Anda di halaman 1dari 9

TENTATIF ACARA PERASMIAN PENUTUP

11.30 pagi
 Ketibaan dif- dif jemputan
 Ketibaan perasmi; Tuan Haji Saiful bin Atan, Pegawai Pendidikan daerah Mersing
 Kontinjen mengambil tempat
 Kata alu- aluan pengacara majlis.
 Nyanyian lagu Bangsa Johor
 Bacaan doa
 Ucapan pengetua SMKFT
 Ucapan perasmian penutup
 Penyampaian hadiah dan piala kejohanan
 Upacara menurunkan bendera kejohanan
 Penverahan bendera kejohanan kepada tuan rumah MSSD tahun 2023
 penyampaian cenderahati kepada perasmi**
 Nyanyian lagu Negaraku
 Majlis bersurai

**tertakluk perubahan
Teks Pengacara Majlis
Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga MSSD Mersing Kali ke-43

ATURCARA SKRIP CATATAN


Perasmi :
Mengumumkan ketibaan yang berbahagia TUAN HAJI SAIFUL
BIN ATAN, PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MERSING, Pengiring :

Dengan diiringi oleh;


KETIBAAN VIP
1.
2.

Ke astaka utama.

*pengelola
Hadirin sekelian, *acara apa?

Seterusnya, apa kata kita tumpukan perhatian kepada acara


yang akan berlangsung sebentar sahaja lagi iaitu

acara ________________________________ akhir.

Tanpa melengahkan masa, saya dengan sukacitanya


menyerahkan majlis kepada jawatankuasa pengelola untuk
PERTANDINGAN
AKHIR* meneruskan acara.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

-------------perlawanan berlangsung ------------------

Begitulah tadi berakhirnya acara


_________________________________ sekaligus mengakhiri
semua acara yang dipertandingkan dalam kejohanan olahraga
pada kali ini.

Sebelum meneruskan majlis. Dijemput para atlet bagi semua


MURID kontijen masuk ke padang, dan berada di hadapan pentas
utama untuk acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan.

UCAPAN ALUAN
MC 1. Yang Berbahagia TUAN HAJI SAIFUL BIN ATAN, Pegawai
Pendidikan Daerah Mersing.
2. Yang Berusaha Encik Azman Achutan bin Abdullah,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing

3. Yang Berusaha Encik Abdul Aziz bin Husin,


Pengetua SMK Felda Tenggaroh

4. Pengerusi Pengelola Kejohanan Olahraga MSSD Mersing


kali ke-43.

5. Pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

6. Barisan pengetua dan guru besar sekolah-sekolah daerah


Mersing.

7. Ahli jawatankuasa pengelola, pegawai-pegawai teknikal,

8. Guru-guru

9. Jurulatih dan pengurus peserta.

10. seterusnya atlit-atlit Kejohanan Olahraga MSSD Mersing


serta hadirin hadirat yang dimuliakan.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurniaNya


kita dapat berhimpun pada hari ini untuk menyempurnakan
penutupan Kejohanan Sukan Olahraga, Majlis Sukan, Sekolah-
Sekolah Daerah Mersing kali ke-43 bagi tahun 2022.

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya adalah nyanyian “LAGU BANGSA JOHOR”


NYANYIAN LAGU
BANGSA JOHOR Para hadirin dipersilakan berdiri.

(Nyanyian lagu)

Hadirin dipersilakan duduk.

*pembaca
Sebelum acara bermula,marilah kita sama-sama menadah doa
tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
BACAAN DOA al-fadhil

__________________________________________.
Dipersilakan

..........................................................................................
Amin...amin...ya robbal alamin.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada alfadhil

__________________________________________ atas
bacaan doa sebentar tadi

Semoga dengan bacaan doa itu tadi,majlis kita akan berjalan


dengan lancar serta diberkati Allah s.w.t...Insyaallah

Hadirin yang dimuliakan,

Mudik di sungai mendayung sampan

Sampan didayung ke laut dalam

Sudilah lah tuan memberi ucapan

Kata aluan pemanis kalam


UCAPAN
PENGETUA
SMKFT Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Encik Abdul Aziz bin Husin,
Pengetua SMK Felda Tenggaroh, selaku tuan rumah kejohanan
olahraga MSSD Mersing
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

(Ucapan aluan)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Abdul Aziz bin


Husin atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN
PERASMIAN Daun semulur di pekan sari *Dapatkan
PENUTUP
nama dan
Batang jerami rebah ke bumi senarai
pemenang
Madah dihulur sembah diberi bagi acara
akhir
Kata perasmi hajatnya kami

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia TUAN *berapa


HAJI SAIFUL BIN ATAN, Pegawai Pendidikan Daerah acara?
Mersing
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan *olahragawan
Penutupan Kejohanan SUKAN OLAHRAGA MSSD MERSING /wati
KALI KE-43. - nama
Dengan penuh takzimnya, dipersilakan. - sekolah

(Ucapan perasmian) *pemenang


keseluruhan
Majlis merakamkan terima kasih kepada - sek
Yang Berbahagia TUAN HAJI SAIFUL BIN ATAN, Pegawai - pungutan
Pendidikan Daerah Mersing pingat
atas ucapan perasmian penutupan itu tadi dan setinggi-tinggi
penghargaan kerana sudi merasmikan Penutupan Kejohanan
SUKAN OLAHRAGA MSSD MERSING KALI KE 43 bagi tahun
2022.

PENYAMPAIAN
PINGAT DAN Hadirin sekalian,
SIJIL
Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya, pihak
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

................................................................................, dengan *penyampai


pingat
diiringi oleh …….......................... .......................untuk - vip 3
menyampaikan hadiah. - pengiring?

Majlis dengan ini mempersilakan.

(acara akhir yang di pertandingkan)

Acara :

Dipersilakan

Pingat gangsa :

Pingat perak :

Pingat emas :

Hadirin sekalian,
*penyampai
Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang anugerah
Olahragawati dan Olahragawan MSSD Daerah Mersing pada - vip 1
tahun ini. - diriingi vip 2

*pingat &
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati acara
MSSD Daerah Mersing ialah
____________________________.
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara/meraih
pingat dalam acara?

1.

2.

3.

Kini diumumkan pula Olahragawan MSSD Daerah Mersing


pada tahun ini.

Olahragawan MSSD Daerah Mersing pada tahun ini ialah


____________________.

Beliau telah meraih pingat

1.

2.

3.

*kategori
- sek rendah
Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan
secara rasmi kedudukan bagi Sekolah-Sekolah yang telah -sek
bertanding. menengah

Bagi kategori sekolah rendah

Tempat ketiga keseluruhan berjaya disandang oleh sekolah


____________ dengan kutipan __________ pingat emas,
______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa .

Dipersilakan Ketua Kotinjen atau wakil


________________________ untuk menerima hadiah.

Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan


sekola______....... dengan kutipan __________ pingat emas,
______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa.

Dipersilakan Ketua Kotinjen atau wakil


________________________ untuk menerima hadiah.

Dan johan keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga MSSD


Daerah Mersing kali ke-43 jatuh kepada:
Sekolah __________________________ dengan __________
pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat
gangsa.

Dipersilakan Ketua Kotinjen atau wakil


________________________ untuk menerima hadiah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih


kepada............................................................ atas kesudian
menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Adalah diharapkan


bahawa kemenangan ini akan membakar semangat para atlet
untuk terus menjulang nama Mersing Hebat di kejohanan sukan
peringkat negeri Johor Darul Takzim.

Hadirin yang dimuliakan, Nama ketua


pasukan
Kini bendera kejohanan akan diturunkan dengan rasminya
sebagai tanda berakhirnya kejohanan sukan olahraga MSSD
Mersing kali ke-43 bagi tahun 2022.
UPACARA
MENURUNKAN Untuk itu dijemput Pasukan Kadet Remaja Sekolah
BENDERA dari SMK Felda Tenggaroh yang di bawah pimpinan
KEJOHANAN
adik Amir Firdaus bin Mohd Faizal
Dipersilakan.

(Upacara menurunkan bendera kejohanan.)

*que untuk
Majlis menjemput menjemput
tuan rumah
MSSD 2023
________________________________________

untuk menerima bendera kejohanan yang akan diserahkan oleh *siapa tuan
PENYERAHAN ketua pasukan pembawa bendera rumah?
BENDERA - nama
KEJOHANAN (penyerahan bendera) - sekolah

Bendera ini akan disimpan dan akan dikibarkan semula pada


kejohanan yang akan datang.Insyaallah.

Selesailah sudah upacara menurunkan bendera kejohanan


sukan olahraga MSSD Mersing kali ke-43 bagi tahun 2022.
Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, *selepas
dipersilakan, Yang Berusaha Encik Azman Achutan bin penyampaian
Abdullah,Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing hadiah atau
turun
diiringi oleh Encik Abdul Aziz bin Husin untuk menyampaikan
bendera?
cenderamata kepada Yang Berbahagia TUAN HAJI SAIFUL
BIN ATAN.
Dipersilakan
PENYAMPAIAN
CENDERAHATI
KEPADA
PERASMI Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia
TUAN HAJI SAIFUL BIN ATAN atas kesudian menerima
cenderamata sebentar tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berusaha Encik Azman Achutan bin Abdullah atas
penyempurnaan penyampaian cenderamata itu tadi.

Sama-sama kita akhiri Kejohanan Olahraga MSSD Mersing kali


ke-43 ini dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’.
NYANYIAN LAGU
NEGARAKU Hadirin dipersilakan berdiri

(Nyanyian lagu)

MAJLIS
BERSURAI

Dengan itu, maka berakhirlah sudah kejohanan sukan olahraga


MSSD Mersing kali ke 43 bagi tahun 2022.Tahniah dan syabas
kepada atlit-atlit dan pasukan yang telah berjaya. Kepada atlit-
atlit yang tidak meraih pingat, teruskan usaha dan tidak pernah
mengalah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah atas


penganjuran temasya pada tahun ini.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara


langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan
sukan olahraga MSSD Mersing kali ini.

Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon


ampun dan maaf atas segala keterlanjuran bicara, tutur dan
tingkah.

SYABAS UNTUK SEMUA DAN MAJULAH SUKAN UNTUK


NEGARA….

Saya akhiri dengan lafaz yang mulia

Wabilla hi taufik wal hidayahwAssalamualaikum w.b.t

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai