Anda di halaman 1dari 1

Rumusan daripada cerita Pablo dan Bruno

Antara rumusan yang telah saya dapat daripada cerita Pablo dan Bruno ialah Bruno hanya
memikirkan apa yang dapat dibeli dengan duitnya sekarang dan cara untuk mendapatkannya
dengan lebih cepat. Situasi ini seringkali kita lihat dalam masyarakat kita sendiri dimana seseorang
itu lebih suka menggunakan wang yang diperolehi mereka untuk membeli barang yang hanya
boleh digunakan dalam jangka masa yang pendek, seperti telefon pintar yang terlalu mahal dan
mereka inginkan keuntungan yang banyak dalam masa yang singkat.
Seterusnya, Pablo pula tidak menghabiskan seluruh masa yang dia ada untuk mengambil
air dari takungan air untuk keuntungan yang sementara namun demikian dia menggunakan masa
tersebut untuk membina saliran air dari tempat takungan air ke kampungnya yang dianggap
mustahil pada mulanya. Situasi ini kebanyakannya kita lihat dalam kalangan orang yang
menggunakan masa yang terluang untuk merancang pelan untuk menjana pendapatan yang lebih
untuk jangka masa yang panjang walaupun seringkali menerima kutukan daripada orang ramai
kerana tidak nampak akan hasil yang diperoleh.
Akhir sekali , apa yang saya dapat lihat ialah kita mungkin terpaksa mengejar cita- cita kita
dengan meninggalkan sahabat baik kita sendiri sekiranya keputusan tersebut adalah yang terbaik .
Seperti dalam cerita Pablo dan Bruno ini , dimana Pablo terpaksa meneruskan rancangannya untuk
membina paip saliran dari tempat takungan air ke kampungnya dengan sendiri tanpa bantuan
sahabat baiknya Bruno .

Anda mungkin juga menyukai