Anda di halaman 1dari 3

Larut merupakan sebuah sebuah daerah yang diperintah oleh wakil

sultan iaitu Long Jaafar.Long Jaafar telah membawa masuk seramai 20


orang cina dari suku Chin Seah yang berasal dari Kwangtung bagi
membuka lombong di Kelian Pauh.Kemakmuran lombong Kelian Pauh
telah mendorong orang cina dari jauh seperti Pulau Pinang turut datang
untuk turut melombong.Suku yang pertama sekali datang ialah suku Khek
dan membuat penempatan di kawasan Kelian Pauh.Selepas puak Khek
datang pula puak Kongfu yang membuat penempatan di Kelian Bharu
yang turut membawa masuk kongsi gelap.Disebabkan kemakmuran Larut
ini maka telah berkumpul 2 kumpulan kongsi gelap yang terdiri dari puak
Hai San dari suku Khek dan puak Ghee Hin dari suku Kong fu.Walaupun
mereka berada di Larut namun mereka tetap mengharapkan bantuan
kewangan dari Pulau Pinang kerana Pulau Pinang merupakan pusat
kepada kegiatan Kongsi Gelap.Pemerintah Melayu di Larut mendapat
hasil melalui beberapa punca seperti cukai timah yang dibawa
keluar,cukai candu dan juga cukai perjudian.Dalam pengutipan cukai ini
Pembesar Melayu hanyalah melakukan sisitem pajak.Puak Hai San
merupakan puak yang pertama sekali datang dan diberi pajak tersebut
maka ini menimbulkan kedengkian kepada puak Ghee Hin.Perselisihan 2
puak ini berlaku akibat beberapa sebab seperti hal melombong dan juga
kuasa mengawal pengaliran air yang sangat penting dalam
pelombongan.Hubungan kedua puak ini bertambah tegang apabila
berlaku Peperangan Hakka Puntei di Kwangtung iaitu antara puak Khek
dan Kongfu.

Perang Larut pertama berlaku pada tahun 1861 apabila puak Hai
San menyekat laluan air ke lombong puak Ghee Hin yang kaya dengan
bijih timah.Dalam perang ini,Puak Ghee Hin telah kalah dan terusir
ke Kemunting.Selepas serangan pertama tersebut puak Hai San sekali
lagi menyerang puak Ghee Hin pada waktu malam sehingga memaksa
puak Ghee Hin berundur ke Permatang di pinggir laut.Kira-kira 1000
puak Ghee Hin pergi ke Pulau Pinang dalam keadaan yang
menyedihkan,ketua puak Ghee Hin telah meminta bantuan British
untuk menyiasat perkara tersebut.Gabenor British telah meminta
Sultan Perak menyiasat dan membayar ganti rugi kepada Puak Ghee
Hin yang berjumlah 17,500 dolar namun Sultan tidak dapat
membayarnya dan pula boleh memaksa Ngah Ibrahim
membayarnya.Sultan Perak telah menghantar Laksamana
Muhammad Amin untuk berunding dengan Ngah Ibrahim tentang
masalah ini.Jumlah sebegitu besar tidak mampu dibayar oleh Sultan
dan Ngah Ibrahim telah bertindak membayarnya.Sebagai tanda
terhutang budi Sultan Perak telah memberi hak tadbiran mutlak
kepada Ngah Ibrahim dan diangkat menjadi Menteri Larut.Ho Ghi Siu
telah dilantik oleh British sebagai ketua baru di Larut menggantikan
So Ah Ching yang mati dibunuh dalam perang ini.

Tidak terhenti setakat itu,Pada 1865,berlaku pergaduhan mengenai


perjudian di Kelian Pauh.Puak Hai San seramai 200 orang telah
bertindak merampas kedai perjudian milik puak Ghee Hin.Tuan kedai
tersebut telah melaporkan tindakan puak Hai San tersebut kepada
puak Ghee Hin yang berada di Kelian Bharu.Puak Ghee Hin menjadi
marah dan membunuh seorang puak Hai San pada 10 Jun serta
menyerang Kelian Pauh dan membakar kampung tersebut.Oleh
itu,puak Hai San dengan dibantu oleh Ngah Ibrahim telah bertindak
menyerang pauk Ghee Hin sehingga memaksa Di Pulau Pinang mereka
cuba mendapat bantuan British namun tidak berhasil apabila British
tidak mahu terlibat dengan peristiwa terbabit.Tidak cukup dengan
peperangan di Larut,puak Hai San menyerang pula puak Ghee Hin di
Pulau Pinang.Mereka mendapatkan bantuan daripada kongsi gelap
Toh Peh Kong dan kumpulan bendera Merah.Manakala puak Ghee Hin
bersatu dengan puak Bendera Putih yang bermusuh dengan Puak
Bendera Merah.Pada 3 Ogos berlaku peperangan yang hebat selama 5
hari.Selepas perang tersebut,setiap puak didenda sebanyak 5000
dolar dan ketua yang aktif dalam puak tersebut telah dibuang negeri
bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Perang Larut tidak terhenti setakat itu sahaja.7 tahun kemudian


iaitu sekitar tahun 1872 berlaku sekali Perang Larut akibat hubungan
ketua puak Ghee Hin iaitu Lee Coyen ( Lee Ah Kun ) dengan isteri
kepada saudara rapat ketua puak Hai San iaitu Chang Keng Kwee.Lee
Coyen dan perempuan tersebut telah ditangkap oleh puak Hai San dan
mereka diseksa dengan dimasukkan kedalam keranjang bekas babi
dan turut dihumban kedalam bekas lombong.Orang Ghee Hin memang
telah menanti peluang untuk menyerang puak Hai San.Puak Ghee Hin
lebih sedikit berbanding dengan puak Hai San jadi puak Ghee
Hin telah membawa masuk orang,senjata,serta peluru untuk tujuan
itu.Pada Febuari 1972,Puak Ghee Hin telah melakukan serangan
keatas Hai San dan serangan ini berjaya mengusir puak Hai San dari
Kelian Pauh.Menteri Ngah Ibrahim telah membawa puak Hai San ke
Pulau Pinang dan memberikan konsesi lombong kepada puak Ghee
Hin.Tetapi pada September 1872 puak Hai San bersedia untuk
menyerang Larut kembali.Serangan keatas Larut hanya berlaku
setelah setelah Gabenor British tidak mahu menyelesaikan
pergaduhan tersebut.Serangan Puak Hai San telah berjaya menawan
Matang dan berjaya mengusir puak Ghee Hin dari Larut.

Perang Larut keempat berlaku pada tahun 1873,dan merupakan


Perang Larut yang terakhir.Perang Larut ini terjadi akibat Puak Ghee
Hin yang ingin membalas dendam atas kekalahannya di Larut.Puak
Ghee Hin telah menyerang dan berjaya menawan pekan Simpang yang
strategik untuk menawan Larut.Mereka mengadakan rondaan di
Sungai tersebut bagi mengelakkan bekalan makanan dan senjata
dibawa masuk ke Larut.Mereka juga telah membina kubu di
Simpang.Menteri Larut telah ke Kerian bagi mendapat bantuan
British setelah Sultan Ismail gagal untuk menyelesaikan perkara ini
namun British enggan menolong.Puak Hai San telah menyewa kapal
Fair Malacca dan mengibarkan bendera Union Jack untuk ke
Larut.Kapal tersebut telah diserang dan memaksa British menghantar
angkatan kecil perang untuk menghapuskan Puak Ghee Hin yang
dituduh sebagai lanun.Menteri Larut telah meminta bantuan Kapten
Speedy setelah isu itu terus berlarutan.Kapten Speedy telah berhenti
sebagai penolong penguasa polis setelah ditawarkan 15 000 dolar dan
suku dari hasil daerah Larut jika berjaya menyelesaikan masalah
tersebut.Namun masalah ini hanya selesai setelah Sir Andrew Clark
menjadi Gabenor apabila beliau menyelesaikan masalah
pertelingkahan perebutan takhta raja Perak kerana Perang Larut ini
juga berlaku akibat penglibatan mereka yang berebut takhta Perak.

Anda mungkin juga menyukai