih kerap.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 Pengurusan Panitia

8.2 Kelemahan Program :


1. Masih ada sebahagian kecil ibu bapa dan penjaga (kumpulan 1)
yang kurang aktif dalam memberikan pandangan atau isu yang
berkaitan dengan pembelajaran anak- anak mereka di rumah.

2. Ketiadaan guru mata pelajaran teras menyebabkan ibu bapa tidak


dapat maklumat jelas tentang masalah pembelajaran anak mereka di
sekolah secara khusus.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :


1. Mengadakan sesi konferens pada penghujung waktu untuk
membolehkan guru mata pelajaran teras bersama- sama ketika sesi
perbincangan.

2. Mengadakan seminar motivasi keibubapaan untuk meningkatkan


keprihatinan dan rasa bertanggungjawab mereka kepada pendidikan
anak- anak.

3. Mengadakan personal- coaching kepada ibu bapa tertentu yang


mempunyai anak yang bermasalah agar dapat mengesan punca
lebih awal dan mencari penyelesaian yang efektif.

9. Dokumentasi Bergambar : Rujuk Lampiran 1

Disediakan : Disemak : Disahkan :

. ..
NAZRI B. MOHD TUMARI

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai