Anda di halaman 1dari 8

SEMASA

Ibu dilarang keluar pada waktu malam secara berseorangan.

Ibu dilarang tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam (
tidur berlebihan )

Ibu dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat,


membuat fitnah, bergaduh, menyembelih.

Suami dilarang menyembelih atau membunuh binatang & menebang


pokok khasnya pokok pisang.

Pada bulan ke-7 ibu mengandung ,upacara valaikapu akan diadakan


bertujuan meggembirakan ibu.Masyarakat India berpendapat
bahawa ibu yang gembira dapat melahirkan bayi yang sihat.
SELEPAS

Dlm tempoh 2 bulan, ibu perlu hindarkan diri daripada melakukan kerja-
kerja berat
Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di
sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan
pinang.
Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh
binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.
Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur minyak sapi
pada lidahnya.
Air gula juga boleh digunakan.
Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya
bayi tidak diserang sebarang penyakit.
Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan
bayi bertutur.
Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu
ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem
penghadaman dan membantu tumbesaran bayi.
Membawa Bayi Pulang Ke Rumah
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke pada bilangan
hari ganjil.
Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan untuk
mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku.
Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur
sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat
dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam.
Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali
akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan
ke dahi ibu dan anak.
Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.
Mandi Selepas Bersalin
Bayi diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas.
dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk
tujuan perubatan.
Pembedahan
ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu
atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana
pembedahan dan kesan kelahiran.
Normal
ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin.

Bayi
Bayi dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita yang
berpengalaman.
Bayi disiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang
kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba untuk mengelak
penyakit sawan atau kuning.
Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit
bayi.
Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan
tulang belakang bayi supaya tidak bengkok.
Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut.
Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang
hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan
untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi.
Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua
belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan
kahak.
Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan
bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam.
Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk
meluruskan anggota badan bayi.
Memberi Nama
Hari ke 16
Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan
dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama
dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.
Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan
mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek
moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi
bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi
perwatakannya kelak.
Galeri

Upacara memandikan bayi upacara mencukur rambut sebagai


n tanda terima kasih kepada Tuhan bagi
mengurniakan waris kepada keluarga
te tersebut.

Nenek atau ibu dan bapa


bayi akan menyebut nama
bayi di telinganya.

Anda mungkin juga menyukai